Breaking

Saturday, February 09, 2013

Saturday, February 09, 2013

4 Peringkat Dosa: Dimanakah Anda?

Setiap makhluk bergelar manusia pasti tidak terlepas dari melakukan dosa, baik dosa kecil mahupun dosa besar. Namun, adalah menjadi fitrah manusia apabila dia melakukan dosa pasti akan memohon kepada Tuhannya agar diampunkan dosa tersebut.


Walaubagaimanapun, manusia tidak terlepas dari cengkaman ego sendiri yang apabila dia melakukan dosa, masih juga tidak bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Golongan ini adalah golongan yang sombong dengan Tuhannya, Pencipta Sekelian Alam. Adakah kita termasuk dalam golongan ini? Jom kiter terjah!~

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya…. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua..
Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya… Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..
Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya….Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD (nauzubillah!).. Contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. “Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN… Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri..
Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah..
Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.” Rasullullah menjawab,” Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.” Sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut." Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.”
Wallahualam…


Friday, February 08, 2013

Friday, February 08, 2013

Cerana Seafood.

Assamualaikum sumer!~

Malam tadi lepas antar abah ke Terminal Bas Sepadu (TBS), aku ajak incik somi pi makan seafood. Sejak kami duduk KL ni, pilihan makan seafood kami ialah di Cerana Seafood. Restoran seafood ini terletak di Cheras, kalu korang lalu kat hiway Cheras-Kajang tu, ada stesen Petronas belah kiri kan, Cerana Seafood kat belakang stesen minyak tu jer.

So, kami empat beranak pun pegi la makan kat situ malam tadi. Satu yang buat aku terpikat untuk menjamu selera di sini ialah walaupun lokasi restoran ini duduk di belakang stesen minyak, tapi ia masih mempunyai scenery yang sangat memuaskan mata memandang hehehe. Nanti aku tunjuk...jom masuk dulu!~


Selamat Datang ke Cerana Seafood
Friday, February 08, 2013

Tiada Jodoh, Kieran HOT FM Sah Becerai.

Kieran DJ HOT FM

Penyampai radio Hot FM, Kieran atau nama sebenar Maskiran Jakiran mengesahkan bahawa beliau dan Yang Azliyang Mohd Yunus sudah sah bercerai.
Jika sebelum ini beliau hanya mengesahkan bahawa dia dan bekas isteri tidak tinggal serumah semenjak Mac tahun lalu, Kieran yang sudah tujuh tahun menjadi juruhebah radio Hot FM memberitahu pihak media bahawa pada tanggal 28 November 2011 dia dan isteri telahpun bercerai secara sah.
Tidak mahu menghebahkan berita tersebut pada awalnya kepada pihak media kerana gusar menyinggung perasaan emak, Kieran menjelaskan status sebenar setelah ditemui di Majlis Kesyukuran Hot FM semalam bertempat di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
"Kami telah sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga ini demi anak-anak namun disebabkan tiada persefahaman kami ambil jalan untuk berpisah."
Walaupun sudah berpisah, Kieran dan bekas isteri masih menjalinkan hubungan baik dan kini mereka anggap seperti kawan baik demi anak-anak.-yahoo.malaysia

P/S: Walau kasih terputus di tengah jalan, hidup mesti diteruskan.

Friday, February 08, 2013

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan.

Pernahkah anda mengalami suatu perasaan ganjil di mana anda terlihat seperti bayangan manusia atau lembaga di tengah malam? Bisikan ganjil juga seakan-akan kedengaran memanggil anda ketika sendirian?


Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
Friday, February 08, 2013

Pencari Hantu Buru Hantu Bersama 'Seekers'.

