Breaking

Wednesday, June 17, 2015

Wednesday, June 17, 2015

Penafian Berlaku Gempa Bumi Dalam Masa Terdekat Di Sabah


Assalamualaikum!


Zaman sekarang ni, lebih ramai yang percaya WhatsApp dari sumber sebenar. Macam-macam mesej berantai 'berhantu' yang diterima, suruh siap bersedia la suruh berjaga-jaga la suruh itu ini la. Saje bikin panik?? Huh ....

Bak kata orang, tanya pada yang pakar! Nah, pakar jawab seperti di bawah :





Ada beberapa istilah pelik yang kelakar aku jumpa bila baca mesej berantai palsu mengenai gempa bumi susulan ni. Korang boleh tengok dan nilaikan sendiri mana yang dah pernah terima tu. Jabatan Kajicuaca Sabah tak wujud yek!

Apa-apa kemusykilan sila rujuk pada sumber yang sahih. Bila dengar gempa bumi nak berlaku lagi, tau pulak takut ye sampai suruh solat hajat bagai. Kalau takda, tak ingatla nak solat kan .... huh.


Wednesday, June 17, 2015

Cabaran Tempuh Ramadhan Bersama Anak-anak


Assalamualaikum!


Malam tadi .. aku sorang je yang ngadap tv dgr perutusan tu. Kakak dan adik dok sibuk buat benda lain. Ayahnya 'lari' masuk bilik kejap. Aku la tukang menyampai kata esok puasa. Mula la si Mira buat muka terujanya. Puasanya belum tentu lagi tu hehe .. tapi semangat tu ada dah. Takpe dik, kita kayuh slow-slow k.

Kakak dah berazam nak puasa penuh tahun ni. Aku tak menghalang, juga tidak memaksa. Tapi, sekurang-kurangnya kena belajar puasa penuh juga. Solat wajib macam biasa ... nak kena kasi penuh lima waktu dulu. 

Cabarannya?
Wednesday, June 17, 2015

Jom Shopping Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari Hari!


Assalamualaikum!


Bila bercakap tentang persediaan raya, anak-anak adalah insan yang paling teruja selain ibu dan ayahnya. Tetapi, setiap tahun masalah yang sama tetap juga menghantui tiap kali nak shopping baju raya. Pengalaman shopping di saat-saat terakhir beberapa tahun lepas benar-benar mengubah persepsi kami suami isteri.

Dek kerana nak kejarkan harga murah dan diskaun di minggu-minggu terakhir, kami sanggup meredah 'lautan' manusia mencari baju raya. Perghh ... memang mimpi ngeri kalau dikenang kembali! Dengan nak pegang tangan anak-anak, melintas jalan, keluar masuk kedai nak cari pakaian yang sesuai, risiko disaman lagi .... memang tak tenang rasa nak shopping kan.




Tahun ni, aku dan Pak Jelan berazam nak ubah jadual shopping kami. Instead of shopping di saat-saat terakhir di tempat yang sibuk, kami memilih untuk shopping awal dengan promosi harga hebat di lokasi yang selesa dan mempunyai pilihan baju raya yang menarik dan cantik untuk seisi keluarga!

Tanpa banyak bicara, kami ke Pusat Pakaian Hari Hari, Lake Fields, Sungai Besi minggu lepas! Kalau dari Pusat Bandar hanya mengambil masa 19-23 minit untuk sampai ke sini. Jangan risau, ikut hiway pun boleh hehe. Tahun ini, kami berazam untuk shopping awal supaya tidak mengganggu urusan ibadah dalam bulan Ramadhan. Sebab itu kami pilih Pusat Pakaian Hari Hari kerana ia menepati citarasa kami sekeluarga! ^^

Shopping timeeee! ^^




'Model' terpampang di hadapan kedai





Selangkah kaki ke dalam sudah cukup membuatkan kami sekeluarga teruja! haha. Anak-anak dah tahu mana tempat nak dituju, suami dan isteri seolah-olah membawa 'haluan' sendiri hehe. Teruja melihat kemeriahan warna-warna ceria pada koleksi baju raya di Pusat Pakaian Hari Hari ini.

Jom tengok pakaian anak-anak dulu ...





Pencarian baju raya bermula! Tak susah nak cari seksyen baju raya kanak-kanak. Dan kakak dan adik tahu apa yang mereka nak! Masing-masing sibuk menggayakan baju raya yang terdapat di situ. Serius ... memang cantik pilihan warna dan corak di sini! 






Terdapat pelbagai pilihan menarik untuk kanak-kanak di Pusat Pakaian Hari Hari, dari baju kurung ke blouse hingga ke jubah. Disebabkan tahun ini, kami memilih untuk tema jubah maka, semestinya inilah tempat yang kami cari!

