Breaking

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Monday, May 25, 2015

Buffet Ramadhan 2015 : Restoran Bangi Golf Resort


Assalamualaikum!




Alhamdulillah .. tahun ni aku dapat jemputan food review sempena buffet Ramadhan dari restoran Bangi Golf Resort. Banyak yang dah berubah dalam masa setahun ni. Dan, tentunya aku tak melepaskan peluang ini untuk datang sekali lagi bersama family dan rakan-rakan blogger lain.

Bagi yang tak pernah lagi sampai ke sini, senang je nak cari lokasinya. Tak perlu guna Waze dah pasal kami memang dah hafal jalan ke sini sejak tahun lepas. Lagak macam pro gitu ye ...hahaha! Anyway, kalau dari KL, korang boleh masuk highway PLUS Utara-Selatan sampai jumpa Exit Kajang. Dari Exit Kajang, amik jalan ke Bandar Baru Bangi ... jalan terus ... masuk kiri ... masuk kanan ... jalan terus lagi sampai nampak papan tanda Bangi Golf Resort.

Kalau tak konfiden jugak takut sesat atau lambat sampai, guna Waze je la senang ... haha.




Restoran Bangi Golf Resort sudah tidak asing dalam menyajikan makanan yang sedap-sedap dan dari pelbagai jenis masakan popular, samada masakan Melayu, Barat mahupun sajian timur. Dengan lebih 200 jenis hidangan berbuka puasa yang menarik dan semestinya lazat, para pengunjung pastinya akan merasa puas menikmati sajian hebat dan asli dari Restoran Bangi Golf Resort ini .... insyaAllah!

Harga yang ditawarkan? 


Dewasa :RM55
Kanak-kanak : RM27
Buffet Ramadhan BGR : 21 Jun - 15 Julai 2015 


Nak tahu apa yang best dan sedap di Bangi Golf Resort untuk Buffet Ramadhan 2015? Jom, kita 'cuci mata'!




Aneka kerabu


Masakan Barat



Sentuhan gastronomi dari restoran Bangi Golf Resort ini memang tak dapat di tempat lain. Antara dua, aku paling suka yang belah kiri tu. Tapi, dua-dua pun aku makan hari tu hehehehe. Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma antara hidangan wajib untuk #BuffetRamadhan di sini. 

Kalau korang datang berbuka puasa di sini, wajib try tau!



Masakan Melayu



Kambing panggang antara hidangan paling laris di sini haha. Memang lembut dan berjus daging kambing panggang ni! Mira makan sampai menambah dua kali! Tergamam ibu sekejap ... haha. Rasukan kambing panggang sudah mengena pada Mira ...muahahaha.




Maafkan lighting gambar ni ... time ni lighting dalam bilik memang mood romantic sangat! haha. Tapi, kepuasan jelas terbayang kat wajah dua orang anak dara kecik aku! Tengok je la pipi kakak yang kembung tu ....muahaha. Adehh ... tak reti nak kontrol langsung! :p




Restoran Bangi Golf Resort turut memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka, di mana para pengunjung dapat melihat sendiri chef-chef kita menyediakan makanan serta boleh terus berinteraksi dengan mereka. 

Dan bagi memenuhi selera para pengunjung yang mungkin inginkan sedikit hiburan ketika menjamu selera, mereka turut akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu tradisional yang didendangkan oleh kugiran bermula dari jam 6.30pm sehingga 9.30pm.



persembahan kugiran untuk hiburan para tetamu



Dewan Kenanga


Apa yang menarik lagi di sini, bagi menampung kedatangan para pengunjung dan memastikan keselesaan ketika berbuka puasa, pihak Bangi Golf Resort telah membina satu lagi dewan makan khusus untuk mereka yang akan berbuka puasa di sini. Aku difahamkan Dewan Kenanga ini baru saja siap dibina dan boleh menampung  kira-kira 500 lagi pengunjung nanti. 

Selain dari dewan makan yang santai, kemudahan surau serta tandas yang bersih juga turut disediakan. Ruangan parkir boleh memuatkan kira-kira 800 buah kereta dalam satu-satu masa! So, korang tak perlu berebut parkir nanti ..insyaAllah cukup untuk semua ^^

So, kalau korang masih tercari-cari tempat nak berbuka puasa di luar aku cadangkan korang bawa family ke sini. Untuk tempahan, korang boleh hubungi :


No. Tel
+[60] 03 – 8925 3728


Alamat :

No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.

