Tefal
Wednesday, November 23, 2016
Memasak Lebih Senang Bila Ada Tefal Manual Chopper dari Lazada!
Assalamualaikum!
Ingat lagi tak hari tu aku cakap nak kongsikan salah satu barang yang aku dapat dari 'Parcel of Joy' sempena Lazada Online Revolution? Ok, hari ni aku nak kongsi ngan korang barang tu 😉
Kaum wanita memang sinonim dengan masak memasak kan. Kalau kat dapur tu, memang barang wajib ada antaranya pisau untuk memotong. Tapi, tiap kali nak mengopek atau menghiris bawang tiap kali tu jugak la aku 'menangis' haha. Ada orang kata mata tu pedih berair sebab tak biasa motong bawang. Ishhh ... dah 10 tahun aku memasak untuk suami dan anak-anak takkan masih tak biasa kot 😜. Bukan sebab tu ye ...tapi aku rasa barangkali mata aku ni banyak simpan air kat dalam, tu sebab suka nau merembes 😂😂.