Breaking

Sunday, December 01, 2013

Sunday, December 01, 2013

Kenapa Orang Islam Tak Boleh Cakap RIP?


Assalamualaikum!~

Pernah kita tertanya mengapa tak boleh? atau kita sendiri tak tahu sebenarnya yang kita memang tak boleh ucap begitu pada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia. Kita ni suka main hentam semberono je kan? Omputih cakap "R.I.P" kita ikut sama cakap. Omputih ucap "Merry Christmas" kita pun sama ikut ye dak. Apa maksud R.I.P? ramai dah tahu ni, maksudnya Rest In Peace bermakna 'bersemadilah dengan tenang'.

Apa salahnya kita ucap R.I.P pada non-muslim yang telah meninggal dunia?

R.I.P a.k.a "Rest In Peace" adalah bacaan doa yang lazim diucapkan oleh paderi-paderi kepada si mati ketika upacara pengebumian di tanah perkuburan. Orang Islam dilarang mengucapkan doa seumpama ini kepada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia.

Islam menggariskan hukum mendoakan orang bukan Islam dengan melihat situasi. Doa itu dilihat dari sudut isi kandungannya, adakah ia mendoakan supaya diberi hidayah, kesejahteraan atau keampunan dan rahmat terhadap mereka

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.”
(Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9)

Rata-rata kita masih keliru antara mendoakan, ucapan takziah, memuji dan menghormati. Umumnya memuji dan menghormati orang bukan Islam yang mempunyai perilaku baik dibenarkan. Hukum berbangkit ialah berkenaan ucapan doa dilafazkan kepada bukan Islam.

Islam menggariskan hukum mendoakan orang bukan Islam dengan melihat situasi. Kedua, doa itu dilihat dari sudut isi kandungannya, adakah ia mendoakan supaya diberi hidayah, kesejahteraan atau keampunan dan rahmat terhadap mereka.

Ulama sepakat membenarkan kita mendoakan orang bukan Islam yang masih hidup supaya diberikan hidayah. Ada beberapa riwayat daripada Nabi SAW yang membenarkan umat Islam mendoakan diberi hidayah kepada bukan Islam.

Rasulullah SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahal atau ‘Umar bin Al-Khattab.” 
(Hadis riwayat Tirmizi). 

Akhirnya berkat doa Nabi SAW, Umar bin Al-Khattab masuk Islam.

Kesepakatan Ulama

Bagaimana pula mendoakan orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia. Ulama sepakat mengharamkan mendoakan keampunan, kesejahteraan dan rahmat kepada mereka. Pengharaman ini tidak kira sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri atau sebaliknya.

Dalilnya adalah ketetapan al-Quran ketika Rasulullah SAW meminta Allah SWT mengampunkan dosa Abu Talib.

Allah berfirman yang bermaksud: 

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawa orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” 
(Surah At-Taubah, ayat 113-114)

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ berkata, ulama sepakat mendoakan orang bukan Islam dengan keampunan Allah, mendapat syurga dan apa saja berkaitan akhirat adalah diharamkan. Begitu juga mereka yang disyaki keislamannya, kata Imam Ibn Hajar al-Haithami.

Islam bukan agama menyuruh membenci penganut agama lain malah Islam sentiasa menganjurkan kita mendoakan orang bukan Islam supaya bersama menikmati hidayah milik Allah SWT. Itulah nilai kasih sayang sebenar dengan membebaskan mereka dari azab neraka jahanam.

Kita boleh melakukan perbuatan direstui syarak dengan memuji perilaku baik si mati sewaktu hidupnya, menziarahi waris dan memberi ucapan kesabaran serta meringankan beban waris. Ia lebih bernilai dalam mengeratkan hubungan sosial berbilang agama.

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN

Imam An-Nawawi menyebut :

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama (Al-Majmu')

Tidak salah untuk kita memperlihatkan kesedihan kita di atas pemergian seseorang, namun Islam sendiri telah menetapkan garis panduan yang betul untuk kita mengikutinya. Semoga tiada antara kita yang mempersoalkan kenyataan ini setelah membaca ayat-ayat Allah dengan jelas dan mudah difahami.

Kita sesama Islam pun tak ucap R.I.P pada orang Islam lain, sebab kita tak tahu adakah benar amalan kita di dunia ini sudah cukup untuk kita menempuh soalan-soalan dari Malaikat Mungkar & Malaikat Nangkir dan seterusnya boleh 'aman' sampai Hari Kiamat kelak? kita tahu hakikat tu kan? so why do we make exception to the non muslims?

