Breaking

Monday, June 29, 2015

Monday, June 29, 2015

Semangat Ramadhan & Raya!


Assalamualaikum!


Setelah lebih 4 tahun 'pencen' dari membuat kuih raya, tahun ini aku nekad mahu menyambung semula 'legasi' itu. Niat dipasang kemas, agar tidak jadi seperti angan-angan mat jenin. Aku tak mahu 'harta'ku itu dipandang sepi tanpa digunakan sebaiknya. Ilmu dah ada, barang di depan mata ..... why nottttt??? hehe 



My precious no.1.....

Saturday, June 27, 2015

Saturday, June 27, 2015

Dari Blogger ke Dunia Model!


Assalamualaikum!


Pandangan masyarakat terhadap kerjaya model sedikit 'menyerong'. Model itu, gayanya mesti yang lentok-lentok saja, yang seksi-seksi saja, yang cantik-cantik saja. Jadi model mesti pandai pakai skirt pendek dan bertumit tinggi. Berjalan penuh gaya di pentas memperaga busana, dilihat orang tanpa rasa bersalah ...

Itu mungkin persepsi sesetengah orang. Dan, bagi aku sendiri aku pernah bercita-cita nak jadi model dulu hahaha! Tolonglah .. jangan gelakkan insan 'kerdil' ini ye ... tapi memang benar! Sebabnya, dulu aku memilih pekerjaan mengikut ketinggian ...! Huh ... T__T

Model? pramugari? itu semua boleh 'masuk' dan memang ada dalam list cita-cita aku masak kecik dulu hehe. Tapi tak sangka pulak bila dah masuk 3 series ni, aku berpeluang jadi 'model' jugak akhirnya! hahahaha ....

Friday, June 26, 2015

Friday, June 26, 2015

Wanita Hamil/Menyusu Perlukah Qadha Puasa?



Assalamualaikum!


sekadar gambar hiasan


Setiap kali timbul bulan Ramadhan, persoalan inilah yang paling popular yang sering diajukan oleh kaum-kaum ibu terutamanya. Keliru .... seandainya ibu-ibu hamil atau menyusu anak yang tidak mampu berpuasa di bulan Ramadhan, perlukah ganti puasa Ramadhannya? Perlu fidyah jugak ke? Ada kata tak perlu ... ada kata perlu. 

Nah! ini jawapan yang sebenarnya ....


Friday, June 26, 2015

Aidilfitri Berseri Dengan Variasi Semperit Raya!



Assalamualaikum!


Kuih semperit dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan! Bagi penggemar semperit, juadah kuih semperit di pagi lebaran pasti ditunggu-tunggu kerana kelazatan dan aromanya yang membangkitkan nostalgia semperit yang kekal segar legasinya sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu!

Ramadhan ini, kuih semperit menemui sentuhan baru namun masih mengekalkan keasliannya. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resepi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.




Hidupkan suasa dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat semperit melalui resepi-resepi yang telah dipertingkatkan. ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat.

Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.

Tanpa berlengah masa, mempersembahkan resepi ekslusif mentega SCS untuk menceriakan Hari Raya anda dan menambat selera seisi keluarga. Pakaikan apron dan cubalah resepi baru ini!




Jangan lupa mencuba resepi menarik sempena Hari Raya ni ye! Pastinya Aidilfitri kita lebih ceria dan bermakna dengan juadah kegemaran ramai ...insyaAllah ^^

Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resepi-resepi kuih khas berasaskan mentega SCS, boleh layari Facebook SCS untuk resepi atau saluran Youtube kami. Buku resepi untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. 

Dan, berita baik untuk semua, menjelang Jun 2015 SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook https://www.facebook.com/scsdairymalaysia.



SELAMAT MEMBUAT KUIH SEMPERIT
DAN
SELAMAT HARI RAYA!

Thursday, June 25, 2015

Thursday, June 25, 2015

Aku Jadi Wartawan?


Assalamualaikum!




