Breaking

Thursday, December 05, 2013

Thursday, December 05, 2013

Rewards!


Assalamualaikum!~

Lameeeee dah diaorg mintak yang baru. Tapi, ibu buat dekkkkk je, kalu ikutkan hati malas nak layan permintaan tu. Tapi, memang nak jadi rezeki sungguh kot, dalam kita kata 'tak boleh' tu ade je sebab dan musabab yang 'membolehkan' diaorg dapat yang baru hehe.

Wednesday, December 04, 2013

Wednesday, December 04, 2013

Apa Nak Tanya Kat Nuffnang?


Assalamualaikum!~

Masa memula kenit register Nuffnang, kenit tak berapa nak cakna pasai CPUV/BE atau CPC. Asal ada iklan kat blog itu dah ok. Glitteratti atau Non-Glitteratti itu tak jadi hal. Apatah lagi kenit nak tahu pasai macam mana nak hantar tiket kat Nuffnang mintak bagi CPUV/BE? lagi la kenit tak tahu hehe.

Tapi, selepas 2 bulan berblogging kenit tak nampak perubahan pada CPUV/BE. CPC ok je bertambah selalu, tapi CPUV belum muncul-muncul lagi. Blogger lain dah dapat 'genggam' banyak CPUV tapi kenit punyer tau lagi pun tak 'lekat' lagi.
Wednesday, December 04, 2013

GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG


Assalamualaikum!~


 Pemenang akan ditentukan secara 
❤ Top Refferal - Hadiah Utama❤ Top Refferal - Hadiah Kedua
❤ Random.org -Hadiah Awesome yang lain

Tarikh tutup : 1 November 2013- 20 Disember 2013

Moh le join weh!
(^_^)
Klik banner untuk join sekarangggggggg!~

Tuesday, December 03, 2013

Tuesday, December 03, 2013

Contest Kasih Ephyra ~ Phase 1


Assalamualaikum!~


KLIK {SINI} UNTUK JOIN

Mengapa kenit nak sertai contest Ephyra ni? Sebab kenit nak menang dan merasai sendiri miracle produk Ephyra. Bukan saja kulit yang halus licin dan wajah yang bebas dari masalah malah kenit ingin memiliki kulit yang sihat gebus dan kenit percaya Ephyra dapat membantu kenit mengatasi masalah kulit yang sekian lama membelenggu diri ini. 

Kenit banyak membaca info dan testimonial dari blogger Kak Fila mengenai kebaikan produk Ephyra. Bermula dengan pengenalan tentang Ephyra {SINI}, Kak Fila berkongsi perbezaan selepas menggunakan Ephyra di {SINI},{SINI},{SINI} & {SINI}. Sapa tak jeles nengok tangan yang halus mulus macam Kak Fila kan heeee. Tu baru tangan, belum muka lagi tu hehe.

Kak Fila, pinjam gambo jap yek (^_^)

Ya Allah, berbeza sungguh tahap kehalusan kulit kami berdua. Tengok kak Fila punyer kulit tangan halus dan rata je. Tengok kenit punyer kulit tangan, rasa boleh buat peta jalan siap dengan parit sekali! muehehehe. So, nampak tak di situ keperluan kenit untuk memiliki Ephyra ni?


Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Ephyra, boleh LIKE & FOLLOW :



TARIKH CONTEST

2 Disember 2013 - 13 Disember 2013

(pemenang akan diumumkan pada 20 Disember 2013)

Monday, December 02, 2013

Monday, December 02, 2013

Majlis Konvokesyen & Anugerah Cemerlang - Part 2


Assalamualaikum!~

Dah puas melaram di {SINI}, it's time for the BIG show! Of course, 'lensa' kamera ibu tertumpu pada my 1st precious pearls yang graduate pada hari tersebut. I'm so proud of you gurl ....! 

