Breaking

Showing posts with label Story Kenit. Show all posts
Showing posts with label Story Kenit. Show all posts

Thursday, May 04, 2023

Thursday, May 04, 2023

Suka Duka Ramadan 2023

 

Jujur aku cakap Ramadan tahun ini aku diduga dengan ujian tak henti-henti. Tapi lepas semuanya selesai dan keadaan kembali normal, aku baru sedar yang aku tak cukup bersyukur dengan ujian yang Allah bagi ni. Maha Benar bila Allah berfirman terlalu sedikit dari mereka yang bersyukur. 


Dalam kedukaan masih ada nikmat yang Allah berikan padaku. Walaupun tahun ni aku dah ditakdirkan beraya di pejabat tapi alhamdulillah dapat menyambut awal Ramadan bersama mak. Dua hari yang sangat bermakna walaupun masa sangat cepat berlalu. Selama dua hari tu jugak aku penuhkan meja dengan makanan bazar. Apa yang mak teringin nak makan aku belikan.


Yang dukanya, disebabkan aku tak dapat cuti raya tahun ni maka aku tak dapat nak masak-masak dengan mak pada hari mantai seperti sebelum ni. Dengan kata lain mak kena masak sorang😭Mujurlah mak memahami situasi kerja aku yang tak menentu ni. Aku cakap mak jangan masak kalau tak larat. Tunggu anim balik baru kita masak sama-sama.




Balik dari kampung, beberapa hari lepas tu kereta aku buat hal pulak. Tak boleh start enjin pulak dohhhh! Dah la dia buat hal time aku nak pergi amik anak sekolah. Terpaksa aku tempah Grab dari KL ke PJ! Terbang lagi tiga ratus untuk bateri baru. Terima kasih kat adik Grab yang tolong dari awal sampai akhir. 

Kalau ikutkan hati memang sedih sebab duit tu nak guna tuk benda lain, tapi lega juga sebab masa bateri kereta buat hal aku masih ada duit lagi dalam simpanan. 



Tapi peristiwa yang ni paling dahsyat pernah aku alami selama aku hidup. Biasanya aku yang last kunci pintu. Tapi hari tu aku gi buang sampah, pastu terus masuk kereta. So anak aku la yang kuncikan pintu. Sampai sekolah dah bersalam cium segala si anak pun masuk ke dalam sekolah.


Yang aku pun drive balik ke rumah dengan senang hati. Dalam kepala dah terbayang plan nak sambung buat popia simpul, nak baring2 rehat sebelum keluar balik tengaharinya amik anak. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.

Dimatikan enjin dan nak amik kunci dalam kereta. Aikk mana kunci ni? Habis satu kereta aku selongkar. Tapi kunci tak berjumpa. Rupa2nya si anak terbawak pergi sekolah. Lupa nak letak dalam kereta sebelum keluar kereta. Kunci spare dalam rumah!

Maka berpishang la aku kena 'sidai' di luar rumah selama lebih 4 jam😂 Nak marah pun tak guna. Nak gelak pun ada tapi aku lebih kepada termenung main telefon selama empat jam tu haha.




Antara kenangan manis aku di tahun 2023 ni, impian untuk memiliki sebuah air fryer tercapai bila aku menang cabutan dalam satu kontes di fb. Memang aku tak jangka boleh dapat sebenarnya, sebab yang join kontes ni ramai ye. Tapi mata tu dah melekat kat kotak air fryer😂 Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Tapi lepas tu aku diuji lagi. Dalam bulan Ramadan jugak aku kena maki dan difitnah ketika bertugas. Bayangkan kau diherdik dan ditengking dalam telefon sehingga kau terpaksa menjauhkan gagang telefon dari telinga. Aku pun tak tahu la dari mana datangnya kesabaran aku malam tu😂 Dah la aku tak habis cakap lagi dia terus letak gagang. Aku call balik nak cakap ngan dia tapi orang lain angkat. Ingat aku tak berani call balik ke. Aku tanya nama dia sapa, tak berani pulak dia bagitau.

Last-last aku jumpa pengarah terus. Aku ceritakan dari A sampai Z. Rupanya dia terkenal dengan reputasi suka maki hamun orang, aku je yang baru tau😂 Ingatkan aku mangsa pertama, rupanya ramai lagi yang dah kena ngan dia. Nokharommmm punya perangai. Aku cerita biar ada rekod, walaupun sampai ke hari ni aku tak tahu samada tindakan dah diambil atau tiada.




