Breaking

Friday, December 30, 2016

Friday, December 30, 2016

Bila berjauhan ...


Assalamualaikum!


Dari sehari ke sehari nak cerita pasal apa dua beradik tu buat di kampung masa cuti sekolah hari tu. Setiap tahun memang begitulah perjalanannya, bilamana pengasuh cuti dan tiada siapa yang boleh jaga anak-anak sepanjang cuti ni, maka kampunglah tempat yang sesuai. Lagipun, bagi aku lebih baik diaorang habiskan cuti sekolah di kampung temankan atok dan wan, main kejar-kejar ngan ayam dan berbasikal keliling kampung dari terperuk di KL ni menghadap jem pagi dan petang.

Tapi bukanla start je cuti sekolah diaorang terus balik kampung. Kami gilir-gilir la laki bini amik cuti sikit demi sikit jaga kakak dan adik sebelum tu. Cuti rehat kena bajet gak sebab memang hajat nak bawa diaorang jenjalan nanti dan balik kampung di Perak. 

Sepanjang seminggu lebih di kampung tu, memang WhatsApp la jadi penghubung kami 4 beranak. Mujur atok ada smartphone, bolehlah 'pau' henpon atok main mesej ngan ibu. Selama 4 hari jugakla diaorang buat ayat jiwang rindu kami berdua. Wannya siap cakap kakak sampai bengkak mata menangis sebab nak mama ...nak mama. Tak senang ibu kat opis ni nak buat keje bila jadi macam tu. Bukan ape ... kesian kat mak kena pujuk diaorang huhu.


Thursday, December 29, 2016

Thursday, December 29, 2016

Renew RoadTax Tanpa Geran Kenderaan


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ..urusan renew insurans dan roadtax kereta untuk setahun lagi dah selesai. Hampir semua benda nak kena stenbai duit untuk hujung tahun macam ni. Dengan yuran sekolahnya, dengan barang sekolahnya, dengan bukunya ... kena pastikan semua siap belaka😣

Dua benda ni kalau tak diperbaharui memang susah hati nak lalu mana-mana jalanraya kat Malaysia ni hehe. Mujurlah ingatan ni masih kuat nak ingat bila tarikh akhir kena renew. Sakan sangat jalan meronda sana-sini, tup tup tengok roadtax tarikhnya mati semalam!

So, macam biasala kena renew insurans kereta dulu kan. Tahukah korang? Yang ni pun tak perlu bawa apa-apa dokumen, hanya bagitau je no plat kereta, bayar jumlahnya dan siap! ke aku sorang je yang baru tahu semua ni? haha😂 Maklumla diknon ..hal renew roadtax dan insurans ni dah jadi urusan 'sri paduka baginda' Pak Jelan. Aku tukang peringat tarikh je hehehe... 



Wednesday, December 28, 2016

Wednesday, December 28, 2016

Kempen #BebasPlastik di Selangor Bermula Januari 2017!


Assalamualaikum!


Bermula 1 Januari 2017, Selangor akan menggiatkan lagi kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' dengan melancarkan kempen #BebasPlastik dan bekas polisterina.

Sebelum itu, kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010 telah menjalankan satu kaji selidik dan mendapati 71% rakyat negeri Selangor mengatakan kempen ini perlu diteruskan ke hari-hari yang lain.


Wednesday, December 28, 2016

Tanda dia suka pakai shawl tu ...


Assalamualaikum!

Kebelakangan ni, Mira pakai tudung ala on-off-on-off. Kejap dia pakai kejap dia bukak. Tapi baru-baru ni, dia berkenan kat satu instant shawl kat Kenanga Mall. Dia punya cerewet nak pilih tudung ... dekat sejam memilih dalam kedai tu! 

Tapi berjumpa jugak tudung yang berkenan di hati. Rupanya dia nak tudung yang tak perlu pakai pin, boleh sarung terus dan yang penting dia nampak cantikkkk! Amboiii anak dara ... dah pandai berinstant mengalahkan ibu ye 😂

Dah dapat, sekali dua helai dia rembat! Aku suruh amik kaler lain, dia berkenan kat dua kaler je, kuning langsat dan warna coklat. Dah dapat .. sejak dari hari tu dia tak miss pakai bila keluar dari rumah huhu

makan kat gerai

Tuesday, December 27, 2016

Tuesday, December 27, 2016

Bila tekanan darahku rendah ....


Assalamualaikum!


Malam kejadian tu macam biasa. Aku masak nasi dan kakak goreng telur. Pak Jelan gi beli sup ekor dan ayam goreng kunyit kat gerai bawah. Baca doa dan makan dengan bahagianya bersama keluarga. 

Sup ekor sedap! Lama tak dapat ekor besar-besar macam ni. Ada sekali tu gi makan kat kedai, dia bagi bahagian ekor paling hujung kat aku, kecik bebenor! Yang Pak Jelan beli ni besar, banyak isi dan sedap kuah dia. Dah sedap kenala menambah nasi kan hehe ...


Dah lepas pukul 10, aku suh anak-anak gi gosok gigi sebelum masuk tidur. Lepas tu aku pulak. Dah siap-siap nak tidur, mata dah nak pejam tapi masih terbayang-bayang kesedapan sup ekor tadi. Puas dapat makan!

Tengah malam sikit, aku tak tau pukul berapa ... badan mula rasa tak sedap. Tidur tak berapa nak lena sebab asyik brukkk brukkk sendawa keluar angin. Apa yang aku makan tadi? Tengok hat kiri hat kanan baik punya lena. Hurmm ... bingkas bangkit masuk bilik air dan .... uwekkkkk *muntah*




Malam tu tiga kali aku muntah! Apa aku makan sebelum tu habis keluar balik huhu. Bila mata baru nak lena, tup tup dah pukul 5 setengah! Dengan tak cukup tidurnya, aku bersiap nak gi keje. Masih brukkk brukkk lagi ... kemudian perut rasa tak sedap pulak! Adehh ...ceri beri pulak dah! 

Dah masuk dalam kereta, Pak Jelan tanya, ok ke? Ok ... ringkas aku jawab. Sampai kat Komplek Sukan Kg. Pandan aku dah mula tak ok. Rasa loya, nak muntah dengan ceri beri datang serentak!

Bang ... patah balik gi klinik. Macam tak boleh je ni ....

Dan akhirnya, ber'kampung' la kami anak beranak di klinik kesihatan setengah hari. Tak pasal-pasal aku kena amik dan cek darah. Masa missy buat pemeriksaan pun terkejut, tekanan darah aku rendah! 92/45 or something ... 😰 

Dipendekkan cerita, aku kena masuk drip. Bacaan ujian darah normal, tapi tekanan darah aku rendah. Memang lembik badan masa tu, dah tak heran orang pandang ke tidak. Terus melepek aku tersandar kat kerusi tu tertidur huhu. Pakai baju kerja pulak tu ... tercalar imej wanita berkerjaya kejap haha!

Antara penyebab tekanan darah rendah atau hipotensi adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.
Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan. - artikel utusan 2014

Cuak juga bila badan kita tak mampu lagi menanggung tekanan dan beban. Kita ingat kita mampu nak tanggung sorang-sorang, tapi akhirnya makan 'tuan' balik jawabnya. Bila tengok muka suami, muka anak-anak aku cuba jadi kuat balik. Memang diwaktu-waktu sakit begini, keluarga lah jadi penawarnya ...💗


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.