Story Kenit
Friday, October 28, 2016
Sedikit kelainan di Carbootsale Kota Damansara
Assalamualaikum!
Saban minggu, suasana carbootsale di Kota Damansara memang meriah. Meriah dengan peniaga, meriah dengan barang. Untuk minggu lepas, kami nak cuba kelainan sikit dengan meniaga kasut. Haaa rupa-rupanya banyak juga koleksi kasut-kasut lama kami anak beranak yang masih elok tapi dah tak muat tersimpan rapi di rumah tu.
Cari punya cari, banyak pasang jugak kami dapat kumpulkan. Ada yang kasut berjenama, kasut kulit, kasut kanak-kanak kepunyaan dua beradik tu tapi masih elok dan boleh dipakai.
pelanggan pertama kami :)
Alhamdulillah, cuaca hari tu sangat la baik. Redup elok je sepanjang pagi. Seronok tengok peniaga-peniaga semangat kemas barang masing-masing kat tapak meniaga. Kami siap je set up barang pelanggan pertama kami datang. Akak dan abang kat atas ni nak beli seterika rupanya. Tak sempat aku nak snap gambar seterika tu hehe. Terima kasih kerana sudi datang beli ngan kami :)