Breaking

Friday, May 22, 2015

Friday, May 22, 2015

Perlukah Mereka Belajar Seni Mempertahankan Diri?


Assalamualaikum!




Semalam di kedai dobi layan diri .... dua beradik ligat bermain di kaki lima kedai. Tak kira masa, tak kira tempat ... ada ruang dan peluang pasti digunakan untuk bergerak dan bergerak dan bergerak! haha. Payah nau nak suh duk diam macam perempuan Melayu terakhir .... adeeeeee je akal tu nak buat sesuatu!

Terfikir ... perlukah aku menghantar mereka masuk kelas seni mempertahankan diri? Biasa dalam umur macam ni, budak-budak mudah belajar benda baru. Lagipun, dengan senario semasa dan kebejatan yang sedang 'bernanah' dalam masyarakat kita hari ni ... aku rasa aku memang patut bagi mereka 'senjata' untuk mempertahankan diri. 
Friday, May 22, 2015

Rahsia Telur Goreng Yang Garing & Beraroma Hanya Dengan Planta!


Assalamualaikum!


Telur goreng merupakan hidangan kegemaran sejak dahulu lagi. Bukan saja ianya mudah disediakan, malah kelazatannya menjadikan ia pelengkap hidangan makanan yang menyelerakan! Kalau makan nasi bersama telur goreng dan kicap ...perghhh memang bertambah-tambah nasi kan hehe.

Kini telur goreng boleh didapati dalam hampir apa jua bentuk hidangan, dari sandwich, sepinggan nasi goreng mahupun nasi lemak. Dan, yang paling menariknya bila telur digoreng bersama marjerin Planta!


 


Tak hairanlah beberapa hari sebelum majlis ni terdapat desas-desus bahawa seorang jutawan telah menawarkan RM1 juta untuk membeli hak cipta resspi telur goreng! Ini memang mengejutkan kaum ibu sehingga terjadinya protes awam tu. Tapi rupanya, telur goreng yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah resepi #telurgorengplanta!

Apa keistimewaan telur goreng Planta sehingga menjadi rebutan jutawan tu? Rahsia sebenar akhirnya terjawab di majlis bersama Planta bertempat di One Utama Shopping Centre minggu lepas! ^^

Planta, jenama marjerin terkemuka dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak turun temurun, hari ini meraikan keenakan resepi goreng telur. Kenapa telur goreng? Kerana telur goreng merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia, dan telur goreng yang garing, kurang berminyak dan enak adalah kesukaan ramai terutamanya anak-anak kita! #telurgorengplanta





"Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah salah satu resepi yang paling mudah dan cepat untuk disedaiakan - jadi kenapa memilih telur goreng yang berminyak, kurang garing tanpa keenakan? Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah dengan serta merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya.

Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing berserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya, telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh kelazatan," kata Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.


Sebagai seorang yang suka makan telur goreng sejak dari kecil lagi, hidangan telur goreng memang dah jadi hidangan wajib untuk aku sekeluarga. Tambah sekarang, anak-anak pun cukup suka makan telur goreng yang menggunakan Planta ... rasa dan aromanya memang membangkitkan selera kami anak beranak!

Sebab itu, kalau nak dapatkan telur goreng yang sedap dan garing aku pasti akan gunakan marjerin Planta. InsyaAllah memang cepat habis nasi sepinggan hahaha.





Mama selebriti, iaitu Sharifah Sofea dan Chef Zaidah turut berada di majlis tersebut berkongsi pengalaman indah bersama Planta. Memang jenama Planta ni dah sebati dalam masyarakat Malaysia kan, malah Planta turut digunakan dalam masakan dan kuih muih tak kira musim!

Selain itu, Chef Zaidah dan Sharifah Sofea turut menunjukkan demonstrasi menggoreng telur menggunakan Planta. Kalau nak dapatkan telur goreng yang garing, sedap dan kurang berminyak gunalah marjerin Planta! ^^





Oh ya, seorang lagi mama selebriti iaitu Irma Hasmie turut dijemput memeriahkan majlis hari tu. Alhamdulillah, semakin gojes Irma Hasmie walaupun selepas melahirkan anak keduanya hehe.





