Breaking

Saturday, June 27, 2015

Saturday, June 27, 2015

Dari Blogger ke Dunia Model!


Assalamualaikum!


Pandangan masyarakat terhadap kerjaya model sedikit 'menyerong'. Model itu, gayanya mesti yang lentok-lentok saja, yang seksi-seksi saja, yang cantik-cantik saja. Jadi model mesti pandai pakai skirt pendek dan bertumit tinggi. Berjalan penuh gaya di pentas memperaga busana, dilihat orang tanpa rasa bersalah ...

Itu mungkin persepsi sesetengah orang. Dan, bagi aku sendiri aku pernah bercita-cita nak jadi model dulu hahaha! Tolonglah .. jangan gelakkan insan 'kerdil' ini ye ... tapi memang benar! Sebabnya, dulu aku memilih pekerjaan mengikut ketinggian ...! Huh ... T__T

Model? pramugari? itu semua boleh 'masuk' dan memang ada dalam list cita-cita aku masak kecik dulu hehe. Tapi tak sangka pulak bila dah masuk 3 series ni, aku berpeluang jadi 'model' jugak akhirnya! hahahaha ....

Friday, June 26, 2015

Friday, June 26, 2015

Wanita Hamil/Menyusu Perlukah Qadha Puasa?



Assalamualaikum!


sekadar gambar hiasan


Setiap kali timbul bulan Ramadhan, persoalan inilah yang paling popular yang sering diajukan oleh kaum-kaum ibu terutamanya. Keliru .... seandainya ibu-ibu hamil atau menyusu anak yang tidak mampu berpuasa di bulan Ramadhan, perlukah ganti puasa Ramadhannya? Perlu fidyah jugak ke? Ada kata tak perlu ... ada kata perlu. 

Nah! ini jawapan yang sebenarnya ....


Friday, June 26, 2015

Aidilfitri Berseri Dengan Variasi Semperit Raya!



Assalamualaikum!


Kuih semperit dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan! Bagi penggemar semperit, juadah kuih semperit di pagi lebaran pasti ditunggu-tunggu kerana kelazatan dan aromanya yang membangkitkan nostalgia semperit yang kekal segar legasinya sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu!

Ramadhan ini, kuih semperit menemui sentuhan baru namun masih mengekalkan keasliannya. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resepi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.




Hidupkan suasa dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat semperit melalui resepi-resepi yang telah dipertingkatkan. ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat.

Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.

Tanpa berlengah masa, mempersembahkan resepi ekslusif mentega SCS untuk menceriakan Hari Raya anda dan menambat selera seisi keluarga. Pakaikan apron dan cubalah resepi baru ini!




Jangan lupa mencuba resepi menarik sempena Hari Raya ni ye! Pastinya Aidilfitri kita lebih ceria dan bermakna dengan juadah kegemaran ramai ...insyaAllah ^^

Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resepi-resepi kuih khas berasaskan mentega SCS, boleh layari Facebook SCS untuk resepi atau saluran Youtube kami. Buku resepi untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. 

Dan, berita baik untuk semua, menjelang Jun 2015 SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook https://www.facebook.com/scsdairymalaysia.



SELAMAT MEMBUAT KUIH SEMPERIT
DAN
SELAMAT HARI RAYA!

Thursday, June 25, 2015

Thursday, June 25, 2015

Aku Jadi Wartawan?


Assalamualaikum!




Kata seorang kawan, aku ni layak jadi wartawan. Ahakzzz ... nak gelak pun dah gelak nak nangis belum lagi hahaha! Katanya lagi olahan ayat dalam blog aku best ... sedap membacanya. Alhamdulillah .... terharu aku. Ni baru nak nangis rasa hehehe :D

Apapun, takda la sampai aku nak berasa megah diri sebab kawan cakap macam tu. Aku ni blogger .... mommyblogger bukannya wartawan. Malah konten blog aku takda pulak ke arah gosip-gosip liar atau umpat-umpatan. Yang ada hanya tulis citer pasal diri aku itu dan ini. 

Syok sendiri ??? Lantaklah orang nak kata apa ... asalkan aku tak citer merapu sudah huhu.
Thursday, June 25, 2015

Scarf & Shawl Dari Charmant Hijab


Assalamualaikum!





Anda masih tercari-cari tudung yang sesuai untuk digayakan di pagi lebaran nanti? Nak kelihatan cantik dan sopan dalam masa yang sama? Jemput singgah Charmant Hijab untuk koleksi tudung empat segi dan wide shawl khusus untuk wanita muslimah yang ingin kelihatan anggun berhijab.






Premium chiffon wide shawl yang lebih flowy dan senang pakai.


Charmant Hijab berdaftar dengan SSM, diusahakan oleh 3 orang anak muda yang sangat optimis untuk membantu para wanita memilih hijab yang selesa dipakai dan kualiti terbaik.

Antara produk semasa yang ditawarkan oleh Charmant Hijab iaitu square scarf atau tudung empat segi bidang 45 dengan corak yang menarik dan wide shawl yang dibuat dari material berkualiti. 

Harga yang ditawarkan? Sangat berpatutan dan mampu milik.




Untuk koleksi yang lebih menarik, boleh terjah :

Facebook : Charmant Hijab

Instagram : charmant_hijab

Whatsapp : 0139475834


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.