Cuma satu yang kenit geram sangat aritu, ntah macam mana handphone samsung kenit boleh tercicir ntah ke mana. Kacau jiwa dibueknyo! Dah la kene bebel ngan Pak Jelan satu hal! "Maner handphone ni haniiiiiiiii? pagi tadi ader je!! pot pet pot pet pot pet". Berdesingggggg je telinga kita ni, tapi nak buek camno ... tadahkan ajo la, dah memang kenit yang cuai sikit pagi tu kan huhu.  

Acara hari tu dimulakan dengan bacaan doa oleh murid 6 tahun, apa namanya kenit dah lupa hehe. Pastu ucapan perasmian pulak oleh Datukkkkk .... pun kenit lupa gak namanya hahahaha. Ye la, event ni hampir sebulan yang lepas. La ni baru la terkinja-kinja nak update dalam blog kannnnn. Kira siaran terlewat la niiii .... jangan marah haaaa :D



Ni la Datuknya. Apa-apa event yang melibatkan tadika ni,
mesti ada Datuk ni yang merasmikannya.
Monday, December 02, 2013

CPUV KE 21 - Libresse


Assalamualaikum!~

Alhamdulillah muncul sebijik lagi iklan nuffnang di Nukilan Kenit. Lately, kenit jarang dah hantar tiket kat Nuffnang. Nak menjadi satu keje pulak asyik nak hantar tiket je hehe. Agak-agak dah lama tak dapat ads baru, masa tu la baru kenit terhegeh-hegeh nak antar tiket hehehe.


Sunday, December 01, 2013

Sunday, December 01, 2013

Kenapa Orang Islam Tak Boleh Cakap RIP?


Assalamualaikum!~

Pernah kita tertanya mengapa tak boleh? atau kita sendiri tak tahu sebenarnya yang kita memang tak boleh ucap begitu pada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia. Kita ni suka main hentam semberono je kan? Omputih cakap "R.I.P" kita ikut sama cakap. Omputih ucap "Merry Christmas" kita pun sama ikut ye dak. Apa maksud R.I.P? ramai dah tahu ni, maksudnya Rest In Peace bermakna 'bersemadilah dengan tenang'.

Apa salahnya kita ucap R.I.P pada non-muslim yang telah meninggal dunia?

R.I.P a.k.a "Rest In Peace" adalah bacaan doa yang lazim diucapkan oleh paderi-paderi kepada si mati ketika upacara pengebumian di tanah perkuburan. Orang Islam dilarang mengucapkan doa seumpama ini kepada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia.

Islam menggariskan hukum mendoakan orang bukan Islam dengan melihat situasi. Doa itu dilihat dari sudut isi kandungannya, adakah ia mendoakan supaya diberi hidayah, kesejahteraan atau keampunan dan rahmat terhadap mereka

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.”
(Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9)

Rata-rata kita masih keliru antara mendoakan, ucapan takziah, memuji dan menghormati. Umumnya memuji dan menghormati orang bukan Islam yang mempunyai perilaku baik dibenarkan. Hukum berbangkit ialah berkenaan ucapan doa dilafazkan kepada bukan Islam.

Islam menggariskan hukum mendoakan orang bukan Islam dengan melihat situasi. Kedua, doa itu dilihat dari sudut isi kandungannya, adakah ia mendoakan supaya diberi hidayah, kesejahteraan atau keampunan dan rahmat terhadap mereka.

Ulama sepakat membenarkan kita mendoakan orang bukan Islam yang masih hidup supaya diberikan hidayah. Ada beberapa riwayat daripada Nabi SAW yang membenarkan umat Islam mendoakan diberi hidayah kepada bukan Islam.

Rasulullah SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahal atau ‘Umar bin Al-Khattab.” 
(Hadis riwayat Tirmizi). 

Akhirnya berkat doa Nabi SAW, Umar bin Al-Khattab masuk Islam.

Kesepakatan Ulama

Bagaimana pula mendoakan orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia. Ulama sepakat mengharamkan mendoakan keampunan, kesejahteraan dan rahmat kepada mereka. Pengharaman ini tidak kira sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri atau sebaliknya.