Tempahan popia simpul tahun ni alhamdulillah syukur seadanya. Tahun 2021 aku tak buat sebab masih bersedih atas pemergian arwah abah dan langsung takda mood. Tahun 2022 aku start buat balik atas permintaan pelanggan yang biasa beli dengan aku. Tapi terlalu banyak sampai aku kepenatan dan terkejar-kejar nak siapkan.

So tahun ni aku plan nak amik sedikit sahaja dan oleh sebab itu aku senyap tak iklankan dimana-mana. Pelanggan tanya baru aku jawab. So yang mana tahu, tahulah. Tapi aku jadi serba salah bila ramai yang nak order aku terpaksa tolak. Jadi sedihla sebab diaorang nak sangat tapi aku tak dapat tunaikan. Aku hanya mampu minta maaf bila jadi camni.

Walaupun tempahan tak banyak, tapi cabaran nak menyiapkannya cukup tinggi. Ikan payah nak jumpa. Kulit popia habis dimana-mana. Ye la, bulan Ramadan memang dua barang ni terlajak laris! Berhari-hari aku nunggu stok ikan tapi yang sampai semuanya besar jari tengah. 

Namun, akhirnya semua dapat disiapkan ikut jadual. Alhamdulillah ...

Bila dikenang balik semua yang terjadi ni dan hikmah disebaliknya, aku tetap bersyukur masih dikurniakan rezeki dan peluang untuk menikmat hari raya dan hari-hari seterusnya. Terima kasih ya Allah diatas segala ujian dan nikmat yang Engkau berikan, moga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi ujianMu di masa akan datang...aamiinn!


Friday, April 14, 2023

Friday, April 14, 2023

Air Fryer - Rezeki Ramadan 1444H

 

Dalam banyak-banyak gajet dapur, aku teringin nau nak ada air fryer atau pressure cooker. Sekarang ni aku masak nasi pun guna api atas dapur. Bukan tak nak beli rice cooker tapi dah dua kali beli, dua kali rosaknya. Last-last lagi elok masak nasi cara manual.


Aku suka tengok video orang memasak guna air fryer, pressure cooker atau TM6. Walaupun hanya mampu tengok pun jadi la. Mula pasang angan-angan kalau dapat salah satu ni nanti nak try masak la hehe. Terasa indahnya hidup kalau masak sup tulang 15 minit je. Selama ni kalau masak atas dapur, tak lari 2 jam sebab nak bagi daging empuk dan lembut.




Aku kan suka masuk kontes, tapi takda la aktif sangat. Kadang-kadang tu sekadar support seller. Hujung tahun lepas aku menang hadiah juga dari seller yang sama. Yang tu memang tak sangka! Tapi kali ni Allah Maha Mendengar dan makbulkan impianku yang satu ni.

Aku bukan sekadar masuk 'kosong' je, aku biasa membeli juga dengan seller ni. Sambil-sambil tu dia buat kontes untuk pengongsi bertuah. Pemenang boleh pilih samada nak hadiah berupa barangan elektrik atau pun tunai seratus ringgit. Aku dok aim kat air fryer tu je haha!





Walaupun hadiah mantap belaka, tapi peluang nak menang tu agak tipis gak sebab yang join kontes pun ramai. So, aku hanya mampu berdoa dan tenung je air fryer tu hehe. Tak tau nak digambarkan perasaan bila nama aku yang naik! Menggigil jari nak menaip masa tu. Ya Allah ... sesungguhnya Kau mendengar isi hatiku. Terima kasih tunaikan hajatku ini. Sungguh ini semua rezeki anak-anak dan aku tumpang saja.



Syukur alhamdulillah hadiah air fryer pun dah sampai dengan selamat. Tapi belum masa nak guna lagi sebab sekarang aku dok sibuk menyimpul popia hehe. Tapi dah mula sikit-sikit tengok resepi guna air fryer ni kat fb. Moga lepas ni seorang Hanim lebih rajin memasak ye haha.


Monday, April 10, 2023

Monday, April 10, 2023

Bila Kau Susah Siapa Yang Tolong?

