Sunway Pyramid
Monday, February 16, 2015
Bilik Bayi Kemudahan Untuk Ibu & Anak Di Sunway Pyramid!
Assalamualaikum!
Pengalaman bershopping bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil memang agak melecehkan terutama sekali yang bawa baby. Tak banyak shopping mall yang menyediakan kemudahan untuk ibu dan bayi, sekali gus sedikit sebanyak menjejaskan keseronokan bershopping di sana.
Yang lecehnya, bila kita nak tukar pampers anak terpaksa pergi ke tandas awam biasa .. itu pun bukan semua tandas sediakan ruang khas untuk bayi. Sama juga halnya dengan menyusukan bayi, ibu-ibu terpaksa mencari ruang yang sesuai dan tersorok dari orang ramai untuk menyusukan bayinya. Memang tak selesa ... lenguh badan dan takda privacy!
Baru-baru ni aku dijemput oleh pihak pengurusan Sunway Pyramid untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan khas untuk ibu dan anak-anak kecil especially ibu yang masih breastfeed. Lokasi baby room ini terletak di Orange Zone, bersebelahan dengan kedai Bonita (rujuk gambar di atas).
Baby room ni korang kena masuk pintu yang ada tulis 'KELUAR', betul-betul bersebelahan dengan tandas wanita.
Apa yang ada kat dalam bilik bayi ni? Jom kita terjah masuk! :)
Sebelum tu meh aku kongsikan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam bilik bayi ni. Antara kemudahan yang disediakan :
- bilik menyusu
- tempat menukar lampin
- kemudahan air panas untuk susu bayi
- muzik dimainkan ketika ibu menyusukan
- kelengkapan tandas untuk bayi yang disediakan oleh Pigeon
- sabun tangan
- tisu
Reka bentuk bilik bayi dan ruang memang sangat selesa dan mesra pengguna. Untuk ibu menyusu, tak perlu bersusah payah mencari tempat atau ruang tersorok untuk menyusukan bayi anda. Di sini, anda boleh memyusukan bayi anda dengan selesa dan opkos with privacy!
Lagi satu, bilik menyusu ni full air-conditioned ye, so ibu dan anak boleh menyusu dengan tenang dan selesa.
Lagi satu, bilik menyusu ni full air-conditioned ye, so ibu dan anak boleh menyusu dengan tenang dan selesa.
Bilik menyusu bayi ini boleh memuatkan 2 orang dalam satu-satu masa. Memang selesa untuk anda dan bayi anda.
Yang ni tempat menyalin lampin pakai buang bayi. Alasnya lembut berkusyen, kalau letak baby sini mesti dia takmo pergi mana-mana dah hehe. Ibu-ibu boleh salin pampers anak-anak dengan cepat dan selesa. Bukan itu saja, ibu-ibu boleh menggunakan losyen, minyak bayi dan hand sanitizer yang disediakan oleh Pigeon.
See .. bilik bayi ni bukan sahaja mesra ibu tapi juga menggalakkan ibu melakukan massage ke atas bayi mereka. Siap ada step by step lagi, losyen dan minyak bayi juga disediakan .. so ibu-ibu jangan lupa gunakan untuk bayi anda k ^^
Di sini juga disediakan sinki dan kemudahan air panas untuk ibu membuat susu. Tak perlu susah payah nak bawak air panas dalam termos kerana segalanya disediakan untuk anda! Bawa susu tepung je hehe. Anda boleh gunakan sinki dan anak-anak nak basuh tangan tapi tak sampai, boleh gunakan drawer kat bawah sinki ni.
Aku pun teringin juga nak duduk dalam bilik menyusu ni tapi bukan tuk menyusukan Mira ye! haha. Jangan dik .. zaman adik menyusu badan dah lama berlalu. tapi memang selesa sungguh sofa dia! Siap ada soket eletrik lagi ... sesuaila kalau ibu-ibu nak mengepam susu :)
Selain bilik bayi, Sunway Pyramid Shopping Mall menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lain seperti :
- Tandas mesra-ibu : ada sinki untuk kanak-kanak, dan sesetengah tandas wanita juga ada disediakan tepat menukar lampin bayi, kelengkapan tandas bayi dan parking untuk letak stroller baby. Juga disediakan kubikel untuk letak dan dudukkan bayi anda.
- Stroller kanak-kanak : anda boleh dapatkannya di kaunter informasi/concierge di LG1.
- Teksi kanak-kanak/ Kiddy Cab : Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan keatas. Kalau anak-anak penat berjalan boleh guna kiddy cab ni dan mereka boleh 'memandu' dalam shopping mall. Lokasi di tingkat LG2 & Red Zone.
- Buggy rides (atas permintaan) di tingkat LG1 & Blue Atrium.
- Playground : ruang bermain juga disediakan untuk keselesaan dan keseronokan anak-anak. Lokasi di tingkat LG2 (bertentangan dengan Cold Storage)
So, kalau korang nampak 'signboard' ni, jangan lupa singgah k ^^
Lokasi untuk bilik bayi boleh dikunjungi di beberapa tempat :
- Tingkat GF (Red Zone; bersebelahan kedai Levi's)
- Tingkat LG1 (Orange Zone; bersebelahan kedai Bonita)
- Tingkat LG2 (Orange Zone; bersebelahan Takasima Platinum)
Untuk lebih info, korang boleh terjah :