SUMBER ; page UAI OFFICIAL

SUMBER : page DR. ZAKIR NAIK OFFICIAL

Sebuatlah 'condolences' atau ' takziah' atau 'sorry for your loss' kerana ia bersifat umum.

kredit : fb JKKK FC & DR.ZAKIR NAIK


*Omputih mati habis kecoh satu dunia. Habis dikirimkan ucapan dan doa untuk memperingati mereka. Orang Islam di Palestin, Syria, Mesir, Myanmar, Selatan Thai, Somalia hari-hari mati samada mati dibunuh kejam, ditindas dan dizalimi, tapi jarang sangat aku nak mengirimkan ucapan dan doa buat mereka yang bergelar syuhada dan mati demi ISLAM. Allahurobbi .... jangan jadikan aku golongan yang membelakangi saudara-saudara seislamku Ya Allah T___T.*



Sunday, December 01, 2013

Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen !


Assalamualaikum!~


Woweeeeee! Lysa is back! Balik balik je terus buat GA ye Lysa. Kerrrrlas ko dik non muehehehe. Masa kenit memula nak start blogging pun, Lyssasecret.com adalah antara blog panduan utama untuk kenit mengetahui selok belok mencantikkan blog. Well done Lysa! 

Back to the story, Nukilan Kenit menapak di alam blogging ni baru setahun jagung usianya. To be exactly, 1 tahun 2 bulan. Baby lagi niiii hehehe. Alhamdulillah semangat nak berblogging tu sentiasa mantop sehingga ke saat ini. 

Mai sini kenit tag 3 lagi sahabat ye :D


So guys jom join dengan klik banner di atas (^_^)

Saturday, November 30, 2013

Saturday, November 30, 2013

Nak Senang Bersalin?


Assalamualaikum!~

Hujung-hujung tahun begini bukan saja meriah dengan kenduri kendara dan majlis berkhatan, malah ramai juga bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak mereka. Bagi yang dah ada pengalaman bersalin sebelum ni, mungkin takda masalah nak menghadapi kesakitan di bilik bersalin. Tapi, bagi first-timer tentu ada 1001 macam perasaan kan?


Saturday, November 30, 2013

Mommycha 1st Giveaway


Assalamualaikum!~


Cool! menarik GA ni. Memang momen paling bahagia dalam hidup seorang insan bergelar ibu adalah foto yang diabadikan bersama anak-anak. Supaya dah besar nanti, ia menjadi kenangan terindah bagi seorang ibu. Dengan ini, kenit berbesar hati nak join hehe.





Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.



Foto ni kenangan kami ketika bersantai di Teluk Cempedak sekitar tahun 2010, ketika Mira berumur 1 tahun. Bambam sungguh Mira masa ni! sekarang dah bimbim mihmihmih. Semoga foto duet kami menjadi pilihan mihmihmih. Spek itam tu yang mahai tuh! muahahahaha :D ok bai!

Friday, November 29, 2013

Friday, November 29, 2013

PERADUAN ULANG TAHUN KE 4 BLOG PCB


Assalamualaikum!~

Fuyoooo! dah 4 tahun ghuppernya PCB bergelar blogger. Ape-ape hal dulu, kenit ucapkan tahniah pada PCB di atas pencapaian beliau. Semoga terus maju dan maju lagi dan maju lagi dan maju lagi! (^_^)



Sebelum ni kenit memerah otak mencipta pantun. La ni nak karang SATU ayat pulak tuk PCB hehe. Panjang akai korang buat GA pesen gini ye hehehe. Kenit cuba la ye ....


Ada seorang mamat tertinggal payung segera memecut kereta kebalnya sambil mendongak ke langit dan kelihatan kilat sabung menyabung seperti tanda nak hujan lalu dengan pantasnya dia menaip sesuatu di blog tanpa disedari dia diekori polis trafik di belakangnya dan terus mengeluarkan saman kerana tak pakai baju ketika memandu.

Saya meminati Entri blog PCB iaitu Chabu, Kucing Kesayangan Saya bertarikh 22 September 2013 kerana Chabu mengingatkan saya dengan Dono, juga kucing kesayangan saya yang telah mati akibat sakit tua. Melihat Chabu membangkitkan kembali memori saya bersama dengannya. Yang tinggal kini hanyalah kesan cakaran Dono di tangan saya. Dono cakar sebab dia marah saya suka geletek dia.


