Teknologi
Monday, April 28, 2014
10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan.
Assalamualaikum!
Jepun merupakan sebuah negara paling berisiko di dunia! Mana taknya, dengan ribuan gunung berapi yang aktif setiap tahun, serta insiden gempa bumi yang tidak putus-putus melanda rakyat negara itu, telah meragut lebih seribu nyawa setiap tahun.
Namun, ironinya negara Jepun sangat dicemburui oleh negara-negara membangun lain bukan kerana gunung berapinya yang 'ganas' tetapi kerana rakyat Jepun mempunyai sikap cekal yang tinggi, tahap displin yang baik serta tidak mudah berputus asa.