Breaking

Monday, January 06, 2014

Monday, January 06, 2014

Karbala Kiblat Baru Syiah?


Assalamualaikum!~

Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki seorang Syiah.

Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa bandar suci Karbala patut dijadikan sebagai arah kiblat yang baru bagi orang Islam - telah menimbulkan kontroversi di kalangan para ulama.

Saturday, January 04, 2014

Saturday, January 04, 2014

Terkini Ariel Sharon


Assalamualaikum!

Masih ingatkah lagi anda pada Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel yang diserang angin ahmar sekitar tahun 2006 dulu? Kondisi kesihatannya pernah kenit kongsikan di {SINI}.
Beliau yang sehingga sekarang masih dalam keadaan koma di hospital Tel Hashomer berhampiran Tel Aviv kini mempunyai perkembangan terbaru.




Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pakar perubatannya, Professor Zeev Rotstein, dari Pusat Perubatan Sheba berhampiran Tel Aviv pada BBC News, keadaan bekas perdana menteri itu kini semakin merosot tetapi secara perlahan-lahan. 

"Ujian yang dilakukan mendapati kemerosotan fungsi organ dalamannya berlaku secara perlahan-lahan. Keadaannya tidak pernah berubah. Dia masih dalam keadaan kritikal, dan ini membahayakan nyawanya." kata beliau.

Kesemua ahli keluarga Ariel Sharon masih setia berada disisinya di hospital tersebut. 

Ini bermakna, organ-organ penting dalam tubuh Ariel Sharon sedang mengalami kegagalan secara beransur-ansur dan merosot dengan perlahan-lahan. 

Mengikut satu laporan yang lain, apabila Prof. Rotstein ditanya oleh seorang wartawan adakah Sharon akan mati, Rotstein membalasnya dengan mengatakan bahawa Sharon hanya menghitung hari (untuk mati), tetapi para petugas perubatan sedang cuba untuk terus memberikan rawatan kepadanya dengan 'penuh pengharapan'.


Tragedi Berdarah Sabra & Shatila


  • Pada tahun 1981, Ariel Sharon dilantik menjadi Menteri Pertahanan Israel. Pada tahun 1982, dia mengetuai operasi menawan Lebanon, kemudian pasukan keselamatan Israel mula 'diserap' ke setiap pelusuk bandar Beirut dan melakukan pengepungan ke atas ibu negeri Lebanon itu.


  • Perang Lebanon berakhir dengan insiden tragedi berdarah dalam sejarah Timur Tengah. Pasukan keselamatan Kristian Lebanon, yang merupakan sekutu kuat Israel bertindak menyerang kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak (al-fatihah ke atas semua mangsa yang terlibat, syurgalah tempat damai buatmu disana) sementara pasukan keselamatan Israel hanya memerhati kekejaman tersebut.


  • Sharon menafikan penglibatannya, namun suruhanjaya siasatan Israel kemudian mendapati dia terlibat secara tidak langsung dan melarangnya dari memegang jawatan menteri pertahanan semula. Pada tahun 1983 ketika ditemuramah bersama NPW, Sharon menyatakan kekesalannya mengenai tragedi tersebut.

Intifada 
  • Pada tahun 2000, dia membuat keputusan untuk mencabar Benjamin Netanyahu bagi mengetuai kepimpinan dalam Parti Likud. Dan, ketika lawatannya ke Masjidil Aqsa, tapak bersejarah di bandar lama Jerusalem dan merupakan tempat suci bagi penganut Yahudi dan orang Islam menjadi titik permulaan kebangkitan rakyat Palestin.

  • Hari berikutnya, pertempuran berlaku di Jerusalem. Ini turut mencetuskan intifada Palestin kedua yang kemudiannya memuncak sehingga menjadi peperangan antara Palestin dan Israel. Insiden ini turut menjadi faktor kemenangan Sharon dalam pilihanraya pada awal tahun 2001.

  • Sharon memerlukan lebih dari kekuatan ketenteraan bagi menangani kebangkitan rakyat Palestin, maka dia akhirnya mengarahkan pendudukan Israel ke atas tanah wilayah yang dikuasai rakyat Palestin di Tebing Barat pada tahun 2002.

  • Sharon turut mengarahkan pengunduran tentera Israel dari Gaza dan mula membina tembok di sekeliling Tebing Barat, yang mana ia masih dalam pembinaan.

Pada hari sebelum  dia diserang angin ahmar, Sharon menyatakan hasratnya untuk mencari jalan damai dengan Palestin, tetapi dengan HANYA MELALUI SYARAT-SYARATNYA.

Sebagaimana kekejaman dan kezalimannya terhadap rakyat Palestin selama dia berkuasa, maka Allah turut membalasnya dengan penyeksaan selama bertahun-tahun. Sungguh pembalasan yang diterimanya tidak akan pernah dapat memadamkan penderitaan yang ditanggung oleh semua mangsa yang terkorban.

Al-Fatihah buat semua rakyat Palestin dan semua umat Islam yang terkorban syahid dalam tragedi yang berlaku. Semoga damai dan tenanglah kamu bersemadi di syurga bersamaNya.


Saturday, January 04, 2014

Hari Pertama Wani Di Sekolah Agama

Assalamualaikum!