 

Pernah tak kita berada dalam satu situasi kesusahan yang bila kita perlukan pertolongan dari orang terdekat tapi dia takda? atau dia tak dapat bantu? atau dia jauh dari tempat tu? Dan dalam keadaan macam tu, kita takda banyak pilihan melainkan untuk minta bantuan dari orang lain.


Kereta aku ni memang banyak kali 'merajuk'nya.  'Merajuk'nya tu berlaku sikit-sikit tapi setiap bulan haha. Kiranya, 'dia' tau la gaji keluar bila😂. Bulan lepas dia 'merajuk' tak boleh start. Dah la time tu, aku nak keluar pergi amik anak-anak balik sekolah. 


Bayangkanla tinggal kat KL, sekolah kat PJ😂. Orang tanya kenapa tak tukar sekolah kat KL je, aku malas dah nak naik PPD amik borang isi borang naik turun bangunan ni semua. Lagipun aku masih keje kat PJ dan diaorang pun dah terbiasa sekolah di sana darii tadika lagi, kawan-kawan pun ramai jadi aku kata hadap je la sampai korang habis sekolah.




Dalam banyak-banyak hari, hari yang suami takda disisi la dia buat hal. Boleh pulak enjin takmo hidup. Aikk takkan bateri kong kot. Dah banyak kali pulas kunci tak boleh jugak. Terpaksa minta bantuan jiran pinjamkan bateri kereta untuk jump-start. 

Tetap tak hidup jugak! Alamakkkkk .... anak-anak dah nunggu kat sekolah ni. Jiran cakap ni masalah alternator kot. Aduhhhh takkan nak kena panggil pomen pulak time-time gini. Tak boleh jadi ni, aku terus booking grab pergi sekolah kakak dulu. Biarlah kereta tu kat situ dulu. Suami balik kang baru boleh tengok apa nak buat.

Dalam perjalanan, adik grab ni tanya nak pergi mana. Aku cakap nak gi amik anak sekolah. Mak aiii jauhnya sampai ke PJ. Ye la dik, diaorang dah sekolah sana dari kecik lagi. Tapi hari ni kereta akak tak boleh start, tu yang akak naik grab ni nak gi amik diaorang.

Dah sampai sekolah kakak, aku gi sekolah adik pulak. Pastu patah balik ke KL. Tiba-tiba adik grab tu cakap, takpe nanti dah sampai kita gi tengok kereta akak apa yang rosak. Eh budak ni biar betul. Eh takpe ke macam ni dik? Ni dah petang nanti jem pulak adik nak balik buka puasa lagi. Takpe, saya pun bekas pomen dulu boleh saya tolong apa yang patut. Ishh tak susahkan adik ke. Takde kak, lagipun akak customer terakhir saya arini.

Aku diam. Nak menolak kang orang dah offer nak tolong. Lambat lagi nak tunggu suami balik. Kot la kena pergi kedai beli barang ke ape, kedai dah tutup pulak nanti. Esok pagi nak guna lagi kereta tu. Aku pun setuju.

Aku bukakan hud depan dan dia mula cek. Bila last akak tukar bateri kereta ni? Rasanya tahun lepas. Dia goyang bateri tu sikit dan dapat nampak level air dalam bateri dah sampai garisan 'mati'. Memang kong terus la ceritanya!

Oohh kak ni bateri dah kong ni. Tengok sini (sambil tunjuk kat level air bateri). Biasanya kalau kereta tak boleh start, pomen akan cek bateri dulu. Kemudian baru cek starter dan lain-lain. Nampak gaya kena tukar bateri ni. Jom kita gi kedai spare-part.



Akhirnya 'terbang' juga tiga ratus aku kat bateri. Mujurlah ada duit sikit dalam simpanan. Adik grab tu lah yang tolong pasangkan balik dan jump-start untuk hidupkan enjin. Alhamdulillah bernyawa balik kereta aku huhu.


Lega sikit rasa bila dengar enjin kereta dihidupkan walaupun termenung jap tengok baki duit dalam beg hahaha. Tapi syukur sangat-sangat di waktu-waktu macam ni masih ada duit untuk kegunaan kecemasan. Mujur aku tak beli yang bukan-bukan. Dok peda peda duit, rupanya ada benda nak jadi huhu.


