Breaking

Monday, April 20, 2015

Monday, April 20, 2015

Video Lama


Assalamualaikum!



Ya Allah ...! Akhirnya aku dapat balik semua video anak-anak aku dari akaun fb lama. Akaun fb yang lama dulu telah dibolosi oleh hacker.... hurmm. Syukur alhamdulillah .... Pak Jelan berjaya 'menyelamatkan' semua video ni, kalau tak habislah kenangan kakak dan adik masa kecik-kecik dulu huhu.

.




Monday, April 20, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 4


Assalamualaikum!




Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir dalam program 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015. Lokasi terakhir kami ialah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains &Teknologi Klang (SM Tahfiz Sains Klang), Alam Impian Shah Alam.

Maahad yang mula beroperasi pada tahun 2009 ini menempatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dan juga dibiayai sepenuhnya oleh  JAIS terutama dari segi makanan dan tempat tinggal. LZS (Lembaga Zakat Selangor) turut memberi bantuan RM150 kepada pelajar-pelajarnya setiap bulan.

Saturday, April 18, 2015

Saturday, April 18, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 3


Assalamualaikum!


Antara soalan yang sering diajukan, kenapa orang zakat lambat sangat bagi bantuan? nak buat apa simpan duit zakat banyak-banyak tu? ramai lagi orang susah kat luar sana, kenapa orang zakat tak dekati dan bantu mereka?

Melalui perbualan kami dengan pegawai zakat yang juga mengikuti konvoi jelajah asnaf ni, beliau mengatakan bahawa bantuan zakat yang diberikan kepada penerima asnaf perlu dilakukan dengan betul, adil dan saksama. Kerana ia adalah amanah dari pembayar zakat, tak boleh la nak bagi semberono dan sewenang-wenangnya tanpa tapisan.


Friday, April 17, 2015

Friday, April 17, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 2


Assalamualaikum!


Bila kita bercakap tentang zakat, pastinya ada sangkut paut dengan asnaf. Apa itu asnaf? Dan siapakah asnaf? Haa .. ni masih ramai yang tak tahu ni kan. Apakah kriteria-kriteria yang membolehkan seseorang itu menerima bantuan zakat? Selama ni kita fikir zakat tu untuk orang miskin je kan, dan ramai orang fikir bantuan zakat hanya dalam bentuk wang sahaja. 

Sebenarnya bantuan zakat bukan hanya terhad dalam bentuk kewangan. Lembaga Zakat Selangor juga merangka program-program pembangunan untuk golongan asnaf supaya mereka boleh menguruskan kehidupan mereka sendiri dengan lebih baik bersama bantuan yang diberi.

Nak tahu bantuan yang macam mana? Meh sini baca bawah lagi :)


Thursday, April 16, 2015

Thursday, April 16, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 1


Assalamualaikum!


picture credit : Ben Ashaari

Pengalaman yang sungguh berharga dan bermakna .... itulah yang dapat aku gambarkan ketika menyertai Program Zikra 2015 bersama Lembaga Zakat Selangor semalam. Tahun ini kami berkesempatan untuk merasai pengalaman dan menyaksikan sendiri program yang dijalankan setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor! Alhamdulillah ....


Semuanya bermula di sini .. di ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13 Shah Alam. Seawal jam 8 pagi, seramai 15 orang rakan blogger #kelabbloggerbenashaari berkumpul untuk menyertai konvoi ziarah 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015.

Wednesday, April 15, 2015

Wednesday, April 15, 2015

Kalau Dah Penat ....


Assalamualaikum!




'Serah' diri awal dia malam ni hehe. Masuk dalam kete ... lelap sampai ke umah. Lepas mandi dan maghrib terus tido sampai sekarang! Nak kejut makan tak sampai hati pulak ... nampak nau penatnya tu. 

Errm ... tahun depan dah masuk darjah 1. Tak tahu samada Mira dapat 'survive' pergi dua sekolah pagi dan petang huhu. Yang satu ni pun merengek-rengek ngantuk. Kalau dikejut bangun pagi ... bagi salam pertama ... takda respon! Masuk kali kedua bagi salam ... yillek! Masuk kali ketiga panggil nama penuh ... pun tak berbuka mata tu. Alih-alih terus ibu panggil ..."Hazmira 1! Hazmira 2 .... Hazmira 3! Ha terus celik mata dia! hehe.....