Assalamualaikum sumer!~

Pernah tengok program Seekers di tv? Program yang merakamkan aktiviti paranormal ini sudah lama ditayangkan di ntv7. Aku pernah menjadi penonton setia rancangan ni dulu. Maklumla, masa tu teruja sangat nak tengok kelibat 'lembaga' dalam tv hehehe. Tapi, yang aku dapat tengok hanya pempuan menjerit, nangis-nangis. Kalau ada pun, mungkin hanya imbasan cahaya ganjil yang 'terbang' di situ (rumah kosong)

Aku rasa lebih sesuai menggunakan perkataan memburu ENTITI dari memburu HANTU kan? Sebab yang nak dicari ni bukan binatang, tapi ROH yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Dan bukan mudah nak buru 'entiti' ni. Bukan macam buru binatang, letak perangkap dan umpan dan tunggu 'dia' datang.  


Robb Demarest (dua dari kanan) bersama pihak produksi untuk
rancangan 
Seekers di ntv7-mstar

Thursday, February 07, 2013

Thursday, February 07, 2013

Penangan Setia Hujung Nyawa: Salah Siapa?

sumber: fb jiwarosak.com
Rosak...rosak! Ni nak panggil cerdik ke bodo? Kadang-kadang untuk orang yang jenis pemikirannya begini, kita takleh nafikan yang dia sangat......sanggggggatttttttt......kurang cerdik! Kang aku kata bodo kang ader plak yang tak puas hati huhu.
Thursday, February 07, 2013

Anak Syurgawi: Al-Fatihah Buat Adik Adam Syukri.

Assamualaikum sumer!~

Lama tak dengar khabar mengenai perkembangan terbaru adik Ahmad Adam Syukri. Terkejut aku bila baca twitter Fedtri Yahya di Facebook tadi. Dan bila aku baca di wall Ahmad Adam Syukri, banyak mesej yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah adik Adam. 


Innalillahiwainnailaihiroji'un...Allahurobi~


Sumber: fb
Thursday, February 07, 2013

Jangan Sesekali Cakap F*** Pada Hakim! (Video)

Assalamualaikum sumer!~

Jangan korang sesekali cari pasal dengan orang yang mempunyai kuasa untuk membuatkan hidup korang menderita!hahahaha. Itu termasuklah HAKIM!


Dari kiri: Penelope Soto & Hakim Jorge Rodriguez-Chomat

Tu laaa gatai sangat pi ketawa kat hakim tu pasaipa. Hang ingat lucu sangat ka kes hang ni??. Dan, inilah akibatnya bila hang buat mahkamah macam kelab malam!heeeee. Kes ni terjadi di Miami, seorang remaja dihadapkan di mahkamah atas tuduhan memiliki dadah Xanax dan semasa dia menghadap hakim untuk kesnya diadili. Jom kiter terjah video ni!~


Thursday, February 07, 2013

Anak Hilang.

Trend menculik kembali menghantui masyarakat kita. Ada yang hilang kemudian dijumpai kembali, namun ada yang tidak begitu bernasib baik. Pastinya, jenayah culik kanak-kanak kini telah menghantui ibubapa, malah kita semua.

Lepas sorang sorang kena culik, sasaran mereka terutama budak sekolah. Ibubapa mana yang tak susah hati mengenang nasib anak yang belum tentu hidup belum tentu mati di luar sana..keseorangan..kelaparan..dan barangkali sesuatu yang tidak diingini menimpanya. 
Thursday, February 07, 2013

Chef Riz Bercinta Dengan Mak Jemah?

Pagi ni 'tergerak' plak nak dengar ERA.fm dan masa warta berita kul 7pagt tadi, dj radio tu kata Chef Riz kini dikatakan sedang bercinta dengan Mak Jemah? MAK JEMAH???? Weh, setahu aku bukan ke Mak Jemah tu si Johan tu kan? Slot istimewa bersama Mak Jemah setiap hari tu kan? Takkan la Chef Riz bercinta ngan Johan kot?? GILER! Haru 1Malaysia kang!~hehehehe.

Kalu nak tahu MAK JEMAH mana yang sebenornya dimaksudkan oleh dj radio itu, jom kiter terjah gambo dia (^_^)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.