Kepada adik grab tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sanggup cek, sanggup angkut bateri pergi kedai, pasang balik dan tolong peridupkan enjin. Aku nak bagi upah ditolaknya. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik adik grab ni. 


Baru aku teringat tadi masa kereta tak boleh start, aku dok berdoa dalam hati ya Allah permudahkanlah urusanku dan anak-anakku ya Allah. Sungguh Allah makbulkan dengan kehadiran adik grab ni😭 Terima kasih ya Allah ....

Monday, February 20, 2023

Monday, February 20, 2023

Hari Raikan Cinta

 

Kenduri pertama untuk tahun 2023 di Selangor. Sebenarnya, aku tak pernah ada masalah nak pakai baju apa di hari kenduri. Tapi kali ni aku terpaksa standby 1 pasang baju lagi takut-takut tak padan dan nampak berlebihan di majlis orang. Lagipun kenduri ni dibuat di masjid, jadi kena sopan sokmo.


Akhirnya, aku pilih warna baby blue. Baju kurung moden ni pun dah 2 tahun usianya dan jarang aku pakai. Maklumla, sejak keje syif ni siang waktu keje aku tak tentu. Kalau hari bekerja, dapatla melawa skit pakai baju kurung. Kalau keje hari cuti, aku lebih selesa pakai jeans dan longtop. Malam pulak wajib pakai knitwear sebab suhu dalam bilik server ni mak aiiii sejuk sampai ke tulang hitam!




Majlis kenduri kahwin ni adalah untuk meraikan hari pernikahan dan persandingan mempelai Sakinah dan pasangannya Izzuddin. Kami datang meraikan bagi belah pihak perempuan. Sebenarnya, perkenalan kami dengan keluarga Sakinah bermula dari suami. Suamiku memang mudah ramah dan senang buat kawan ngan sapa je dia jumpa. Tambah kalau sama-sama dari utara, memang cepat akrab.

Kami memang kenal dengan keluarga Sakinah terutamanya ibunya sebab suami pernah bekerja sekejap dengan beliau. Dan keakraban itu kekal baik sehingga la sekarang. Syukur alhamdulillah ditemukan dengan orang-orang yang baik dan menerima kita seadanya.





Sebelah paginya dimulakan dengan majlis akad nikah dan tengahari barulah bersanding dan makan beradab. 

Majlisnya sangat simple, tak kelam kabut, tak sesak dan makanan superb! Lepas makan aku dan anak-anak buat acara wajib iaitu bergambar di meja makan haha.





Kalau bab bergambar memang aku wajib tarik anak-anak sekali. Kebetulan, ada booth photo kat luar dewan untuk para pengunjung amik gambar sebagai kenang-kenangan. Apo layiiii.... den tarik anak-anak la. Laki den pun den tarik sekali. Malu katanya....malu apooooo bukan bergambar dengan skandal pun haha. 


Jadikla buek kenangan hadir majlis orang. Kepada pengantin, selamat pengantin baru moga bahagia hingga ke syurga!

Monday, January 23, 2023

Monday, January 23, 2023

Kalau Pergi Food Court Mesti Order Ni

 

Aku suka tengok vlog dari pengalaman pelancong luar negara makan di food court. Dan setiap video mereka pasti akan teruja atau culture shock tentang food court kita. Diaorang cakap kat negara diaorang tak pernah ada food court sebesar ini dalam mall seperti di Malaysia. 


Lagi satu sebab diaorang suka food court kita ialah sebab ada banyak pilihan makanan yang boleh dipilih tanpa ikut selera orang lain. Maksudnya, kalau kawan kita nak makan nasi ayam dan kita nak makan laksa food court adalah tempat yang sesuai. Ia mengumpulkan semua jenis makanan dan kita masih boleh makan bersama kawan. Aku setuju tu.


Sebab tu juga, aku selesa makan di food court. Dan kalau pergi food court aku tak order nasi campur atau makanan lain tapi aku akan order sizzling



Sizzling mee memang kegemaranku sejak dulu lagi. Kalau dapat yang sedap memang licin hotplate tu. Aku suka yang basic, ada ayam, telur dan semestinya cendawan. Takda cendawan tak lengkap hotplate betul tak. Semalam aku pergi makan kat food court di Sogo dan barisan dia panjang lebih dari gerai lain. 