Peraduan ini akan tamat pada 30/11/2013 jam 12 tengah hari.
Friday, November 29, 2013

Berbudi Pada Tanah.


Assalamualaikum!~

Rezeki sungguh dapat pulang ke kampung 2 minggu berturut-turut. Maklumla, last balik ari raya aritu so bila Pak Jelan ajak balik dah tentu kenit tak menolak hehe. Tiap kali balik kampung, kenit tak lepas peluang menjenguk kebun-kebun abah dan ayam-ayam mak. 

Kalau setakat petik buah atau siram pokok mak masih mampu nak buat sendiri. Tapi, bila nak kobak tanah tu yang mak tak larat. Abah pun dah tak berapa kuat nak menyangkul, jadi keje-keje berkebun ni kami la yang usahakan. Eh best tau berkebun ni, habis kuar peluh 'jantan' hehe. Badan yang sakit jadi sihat, urat tersimpul terus jadi lurus balik! muehehehe.


Ladang serai hehe
Friday, November 29, 2013

Siapa Masuk Jajan Kenit?


Assalamualaikum!~

Segmen 'Jajan Kenit' telah pun berakhir pada 28 November (semalam). Sebanyak 17 penyertaan telah kenit terima setakat semalam. Memang kenit tak buat hebahan besar-besaran mengenai segmen ni, siapa yang terrrrbaca entri Jajan Kenit dan berminat nak join je la yang berpeluang masuk dalam bloglist kenit hehe.

Seperti yang korang tau, tujuan kenit buat segmen kecil ni adalah untuk mencari muka-muka baru untuk diletakkan dalam bloglist kenit. Dan, kelebihan bagi blogger yang blognya terpapar dalam Jajan Kenit akan diberi banyak keistimewaan.

Thursday, November 28, 2013

Thursday, November 28, 2013

Jajan Kenit


Assalamualaikum!~

Pagi Selasa yang blurrrrrr! citer banyak nak di-share tapi material pulak tak dapek-dapek lagi hehe. Terkebil-kebil mata ni memandang gambo perempuan dok makan cendoi tak habih-habih lagi kat atas tu ekekeke. Dari tadi jari jemari runcing ini hanya mampu 'baring' atas papan kekunci tanpa bergerak ke mana-mana. Walaupun ilham datang menerjah, tapi hati ni semacam 'mati' untuk berbicara. Mungkinkah ini yang dikatakan 'takda mood nak update entri'?? 
Thursday, November 28, 2013

Amalan Menyambut Hari Lahir Dalam Islam.


Assalamualaikum!~

Perkara paling menggembirakan dalam hidup seseorang adalah ketika dia dilahirkan ke dunia dan ketika dia menyambut hari lahirnya. Setiap kali kita melangkah ke satu tarikh baru, kita sebenarnya semakin menjauhi dunia ini, dan semakin mendekati kematian. Mengapakah hari lahir dikaitkan dengan kematian? Kerana semakin matang usia kita, sebenarnya semakin suntuk masa yang kita ada di dunia ini.

Pelbagai cara yang kita lakukan untuk menyambut hari lahir. Ada yang menjamu rakan dan taulan, ada yang pergi bercuti, ada yang buat parti dan macam-macam lagi. Apa pun bentuk sambutan hari lahir, perlulah kita sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membazir apatah lagi jika ia melanggar batas-batas syarak. 
Thursday, November 28, 2013

Officially Thirty

Assalamualaikum!~

Just few seconds ago, i was 29. And, now the new digit has come to me. Not sure what i'm feeling right now. Gembira + terharu + sebak + syukur bercampur gaul sebati dalam jiwa sekarang ni. Tapi, yang paling jelas saat ini ialah aku TAKUT! Truly speaking, aku TAKUT dengan anjakan paradgima ini. 

Mungkinkah aku belum bersedia? Namun, siapalah aku untuk memutar kembali masa yang telah berlalu. Aku ini hanyalah pinjamanNya sementara. Hidup dan takdirku hanyalah kerna Dia. Terfikir sejenak apakah yang telah aku lakukan sepanjang tempoh 29 tahun yang lepas. Berfoya-foya? Bersenang-senang dengan dunia padahal akhirat belum sempatku penuhkan bekalnya. Allah .....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.