Breaking

Tuesday, January 22, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Customer Bagi....

Dulu masa aku masih di bangku sekolah, (dulu pakai bangku lagi tau) kalu time dekat2 nak raya Cina ni, akula paling teruja! Bukan teruja nak sambut raya Cina la. Tapi, teruja jumpa limau wahaha~

Aper taknyer, sampai mak aku pun dah 'cop' aku 'Anim Antu Limau' dalam keluarga Pak Hashim. Aku redho jer hahahaha.  So, tiap kali akak atau abah aku balik keje mesti ader bawak 'ole-ole' dari opis. 

Akak & abah aku keje bank so, memang banyak deal dengan customer. Maner customer yang baik hati dia bagi la berkotak2 buah limau. Maner yang terlebih baik tu, dia bagi sekali ngan 'ang pau' hehehe.

So, ni pestime aku dapat limau dari customer sendiri la. Syiok tak? opkos la....heeee:D



Gambar limau pun nak amik ke nim? Opkos la...customer bagi maaa, mesti kasi highlight skek la.


OVER kan...?Wahahahaha~


Tuesday, January 22, 2013

70 Tahun Solat Salah Kiblat.


MELAKA TENGAH ­- Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di sini dikesan melakukan kesalahan dalam penetapan arah kiblat....

“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam....
Tuesday, January 22, 2013

Penampilan Terbaru Isteri Bekas Pemimpin.

Ketepikan soal politik & perbezaan idelologi sebentar dan lihat betul2 gambar di bawah, siapakah gerangannya wanita di sebelah Tun Dr. Mahathir tu?? Geraknya, senyumnya, lenggoknya menggambarkan beliau seorang yang sangat 'low profile'. 

Tuesday, January 22, 2013

Anak Seperti Sampah!

Allahurobbi! Panas, sentap, geram, sebak, kasihan...itulah perasaanku tatkala melihat sekujur tubuh kecil yang cukup sifat dan comel namun dikelilingi sampah yang membusuk! Ya Allah, sesungguhnya bayi ini telah dijanjikan syurga olehMu.

Foto: HM
Tuesday, January 22, 2013

Benarkah Wang Penyelesaiannya?

Dalam hidup kita tak terlepas dari dibelenggu masalah, tak kira la samada masalah tu yang cari kita atau kita yang cari masalah. Bagi kes berprofil tinggi, seringkali wang dijadikan 'alat' untuk menyelesaikan masalah memandangkan sumer orang suker WANG!

Dan, bagi 'orang jahat' yang kaya inilah kesempatan yang digunakan mereka untuk meloloskan diri dari kejahatan yang dilakukan. Dan, ini juga menjadi persoalan samada 'mangsa' itu benar2 ingin menuntut keadilan untuk dirinya atau dia juga berminat dengan WANG semata-mata??

Tuesday, January 22, 2013

Padah Mabuk!

Haaaa macam2 pe'el la omputih ni yer, kalu dah mabuk tu kerusi lipat budak pun boleh dibuat bergurau hahaha. Tengok tu, macam manerrrrrrrrr dia boleh terperosok dalam kerusi lipat tu??? Aku nak tolong pun tak gheti, gheti gelak je la hehehehe.

Kalu la aku jadi ahli bomba tu, aku gelak sakan dulu kat situ hehe, kelako benau minah omputih ni..hmmm~

Foto: ScottishSun
Tuesday, January 22, 2013

Hanya Tembaga


Zaman la ni nak kumpul dosa cukup mudah kan. Kesian aku nengok makcik ni, Naya ke orang jer....! Tak sure la aku samada ini kes misscommunication ke haper, tapi menurut makcik ni bank tersebut melelong selonggok emas bermutu rendah.
Bermutu rendah macam mana tu yek? 10% emas, 90% tembaga ker? Hurmm...aku pun kurang info pasai benda ni..tahu pakai jer hehehe~
Foto: HM

Monday, January 21, 2013

Monday, January 21, 2013

Macam Ni Pun Boleh Ka?