Kata seorang kawan, aku ni layak jadi wartawan. Ahakzzz ... nak gelak pun dah gelak nak nangis belum lagi hahaha! Katanya lagi olahan ayat dalam blog aku best ... sedap membacanya. Alhamdulillah .... terharu aku. Ni baru nak nangis rasa hehehe :D

Apapun, takda la sampai aku nak berasa megah diri sebab kawan cakap macam tu. Aku ni blogger .... mommyblogger bukannya wartawan. Malah konten blog aku takda pulak ke arah gosip-gosip liar atau umpat-umpatan. Yang ada hanya tulis citer pasal diri aku itu dan ini. 

Syok sendiri ??? Lantaklah orang nak kata apa ... asalkan aku tak citer merapu sudah huhu.
Thursday, June 25, 2015

Scarf & Shawl Dari Charmant Hijab


Assalamualaikum!





Anda masih tercari-cari tudung yang sesuai untuk digayakan di pagi lebaran nanti? Nak kelihatan cantik dan sopan dalam masa yang sama? Jemput singgah Charmant Hijab untuk koleksi tudung empat segi dan wide shawl khusus untuk wanita muslimah yang ingin kelihatan anggun berhijab.






Premium chiffon wide shawl yang lebih flowy dan senang pakai.


Charmant Hijab berdaftar dengan SSM, diusahakan oleh 3 orang anak muda yang sangat optimis untuk membantu para wanita memilih hijab yang selesa dipakai dan kualiti terbaik.

Antara produk semasa yang ditawarkan oleh Charmant Hijab iaitu square scarf atau tudung empat segi bidang 45 dengan corak yang menarik dan wide shawl yang dibuat dari material berkualiti. 

Harga yang ditawarkan? Sangat berpatutan dan mampu milik.




Untuk koleksi yang lebih menarik, boleh terjah :

Facebook : Charmant Hijab

Instagram : charmant_hijab

Whatsapp : 0139475834


Wednesday, June 24, 2015

Wednesday, June 24, 2015

Serbu Ensogo Hari Ini!


Assalamualaikum!


Dah dekat nak raya ni, shopping adalah perkara paling banyak dilakukan semua orang terutama wanita! hehe. Kebanyakkannya memilih untuk shopping secara atas talian atau online, tambah bulan bulan puasa ni ... takkanla nak bazirkan tenaga meredah dari satu kedai ke satu kedai pulak kan! Benda dah ada depan mata, pilih dan klik saja mana yang berkenan ... ohsem ma!

Kadang-kadang kita perlu beli barang tu untuk keperluan keluarga, contoh macam barang kegunaan harian seperti sabun mandi, sabun basuh baju dan sebagainya. Bukan ke best kalau semua tu kita just boleh beli online je, tak perlu nak masuk pasaraya tu pasaraya ni jinjing beg plastik berat-berat. 

Dan, lagi satu kalau nak shopping online ni kena pilih shopping platform yang sesuai dengan jiwa kita gituuu hehe. Paling penting penjimatan harga, potongan diskaun dan barang mesti berkualiti terbaekkkk punya! Baru la mak mak suka nak shopping online lagi kannnn ...hehe.




Bercakap tentang shopping online dan penjimatan harga, Ensogo menawarkan harga hebat dengan potongan diskaun yang mampu membuatkan anda ternganga sekejap! hehe. Dari perkakasan elektronik, gajet, aksesori mewah dari jenama terkenal, perabot dan aksesori untuk kediaman rumah hingga ke makan malam buffet di hotel lima bintang ... semuanya ada untuk anda dalam satu laman web!

Dengan pendaftaran kali pertama, korang akan menikmati voucher RM10 secara automatik. Kiranya korang dah jimat RM10 apabila memberi barangan secara online di Ensogo. Jangan lupa register dan subscribe newsletter Ensogo sekali tau sebab promosi dan harga hebat untuk barangan akan sentiasa diupdate dan pelanggan akan cepat dapat maklumat mengenai sebarang promosi dan barangan terkini!


Anak nak makan waffle? Mak mak mesti beli sebab ada diskaun 63% ni!