GPS Coordinates :

2.95716N, 101.76518E


Website/Facebook/Email :




bgb.bangigolf@gmail.com



Waktu operasi :

6.30 am - 9.30pm Daily


Saturday, December 20, 2014

Saturday, December 20, 2014

Pertama Kali Rasa Pisang Goreng Cheese!


Assalamualaikum!


Aku agak skeptikal bila first time dengar 'Pisang Goreng Cheese' ni. Boleh ke makan pisang goreng ngan cheese? Tak sakit perut ke? hahaha. 

Tapi bila aku berpeluang makan buat pertama kalinya 2 minggu lepas .... aku dah jatuh cinta! Mere pyar ....! haha.



Thursday, July 17, 2014

Thursday, July 17, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Assalamualaikum!


Kedatangan bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu kini sudah hampir tiba masanya. Selain menjalani ibadah puasa dan zakat, bulan Ramadhan pastinya amat sinonim dengan juadah berbuka puasa yang sentiasa menjadi daya tarikan orang ramai untuk merasai kepelbagaian hidangan dan masakan professional di restoran-restoran mahupun di hotel-hotel.

Di kesempatan ini juga, Casa Ombak turut tidak ketinggalan menampilkan promosi istimewa Buffet Ramadhan untuk para pengunjung yang ingin menikmati kelazatan dan kelainan citarasa makanannya dalam suasana penuh santai.




Kebiasaannya, orang ramai pasti akan tercari-cari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga terutama pada hari cuti.  Aspek utama yang paling dititikberatkan dalam pemilihan restoran ialah lokasi, kerana pengunjung pastinya ingin sampai ke restoran sebelum masuk waktu berbuka puasa.

Di Casa Ombak, anda tidak perlu khuatir kerana Casa Ombak terletak di lokasi strategik di tengah bandar Kuala Lumpur. Jadi, anda tidak perlu pergi lebih jauh kerana Casa Ombak juga bersedia mengalu-alukan kedatangan anda sekeluarga.


Info Ringkas Ombak Creative



Ombak Creative merupakan sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Ombak Creative Solution. Ia juga sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.


Telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis korporat dan persendirian.


Ombak Creative One Stop Wedding Centre
Kredit foto : OmbakCreative.com


Selain mengurus event dan majlis jamuan dan keraian, Ombak Creative turut berperanan sebagai One Stop Wedding Centre yang turut menawarkan perkhidmatan perancang perkahwinan. Dengan pakej yang ditawarkan, Ombak Creative mampu memberikan "Your True Experience" kepada pasangan yang ingin bergelar raja sehari.
Mengenai pakej perkahwinan, antara perkhidmatan dan servis yang disediakan Ombak Creative termasuk, penjagaan diri, persiapan perkahwinan, catering & canopy, lokasi perkahwinan, pelamin tunang/nikah dan bermacam lagi servis di bawah satu bumbung.
Anda boleh layari laman web : www.ombakcreatives.com untuk pakej-pakej yang disebut tadi.

Majlis resepsi pengantin
Kredit foto : OmbakCreative.com


Birthday Party
Kredit foto : OmbakCreative.com

Jamuan dan keramaian
Kredit foto : OmbakCreative.com

Pengurusan yang cekap serta idea kreatif menjadikan Casa Ombak lokasi pilihan sekeluarga mengadakan pelbagai majlis keraian, sesuai dengan namanya OmbakCreative.
Lokasi terletak di:


Casa Ombak Banglo, 
No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur.

Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.
Buffet Ramadhan @ Casa Ombak

Istimewa bulan Ramadhan ini, Casa Ombak tidak mahu ketinggalan dalam memberikan yang terbaik kepada para pengunjung, maka mereka turut menyediakan buffet open-stall di mana anda boleh memilih juadah berbuka puasa dan menikmatinya dengan keluarga mahupun sahabat handai dalam suasana penuh santai berkonsepkan ala garden.

Casa Ombak turut mempromosikan masakan dan hidangan ala kampung yang meriah, yang pasti menambat hati para pengunjung. Bagi anda yang rindukan masakan kampung, tentunya menu Ramadhan yang ditawarkan di Casa Ombak ini dapat memenuhi selera anda sekeluarga.

Turut tersedia instant cook stall cornerSelain juadah berbuka puasa yang lazat, Casa Ombak juga memastikan keselesaan para pengunjung yang datang berbuka puasa, di mana ruang solat juga disediakan bagi memudahkan muslimin/muslimat mendirikan solat.




Tidak lengkap rasanya promosi menu Ramadhan tanpa mengetahui harganya kan. Harga untuk buffet Ramadhan yang ditawarkan di Casa Ombak ini juga berpatutan dengan layanan dan citarasa aslinya. 

Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat.


Dewasa : 
RM 55.00nett


Kanak-kanak : 

RM 27.00nett ( 5-12 tahun )



Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi kami segera ditalian:
Call/Whatsapp : Akma Omar (013 2680001)


Tel : 03 21818750


Call/Whatsapp : 013 624 1417


Call/Whatsapp : 012 662 1062

Website : www.OmbakCreative.com


Facebook pageOmbak Creative Page



Jadi bagi anda yang masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk berbuka puasa yang menyediakan masakan dan juadah yang menambat selera, pastinya Ombak Casa menjadi pilihan yang tepat untuk anda sekeluarga! 

Datanglah beramai-ramai dan  rasai sendiri pengalaman beriftar dan bersantai di Casa Ombak

Kedatangan anda amat dialu-alukan.




SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 


SELAMAT BERBUKA PUASA BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT



Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak CreativeLelaki KacakRoti Boom AsliCustom TshirtDenaihati.com,Inspired MagazineProfhariz.comKitePunye.comZoncinta.comJawatan Kosong Kerajaan,Exam PTD


Monday, June 09, 2014

Monday, June 09, 2014

BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT


Assalamualaikum!

Sabtu lepas, Anim bersama keluarga dan akan blogger lain telah berkesempatan membuat food review sambil menikmati kelazatan dan keaslian juadah berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Senang je nak cari Bangi Golf Resort ni. Kalau dari arah KL terus amik jalan ke Lebuhraya PLUS menuju ke Selatan, masuk kat Exit Kajang pastu korang dah boleh jumpa papan tanda ke Bangi Golf Resort. 

Paling nak senang hidup, gunakan aje Waze tu hehehe.




Harga yang ditawarkan? Cuma RM50 untuk orang dewasa & RM25 untuk kanak-kanak. Menarik bukan! Dan bukan itu saja, hidangan buffet ramadhan di sini juga menawarkan pelbagai jenis makanan popular tempatan, barat dan Cina.

Dengan lebih 200 jenis hidangan yang menarik dan semestinya lazat, para pengunjung pastinya akan merasa puas menikmati sajian hebat dan asli dari Restoran Bangi Golf Resort ini.

Antara hidangan istimewa yang bakal dihidangkan kepada pengunjung sempena Buffet Ramadhan :









Turut tidak ketinggalan kuih muih tradisional Melayu dan kek serta manisan yang pasti membangkitkan selera.




Antara signature dish di Restoran Bangi Golf Resort ini, menyediakan kambing panggang yang memang menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini. 

Daging kambing lembut dilimpahi dengan black pepper sauce yang hebat! Even, anak Anim yang sulung pun cakap kambing panggang di sini sedap! Dan, yang pelik lagi ini merupakan kali pertama dia merasai daging kambing!

Marveles!!




Antara makanan yang menarik perhatian ramai orang malam tu, ialah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma! Demi menjaga keaslian dan aromanya, ia hanya disediakan sendiri oleh chef.

Jangan risau, memang senang je tengok chef ni buat. Anim berpeluang merasai kedua-dua hidangan pembuka selera ala Western ini dan tidak ragu lagi ianya sedap! (^_^)

Untuk makluman semua, Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma ini merupakan satu-satunya hidangan di Malaysia dan hanya terdapat di Restoran Bangi Golf Resort! 

So, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!




Satu lagi daya penarik yang terdapat di Restoran Bangi Golf Resort ini ialah, pengunjung dapat menyaksikan sendiri para chef kita menunjukkan kemahiran masing-masing memasak dan menyediakan makanan.

Pastinya, ini dapat menjamin kesegaran dan aroma makanan itu sendiri. 

Oh ya, jangan tak tahu Bangi Golf Resort juga menerima tempahan perkahwinan, makan malam, seminar dan majlis keraian juga.




Selain variasi makanan yang menarik hati,  Restoran Bangi Golf Resort juga sangat menekankan keselesaan pengunjungnya. Ruang solat yang selesa, tandas yang bersih dan dewan makan yang santai serta menceriakan suasana pasti menambah keriangan menyambut Ramadhan nanti.

Lagi satu, anda tak perlu risau dengan masalah parkir, kerana Restoran Bangi Golf Resort telah menyediakan lebih 500 ruang parkir menjelang Ramadhan nanti.

Marveles!!



Alhamdulillah, Anim dan keluarga serta rakan-rakan sangat berpuas hati dengan makanan yang ada di sini. InsyaAllah tentunya kami akan kembali ke sini Ramadhan nanti.

