Breaking

Wednesday, August 05, 2015

Wednesday, August 05, 2015

Signal!


Assalamualaikum!



dengan kak Shikin

Dia sudah kasi signal ....

Buat pertama kalinya dalam tempoh enam tahun, dia sendiri buka mulut menyatakan hasratnya untuk ... bergelar kakak! kwang kwang kwanggggggg hahaha .....

Tuesday, August 04, 2015

Tuesday, August 04, 2015

Bila Ibu Stres ...


Assalamualaikum!


Stres .... hari-hari pun ibu stres. 

Stres dengan ekonomi tak menentu
Stres dengan perangai pemandu yang memandu macam 'hantu'
Stres dengan stetmen sesetengah pemimpin yang selalu bagi jawapan dungu!
Stress dengan line tenet macam 'kayu'...macam sekarang ni! Grrr....

Tapi hidup kalau takda stres, itu bukan manusia namanya kata seorang penceramah motivasi zaman ibu sekolah dulu hehe. Cuma, ia terpulang pada cara bagaimana kita nak atasi stres tu.

Ada orang nak hilangkan stres, dia pergi pantai.
Ada orang nak hilangkan stres, dia shopping.
Ada orang nak hilangkan stres, dia lepak kedai mamak.

Orang kata kalau ibu nak hilangkan stres, tataplah wajah anak-anak ketika mereka sedang tidur. Nescaya ibu akan rasakan ketenangannya. 

Memang betul ....!

Tapi, ada satu lagi benda yang ibu suka tengok bila ibu stres.....





:D



Monday, August 03, 2015

Monday, August 03, 2015

Sepupu Kahwin


Assalamualaikum!





Satu-satunya gambar aku dengan Aini pada hari tu, pengantin baru yang juga sepupu aku belah mak. Majlisnya hari Sabtu lepas, habis je event aku kat KLCC terus berkejar balik rumah salin baju, solat dan pecut ke Shah Alam! Waktu ni dah lewat petang pun, tak sempat nak pergi ke dewan dan bergambar di sana. So, kami terus serbu ke rumah pengantin! hehe.
Monday, August 03, 2015

Pengembaraan Penuh Aksi 'Miles From Tomorrowland' Oleh Disney Junior!


Assalamualaikum!




Pagi Sabtu yang indah, memang sesuai nak bawa anak-anak gi jenjalan di KLCC. So, bila aku dijemput untuk menyaksikan prebiu 'Miles from Tomorrowland' di Petrosains KLCC, memang aku teruja dan tak sabar nak bawa mereka sekali!

Plan asal memang kami sekeluarga nak pergi bersama, tapi last minit Pak Jelan diserang 'cherry berry' pulak! Pelik aku .. malam sebelum tu takda pulak dia makan nasi ke ape ke ...so, tinggal lah kami bertiga je pergi. Nak batalkan jemputan tak sampai hati pulak, sebab dah janji ngan anak-anak.




Kami sampai awal pagi tu, selesai mendaftar ada aktiviti yang tersedia menanti kanak-kanak sebelum tayangan dimulakan. Juga, ada hidangan jamuan ringan untuk ibubapa dan anak-anak! 



Buat topeng muka dulu. Mira tu tunggu kakak dia je tolong buatkan hehe



Khusyuknya kakak mewarna



Dah siap topeng, gi serbu meja makanan pulak hehe. Mira senyum lebar tengok ada donut atas meja muehehehe :D



Kakak tolong amikkan nugget untuk si adik. Bila ditanya kenapa kakak taknak pakai topi macam adik tu, katanya dia malu hehe. Dah besar dah anak aku ....



Paling best tempat duduk dia! Sebelum tayangan bermula kami isi perut dulu dan Mira masih setia dengan topeng mukanya hehe


Ibubapa bersama anak masing-masing mula memenuhi ruang dan sedia mengambil tempat duduk 


Sebelum tayangan prebiu 'Miles from Tomorrowland' bermula, sedikit penerangan ringkas diberikan oleh pengacara majlis. 'Miles from Tomorrowland' adalah program terbaru oleh Disney Junior mengenai pengembaraan antara galaksi. Program untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains melalui misi pengembara muda, Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Yang menariknya, kami yang hadir adalah antara kelompok terawal yang berpeluang menyaksikan prebiu tersebut. Untuk makluman juga, tayangan prebiu ini adalah kerjasama antara Disney Junior dan juga Petrosains KLCC.




Keluarga Callisto terdiri dari ibunya yang juga Kapten kapal, Phoebe. Ayahnya jurutera mekanik, Leo, kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik Miles iaitu Merc, 'robo-ostrich'. 

