Something in my head
Monday, June 10, 2013
Monday, June 10, 2013
Sunday, June 09, 2013
Cerita My Pearls
Sunday, June 09, 2013
Love Letter
Assalamualaikum!~
Bengkeng betul aku semalam ngan perangai dua beradik ni. Kejap bergaduh tak hengat dunia. Kejap bergelak ketawa bagai lawaknya terhebat didunia.
Part bergelak ketawa tu aku tak heran boleh handle, ni part yang bergaduh ni jenuh aku nak leraikan. Darah menggelegak jugak sampai ke jantung. Tapi, belum tahap nak angkat tangan lagi.
Cerita My Pearls
Sunday, June 09, 2013
Gincu???
Saturday, June 08, 2013
Wanita
Saturday, June 08, 2013
Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Wanita
Assalamualaikum!~
Perkara terakhir yang seorang perempuan ingin dalam hidupnya adalah menjadi sebahagian dari statistik rogol. Memang ia suatu perkara terkeji dan terburuk pernah berlaku dalam hidup seorang wanita. Bagi masyarakat timur, kehormatan dan maruah seorang gadis masih menjadi kunci utama kepada penghormatan masyarakat terhadapnya.
Demonstrasi bantahan terhadap perogol susulan kes seorang pelajar dirogol beramai-ramai di India bulan lepas. |
Cerita My Pearls
Saturday, June 08, 2013
Kawen Lagi??
Friday, June 07, 2013
Informasi Dan Tips
Friday, June 07, 2013
Jomniaga Bersama Kenit.
Assalamualaikum!~
Seperti yang Kenit katakan sebelum ini, jana pendapatan melalui internet memang boleh dilakukan dan terbukti keberkesanannya. Dengan adanya jaringan capaian yang luas dikalangan pengguna internet, semua orang boleh memasarkan produk/barangan mereka di blog/facebook.
Bermula dengan RM2
Yup, hanya bermula serendah RM2 (tu pun Jomniaga.com yang beri) dengan mendaftar di Jomniaga.com, anda boleh untung lebih dan lebih lagi. Seperti saranan blogger femes,HasrulHassan mengenai Jomniaga.com di SINI dan SINI, Kenit tertarik untuk mencubanya dan kini ingin mengajak anda semua untuk join bersama.
Lelaki
Friday, June 07, 2013
Tian Chua Bersama Jemaah Masjid - Doaku Buat Dirinya.
Assalamualaikum!~
Tiada pemandangan seindah yang Kenit lihat di hari Jumaat yang penuh barokah ini melainkan sekeping foto yang Kenit dapati dari facebook.
Berkelip-kelip sepasang mata ini tatkala melihat susuk seorang lelaki Cina menyantuni jemaah yang hadir di suatu majlis ceramah Isra' Mikraj di Masjid Sayidina Ali, Kg Padang, Balang.
sumber: instagram |
Makanan
Friday, June 07, 2013
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.
Assalamualaikum!~
Didahului dengan firman Allah yang bermaksud:
"Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"
(Surah Al-Baqarah: 168)
Lambakan produk makanan terutama produk import perlu diselidiki tahap kehalalannya supaya pengguna muslim seperti kita tidak tertipu. Bukan itu saja, produk kecantikan turut perlu diberi perhatian kerana ternyata memang ada sesetengah produk ini yang mengandungi unsur-unsur kebabian.
Thursday, June 06, 2013
Jom Tambah Ilmu
Thursday, June 06, 2013
Fakta Benar Tentang Daging Kambing.
Assalamualaikum!~
gambar hiasan |
Masyarakat kita sering menganggap daging kambing mengandungi tinggi kolesterol. Ada juga yang menganggap daging kambing yang menjadi antara makanan sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'panas' yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.
Begitulah liciknya permainan golongan Yahudi yang ingin menjauhkan kita dengan amalan sunnah Nabi. Mereka mahu kita meminum susu lembu mereka sedangkan mereka mendidik kaum mereka untuk mengamalkan minum susu kambing. Mereka percaya dengan kebaikan dan khasiat susu kambing. Maka, disebabkan itu, kita lebih gemar memilih daging lembu.