Sementara kakak dan adik mencuba baju yang dipilih, ibu pun nak pilih juga baju raya hehe ^^




Jubah dengan pilihan warna dan corak menarik



Baju kurung juga ada ^^



Pilih kak long .. jangan tak pilih hehe 



Ok yang ni cantik ... yang ni cantik ... errmmm nak ni jugak! 
Rambang mata kak long weh! hahaha



Tu ..tu .. saya nak yang biru tu! 
hahaha




Kalau ikutkan rasa hati, mau aje aku nak try fitting semua jubah-jubah ni hehehe. Tapi, kesian pulak kat staf kedai tu kang ... plus, kena jegil ngan Pak Jelan naya aku haha!




Eh.. anak-anak dah siap la! Jom tengok cantik tak! ^^




Kakak ada dua pilihan warna yang dia suka. Satu warna biru (gambar atas sekali), satu lagi warna biru ni. Memula dia nak dua-dua, tapi akhirnya dia pilih warna biru yang satu lagi hehe. 




Adik lagi senang, dari mula dia memang dah aim nak kaler terang macam ni. Tahun ni, kami tak tetapkan tema warna jadi ikut la warna apa pun janji anak-anak suka. Nak cari saiz baju pun tak susah ... kalau tak pasti boleh tanya staf kat situ.

Yeaaa ... baju raya anak-anak dah setel! Sekarang baju raya ibunya pulak hehe. Banyak juga baju yang sempat aku gayakan hehe. Nak tengok model tak berbayar tak? haha ... jom! 








Ahaaa! susahnye nak pilih ni ...haha. Banyak sangat yang memikat hati, tapi alhamdulillah akhirnya pilihan telah dibuat! Nak tahu aku pilih baju yang mana? Haaa tu kena tunggu la pagi Raya ... yek hehe :)

Untuk kaum bapa tidak dilupakan juga. Kelengkapan siap dari songkok hingga ke baju Melayu dan sampin turut ada di Pusat Pakaian Hari Hari.






Antara koleksi baju Melayu yang cantik dan menarik ....








Semua pilihan warna yang kita nak ada di sini. Pendek kata, baju Melayu untuk suami, untuk anak teruna dan remaja juga ada! Nak warna gelap,cerah, lembut, pastel ... corak terkini dan unik, semuanya ada di Pusat Pakaian Hari Hari!




Pilihan warna dan corak sampin


Bagaimana dengan harganya?

Alhamdulillah ... harga yang ditawarkan pun hebat. Memang sesuai dengan bajet untuk seisi keluarga. Dah nama pun promosi hebat kan hehe. 







Selain harga yang cukup berpatutan, Pusat Pakaian Hari Hari turut mementingkan keselesaan pelanggannya membeli belah. Ruang yang luas dan bilik persalinan yang cukup, memudahkan anda dan keluarga memilih dan mencuba pakaian di sini.

Masing-masing dah dapat apa yang dihajat .. so apa lagi, jom ke kaunter! ^^




Terima kasih! Weeeee .... kami dah ada baju raya hehe ^^




Hou yeaaaa! Misi tercapai akhirnya ^^.  Tak perlu nak bersesak-sesak lagi dah, tak perlu nak meredah 'lautan' manusia dan tak perlu risau pasal parking ...hehe! Terima kasih Pusat Pakaian Hari Hari ... alhamdulillah pengalaman yang best bershopping di sini!

Korang yang belum shopping baju raya lagi tu, tak perlu tunggu saat-saat akhir untuk kejar diskaun dan promosi. Bawa saja keluarga korang ke Pusat Pakaian Hari Hari sebab di sini ada promosi hebat sehingga menjelang Raya!




Plus, dengan pembelian RM80 dan ke atas, korang akan dapat sampul raya bermula 3 Julai 2015 dan pembelian RM120 dan ke atas akan dapat beg ungu Hari Hari ekslusif seperti yang aku punya tu hehe :)

Promosi Raya oleh Pusat Pakaian Hari Hari berlangsung serentak seluruh negara, so jangan lupa bawa keluarga korang shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari Hari yang terdekat hari ini! ^^

Tuesday, June 16, 2015

Tuesday, June 16, 2015

Nasi Lemak Poket


Assalamualaikum!


Tak pasti dia mewarisi sifat itu dari siapa dan dari mana. Tapi itulah sisi lembut kakak yang unik yang ibu dan ayah kagumi dan terharu setiap kali. Kadang-kadang ibu tak pasti mengapa kakak berbuat begitu, dan mengapa hati ini begitu tersentuh melihatkan 'kelembutan' di sebalik keaktifan susuk anak sulungku ....



