Sunway Pyramid
Friday, April 24, 2015
Raikan Detik-detik Indah Ibu Dan Anak Bersama Kempen Drypers 'Moms Of Malaysia'!
Assalamualaikum!
Anugerah terbesar bagi seorang wanita adalah saat ketika dia melahirkan bayi yang dikandung. Sebagai seorang ibu, itulah merupakan detik terindah dalam hidup sejak hari pertama aku bergelar ibu. Setiap saat yang berlalu aku ingin abadikannya sebagai satu kenangan indah bersama si kecil samada ketika bermain dengannya, memandikannya dan walaupun ketika memakaikannya pampers!
Dan, menyedari hakikat bahawa ikatan ibu dan anak sebagai hubungan semulajadi paling erat, Drypers cuba untuk mendekati para ibu dalam menyampaikan mesej raikan detik-detik terhebat bersama anak melalui kempen Moms of Malaysia yang telah pun selamat dilancarkan semalam.
Pelancaran kempen Moms of Malaysia bertempat di Blue Concourse, Lower Ground, Sunway Pyramid dan berlangsung sehingga 26 April 2015. Aku turut berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis yang turut meraikan beberapa selebriti dan ahli-ahli Drypers Baby Club yang telah pun mendaftar secara online atau semasa acara kempen berlangsung.
“Setiap ibu ada definisi tersendiri bagi detik hebat
bersama bayi mereka. Ia adalah interaksi unik antara ibu dan anak yang
menjadikan sesuatu detik itu begitu bermakna.
“Tugasan harian penting seperti memandikan bayi atau
menukar lampin adalah peluang untuk saling bercinta dan belajar bersama. Inilah
teras kempen Drypers Moms of Malaysia,”
kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.
Drypers ialah jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn
Bhd dan kini menjadi jenama lampin pakai buang pilihan ibu-ibu Malaysia sejak
15 tahun lalu. Oleh itu, bagi menghargai peningkatan jumlah pelanggan setianya,
Drypers membuka kelab online Drypers Baby
Club pada 2014 mempunyai bilangan komuniti ibu bapa hampir 100,000 keahlian
seluruh negara. Kelab online tersebut juga satu-satunya komuniti seumpamanya dan Drypers menjangkakan bilangan
keahlian meningkat sekali ganda menjelang tahun hadapan.
“Sebagai peneraju jenama lampin pakai buang bersama
kewujudan sebuah kelab yang mana kedua-duanya bercirikan sokongan dan
pendidikan, kami merasakan kepentingan
untuk mengingatkan dan menggalakkan wanita supaya
menghargai pengalaman keibuan mereka secara menyeluruh bagi apa sahaja detik
kecil setiap hari, termasuk peristiwa besar dilalui sepanjang anak-anak
membesar.
“Kami tidak hanya menyediakan produk bayi bertaraf
dunia, kami juga secara aktif memberikan galakan kepada ibu bapa supaya saling
bantu-membantu dalam memupuk hubungan ibu bapa-anak yang gembira dan sihat,”
kata Evelyn.
Pelancaran juga menyaksikan penyokong Drypers Moms of Malaysia dan bakal ibu,
Elaine Daly berada di atas pentas bersama selebriti ibu, Aishah Sinclair dan Dr
Jezamine Lim Iskander untuk berbual mesra mengenai detik dan pengalaman
berharga dilalui mereka sepanjang bergelar ibu.
Bagaimana mendaftar untuk menjadi ahli kelab Drypers Baby Club?
Ibu
bapa boleh menyertai Drypers Baby Club
dengan membuat pendaftaran diri semasa acara kempen berlangsung atau secara
online di laman www.drypers.com.my
untuk menjadi sebahagian komuniti keibubapaan yang memberikan sokongan dan
galakan kepada wanita dalam pelbagai peringkat keibuan.
Ahli-ahli
akan berkongsi tip dan nasihat keibubapaan serta menerima e-mel yang dikemas
kini secara kerap daripada Drypers mengenai perihal penjagaan anak. Ahli-ahli
juga bakal menikmati program ganjaran Drypers
Point Shop yang membolehkan mereka mengutip mata menerusi pembelian produk
Drypers dan kemudian menebusnya dengan alat mainan menyeronokkan dan berbentuk
pendidikan.
Seiring semangat kempen, 200 foto berserta judul yang merakamkan aksi ibu-ibu Malaysia berkongsi detik istimewa bersama bayi mereka turut dipaparkan di atas pintu gerbang masuk berbentuk hati.
Jadi, ibubapa yang belum lagi mendaftar sebagai ahli Drypers Baby Club cepat-cepatlah mendaftar keahlian hari ini sehingga 26 April 2015 dan jadilah sebahagian dari komuniti Drypers di samping menikmati program ganjaran yang berbaloi-baloi! Kalau korang datang ke Sunway Pyramid, korang boleh datang terus ke Blue Concourse dimana kaunter pendaftaran juga disediakan di situ.
Kalau nak daftar online pun boleh juga! ^^
Pendaftaran Drypers Baby Club di acara kempen semalam.
Lepas mendaftar, korang boleh terus shopping pampers Drypers kat sini. Kalau nak tahu, harga Drypers di sini lebih murah berbanding korang beli dekat pasaraya. Dan, Drypers turut memperkenalkan produk terbarunya, Drypers DryNights (plastik hitam) yang mampu menyerap lembapan sehngga 12 jam! Macam yang kat atas ni, harga Drypers DryNights 24 keping saiz XXL cuma berharga RM24.90 sepanjang tempoh kempen berlangsung. Kalau beli kat luar harganya adalah RM29.90 (lebih kurang) termasuk cas GST.
Ada lagiiiiiii ...! Setiap pembelian melebih RM50 akan menerima hadiah istimewa dari Drypers iaitu bantal bayi yang comel! So, ibubapa yang dah kehabisan stok pampers di rumah boleh tarik suami korang ke Sunway Pyramid hari ini dan daftar keahlian Drypers serta borong pampers dengan harga yang cukup hebat! ^^
Terus terang, Drypers adalah jenama pampers yang aku telah gunakan untuk kakak dan adik sejak mereka kecil lagi. Sebab aku sukakan kualiti dan ketahanannya menyerap air terutama pada waktu malam. Tak perlu nak bangun pukul 2-3 pagi untuk salin pampers baru. Anak pun tidur nyenyak dan tidak terganggu. Dan tentunya sebab harga pampers Drypers ni berpatutan sangat nak dibandingkan dengan jenama lain hehe.
Terima kasih Drypers atas jemputan dan penghargaan :)
Maklumat lanjut mengenai kempen
Drypers Moms of Malaysia boleh diperoleh dilaman Facebook Drypers Malaysia :