Aiyaakkkkk! Zaman sekarang ni apa pun boleh jadi yek. Geleng kepala aku baca citer tu. Tengah sedap2 ngunyah buat tembikai susu hampir nak tersedak dibuatnyer. *huh, tu drama jer tu*

Sunday, January 20, 2013

Saturday, January 19, 2013

Saturday, January 19, 2013

Akukah Yang Jakun?

Wah! wah! wah! Kemain sakan anak2 dara aku menghadap kartun arini. 5 hari kene 'kuarantin', maka hari ini lah hari membalas dendam hehe. Celik mata jer pagi tadi, siap mandi dan makan, terus mintak men game. Yang Mira syok tengok 'boypren' kembar dia.

Tadi, diaorg mintak tengok kartun lagi. Its ok, ibu bagi...it's still Saturday kan hehe. So, sambil2 diaorg tengok, aku skodeng gak takut2 diaorg klik mende lain kang. Aku kat dapur tengah goreng cucuq, terdengar dua beradik ni gelak sakan kat depan. Haiihhhh...kelako sangat ker kartun tu??

Saturday, January 19, 2013

Bila Kambing Marah Papparazzi(VIDEO)

Assalamualaikum sumer!~

Pernah tengok kambing marah 'papprazzi'? Marah tu bukan macam kambing tu tanduk orang @ kejar orang. Tapi, cara kambing ni marah lain macam skek hahaha. Tapi, mengapa 'papparazzi' ni kene marah ngan kambing pulak? Haaaa jom kiter terjah video di bawah....apekeheinyer mmbeeekkkkkk!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Friday, January 18, 2013

Friday, January 18, 2013

JMM Antara Yang Terbaik Di Dunia.


Wah! Ini sudah bagus beb! Ini kira mantops ni beb. Terkejut jugak aku masa baca artikel ni tadi. Betul ke idak ni?? Benarkah?? Aku tak mengigau kah? hehehe. TAHNIAH kepada warga JMM seluruh Malaysia yang telah lama bertungkus lumus memberikan khidmat terbaik dalam melaksanakan tugas masing2.
Friday, January 18, 2013

CUEPACS Mahu Elaun Tetap Rumah Naik RM480??

Berita gumbira??Berita gumbira?? Adakah??Adakah?? Hehehe jangan gembira duluuuu...lum dapat lagi pon!Tapi, isu elaun rumah ni telah lama dibangkitkan oleh CUEPACS lama dah. Jadi, inilah masa terbaik untuk CUEPACS bangkitkan semula..lebih2 lagi nak PRU 13 dah ni kan hehehe.

Presiden QUEPACS, Omar Osman.
Friday, January 18, 2013

Penjelasan UFB Isu Kahwin Di Thailand.

Weng weng wenggggggg~ Baru sat ja tadi aku tengah layan ceramah Ustaz Azhar Idrus(UAI) kat youtube, tetiba pandanganku teralih kepada satu tajuk video...'Penjelasan Fathul Bari Isu Kahwin Lari Di Thailand'. Hah????? Kahwin lari??


Friday, January 18, 2013

Tengkuk Terkehel.

Arrghhhhhh! Memang sakitttt...cukup tak selesa biler tengkuk terkehel atau tegang urat ni. Nak tunduk sakit..nak dongak sakit..kalih kanan sakit..kalih kiri lagi sakit! 

Bangkit tido pagi tadi, tengah syok nak menggeliat, tetiba rasa tengkuk ni macam nak 'tertanggal' dah! Incik somi cakap, "Tido tak berkalih (beralih) la tu". Hurmmm...mungkin kot sebab semalam tido lambat huhu (wah wah wah jangan mikir sembarangan donggggg)

Friday, January 18, 2013

Syiah Bukan Islam.


SEMEMANGNYA telah terkenal di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa syiah adalah ajaran sesat dan menyimpang dari Islam. Syiah adalah agama yang telah masyhur sikap mereka yang suka berdusta di atas nama Nabi SAW untuk menyebarkan ajaran mereka ini. Bahkan mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya diutus kepada Saidina Ali RA.

Thursday, January 17, 2013

Thursday, January 17, 2013

Bila Balik Sekolah....

Setiap kali aku amik diaorg dari nurseri, pasti aku tanya apa yang diaorg belajar, makan, buat, main di sekolah. Macam2 jawapan aku dapat. Tapi, seronok dengar sebab diaorg pun seronok berada di sekolah dan di nurseri.

