Breaking

Wednesday, July 31, 2013

Wednesday, July 31, 2013

Syria Care : Show We Care.

Assalamualaikum!~

Semua dah maklum tentang konflik yang sedang berlaku di Syria sekarang. Bagi yang mengambil inisiatif untuk mengetahui perkembangan sebenar di Syria, mereka pasti tahu pergolakan disana berpunca dari apa, siapa, bagaimana dan tujuannya.

Jika anda hanya mengambil peduli tentang apa yang berlaku di Syria hanya dengan menonton berita di tv dan mendengar di radio, maka kebanyakan dari anda pasti masih keliru dengan apa sebenarnya yang berlaku di sana. Maklumat yang diberi kadangkala tidak tepat, tidak up-to-date dan tidak menunjukkan realiti sebenar.


Wednesday, July 31, 2013

Mohon Sumbangan Pembinaan Bangunan Asrama Tahfiz An Nur.

Assalamualaikum!~

Peluang untuk bersedekah memang terbentang luas terutama dalam bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. Tinggal lagi tak ramai yang tahu dimana sumbangan mereka boleh disalurkan. 

Terbaru, Kenit terbaca satu poster di facebook mengenai sebuah Tahfiz (anak yatim) di Setiu, Terengganu yang memerlukan sumbangan dari kita semua.

Tuesday, July 30, 2013

Tuesday, July 30, 2013

Diari Ramadhan - Menu Sihat.

Assalamualaikum!~

Time balik petang, memang selalunya aku tak terkejar masa nak memasak. Kuar opis kul 4.30pm dengan trafik sesak kat Federal membawak sampai ke midValley. Sape2 yang biasa lalu Federal time balik keje memang akan mengerti luahan hati dan perasaanku ini hehe.

Tapi, ditakdirkan semalam aku tergerak hati nak singgah kedai si Zam, nak tengok apa dia jual arini. 

Ikan pari?....pucat!
Ikan tenggiri?...picit badan...lembik!
Ayam?...pucat dan kembang!
Sotong?...huh!
Udang?...fresh gak la..set!
Tuesday, July 30, 2013

Tutorial Pakai Kain Pelikat By Atok.

Assalamualaikum!~

Berapa ramai budak lelaki zaman la ni yang suka pakai kain pelikat bila duk kat umah?? Jangan tipu laaaaa memang ciput je bilangannya! Korang lebih prefer pakai boxer atau suar pendek tiga suku tu kan? Ramai yang Kenit jumpa kat kedai-kedai atau warung makan suka nau pakai suar pendek. Tak pun, diaorg pakai suar track-bottom atau suar jeans.

Abah Kenit masih lagi pakai kain pelikat kalau duk kat umah. Even, dia dapat kain pelikat baru tiap kali ada jemputan buat tahlil atau berzanji kat umah orang. Stok kain pelikat jangan cakap la....berlambak! Tapi, abg Kenit yang sulung tak pernah pakai kain pelikat...jarang sangat! Dia pakai kain pelikat pun time eksiden motor dulu kes merempit muehehe. Tu la...'majal' sangat kannn konon rockerzz (tahun 90an) pakai suar jeans ketat ala-ala metallica gitew...ceh. Sekali langgar tembok kain pelikat jugak yang dicari.

Monday, July 29, 2013

Monday, July 29, 2013

Katak Ini Persis 'Model'.

Assalamualaikum!~

Wahhh! katak yang sekor ni telah menambat hati jutaan peminatnya dari seluruh dunia! Kalah 'posing' peserta Ratu Cantik Malaysia' kan? heeee :D. Istilah 'katak panggil hujan' mungkin dah tak relevan lagi kot di masa sekarang ni. Bukan keje dia memanjang nak "onggggggg gedek gedekkk" panggil ujan. Dia pun 'susah' jugak kalau ujan turun.

Tak percaya? moh nengok ni....
Monday, July 29, 2013

Diari Ramadhan - Bila Mira Salah Tanya.

Assalamualaikum!~

Minggu lepas...

"Anti Ooi, adik ada beli telekung ari tu..ibu belikan"

"Ooohh...ya ka?"
 *muka anti Oooi sedikit keliru...
mungkin dia paham apa itu 'telekung' atau dia tak paham?*

"Anti Ooi dah beli telekung?"
Monday, July 29, 2013

Pengumuman SANGAT-SANGAT Penting!

Assalamualaikum!~

Pesanan dari SYRIA CARE buat rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib dan penderitaan rakyat di bumi Syam (Syria). Entri khas juga boleh dibaca di Syria Care :  Show We Care.

‪#‎Syria‬ ‪#‎Ramadhan‬ ‪#‎Islam‬ ‪#‎Malaysia‬

Pengumuman yang SANGAT-SANGAT penting 

Saya berharap semua membacanya dan membantu untuk menyebarkannya:
Diharapkan semua penyokong Syria Care dapat mengumpulkan satu juta ringgit dalam satu hari bahkan lebih dari itu bila mendengar nasihat ini insya Allah..

Saudara dan saudariku, tidak lama lagi akan berakhir bulan Ramadhan dan kita belum berhasil mengumpulkan satu juta ringgit (dari Malaysia untuk Syria) dan saat ini kita berada dibulan Ramadhan yang penuh dengan kebaikan....

Sunday, July 28, 2013

Sunday, July 28, 2013

Lelaki Juga Boleh Dikecualikan Dari Berpuasa.

Assalamualaikum!~

Agak-agak suke tak orang lelaki kalau baca title di atas?hehe. Perempuan kalau tak berpuasa kita tau dah sebab apa. Sebab paling besar yang tak boleh dielakkan dan sangat dibolehkan untuk tidak berpuasa adalah bila 'datang bulan', kuar darah nifas pas bersalin atau kerana menyusukan anak.


gambar hiasan - google

Friday, July 26, 2013

Friday, July 26, 2013

Pengumuman : DNA Babi Dalam Produk Makanan.

Assalamualaikum!~

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP)

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) - JAIP


Thursday, July 25, 2013

Thursday, July 25, 2013

Di Mana Peranan Kita?

Assalamualaikum!~

Isu 4 wanita yang digugurkan dari menyertai Pertandingan Ratu Cantik Malaysia baru-baru ini sangat menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Ramai yang mengeji dan memaki tindakan mereka berempat mempertikaikan dan mempersoalkan hukum Allah s.w.t. Dan, tak kurang juga yang memberi kata-kata 'semangat' sebagai menyokong tindakan mereka untuk 'melawan' fatwa yang dikeluarkan ke atas mereka.

Kalau ikutkan rasa hati panas dan menggelegak ini, hanya kata-kata caci dan maki hamun yang akan keluar dari mulut kita semua. Kecewanya kita (yang beragama Islam) ini bila salah seorang dari mereka berempat meluahkan bahawa fatwa mengharamkan wanita Islam menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa di sisi Islam adalah LAPUK atau OUTDATED.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.