Yang ni sesuai la untuk mak mak macam iolss hehe .... senang nak buat jus! 
Murah giler baq hang!



Aaaaaaa ni sesuai letak dalam bilik anak-anak kita kan!  ^^


Wishlist kakak dan adik jugak ni! hehe.


Eh takkan jimat takat RM10 je?? Haaa ada special promotion untuk pembaca setia di luar sanaaaaa! Masukkan aje kod promosi 'HANIM20' sekiranya anda membeli apa saja barangan bernilai minimum RM60 untuk sekali pembelian bagi satu alamat emel dan korang akan dapat potongan RM20So, kat sini korang dah jimat bukan RM10 ... tapi RM30 weh!! 

So, tunggu apa lagi .. kod promosi ini HANYA berlangsung selama 1 MINGGU bermula hari ini! Janganlah buat tak tahu ajeee, rebut peluang ini untuk penjimatan yang hebat. Rugi la kalau tak rebut ... sekali boleh jimat RM30 tau dak! Bukan susah pun ... register di Ensogo dah dapat voucher RM10, pastu shopping pilih barang yang dikehendaki dan seandainya nilai barangan melebihi RM60, boleh guna kod promosi 'HANIM20' untuk nikmati potongan RM20 bagi sekali pembelian. Ohsemmmmm!

Kalau nak shopping barangan keperluan, korang boleh pergi SINI , paling best Ensogo menawarkan penghantaran PERCUMA 24jam sehari !

Untuk keterangan lanjut, korang boleh layari www.ensogo.com.my atau Facebook Ensogo .



Wednesday, June 24, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT NUTTY


Assalamualaikum!


Bagaimana dengan persiapan biskut raya korang? Dah cukup ke belum? Belum cukup? Takpe, aku ada resepi biskut raya baeeeekkkk punya untuk korang cuba. Yang ni, khas untuk peminat kacang boleh lah mencubanya di rumah.

Get set ... sedia ... amik resepi! ^^




SEMPERIT NUTTY

Bahan-bahannya :

700gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160gm Tepung Gandum
65gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
130gm Mentega Kacang
80gm Kacang Berlapis Gila, dikisar
1 biji Telur


Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh di dalam peti sejuk.

4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh. kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan kacang yang telah dikisar.

6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit atau sehingga masak.



Selamat Mencuba!
^^

Tuesday, June 23, 2015

Tuesday, June 23, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT ORANGE SURPRISE


Assalammualaikum!


Are you ready for the next recipe? hehe. Kali ni aku nak masukkan elemen 'kejutan' oren dalam biskut raya korang. Rasa sensasi oren dalam setiap gigitan pasti korang takkan lupakan! Wahhh gituu ...haha!

Dah dah, jom start with the recipe shall we ^^




SEMPERIT ORANGE SURPRISE

Bahan-bahannya :

200gm SCS Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah


Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.

2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".

3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°c selama 18 minit atau sehingga masak.




Selamat Mencuba!
^^

Monday, June 22, 2015

Monday, June 22, 2015

Buka Puasa Hari Ke 4


Assalamualaikum!

Alhamdulillah, masuk hari keempat semalam kita berpuasa. Buat pertama kalinya untuk tahun ini kakak berjaya puasa penuh! haha. Syukur alhamdulillah .... walaupun sahurnya hanya sekeping biskut chipsmore dan sebiji kurma. 

Hari pertama puasa takat tengahari je. Hari kedua puasa bertahan sampai kul 5 petang lepas habis sekolah agama. Masuk kereta buat muka kesian minta buka sebab tak tahan dah hehe. Hari ketiga lagi best ... pagi-pagi dah sarapan biskut ngan adik dalam bilik! adehh .... haha.

Aku faham ... bila takda 'rakan kongsi' memang payah nak puasa kan hehe. Faham faham sendiri je la maksud aku ni ye ngeeee. So, hari Ahad tu aku ajak kakak berpuasa penuh. Kita cuba ye kak ... takat mana kita boleh tahan. And she said, "ok ..."

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.