So, Mira yang masih tak berapa sihat ni balik umah jer mintak susu...baring atas sofa. Wani pulak mula cari idea macam mana nak penatkan badan dia haha. Maklumla, kakak ni memey tak gheti duduk diam..nak kata hyperaktif tak jugak..tapi akal tu 'berjalan' ja~

Disebabkan Mira takda mood nak men ngan Wani arini, maka Wani terpaksa cari idea lain benda apa nak main. 



Thursday, January 17, 2013

Mira Yang Kuat.

Hari ni aku teragak2 nak pegi keje, disebabkan panas badan Mira yang sekejap kebah sekejap tidak. Tapi,mengenangkan keje di opis berlambak giler! maka kene settlekan jugak ler dan Mira plak bertegas nak pegi sekolah...nak pegi sekolah...maka, aku ikutkan ajer. Dari ari Selasa ari tu, dia kurang aktif...tak macam selalu. Tapi, mulut tetap maintain becok hahaha~


Thursday, January 17, 2013

Bapa Yang Kejam (Video)

Morning glory everyoneeee!~Aku mulakan blogging arini dengan satu klip video yang 'menyayat' hati. Seorang bapa yang 'kejam' tergamak membuat bayinya menangis..menjejeh ayaq mata aku tengok video ni huhu.

Jom kita terjah!

Wednesday, January 16, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Mari "Listen" | Kosong - Mr Bie (Parodi)


Memey sedap lagu Najwa Latif ni, tapi hok parodi punyer adalah yang TERBAEKKKKKK! Meh pakat2 dengar lagu parodi ni wokeh~

Pesan Mr Bie;

"Jangan asyik listen aja"




Tahniah Mr Bie...! 

Ingat yer pesan Mr Bie ni, terutama pada yang bergelar MAHASISWA. Tentu korang tak mo jadi Miss/Mr listen listen listen kan? Peace!~(^_^)

And...alamakkkkkkkkkk!~


Back-up pleaseeee~

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias..kita tak terlepas dari terkena tempias. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias..tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas..hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks dalam disleksia cuba kekal dalam konteks..bila dunia seolah tak memahami..kau sudi selami, dalami dan mengalami.-Malique (Teman Pengganti)



Tuesday, January 15, 2013

Kenyataan dari Wakil UUM mengenai Isu Sharifah Zohra Jabeen.



Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

INTAFF Society Committee 2012 via We Are All Bawani


Tuesday, January 15, 2013

Abg Burn Brilliant

Wah!wah!wah! Masuk ni dah dua kali Kenit makan burger bakar Abg Burn. Malam kelmarin terjah, malam tadi terjah lagi! Tapi, paling happening malam tadi la..sebab Abg Burn jual Burger Bakar seringgit jer yop!~

Kami kuar rumah pas maghrib gitu, incik somi ikut hiway KESAS tak la jam sangat. Kalu ikut FEDERAL kami tak sampai lagi la gamaknya. Aritu Kenit dah citer kan pasai promosi Burger Bakar Abg Burn di FB. Kalu korang nak tahu, check SINI & SINI.

Dan semalam, sekali lagi Kenit sekeluarga berpeluang menerjah gerai burger Abg Burn yang bessttt!


Kami kuar awai pasai tahu dah orang pasti kerumun nak beratur awal. Burger bakar seringgit..maner nak dapat yop??hehehe. Kami sampai dalam kul 8.50malam. Waktu tu aderla dalam 30 orang dah beratur dah.


Mujuq kami sampai awai. Memang time tu ramai yang dah sampai nak beratur. Kebanyakkan mereka budak2 muda mungkin students kot. Ader gak yang datang dari jauh, bawak anak2 sekali sebab promo abg burn ni, seorang hanya boleh beli satu burger. 