Tuesday, June 16, 2015

Tips Elakkan Bau Tidak Menyenangkan Melekat Pada Tudung!


Assalamualaikum!


Sebagai seorang yang bekerja di bandar, aku tidak terlepas dari ancaman pencemaran yang berlaku di sekeliling. Tambah bila kita pergi keje naik pengangkutan awam macam bas kemudian berjalan kaki ke pejabat, memang macam-macam bau boleh melekat kat tudung kita kan.... 

Tudung bukan sahaja bertindak sebagai penutup aurat bagi kaum wanita muslimah, tapi ia juga sebagai pelindung kepada rambut dan kepala kita dari pencemaran kimia dan bau-bau yang tidak menyenangkan di luar sana! Tapi, bagaimana dengan tudung kita? Sudah pasti seharian berada di luar, macam-macam bau ada kat tudung kan. Bila masuk pejabat, duduk dalam suasana yang berpenghawa dingin ... lagi hebat bau yang keluar! hehe. Pastu sapa malu .... kita sendiri jugak yang malu sebab tudung berbau!




Sama la juga kesnya dengan aku. Waktu makan tengahari adalah waktu yang paling aku suka sebab masa ni lah aku akan betul-betul fokus menghadap makanan kegemaranku hehe. Tempat yang best untuk makan ialah kat bawah bukit tu, dalam kawasan berbumbung. 

Nak berjalan dari pejabat ke bawah bukit tu dah rasa macam berjogging 2km! Tu baru turun bawah, belum naik nak balik nanti hehe. Peluh pun peluh la ... janji dapat makan sedap!

Dan, biasala kalau makan dalam tempat berbumbung ni udaranya tak berapa nak segar berbanding di luar. Bau makanan yang dimasak bercampur dengan asap rokok memang menyakitkan hidung. Yang pastinya, bau-bau yang tidak enak ini melekat di tudung kita! T__T




Balik rumah, tanggalkan tudung dan cium bau ....adehhhh .... mau pengsan la! haha. Macam-macam bau melekat ni! Baru hari pertama pakai ...bau hapak habis! Dari bau asap rokok, makanan, pencemaran ... peluh lagi! Memang kena baling masuk dalam mesin basuh dulu ..pastu rendamkan dengan pelembut fabrik Comfort Ultra Blossom Fresh menyah bau-bau yang tidak menyenangkan. Barulah tenang rasa hati ni .. :)




Kenapa Comfort Ultra? sebab ia melembut dan menyegarkan fabrik dengan haruman yang memukau! Aku memang sukakan baunya yang lembut dan wangi ... kalau buka penutup botol tu, kena ambil bau dulu baru tuang dalam mesin hahaha. 

Cara nak gunakannya pun mudah, hanya tuangkan separuh atau ikut sukatan yang terdapat dalam penutup botol tu. Selepas dibasuh, tudung tadi direndam bersama Comfort Ultra selama 5 minit, kemudian dah boleh diangkat, diperah dan dijemur. Ohsem kan! Comfort memberikan memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 14 hari dengan hanya separuh penutup botol!




Yang paling aku suka pasal Comfort Ultra ni, ia mempunyai teknologi NCAP yang melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan di samping memberikan kesegaran dan haruman berpanjangan selama 14 hari! Wowww .... berbaloi sangat ni! ^^

Sekarang aku tak perlu sedih dengan tudung berbau, dan tak perlu risau kalau nak keluar makan lagi, sebab Comfort Ultra melindungi daripada bau yang tidak menyenangkan: bau makanan, pencemaran, asap rokok, peluh dan bau hapakTudung jadi lembut dan wangi, dan aku jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. #segaryakin





Baru-baru ini, Comfort dan Ariani mengumumkan kerjasama mereka untuk memberikan pengalaman lebih indah buat para pelanggan masing-masing. Semua tudung-tudung Ariani kini disegarkan dengan keharuman berpanjangan oleh Comfort. Jangan tak tau uolss… 

Bagi menghargai pelanggannya, Comfort Ultra ingin memberikan lebih lagi untuk korang!

  • Pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015.


  • Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015

  • Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my



Tudungku Memikat Bau
Jeng jeng jeng! Comfort dan Ariani mempersembahkan Bella Dally dan Shazreen Fazlynda dalam… TUDUNGKU MEMIKAT BAU! Apa ceritanya ni? Klik, tonton dan share! Lepas tu, pastikan anda dapatkan diskaun untuk COMFORT dan ARIANI di tesco.com.my/eshop/comfort2015 ;)
Posted by Comfort Zone Malaysia on 23hb April 2015


So jangan lupa dapatkan Comfort Ultra hari ni di pasaraya berdekatan serta rebut promosi diatas selagi ada masa! ^^





Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.