Breaking

Friday, September 18, 2015

Friday, September 18, 2015

Pembukaan Ten Years Restaurant


Assalamualaikum!


Baru-baru ini, aku dijemput untuk satu food review sempena pembukaan Ten Years Restaurant, di Bandar Baru Sri Petaling. Disebabkan food review kali ini mengetengahkan hidangan lazat makanan tempatan, aku kira ini peluang yang baik buat kami sekeluarga untuk mencuba dan menikmati apa yang dikatakan terbaik di restoran ini.

Sebelum aku memulakan review, ni kak long nak buat teguran berhemah sikit la pasal kejadian semalam. Bila sebut food review, ia bukan sekadar makanan semata-mata, tapi penilaian dari kaca mata seorang blogger lengkap bermula dari segi layanan, MASA MENUNGGU, servis makanan dan hidangan, pinggan dan cawan yang digunakan sehinggalah akhir sekali kualiti dan kesedapan makanan tu.

Thursday, September 17, 2015

Thursday, September 17, 2015

Apakah Sebenarnya Yang Menyerang Mira?


Assalamualaikum!



Bermula dengan bibir menjadi kering tiba-tiba akhirnya bertukar menjadi serius! Mula-mula ingat bintik-bintik di bawah mulut tu jerawat biasa .. rupa-rupanya merebak jadi nanah! Kemudian dari bibir bawah berjangkit ke bibir atas! Kesian dia ... nak minum air pun kena guna straw, takleh disentuh sikit pun bibir tu ...kalau tak, menjerit dia disitu!

Pergi dah klinik hari Isnin aritu, doktor bagi ubat sapu Glycerin. Bila tanya apa puncanya, doktor tak bagitau secara spesifik. Tapi, aku tengok makin hari makin teruk jadinya .... nanah semakin banyak dan bibir atas bawah dia jadi bengkak!

Tuesday, September 15, 2015

Tuesday, September 15, 2015

Khasiat Buah Mulberi Yang Aku Baru Tahu!


Assalamualaikum!




Even though I'm a fruit person (maksudnya suka makan buah-buahan haha) tapi buah yang ni aku tak pernah tengok secara 'live' lagi! Dan bila opismate hulur bekas berisi buah mulberi kecik comel vevulu ni, aku terus jadi .... wow! buah ape ni kak?

buah mulberi ... rasa la ..
Tuesday, September 15, 2015

Kering Melampau?


Assalamualaikum!


Yeaaaa! arini sekolah tutup akibat jerebu. Bila bagitau kakak dan adik pagi Subuh tadi yang arini tak sekolah, masing-masing jadi blur ... entah ibu aku ni betul ke tidak ni? Temberang ke ibu ni? hehe. Kasi tunjuk WhatsApp kat diaorang, baru muka ada senyiiummmmmmm haha ...

Acaner ibu tau arini tak sekolah? Thanks to ayah awak berdua la ... yang tiap-tiap malam tido paling lewat dari semua orang hoho. Bangkit pagi, ayah cakap arini sekolah malam tadi baru kuar berita kat twitter....


Monday, September 14, 2015

Monday, September 14, 2015

Biasa-biasa Je Di The Royale Bintang


Assalamualaikum!




Takdir telah membawaku ke sini ....

Kita hanya mampu merancang berbulan-bulan, namun perancangan Allah itu tetap yang terbaik buat insan kerdil sepertiku .... huhu. Perancangan asal memang aku tolak untuk hadir di majlis ini tetapi akhirnya tetap jua ku berlabuh disini huhu ....

Saturday, September 12, 2015

Saturday, September 12, 2015

Di'telan' Jerebu!


Assalamualaikum!



Macam rupa kat Cameron Highlands pun ada. Tapi sana diseliputi kabus tebal yang dingin dan mendamaikan. Yang ni .... bukan kabus tapi partikel² halus yang terapung di udara yang dinamakan JEREBU! Penyebab penyakit dan ketidakselesaan yang menganggu ketenteraman jiwa dan raga huhu...

Petang semalam semakin teruk! Pemandangan kabur di kawasan sekitar PJ sehingga me'nenggelam'kan kebanyakan bangunan dan perumahan di atas bukit. Gambar atas ni aku amik petang time nak amik kakak dari sekolah agama...
Saturday, September 12, 2015

Tak Berbunyi - JDT VS Perak


Assalamualaikum!




Buat pertama kalinya tengok perlawanan bola, rumah jadi sunyi sepi malam tadi. Bila dapat tahu ada perlawanan pembukaan Piala Malaysia disiarkan di tv9, tambah JDT lawan Perak pulak tu, terus rasa takda harapan la nak tukar channel lain.

Lalu aku membawa diri ke dalam bilik anak-anak layan diaorang tengok cerita drama kelakar. Kelakar jugak tu! Tajuk dia 'Isteriku Bukan Tukang Masak' hehe. Entah macam mana pulak kakak boleh cari cerita tu kat youtube huhu ...

Friday, September 11, 2015

Friday, September 11, 2015

Alkisah #MakCun Junior!


Assalamualaikum!


Ni cerita malam kelmarin ... si Mira tetiba feeling Mok Cun pulak dah! hahaha. Penangan dama tv #MakCun di TV3 yang berakhir minggu lepas benar-benar telah merubah penampilan my kenit yang kecik ni. 

Pe'el begini bukan pertama kali, tapi dah banyak kali sebenarnya. Patutla ibu masuk dalam bilik tengok bedak bertaburan atas lantai ... rupa-rupanya adik punya keja! 

Hasilnya ....


Thursday, September 10, 2015

Thursday, September 10, 2015

Lain Sangat Dah Dia Sekarang Ni ...


Assalamualaikum!


Orang Perak cakap penyegan, orang KL panggil pemalas! haha. Gitulah bila kemalasan melanda diri setiap kali nak masuk dapur. Dari dalam kereta dok blur nak masak apa untuk makan malam. Minggu lepas dah pekena kari ayam hasil air tangan Pak Jelan, semalam gi kedai ingat nak cari ayam lagi tapi akhirnya Pak Jelan terpandang pulak kat ikan pari ni 'melambai-lambai' dari dalam tong .... hahaha!


Wednesday, September 09, 2015

Wednesday, September 09, 2015

Bila Naik Bas Metro ...


Asalamualaikum!


Dah lama benor aku tak jejakkan kaki naik bas Metro ni. Minggu lepas aku terpaksa naik, sebab tempat yang nak dituju tu memang terkenal dengan kesesakannya! Takmo la menyusahkan suami yang perlu berulang alik dari Subang ke PJ nak amik aku ... huhu...

Naik bas satu hal, menunggunya pun satu hal jugak! haha. Aku paling 'lemah' kalau bab menunggu bas ni ... tapi apakan daya, kena kuatkan badan dan jugak semangat melangut kat bus-stop tu sambil panjangkan leher mengintai kot-kot bas yang dihajati dah sampai! Hampir 45 minit .... baru dia muncul ... huhu


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.