Pukul 9.30mlm-10 mlm abg burn 'tutup' jap sebab nak prepare burger bakar sebanyak mungkin. Takla tertunggu2 nanti orang yang beratur belakang tu kan. Dah siap sedia jer atas meja..hulur duit..bagi resit..dapatla burger bakar beef cheese!hehehe

1 minit lagiiii!~

Fuh! Tak pernah lagi Kenit beratur semata2 nak beli makanan hehehe tapi malam tadi aura keharuman burger bakar memey terserlah di segenap penjuru restoran Le Lac ni, membuatkan kakiku tak lenguh berdiri walaupun dah dekat sejam nunggu!huhu.

beef cheese yang siap dibungkus...banyak tuuuu!~


Dan akhirnya, tepat pukul 10 malam, burger bakar abg burn DIBUKAAAAA! Sumer siap dengan duit seringgit, dengan anak2 Kenit sekali beratur pegang duit hehehe.




Syiokkkk! memey syiokkk! kami dapat beli 4 biji beef cheese abg burn malam tu haha. Lebih syiok lagi, my Pearls tak makan pun burger bakar tu...wah! kami laki bini la yang sebat..dua seorang hahaha!~ 


Best sangat ker burger bakar Abg Burn ni? Nak tau best ke tak, korang tengok sendirila panjang ke tak panjang barisan beratur ni...




Panjang sampai boleh buat L-shape lagi hehe. Pendek kata, memey puas dan berbaloi la burger bakar abg burn ni. Puas kami menyantap malam tadi..




Mekasih Abg Burn buat promo yang sangat terbaek ni! Gerai burger biasa pun takda lagi yang buat promo sebegini. Sumer balik dengan muker senyum hehe. Pasni buat la lagi yer abg burn...heeeee(^_^)



Tuesday, January 15, 2013

Listen!Listen!Listen!



FB Hilal Asyraf (Official)
Morning glory everyoneee!~ Aper kecoh2 ni? Semalam baru sempat bukak FB dan tengok update terkini, alih2 nama Sharifah Zohra Jabeen tetiba menjadi fofular dengan citer pasal beliau hampir di setiap status di 'News Feed' aku. Apeke heinyer yong??

Aku tak tahu staram pong, maklum skarang ni jarang dah bukak FB. So, setiap kali aku bukak FB, pasti aku check update dari adik Hilal Asyraf (Official) dulu, sebab setiap update beliau tentang apa saja aku suka baca. Tapi, biler aku baca status dari adik Hilal Asyraf (Official) malam tadi pasal satu video forum di UUM dan biler aku godek2 pasal Cik Puan yang sedang fofular ni...baru ku tahu....




Monday, January 14, 2013

Monday, January 14, 2013

Berita Gembira Pengguna Lebuhraya!


Wowweeeeee!~ Dia turun lagiiiii...hooray!hehe Alhamdulillah... yeah! Berita penurunan harga sebegini la yang dinantikan oleh sumer orang ye dop? Tambah2 lagi kalu harga barang makanan huhu. La ni sumer harga barang naik mendadak, sampai pak menteri takleh nak kawal dah. Sumernyer ada alasan tersendiri biler ditanya naper harga naik.

Artikel SH
Monday, January 14, 2013

Tak Selamat Dah Ke?....

artikel HM
Rendah sangat ke kualiti tahap keselamatan sistem perbankan di negara kita ni? Atau kad bank kita ni yang bermasalah? Abah aku pun pernah kene lebih kurang seghuper ini jugak. Kad atm dia diduplicate. 

Monday, January 14, 2013

45 Minit Bersama UAI.

Alhamdulillah tercapai jugak impian Kenit nak pi ceramah UAI. Memang lama dah berhajat nak pi dengar ceramah beliau dari masa Kenit kat Kuantan lagi. Kadang2 biler beliau ader buat ceramah di surau2 berdekatan dengan opis, tapi Kenit tidak berkesempatan untuk pergi sebab keje syif malam. 

Jadi, biler Kenit check kt FB jadual ceramah beliau ader dekat2 dengan area rumah Kenit, aper lagi terus ajak incik somi pi la hehe.

Malam tadi tajuk ceramah beliau ialah Maulidur Rasul. Ternyata, memang ramai sungguh muslimin dan muslimat membanjiri padang AU2 Keramat ini. Kenit dan family siap2 'booking' angle yang sesuai untuk mendengar UAI hehe. Ni je la yang termampu pun, sebab terlampau ramai mengalahkan konsert menyanyi!~


Sunday, January 13, 2013

Sunday, January 13, 2013

Oh Abg Burn!