1 hari, 2 orang budak dan 3 buah sekolah! Tapi, penatnya mengalahkan handle 10 orang anak! hehe. Cam maner la diaorg yang ada anak 5-6 orang yek huhu kalau den mau pengsan! Dari pagi hingga petang kami berkelana di sana sini menguruskan hal sekolah bebudak ni. Mira ke tadika macam biasa pagi tu. Kenit hantar sampai kat depan gate pintu je, tak masuk dalam pun tengok dia hehe. Tak nangis anak ibu ni .... tough girl kan!hehe

Habis kelas tghari tu, kami dah menunggu depan tadika Mira nak bayar yuran. Minggu lepas tak sempat, sebab sibuk menguruskan hal sekolah kakak. Ye la kakak sekarang dah kena pergi dua sekolah ... pagi dan petang. Mujur la dua2 sekolah tu dekat-dekat je huhu.

Berselfie sambil tunggu giliran
Ya Allah! chubbynye akuuuuuuu!
T__T

Friday, January 03, 2014

Friday, January 03, 2014

Putus Cinta Pun Kena Bayar GST?


Assalamualaikum!

Bila putus cinta ..... monyet!
-
-
-
-
-
-
-

sumber : fb

Haaaa hahaha jangan berani-berani nak cari pasal macam budak Aniq ni. Kan dah tak pasal-pasal kena 'GST' ngan ex-girlfriend dia hahaha. La ni trend GST kot, sampaikan putus cinta monyet pun nak kena bayar balik ke hehe.

Wednesday, January 01, 2014

Wednesday, January 01, 2014

Nukilan Kenit 2014

Assalamualaikum!~




Happy New Year 2014!! Selamat Tahun Baru 2014!! *dam!dam!dum!dum!* (bunyi mercun buatan mulut sendiri yang membaca) hehe. Alhamdulillah, sempat jugak bertemu di tahun baru ni ye. Cerah elok je cuaca hari ni. Kami takda plan pun nak gi memana hari ni. Nak recharge 'bateri' puas-puas menjelang hari esok. Esok nak 'berperang' lagi ni menguruskan hal sekolah anak-anak mihmih.

Tuesday, December 31, 2013

Tuesday, December 31, 2013

Dari Tadika Ke Sekolah Rendah.


Assalamualaikum!~

Ya Allah, cepatnya masa berlalu! Dua tahun tinggal di KL terasa macam baru dua hari hehe. Masa mula2 sampai kat KL, kakak baru berumur 4 tahun. Umur 5 tahun register tadika di KL, umur 6 tahun tukar tadika di PJ. Alhamdulillah, sekarang kakak dah nak masuk darjah satu! Darjah satuuuuuu ..... ohhhh anakku dah besar dah .... ibu tua dah .... hehe.

Alhamdulillah, urusan pendaftaran sekolah kakak untuk kemasukan darjah satu telah pun selesai hari ini. Dari rumah lagi, kakak dah beria benar nak tengok sekolah baru dia. Tak sabar merasai pengalaman dan suasana baru belajar di sekolah baru. 


Excited nak school dah! (^_^)

Monday, December 30, 2013

Monday, December 30, 2013

Because Of You

Assalamualaikum!~

For every breath we take, for all the blessings we receive in our life, there is only One we should be grateful to ... God. Not only on the health and success favors given, but also the opportunities to love and to be loved.

You have been a great inspiration to me ever since you were born, not only as a mother but also as a woman and as an adult. Incredibly, you have been and still teaching me the meaning of love and the beauty of motherhood. I can't imagine life without you dear....


*love* Me and my precious pearl *love*

The person I am most grateful in life would be my 1st precious pearl, Nurul Hazwani. My going-to-be 7 years old bundle of joy, her presence into my life when I was only 23 has changed me remarkably since. Though it was a 'tough' journey but I would go through the same way again because she is my precious pearl.

She's not only a big sister, but a mentor to her little sister Mira too. And, Mira always refer to her in every aspects like in studies and while playing. They fight alot (hehe), but at the end of the day they would turn to each other and laugh and hug and play again (^_^).

What can I say more? She is the best gift from God.

As a token of my appreciation and love, and also in conjunction with the amazing offer from the DiGi Thank You Sale that you can never resist, I hope to give my precious pearl a Smartphone or a Tablet, perhaps. She is going to Standard One next year, and with the new learning techniques going to be implemented in her school, I'm sure one of these gadgets could help her to gain extra informations and help with her studies. This will be a great Year End Sale from DiGi and as for me, this is the kind of Sale I have been waiting for!(^_^).




Sunday, December 29, 2013

Sunday, December 29, 2013

Malam Hujan Tapi Mesra


Assalamualaikum!~

Tahun ni tahun pertama kenit join malam mesra anjuran Jabatan. Nak merasa jugak kemeriahan sambutan Malam Mesra kat HQ ni, gempak ke tidak seronok ke tidak. Tiket memang dah lama beli siap-siap dah sebab tahu hadiah cabutannya lumayan dan makanan sedap-sedap plus ada kambengggggggggg! ekekeke.

Rezeki murah sungguh malam tu, kami ditemani hujan lebat selebatnya dari KL hingga ke PJ! Kami sampai dalam puku 7.50pm tapi meja makan baru penuh 3 buah je. Sampaikan KP pun datang lambat jugak huhu. Yang terlebih excitednye. macam biasa la my kenits ni. Sebab malam tu, diaorg join pakaian beragam kanak-kanak so tak sabar dah nak berposing sakan atas pentas tu kan!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.