Hurm ... tak jadi nak kejut dia bangun dan makan. Nampaknya ibu makan malam ngan kakak je la malam ni sambil layan Fast And Furious 7 kat Youtube ... huhu


Tuesday, April 14, 2015

Tuesday, April 14, 2015

Khasiat Nenas Batu Selepas Bersalin


Assalamualaikum!




Dah lama tersimpan dalam rak kabinet di dapur. Siapa bagi ... tak dapat dipastikan hehe. Tak pernah tau apekebendanya ni. Nak google pun tak reti nak taip ape hehe. Bila tengah memasak tu, dok tenung-tenung jugak .... memang takleh nak 'tangkap' buah ape ni ... huhu

So semalam aku try post kat Instagram dan FB, kot-kot kalau ada kengkawan yang tahu buah apa ni ... 
Tuesday, April 14, 2015

Nak Bela Kucing ... Boleh Tak?


Assalamualaikum!




Alahai ... comelnya kucing ni! Aku jumpa masa tunggu kakak balik dari sekolah agama. Pertama kali panggil ... dia tak lari pun. Bila aku pergi dekat .. dia macam 'serah' diri je minta diusap-usap bulunya hehehe.

Hurm rindu pulak ... teringat aku kat Gemuk, Kurus, Dono, Dino, Sayang, Vinnie & Ibu .....

Monday, April 13, 2015

Monday, April 13, 2015

Kalau Dah Pegang Penyapu ...


Assalamualaikum!




Mira ... kalau pakai tudung sebiji ikut muka Tok Perak!hehe. Kadang-kadang ibu macam tak percaya Mira ni anak ibu ... lain benor mukanya hehe. Dulu aku pun pernah rasa pelik kenapa abang yang sulung berkulit gelap walhal kulit akak dan aku berkulit cerah hahaha. Bila tanya kat abang .. boleh dia jawab sebab aku ni anak kutip! Grrrr .... 

Kita ni pun nangis la bagai nak rak! Time tu umur baru 8-9 tahun ... skema sungguh pemikiran! haha.. Nangis sungguh ni ... terasa hati sangat bila abang cakap macam tu Tak puas hati .. pi cari mak, tanya betul ke Anim anak kutip ... mak kutip Anim kat mana ... hahahaha!

Rupa-rupanya kena tipu 'hidup-hidup' aku ...! Kuahajo ... hahaha :p

Abang tu kalau nak sakat aku memang suka guna cara paling 'kejam' ... mujur sekarang ni masing-masing dah tua .. haha. Tapi kalau dikenang balik time tu ... geram sungguh pun ada grrrrr ....haha ....

Berbalik pada cerita Mira ....




Semangat dia lain macam kalau dapat pegang penyapu! hehehe. Kalau nak diikutkan faktor genetik ... Mira tak mungkin ikut perangai aku ...hahahaha! :p

Kalau menyapu dengan memvakum ... dua keje tu cukup aku lemah! Buat tu buat juga ... tapi tak serajin Mira hehe. Dia kalau dapat pegang penyapu .. satu rumah disapunya! Sampai dalam bilik-bilik tu sekali disapunya ... walhal tempat yang sepatutnya kena sapu kat ruang tamu atas karpet je hehehe.

Dah la rajin menyapu .. mulut tu pun rajin berbunyi sambil menyapu! haha ... macam mak-mak sangat anak aku yang kecik ni hehehe. Entah apa benda yang diomelkan tu .. dia sorang je la faham. 

Aku ... pekakkan telinga je dengar dia membebel ... redho ... asalkan tangan dia bergerak hehehe

:)


Monday, April 13, 2015

Riadah Selepas Sakit


Assalamualaikum!


Cuti Sabtu dan Ahad ... tak banyak aktiviti yang dilakukan dua beradik ni. Sebab yang sulung tak sihat .. demam! Start Jumaat malam membawa ke Sabtu, dia hanya baring di sofa dengan tuala basah menutupi muka dan hidung. Memula demam dan pening kepala je .. pastu keluar bunyi 'sretttt srettttttt'

Disebabkan kakaknya tak sihat, maka si adik hanya bermain seorang. Dekat patpuloh kali jugak aku dengar "bosan ...bosan..." keluar dari mulut dia hehe. Teman bergurau tak sihat ... kalau ada asyik nak bercakar aje. Kalau salah sorang tak sihat tau pulak bosannya ... huh. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.