Heeeee seronok sungguh hari ni walaupun penat tak ilang lagi. Kenit gagahkan jugak diri meng'update' blog sebelum beradu. Penatttttt! Siang bawak anak2 beriadah. Malam pekena makan baekkkkk punyer!  

Alkisahnyer, sejak dua menjak ni Kenit menjadi tertarik untuk merasai burger bakar yang tengah jadi kegilaan orang ramai Kenit pun nak try jugak la kan sedap sangat ke burger bakar yang orang dok canang2 tu kan.So, ader satu page kat FB pasai burger bakar. Nama dia Burger Bakar Abg Burn.

So, godek punyer godek memey terkenal la burger abg burn ni. Kalu korang nak tahu lebih lanjut tentang Burger Bakar Abg Burn, korang terjah je la link ni yek. Promosi abg burn memey terbaeeekkk la!~hehehe.

Antara jajahan Burger bakar abg burn ni yang dekat ngan umah aku ialah di Seksyen 7 & Seksyen 13 Shah Alam. So, tadi kitaorg pergi yang kat Seksyen 13, Shah Alam. Tak susah nak cari pun lokasi abg burn ni, dekat sangat ngan Stadium Melawati tu, kat Restoran  Le Lac.

Saturday, January 12, 2013

Saturday, January 12, 2013

Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat.



9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.


9.37am: Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima. Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Saturday, January 12, 2013

Himpunan Keluarga Di Putrajaya.

Macam dah jadik trend plak himpunan2 ni sume yer. Yang sana buat, yang sini pun nak buat. So, aku pun nak buat jugak la kan...kene la 'up-to-date' skit kan hehehe. Seperti yang dijanjikan pada My Pearls arini nak bawak diaorg gi jenjalan kan, so kitaorg pun decide bawak diaorg men gelongsor..ala playground tu la. My Pearls panggil 'gelongsor' huhu. Mula2 budak2 ni mintak gi Tesco Ampang main gelongsor kat sana...cehhhh! Aper barang gi Tesco tu, belakang umah jer! Biler2 boleh gi anak oiii~

Kita gi jauh skek la yer, since i tak pernah lagi menjejakkan kaki ke..uollss know where kan hehe. (tuuu, kat title tuu) Sumer orang dah gi Putrajaya, even incik somi dulu masa bujang pun dah gi sana dah. Aku jer yang terperuk di Kuantan tu, even kalu balik KL pun takda sapa nak bawak aku jejak kaki kat sana huhu...sodih tak cito den ni?huhu.

Maka, disebabkan anak2 nak main gelongsor, kami berhimpun di sinunnnn....
Putrajaya...here i comeee~
Saturday, January 12, 2013

Stadium Merdeka vs Tesco Semenyih.




  vs





Morning glory everyoneeee!~ Ingat ari ni nak rehat2 sepuas2nya di rumah, tapi pagi2 lagi My Pearls dah buat 'tempahan' ajak kuar jenjalan, Nak gi jenjalan maner nak?? Sumer jalan konfirm sesak punyer!

Pagi ni kawasan sekitar KL & Selangor pulak dijangka sesak dengan 'acara' istimewa masing-masing. Nak pergi sana ramai orang..nak pergi sinun pun ramai orang. Aku plak jenis tak suker tempat yang sesak ngan manusia-manusia ni. Lemas! Rimas!

Aperpun, anak2 punya pasai aku dan incik somi gagahkan jugak la nak bawak diaorg gi jenjalan hehehe. Tapi, yang pasti bukan di kedua2 tempat tersebut. 

Terkini yang aku baca dari malaysiakini.com, ader plak orang dok nyamar jadi unit amal sebuah parti dengan berpakaian seperti petugas unit amal parti tersebut. Wah! nak buat provokasi ker?? berpura-pura jadi ahli unit amal pastu mencetuskan pergaduhan pastu masuk berita cakap 'diaorg' memulakan provokasi huhu.