Kisah pengembaraan sekeluarga ini menerokai galaksi yang dipenuhi dengan makhluk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi canggih yang aneh. Mereka akan membawa penonton mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan - ikatan kekeluargaan.


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on


Sedikit sedutan menarik dari prebiu 'Miles from Tomorrowland' kelmarin. Kanak-kanak pasti sukakan keletah Miles yang lincah dan bijak! Sempena pelancaran siri ini juga, pencarian untuk 'Disney Junior's Space Adventurers' seluruh Asia Tenggara kini ingin mengajak kanak-kanak berusia 2-7 tahun untuk mencipta Starjetter mereka sendiri - kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas.

Korang juga boleh membawa keluarga mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan 'Miles from Tomorrowland'!

Bagaimana? - Ibubapa boleh melayari laman web Disneyjunior.asia dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menyediakan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang di hantar akan memenangi gelaran "Disney Junior's Space Adventurer" dan akan disiarkan di saluran ini.

Peraduan ini bermula dari 17 Julai sehingga 14 Ogos 2015. 




So, korang jangan lupa saksikan siri pengembaraan penuh aksi Miles dan keluarganya menerokai galaksi setiap Isnin bermula 17 Ogos ini pada jam 9 pagi di Disney Channel 613




Terima kasih Disney Junior dan Petrosains KLCC kerana menjemput kami untuk tayangan prebiu 'Miles from Tomorrowland'. Kakak dan adik memang terhibur menyaksikannya dan seronok melakukan aktiviti di sini. Lepas tayangan prebiu, kami dibawa pula meronda dalam Petrosains hehe.

Jangan ketinggalan menyaksikan 'Miles from Tomorrowland' bermula 17 Ogos ni tau. Dan, jangan lupa sertai peraduan yang aku sebutkan tadi! ^^


Saturday, August 01, 2015

Saturday, August 01, 2015

Majlis Pelancaran PNKids Vitamin Untuk Kanak-kanak!


Assalamualaikum!


Vitamin dan mineral mempunyai peranan yang unik dalam menyeimbangi kesihatan kita. Dan, cara terbaik untuk mendapatkan keperluan vitamin yang optima adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang serta memastikan keperluan nutrisi yang perlu untuk tubuh anak-anak kita ada dalam setiap pinggan.

Dalam menjalani aktiviti seharian samada di sekolah mahupun di rumah, Wani dan Mira sentiasa bergerak aktif melakukan apa saja! Sebagai ibu, aku akan cuba memastikan mereka mendapat keperluan nutrisi yang diperlukan untuk kekal aktif dan cergas. Tapi, mempunyai anak yang cerewet memilih makanan memerlukan aku untuk memikirkan alternatif terbaik supaya mereka tidak tercicir dari mendapat keperluan vitamin yang secukupnya.




Baru-baru ini aku dijemput untuk menyaksikan pelancaran vitamin untuk kanak-kanak di One Utama Shopping Centre, Bandar Utama. Untuk maklumat korang, PNKids adalah vitamin yang dirumus untuk kanak-kanak yang ingin kekal aktif dan cergas setiap hari. 

Setiap kanak-kanak mempunyai keperluan vitamin dan mineral yang berbeza, dan menyedari akan kepentingannya kepada kesihatan kanak-kanak, PNKids telah melancarkan produk vitaminnya untuk dipasarkan dalam Malaysia.  


Upacara memotong reben 

Dari Kiri : Mr Jimmy Lim, Group MD/CEO of Fiamma Holding Berhad, Mr Eff Taeger, Ms Valerie Chin, Mr Leslie Ching, MD of Kinsmedic, Dr Leow, Mr Cachino Thong, MD of PNKids Singapore and Mr Chong, MD of Caring Pharmacy


PNKids telah pun memasuki pasaran Singapura dan kini boleh didapati di Malaysia! Apa yang menarik tentang PNKids gummies ni? ^^




Sebagai ibu, kita perlu memperkenalkan makanan yang sihat kepada anak-anak. Kita juga dinasihatkan untuk memberikan mereka nutrisi tambahan dalam setiap pemakanan yang mereka ambil. Elakkan pemakanan yang mengandungi bahan tiruan dan meragukan. PNKids gummies juga sesuai untuk kanak-kanak yang :


  • cerewet memiih makanan dan tidak cukup makan
  • kanak-kanak aktif dalam sukan
  • kanak-kanak yang banyak makan makanan segera dan makanan terproses seperti burger
  • kanak-kanak yang mengamalkan diet sayur-sayuran, dan kerana itu merekak kekurangan zat besi
  • alahan terhadap gluten, laktos (susu) dan telur
  • *kanak-kanak yang menghidap asma atau masalah sistem penghadaman terutama yang mengambil ubat (medication)

*sila rujuk doktor terlebih dahulu 


Ada enam variasi PNKids gummies untuk kanak-kanak dari umur 2 tahun dan ke atas. Setiap gummy mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang berbeza mengikut keperluan tertentu. Dan, pastinya aku diberikan peluang untuk merasai sendiri kesedapan PNKids gummies ni hehe.