Tapi sebab tekak nak sangat makan sizzling mee ni, aku gigihkan jugak berdiri 30 minit huhu. Tu belum beratur beli air lagi tu. 



Setelah tiga puluh lebih minit menunggu, akhirnya hotplate aku siap. Kuahnya sedap likat pekat. Ayam dan cendawan lembut dan cukup rasa. Tapi aku tak tau pulak telur tu kena add on. Bukankah telur termasuk sekali dalam harga sebelas ringgit sembilan puluh sen? Ke semua tempat macam tu dan aku baru tau? nak add on telur kena tambah dua ringgit ...dua ringgit ok! 


Tekak punya pasal, aku pejam mata je la. Sikit masa lagi cendawan dan ayam tu pun boleh jadi add on nanti. Tengok ar!


Tengah sedap mentekedarah, aku tergigit yee mee yang hangus. Gamaknya api dia kuat sangat sampai hangus yee mee kat dasar hotplate. Aduhhh potong stim la! Kalau dah orang ramai sangat dan barang kau laku, masak pun nak cepat sampai hangus yee mee dibuatnya.


Apapun, tetap tak boleh lawan kesedapan sizzling mee di food court Kenanga (KWC).




Friday, January 13, 2023

Friday, January 13, 2023

Berjuang Selagi Masih Ada


Perjalanan kehidupan kita takkan sama dengan orang lain. 

Nikmat dan ujian juga tak sama. 

Harta benda yang dimiliki juga takkan kekal. 

Tapi ada satu 'harta' yang sangat bernilai di depan mata kita yang kadang-kadang kita terlepas pandang.


Kehilangan abah secara mengejut pada tahun 2020 membuatkan aku bertambah rindu pada arwah. 

Arwah 'pergi' dalam keadaan yang sangat tenang tanpa sakit yang panjang.

Pernah arwah berkata, dia taknak masuk hospital dan dikelilingi dengan wayar sehingga ke akhir hayatnya. 


Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan arwah.

Mak juga masih merindukan arwah abah. 

Kalau datang rindunya, dia akan cium dompet arwah sebab disitu 'bau' peluh arwah masih ada. 

Kadang mak merenung jauh dari dapur dengan mata redupnya. Aku tahu dia tersangat rindu. 

Aku hanya mampu memandang dari jauh.



Ada orang dikurniakan kemewahan, tapi sangat sedikit masanya untuk mak dan ayah.
Ada orang dikurniakan masa yang banyak tapi tiada wang ringgit.
Tiap kali bisikan syaitan menerpa di telinga ini, aku 'tepis' jauh-jauh.
Aku tak peduli itu semua.
Biarlah aku berjuang disamping mak sehingga ke akhir hayatku.


Bersyukurlah kita masih diberikan peluang dan ruang untuk berbakti pada mereka.
Bersyukurlah kita masih diberikan sedikit rezeki untuk pulang menjenguk mereka
Bersyukurlah kita masih boleh cium pipi, sentuh tangan dan peluk mereka.
Ya Allah terima kasih untuk segala nikmat ini dan panjangkanlah kesempatan ini agar aku dapat merasa syafaat doa dari seorang ibu yang aku kasihi.






Ya Allah... kurniakanlah kesihatan yang baik buat ibuku agar dia dapat beribadah kepadaMu dengan lebih baik dan lindungilah dia selalu dengan kasih sayang dan redhaMu.

Aaamiinnn aamiinn yarabbal alaminn....


Monday, January 09, 2023

Monday, January 09, 2023

Dulu Laksa, Sekarang Laksam

 

Sebelum aku berpindah ke Pantai Timur pada tahun 2004, aku adalah peminat laksa selain kuey tiow goreng. Laksa apa? Laksa Kedah. Tempat yang aku selalu pergi makan laksa ialah kat Subang Perdana, pakcik tu meniaga bawah pokok atas motor je. Biasanya, lepas aku meniaga carboot aku dan family akan pergi makan laksa dan cendol kat situ.


Dari kecil, aku memang dah biasa dengan laksa. Mak pun pandai buat laksa dan biasanya guna ikan sardin tin je. Itu pun dah sedap! Tapi selera aku tetap laksa ikan selayang la.