So, jika anda masih tercari-cari tempat berbuka puasa yang sesuai untuk anda seisi keluarga, maka jangan ragu lagi jangan mencari lagi. Semuanya ada sini di Bangi Golf Resort! 


Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:


Luliy Shalwani 
( 016 267 8284 ) 

atau 

Siti Zawiah 
( 017 316 9316 )

atau

+[60] 03 – 8925 3728


Alamat :

No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.

GPS Coordinates :

2.95716N, 101.76518E


Website/Facebook/Email :




bgb.bangigolf@gmail.com



Waktu operasi :

6.30 am - 9.30pm Daily




Friday, December 13, 2013

Friday, December 13, 2013

Makanan Eksotik Korea.

Assalamualaikum!~


Jika anda memikirkan makanan seperti Kimchi, Bibimbap, Bulgogi atau Seolleongtang maka anda salah! Nama pun eksotik kan, mestilah ada ciri-ciri 'RARE' dalam makanan dan dari segi penyediaannya.


Kalau anda peminat rancangan 'Fear Factor' atau anda merupakan peminat tegar artis k-pop atau anda merancang untuk melancong ke negara Korea, tentunya anda ingin mengetahui makanan apa yang menjadi hidangan eksotik dan pelik di sana.



Sundae

Aiskrim sundae memang menjadi snek kegemaran semua orang. Namun, jika anda melancong ke Korea, "sundae" bukanlah sesuatu yang sejuk atau manis atau yang boleh dikaitkan dengan aiskrim. Sundaes di korea merujuk kepada "sosej berdarah", suatu hidangan biasa masyarakat tempatan. Dicampur dengan darah babi, mihun (vermicelli) dan rempah ratus lain, ia disumbat ke dalam usus babi atau usus lembu yang telah direbus.


Beondegi


Menyelusuri ke dalam pasar atau taman, anda akan dapat melihat warga tempatan leka mengunyah snek istimewa dalam cawan, bersama pencungkil gigi. Bila dirapati, anda sebenarnya sedang melihat beondegi, sejenis ulat larva sutera yang telah distim atau direbus. Bagi yang berani - mungkin anda dapat merasakan rasa sensasi dalam gigitan pertama!


Sannakji


Sannakji atau lebih dikenali sebagai sotong hidup biasa dinikmati dalam pelbagai cara - satu cara adalah dengan memakan hidup-hidup tentakel (janggut sotong) yang dipotong dari sotong atau kurita hidup. Tentakel dan plat penyedut akan kekal aktif selamat 20 hingga 30 minit, maka walaupun secara teknikalnya ia telah mati akibat dipotong, ia tetap akan melekat di lidah dan tekak anda, yang biasanya boleh menyebabkan tercekik. Cara lain untuk menikmatinya adalah dengan memakan anak sotong kurita hidup-hidup dari kepalanya, tentakelnya dan semua ..... cuma anda perlu kunyah dengan betul.


Gaebul


Jika memakan kurita hidup-hidup tidak cukup mengujakan anda, mungkin lidah anda teringin untuk mencuba gaebul - cacing sudu hidup, yang biasanya dikenali sebagai ikan zakar (penis fish). Potong ia pada bahagian yang sesuai, cacing-cacing ini dikatakan lebih enak dan tentunya lebih selamat dimakan berbanding anak kurita.


Hongeo


Anda kenal taufu busuk? Bagaimana kalau kita maju setapak lagi menggantikannya dengan ikan pari yang diperam atau hongeo? Ikan pari tidak seperti ikan-ikan lain, berurinasi (kencing) melalui kulitnya. Bila diperam, sisa asid urik di atas kulitnya akan menjadi lebih kuat, menjadikannya berbau seperti ammonia. Tidak mudah untuk menghilangkan bau busuk tersebut, malah masyarakat tempatan mengatakan mereka hanya akan melakukannya sekali itu sahaja.



Dak Dong Jib & Dakbal



Bagi anda yang gemar memakan organ dalaman haiwan, dak dong jib (pedal ayam) dan dakbal (kaki ayam) mungkin hidangan biasa-biasa saja. Mudah ditemui di jalanan di Korea Selaran, ia biasa dimakan bersama arak, yang dikatakan dapat menyedapkan lagi rasanya.


Jadi, jika perut dan tekak anda boleh mengatasi rasa dan bau hidangan-hidangan eksotik di atas maka, anda bolehlah menghantar nama anda untuk masuk rancangan 'Fear Factor' mihmihmih. Gurau je!

sumber : SINI

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.