Serius, hampir kesemuanya sedap! hehe. Kanak-kanak sememangnya menyukai gummies kan, dan biasanya gummies lain di pasaran mempunyai kandungan bahan pewarna tiruan, perasa tiruan dan pengawet tiruan! Lagi satu, gummies yang berada di pasaran mempunyai gelatin dan kadang-kadang kita pun was-was nak belikan untuk anak-anak. Tapi produk PNKids gummies ini tidak mempunyai kesemua yang aku sebutkan tadi, malah ia dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi berkualiti serta diperkaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk kanak-kanak. Wowwww ...!

PNKids gummies mengandungi vitamin tambahan dan mineral serta tidak mengandungi :

  • Laktos
  • Gluten
  • Soya
  • Kekacang
  • Gelatin
  • Pengawet
  • Pewarna Tiruan
  • Perasa Tiruan
  • Telur

Nampak tak? PNKids gummies juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan alahan kepada kanak-kanak. Kalau anak-anak kita mempunyai masalah tak boleh makan soya atau kekacang atau alah terhadap telur, maka kita tak perlu risau kerana produk PNKids gummies bebas dari bahan-bahan tersebut.




Produk PNKids gummies didatangkan dalam botol yang mengandungi 60 biji gummies yang diperkaya dengan vitamin dan mineral untuk kanak-kanak bermula umur 2 tahun dan ke atas. 




-menyediakan nutrisi yang diperlukan ketika mereka membesar. Mengelakkan dari kekurangan vitamin-

PNKids Boys - RM55.80/RM58.60 (EM)
PNKids Girls - RM55.80/RM58.60 (EM)



-mengandungi Vitamin C untuk penyerapan zat besi dari sumber bukan daging-

PNKids Guard-C - RM44.60/RM46.90 (EM)



-diperkaya dengan DHA, EPA dan Omega 3. Ia senang diambil dan tiada bau hanyir seperti minyak ikan lain-

PNKids Omega 3 DHA - RM72.50/RM76.10 (EM)



-dilengkapi dengan vitamin A,D,E,C dan B12, Iodin, Asid Folik dan Asid Panthonik. Vitamin A perlu untuk fungsi mata dan membantu dalam mengekalkan kulit sihat. Asid Folik penting untuk pertumbuhan-

PNKids Clear - RM69.80/RM73.30 (EM)





-diperkaya dengan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat dan Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dalam badan-

PNKids Grow - RM60.40/RM63.40 (EM)



-mengandungi campuran buah-buahan dan sayuran (bayam, seleri, timun, parsley, nenas, epal hijau, pear, kiwi, passion fruit dan lemon) dan diperkaya dengan vitamin C-

PNKids VitaGest - RM65.00/RM68.30 (EM)



Untuk pengetahuan semua, PNKids kini mengadakan pameran bergerak di One Utama Shopping Centre, Bandar Utama dari 29 Julai sehingga 2 Ogos 2015 . Bukan saja korang boleh mendapatkan maklumat tentang PNKids gummies, korang juga boleh membawa anak-anak untuk menyertai permainan yang disediakan di sini. Dan tentunya, ada hadiah menarik menanti mereka yang bertuah!




Di pameran bergerak ini juga, korang juga boleh dapatkan produk PNKids gummies ini dengan harga promosi hebat!

So, jangan lupa ramai-ramai serbu ke pameran bergerak PNKids di One Utama hari ini sehingga hujung minggu bersama keluarga dan dapatkan maklumat serta produk PNKids gummies. Pastikan juga anak-anak korang sertai permainan yang disediakan penganjur, mana tahu boleh bawa balik hadiah jam tangan PERCUMA! ^^




Juga turut disediakan booth untuk ambil gambar keluarga dan face painting!

PNKids juga boleh didapati di semua gedung farmasi utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi mereka atau layari :

Kinsmedic Sdn Bhd
9-2, WismaFiamma,
No. 20, Jalan 7A/62A, 
Bandar Manjalara 52200
Kuala lumpur
Customer Careline : 1300-88-8848

Laman web : www.pnkids.com.my


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.