Harap2 takde la jadi gitu yer. Jangan tipu tau Allah tak suka orang yang menipu. Berhimpun secara aman, baik yang sana atau yang sini. Tapi, kalu ader 'kutu berahok' yang nyamar untuk menetuskan provokasi tu, Allah Maha Melihat. Peace!~

Friday, January 11, 2013

Friday, January 11, 2013

Mereka Lepas Gian....

Mereka dah tak tahan. Seminggu tak dapat 'benda' tu haha, to be exact lima hari. Sajer aku tetapkan peraturan baru since diaorg dah start sekolah kan. 


Rule #1 :
NO virtual games or watching cartoon on the pc tablet on school days.
(TAK BOLEH main game atau tengok kartun di pc tablet pada hari persekolahan.)

Aper motif aku buat macam tu? Supaya diaorg tak giler menghadap benda tu instead of buat keje sekolah. Dan alhamdulillah, dalam 5 hari ni diaorg abide by the rule huhu.

First two days tu memey Wani ader mintak main game, tapi aku kata, "NO games on school days kakak." Dan dia buat muker seposen tapi aku still buat muker garang hehehe. Korang tau je la kalu budak2 ni dah mengadap game @ kartun, memey buku terperuk je la dalam beg tu sampai sok pagi.

Esok dah hari sabtu, tapi sebab diaorg dah tak tahan gian sangat, terus WaniMira mintak main game lepas maghrib tadi.


Kakak dengan game barbienyer

Mira dengan 'boypren' kembar dia huhu
 So, konpomla dua hari ni diaorg conquer pc tablet tu sebelum perintah 'kuarantin' berkuatkuasa semula Isnin depan muahahahaha.
Syiokkk plak jadik cikgu garang ni haha.


Friday, January 11, 2013

Dia Pun Nak Interframe Jugakkkkkkkk~



Tengah borak2 dengan incik somi, tetiba incik somi tunjuk satu SMS dari saper ntah. Nak tergelak plak tengok gelagat diaorg ni yer, yang sana nak berhimpun , yang sini pun nak jugakkkk....haihhhh, berebut peminat nampak mereka ni yer hehe.

Ini suatu suratan atau kebetulan atau dirancang??Hehehe..korang pandai2 la menilai sendiri yer. Dah besau panjang kan? Takper, kiter wait n see tomorrow majlis saper paling 'meriah'  hehe.

Jangan ader yang gatai tangan pi edit gambar cakap majlis depa mendapat sambutan terbaik sudah la .... kiter tak suker orang yang 'desperate'..dan menipu tauuuuuu huhu~

Friday, January 11, 2013

Tak Malu Ker?

Dalam kereta tadi, pas antar opismate balik.....


Mira: "Buuuuu....naper auntie tu pakai pendek..?"

Kenit: "Aper yang pendek?"

Mira: "Kain la...naper kain auntie tu pendek bu?"

Kenit: "haha..oohhh tu bukan kain tu skirt. Naper Mira tak tanyer auntie tu tadi?"

Mira: "hmm...dia tak malu ker bu? Nampak kaki kan bu...?

Kenit: "haha....yo botui tu nak"


Friday, January 11, 2013

What Is Wrong With The Muslims?(Malay subtitle)




Di hari Jumaat yang sungguh barokah ini, ingin aku kongsikan suatu video yang telah menarik hatiku untuk mengenal gerangan lelaki yang berjaya menjadi ikon Islam seluruh dunia.

Walaupun beliau telah tiada lagi di dalam dunia ini, namun dakwah beliau masih diteruskan melalui video-video dan ceramah-ceramah beliau yang aku yakin, telah disambut baik oleh seluruh masyarakat dunia. Betapa tegasnya arwah dalam menyampaikan dakwah kepada non-muslim yang ketika itu.


Friday, January 11, 2013

Jangan Pegang Botol Air Ni!

Sekiranya anda berada di airport, JANGAN sesekali ringan tangan nak tolong pegangkan BOTOL AIR orang yang tak dikenali, awang k-pop ker, awek Brazil ker, Justin Bieber ker walaupun dalam masa yang singkat. Kenapa....??Tengok video ni yer anak-anak (^_^)


Korang tau aper dia dalam botol tu?? DADAH....memey haramjadah tul taktik pengedar dadah antarabangsa ni! Mereka menggunakan botol air & kita sebagai alat untuk menyeludup masuk dadah mereka ke mana2 negara. 