Dalilnya adalah ketetapan al-Quran ketika Rasulullah SAW meminta Allah SWT mengampunkan dosa Abu Talib.

Allah berfirman yang bermaksud: 

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawa orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” 
(Surah At-Taubah, ayat 113-114)

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ berkata, ulama sepakat mendoakan orang bukan Islam dengan keampunan Allah, mendapat syurga dan apa saja berkaitan akhirat adalah diharamkan. Begitu juga mereka yang disyaki keislamannya, kata Imam Ibn Hajar al-Haithami.

Islam bukan agama menyuruh membenci penganut agama lain malah Islam sentiasa menganjurkan kita mendoakan orang bukan Islam supaya bersama menikmati hidayah milik Allah SWT. Itulah nilai kasih sayang sebenar dengan membebaskan mereka dari azab neraka jahanam.

Kita boleh melakukan perbuatan direstui syarak dengan memuji perilaku baik si mati sewaktu hidupnya, menziarahi waris dan memberi ucapan kesabaran serta meringankan beban waris. Ia lebih bernilai dalam mengeratkan hubungan sosial berbilang agama.

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN

Imam An-Nawawi menyebut :

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama (Al-Majmu')

Tidak salah untuk kita memperlihatkan kesedihan kita di atas pemergian seseorang, namun Islam sendiri telah menetapkan garis panduan yang betul untuk kita mengikutinya. Semoga tiada antara kita yang mempersoalkan kenyataan ini setelah membaca ayat-ayat Allah dengan jelas dan mudah difahami.

Kita sesama Islam pun tak ucap R.I.P pada orang Islam lain, sebab kita tak tahu adakah benar amalan kita di dunia ini sudah cukup untuk kita menempuh soalan-soalan dari Malaikat Mungkar & Malaikat Nangkir dan seterusnya boleh 'aman' sampai Hari Kiamat kelak? kita tahu hakikat tu kan? so why do we make exception to the non muslims?

SUMBER ; page UAI OFFICIAL

SUMBER : page DR. ZAKIR NAIK OFFICIAL

Sebuatlah 'condolences' atau ' takziah' atau 'sorry for your loss' kerana ia bersifat umum.

kredit : fb JKKK FC & DR.ZAKIR NAIK


*Omputih mati habis kecoh satu dunia. Habis dikirimkan ucapan dan doa untuk memperingati mereka. Orang Islam di Palestin, Syria, Mesir, Myanmar, Selatan Thai, Somalia hari-hari mati samada mati dibunuh kejam, ditindas dan dizalimi, tapi jarang sangat aku nak mengirimkan ucapan dan doa buat mereka yang bergelar syuhada dan mati demi ISLAM. Allahurobbi .... jangan jadikan aku golongan yang membelakangi saudara-saudara seislamku Ya Allah T___T.*



Sunday, December 01, 2013

Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen !


Assalamualaikum!~


Woweeeeee! Lysa is back! Balik balik je terus buat GA ye Lysa. Kerrrrlas ko dik non muehehehe. Masa kenit memula nak start blogging pun, Lyssasecret.com adalah antara blog panduan utama untuk kenit mengetahui selok belok mencantikkan blog. Well done Lysa! 

Back to the story, Nukilan Kenit menapak di alam blogging ni baru setahun jagung usianya. To be exactly, 1 tahun 2 bulan. Baby lagi niiii hehehe. Alhamdulillah semangat nak berblogging tu sentiasa mantop sehingga ke saat ini. 

Mai sini kenit tag 3 lagi sahabat ye :D


So guys jom join dengan klik banner di atas (^_^)

Saturday, November 30, 2013

Saturday, November 30, 2013

Nak Senang Bersalin?


Assalamualaikum!~

Hujung-hujung tahun begini bukan saja meriah dengan kenduri kendara dan majlis berkhatan, malah ramai juga bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak mereka. Bagi yang dah ada pengalaman bersalin sebelum ni, mungkin takda masalah nak menghadapi kesakitan di bilik bersalin. Tapi, bagi first-timer tentu ada 1001 macam perasaan kan?


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.