Tahun 2004 aku pindah kerja ke Kuantan. Kat sanalah aku jumpa macam-macam jenis makanan yang sebelum ni aku tak pernah makan atau tak pernah jumpa. Contoh, kat sana ada nasi air which kat sini orang panggil bubur nasi. Tapi nasi air kat sana lain, siap ada daun ape ntah dalam nasi air tu. 



Memula, aku skeptikal gak kat laksam ni sebab tak pernah rasa la katakan. Rupa bentuknya lain tak sama dengan laksa yang aku selalu dok makan. Tapi satu hari tu, aku pergi pasar malam kat Taman Tas dan kat situlah aku jumpa laksam dan try buat pertama kali.


Ya Allah .... terus aku jatuh cinta! Even dah pindah balik KL pun aku masih berharap dapat jumpa laksam yang sedap macam ni. Syukurlah kat rumah aku tu ada satu gerai jual aneka kuih termasuk laksam. MasyaAllah kuahnya pekat likat, lengkap dengan sayur seperti kobis, kacang panjang dan tu lagi jenis sayur aku lupa dah hehe. Kuah dan cili dia tu yang buat lagi sedap. 


Satu bungkus laksam tu pun dah boleh kenyang sampai ke tengahari. Syahduuuuuu!

Saturday, January 07, 2023

Saturday, January 07, 2023

Sistem Nombor Giliran Online JPJ Yang Baru

 

Kawan aku ada bagitau jpj dah takda sistem nombor giliran yang macam dulu, tekan kat mesin dia dan keluar kertas nombor. Sekarang, semuanya di hujung jari! Aku tak faham sangat sehinggalah aku pergi sendiri baru-baru ni.


Tujuan pergi jpj sebab nak tukar hakmilik kereta. Aku tak tahu cawangan lain sama ke tak dengan yang kat PJ ni, tapi sekarang sistem nombor giliran kena scan dulu baru dapat. Dan aku juga tak pasti samada ia terhad untuk urusan tertentu atau semua jenis sebab aku ada tengok uncle sorang tu nak renew lesen masih pegang kertas nombor giliran.



Anyway, sebelum masuk untuk sebarang urusan kita kena download app JPJeQ dulu. Nanti akan keluar bar code seperti di bawah ni.


Dah scan, kita kena pilih jenis urusan. Nak renew lesen ke, nak renew road tax ke. Pilih dan barulah nombor giliran kita akan keluar.




Paparan nombor giliran yang baru ni siap dengan penunjuk "Kedudukan Menunggu" dan "Anggaran Masa Menunggu". Maksudnya, pelanggan tak perlu berkumpul ramai bersesak-sesak dalam satu tempat sementara tunggu nombor dipanggil. Kita boleh duduk di luar atau tunggu di kereta atau duduk minum pagi kejap atau setelkan urusan di tempat lain asalkan jangan jauh sangat.

Lagi satu, kalau tetiba kita ada kecemasan atau terpaksa batalkan urusan masa tu kita boleh terus tekan "Batal". Takdala orang kat kaunter tu tekan nombor kita banyak kali huhu.




Yang bestnya, bila nombor kita dah dekat-dekat nak sampai tu, dia akan keluar notification (macam gambar atas) bagitau yang kita dah boleh stenbai atau pastikan kita berada dekat dengan jpj. Yang ni aku suka betul! Takda la kita melangut sejam kat dalam tu kan. Kalau dapat tempat duduk takpala. Kalau kena berdiri sejam disitu tak ke hawau jadinye haha.



Bila nombor kita dah dipanggil, dia akan keluar paparan macam kat atas ni. So, kita dah boleh angkat punggung dan pergi ke kaunter berkenaan untuk apa jua urusan. Senang giler! Memudahkan urusan sebab semua ada handphone kan. Pembaziran kertas juga dapat dikurangkan. Bila buat sistem nombor giliran macam ni, takda la yang nak potong barisan atau tipu nombor. 


Terima kasih jpj memudahkan urusan. Terbaik!


Thursday, January 05, 2023

Thursday, January 05, 2023

Cara Tukar Hakmilik Kenderaan Di JPJ

 

Baru-baru ni  aku buat keputusan untuk jual kereta aku tu. Banyak tak terkira 'jasa' dia dari sejak aku bujang sampai anak dah remaja. Susah senang aku ngan kereta tu lah. Enjin terbaik dan tahan lasak, tak banyak 'kerenah'. 