So, korang jangan TERPEDAYA dengan 'drama' mereka, tak kirala di mana korang berada sekali pun. Jangan nanti korang yang ke 'dalam' kerana diaorg....

Friday, January 11, 2013

Kitab Al-Quran Terbesar Di Dunia.



Seorang penulis kaligrafi dari Afghanistan menghabiskan masa selama 5 tahun untuk mencipta al-Quran terbesar di dunia dalam usaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Afghanistan kaya dengan warisan budaya dan tradisi yang telah terjejas akibat peperangan selama 30 tahun, tetapi masih dapat dipertahankan.

Friday, January 11, 2013

Penggunaan Nama Allah Dalam Kitab Bible: Boleh ke Tak?


::Pencerahan Mengenai Penggunaan Nama Allah dalam Kitab Bible::

Petang tadi dapat muzakarah dengan baba.


Saya: Baba..ada pendapat baba berkenaan penggunaan nama Allah dalam kitab Bible? kerana di Malaysia sekarang ada 2 pihak...satu membenarkan..satu lagi x membenarkan..

Thursday, January 10, 2013

Thursday, January 10, 2013

Popular Ker??


Nak tergelak pun ader biler baca kajian populariti yang dibuat ke atas PM dalam sinarharian ni. Tak faham aku..penting ker populariti seseorang untuk meraih sokongan dari orang lain?

Thursday, January 10, 2013

1st Snogurt



Macam biasa arini amik anak2 dari nurseri. Selalu aku lalu kat jalan besar Kg Pandan tu pasti terjeling ke arah satu kedai 'eskrem' yang kaler pink/ijau tu. Hajat di hati lama dah nak masuk, but since kedai tu pun baru lagi beroperasi dua tiga bulan lepas, maka kupendam ajer la hajat tu dulu huhu.

Thursday, January 10, 2013

Salah Suntik.

Ya Allah! Sesungguhnya tiap2 satu kejadian yang menimpa kita tu ada hikmahnya. Begitu juga dalam kejadian tragis yang menimpa keluarga di bawah ni. Walaupun, sangat perit untuk kita tanggung tambah2 zuriat yang lahir pada awalnya cukup sifat dan sihat, tapi akhirnya dijemput Ilahi yang lebih menyayanginya. Aku mendoakan semoga pasangan ini tabah dengan dugaan yang dihadapi mereka tika ini. Dan semoga Allah mengganjarkan mereka dengan ganjaran pahala yang banyak di atas kesabaran mereka.Aminn~

Memang kita sebagai hambaNya yang beriman kena redha dengan ketentuan yang tidak disangka ni kan. Ye la, 9 bulan 10 hari mengandung sihat sokmo, biler sampai hospital dah beranak tetiba diberitahu anak dah meninggal plak. Dah tu tak dapat nak peluk cium dan menyusukan. Ibu mana yang tak sedih...

Norehan & Mohd. Hilmi menunjukkan gambar anak sulung mereka,
Muhammad 
yang didakwa meninggal dunia selepas mendapat
suntikan yang salah dari 
pihak hospital swasta di Ipoh-SH
Thursday, January 10, 2013

Hampir Dirempuh Babi Hutan.

Hehehehe biler terbaca artikel pasai babi hutan ni, teringat aku suatu peristiwa yang aku alami 4 tahun lepas. Masa tu, aku masih tinggal dan keje di Kuantan. Keje plak keje syif, pasti ada syif malam dan syif siang kan.

Ditakdirkan hari itu aku keje syif malam, dan waktu itu Pantai Timur masih dalam musim tengkujuh. Maka, malam tu hujan renyai2 la. Aku drive sengsorang malam tu...kira2 kul 7.30mlm macam tu. Dan waktu tu, aku sedang sarat mengandungkan Mira. Niat asal nak amik cuti awal, tapi kukira waktu tu kalu amik cuti sangatla rugi sebab tak rasa anak bersalin lagi kan. So, aku keje cam biasa je la.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.