Melalui kajian yang dilakukan oleh para saintis membuktikan bahawa daging kambing baik untuk kesihatan. Mari kita selongkar kebenaran itu.
gambar hiasan -daging kambing segar- |
Pada masa kini, kambing merangkumi 63% sumber protein yang dimakan oleh penduduk dunia terutama di kawasan negara Arab dan Afrika Utara. Selain itu, ia juga menjadi pilihan penduduk di rantau Asia Tenggara, kepulauan Carribean dan kawasan tropika yang lain.
Begitu juga di Barat, pengambilan daging kambing dilihat mendapat publisiti meluas kerana sumber proteinnya menjadikan ia lebih digemari berbanding daging lembu.
KOMPOSISI KHASIAT DALAM DAGING KAMBING
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
- kolesterol rendah - kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
- lemak rendah - Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
- kalori rendah - Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
- lemak tidak tepu - kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
- asid amino - sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
KEBAIKAN PENGAMBILAN DAGING KAMBING
BAIK UNTUK JANTUNG
BAIK UNTUK JANTUNG
Selama ini, kita dimomokkan dengan kesan buruk mengambil daging kambing dalam diet makanan. Hakikatnya, penemuan saintifik membuktikan sebaliknya.
- Kajian klinikal oleh Universiti Harvard mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu (daging kambing) bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.
- Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
- Penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.
- Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.
- ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
- mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu. Susu kambing baik untuk mengatasi masalah obesiti.
- boleh mengatasi masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik selepas susu ibu. Ia sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi.
- kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
MENCANTIKKAN KULIT
- Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida (anti-oxidant) juga terdapat dalam daging kambing. Ia amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
- Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
- membantu merawat masalah seperti psoriasis, ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit.
- Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
MENINGKATKAN RASA KASIH SAYANG DAN KEGEMBIRAAN
- Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
- Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Subhanallah! Begitu banyak kebaikan daging kambing yang selama ini kita pandang enteng. Dari daging dan susu yang baik untuk kesihatan, bulunya yang boleh mengurangkan kedinginan serta peluang perniagaan yang wujud darinya sangat membuka mata dan hati Kenit!
Semoga info di atas dapat membuka mata dan hati serta mengubah perspektif stereotaip kita terhadap daging kambing. Sesungguhnya, setiap sunnah Nabi ada kebaikan dan manfaatnya. Oleh kerana orang Barat (Yahudi) tidak mahu kita mengikuti sunnah Baginda maka, pelbagai fitnah dan pembohongan yang mereka keluarkan.
P/S: Teringat Burger Bakar Abg Burn dan Lamb Chop Sizzling....nyumm nyumm!(^_^)
Ada Apa Lagi Ngan Kambing?:
Wednesday, June 05, 2013
Nuffnangers
Wednesday, June 05, 2013
Manfaat Dibloglist.
Assalamualaikum!~
Ini pertama kali Kenit jumpa refferal yang datang dari blog. Dah dua bulan Kenit duduk dalam bloglist Papa Blogger. Terima kasih papa blogger kerana sudi menempatkan Nukilan Kenit dalam bloglist anda.
Kenit pernah masuk SEGMEN BLOGLIST 2 BULAN PAPA BLOGGER dan alhamdulillah Nukilan Kenit terpilih dimasukkan dalam bloglist papablogger start bulan April-Jun.
Oho! ujung bulan Jun ni, terkeluarla Kenit dari senarai bloglist papa sobsobsob~
Aperpun, terima kasih pada yang sudi terjah Nukilan Kenit tak kira dari mana anda datang. Memang seronok dan terharu kalau orang letak blog kita dalam bloglist mereka kan? Nukilan Kenit hanya blog picisan yang mahu terus berkongsi info berguna untuk manfaat semua.
Dan, tak lupa juga berkongsi kisah kehidupan berkeluarga hehehe (^_^). Semoga anda sukkkkaa~
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.