Tapi dalam tempoh Covid (dari tahun 2020), kereta tu dah mula buat perangai. Sikit-sikit dia 'merajuk' dan akhirnya tersadai. Berat aku nak lepaskan sebenarnya, sebab niat di hati nak repair balik kereta tu. Tapi suami cakap, lagi banyak duit yang keluar untuk repair dia sebab nak kena overhaul balik enjin tu semua. Dengan tayar kempisnya, bateri mampus, lantai belakang bocor dan bonet dah masuk air. 

Fikir punya fikir, timbang punya timbang akhirnya aku buat keputusan untuk lepaskan dia pergi.



So kebetulan, ada orang letak no. phone tanya kalau nak jual kereta ni boleh call dia. Bila dah setuju dengan harga, dia bagi duit (tunai) dan aku bagi geran kereta. Hari tu jugak, orang tu bawak kereta aku masuk bengkel, repair apa yang patut dan cat balik. Dah tu, booking tarikh untuk masuk Puspakom. Semua ni orang tu yang setelkan.

Tak sampai sebulan dia dapat cari pembeli baru. Tapi kena buat pertukaran hakmilik dulu di JPJ. Disinilah peranan aku sebagai pemilik asal. 




Sebelum pergi JPJ, penting untuk kita dapatkan butiran pembeli atau pemilik baru kenderaan dari ejen yang amik kereta kita tu. Sebab kita akan perlu isi butiran pembeli di borang tukar hakmilik kenderaan. Yang aku ni, ejen tu tak bagi apa-apa pun, so jadi gelabah sikit kat kaunter. Pegawai jpj tu cakap, memang kena ada butiran pembeli.

Dah dapat butiran pembeli, pergila ke JPJ berhampiran. Aku tak tahu cawangan lain macam mana, tapi di Petaling Jaya sistem nombor giliran bukan macam dulu lagi. Semuanya pakai online je sekarang. 

First, kena download apps JPJeQ di Playstore. Lepas tu, baru boleh scan untuk dapatkan nombor giliran.



Dah dapat nombor giliran, boleh pergi ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan borang tukar hakmilik. Isi butiran peribadi dan butiran pembeli. Kemudian cari kerusi kosong dan duduk tunggu sehingga nombor dipanggil hehe.


Urusan selesai tak sampai setengah jam. Mungkin sebab aku pergi bukan awal pagi sangat, dalam pukul 9am. Dah setel, pegawai jpj akan bagi slip rujukan tukar hakmilik ni dan bolehlah beri pada ejen tu untuk tindakan pembeli tu pulak. Pertukaran nama ni kena bayar RM100 tapi bukan aku yang bayar, pembeli tu yang kena bayar.


So, part aku dah setel. Sedih tu memang sedih. Kereta pertama kot. Tapi lagi sedih kalau tengok dia tersadai jadi tukun besi buruk aje. 


Selamat berkhidmat pada tuan baru.


Tuesday, December 27, 2022

Tuesday, December 27, 2022

Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Abadi

 

🎶🎵Selamat pengantin baru ... semoga kekal abadi 🎶🎵

🎶🎵 Bahgia...ke anak cucu. Sentosa..murah rezeki🎶🎵


Cuti krismas ramai orang dah balik ke kampung bercuti. Tapi aku masih di KL sebab kena kerja. Siangnya pula, kami hadir kenduri kahwin anak sepupu di UPM, Serdang. Jujur, kami memang jarang dapat jemputan kahwin hahahaha.


Macam biasa peneman aku di majlis adalah anak-anak dan suami. Tapi cik abg dah cari port kat luar lepak2 lepas makan sambil 'berasap' haha. Tak ramai sedara yang dapat aku jumpa sebab masing-masing dah balik masa ni. So, kita beramah mesra dengan tuan rumah, makan dan amik gambar dengan pengantin je la ye.


Mujurlah sepupu aku, Alin masih ada di majlis. Tapi tak lama kami dapat borak, sebab dia pun kena balik.



Bersama pengantin baru

With my sista

Nasi kenduri sedapppppp!


Kiranya ni kenduri penutup untuk tahun 2022. Terima kasih Abg Ayob dan Kak Ros sekeluarga. Jumpa my sister pun kejap je sebab dia sampai lambat sangat haha. Aku terpaksa balik tinggalkan dia dan abg ipar sebab nak keje malam pulak.