Pada acara itu, orang awam dan pihak media turut diberi peluang untuk menyertai Perang "Resepi Telur Goreng". Aku juga diberi peluang untuk merasa dan meneka sendiri perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa. Kena pakai penutup mata.

Lepas tu, undi telur goreng mana yang sedap! ^^

Apa yang kami undi adalah berdasarkan bau telur goreng dan rasanya.





Selesai sudah ujian rasa, dan kini tiba masanya untuk mengira undi telur goreng mana yang menjadi pilihan kaum ibu di Malaysia. Kaum ibu juga berdebar menantikan keputusan ini ...kerana bagi mereka, resepi telur goreng yang sedap pasti menjadi pilihan dan kesukaan anak-anak mereka.





Dan, ternyata undi majoriti telah memihak kepada telur goreng Planta! Kini, terbukti Planta berjaya menambat hati kaum ibu dan anak-anak di Malaysia. Aroma, kelazatan serta tekstur garing yang ada pada telur goreng tersebut menjadikan ia hidangan yang paling digemari masyarakat Malaysia. Syabas Planta dan tahniah kaum ibu kerana berjaya mempertahankan resepi telur goreng Planta dari dirampas oleh jutawan itu! Yeay untuk #telurgorengplanta! ^^










Kini anak-anak kita boleh menikmati telur goreng Planta sebebasnya kerana resepi telur goreng Planta adalah milik semuaaaaa! ^^

Untuk maklumat lanjut mengenai Planta atau resepi telur goreng Planta, sila layari :





Marjerin Planta kini boleh didapati di semua pasaraya seluruh negara dengan harga runcit termasuk GST :


RM4.90 - 240gm

RM8.40 - 480gm


Thursday, May 21, 2015

Thursday, May 21, 2015

Restoran A&W PJ PALM Kini Dibuka!


Assalamualaikum!


Tanya kak Tun ... tolong bagi cadangan sikit nak makan apa sat gi? 

Tu ...gi nasi kandar tu ..

Takmo ... 'tong' saya kecik. Nanti makan tak habis ...

Eleh ... takda maknanya eh. Hari tu yang ko beli nasi pastu beli burger jugak tu amendenye???

Dengggggg! Hampeh tau kak Tun ni hahaha! Hari tu sebab aku terrrrrlampau lapar. Tapi burger tu aku share ngan Pak Jelan gak kan. Stetmen pertahanan diri ni ...wakaakakaka!

Tetiba kak Tun tersebut 'A&W' pulak. Gi la Nim .. baru bukak je kan kat bawah tu...gi la....

Hurmm .... ok gak tu. Saje try ... sebulan sekali je pon hehe. Eh silap, dah berapa bulan tak menyinggah dah ni hehe. 


Thursday, May 21, 2015

Tak Padan Langsung ...!


Assalamualaikum!


Teringat zaman aku kecik-kecik dulu .. mak bagi duit belanja lima posen untuk sekolah tadika Islam dan seringgit untuk sekolah rendah. Walaupun duit belanja ciput je mak bagi tapi makan tetap cukup ... tetap boleh beli pensel tekan-tekan ... boleh beli eksrem!

Sekarang ... budak kecik pun dah pandai main duit! Habis, nak beli roti pun kena GST maaaa haha. Seringgit tak cukup katanya ...haishhh! Bagi aku seringgit tu stendet la untuk budak-budak tadika macam Mira kan. Apa lagi yang perlu dibeli pon ... petang ibu dah sponsor roti vanilla ... kadang-kadang eskrem kon ... kadang-kadang satay ikan. Selera 'besar' betul cikenit aku ni huhu ....


Wednesday, May 20, 2015

Wednesday, May 20, 2015

Kipas Meja ... Ini Menarik!


Assalamualaikum!




Pertama kali bertentang mata dengan si 'dia' .... aku dah tertarik! Lain dari yang lain .. cantik ... comel ....elegan ... bergaya! Yang penting beranginnnn je bila tala muka kat 'dia' .... muehehehe. Perghhh ... ini kalau letak kat meja aku pun cantik gak ni! hehe.

Lalu kurisik tuan empunya ....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.