Tahniah buat pasangan pengantin baru, moga bahagia dan diberkati selalu.

Thursday, December 15, 2022

Thursday, December 15, 2022

Suka Tengok Baki Cuti, Tapi Sayang ....

 

Tahun ni pencapaian terbaik aku dalam perkhidmatan ialah kurang amik cuti rehat hehe. Sekali je aku amik cuti awal tahun ni, lepas tu tak sentuh langsung cuti rehat. Teringat dulu masa keje waktu pejabat, dok berkira-kira nak isi borang cuti rehat walaupun tahu baki cuti tinggal ciput.


Pastu bulan November bila nak isi berapa GCR (Gantian Cuti Rehat), mula buat muka sedih sebab baki cuti pun 'sendu' huhu. Sudahnya, tak isi GCR tapi bawak ke depan cuti rehat tu sebab tahun depan nak guna lagi. Sudahnya, gcr aku tak berisi beberapa tahun. Rugi yakmat!



Bila aku masuk keje syif, aku nekad nak kumpul gcr sebanyak yang boleh. Banyak kelebihan keje syif, salah satunya banyak cuti rehat boleh kumpul. Nak cuti guna cuti off keje je. Tapi tak ramai yang bersedia nak keje syif terutama staf pempuan.


So bila aku tengok baki cuti rehat aku tahun ni, wahhh berbunga-bunga rasa hati haha. Tak pernah aku kumpul cuti rehat sebanyak tu dalam tempoh aku keje. Bila sampai masa nak isi borang gcr ingat nak simpan 40 hari baki 9 hari bawak ke depan. Tapi rupanya aku hanya mampu bermimpi sebab cuti gcr maksimum hanya 15 hari haha.


Nampak gaya banyak tahun lagi la aku nak kena cukupkan cuti gcr aku ni. Baki sebulan lebih cuti tu kena bawak ke tahun hadapan. Belum lagi tambah ngan cuti rehat tahunan tuk tahun depan tu.  Banyak-banyak cuti nak gi mana tuuuuuuu?


Tuesday, December 06, 2022

Tuesday, December 06, 2022

Cari Buku Di Selangor International Book Fair (SIBF) 2022

 


Kakak ada ternampak iklan Karangkraf kat TikTok berkenaan dengan pameran buku bulan ni. Dia cakap memang nak pergi. Tapi sebenarnya, ada tempat lagi dia nak ajak aku pergi. Pergi bundle dan pergi pantai haha. Adoiiii satu-satu boleh tak. 


Aku suh bagi pilihan satu antara dua. Nak pergi bundle atau book fair. Dia cakap alaa kena pilih ke haha. Aah ye (saje nyakat). Last-last dia pilih bundle haha. Lepas layan bundle, aku cakap ngan ayahnye jom la kite bawak anak-anak gi book fair. Aku kalau bab anak-anak nak buku ni memang takda masalah.


Diaorang jangan cakapla, memang eksaited sangat bila tau kami nak bawak gi book fair ni. Terutama kakak tu, katanya nak cari buku latihan. Yang adik pulak dok usha kat novel.




Pameran buku SIBF ni berlangsung dari 1hb hingga 11hb Disember. So, masih ada masa dan kesempatan lagi kalau korang nak pergi. Masa kami pergi ni hari Ahad waktu petang, ramai orang tapi tak crowded sangat. 


Bukan takat buku je ada, makanan pun ada dijual. Food truck 'bersepah' kat luar dewan. Pendek kata kalau bawak family datang sini takkan lapar. Bawak duit saja haha.












Dok 'tawaf' 2 kali baru jumpa booth buku yang kakak nak beli. Begitu jugak adik, nak pergi booth Iddin Ramli katanya. Mama kenal tak Iddin Ramli? Tak kenal .... Ramlee Awang Murshid kenal la. Hilal Asyraf kenal la haha.

Dah beli buku masing-masing, tak sah kalau tak beli makanan. Tengok pulak ada food truck kat luar tu siap ngan meja kerusi untuk orang duduk makan. Kami beli kepok lekor, ayam cheese, curly fries berempah dan air mangga susu. 






Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat pergi SIBF 2022. Dah beli buku harap exam tahun ni masing-masing boleh perform ye.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.