Breaking

Wednesday, April 08, 2020

Wednesday, April 08, 2020

CoVID-19 | Hari ke-22 PKP


Assalamualaikum! Satu benda yang kita semua patut kena belajar dan sedar. Tiada yang pasti dalam kehidupan ini, melainkan mati.

Kita takkan boleh yakin seratus peratus yang kita tidak akan terkena wabak CoVID-19 walaupun kita telah berusaha untuk mencegahnya bilamana kita mengambil risiko untuk terdedah kepadanya.

At least itu yang aku dapat simpulkan dari situasi Puteri Aishah yang semalam disahkan positif CoVID-19 di dalam portal berita tempatan. 


Tuesday, April 07, 2020

Tuesday, April 07, 2020

CoVID-19 | Hari ke-21 PKP


Assalamualaikum! Semalam Mira tanya adakah minggu depan dia dah boleh pergi sekolah. Memang budak bertuah ni dah 'pishangg' duduk dirumah sepanjang PKP. Dia bosan bukan sebab takda aktiviti nak buat, tapi dia rindu nak keluar jenjalan.

Sabar ye nak, bila semua orang dah sihat dan tiada lagi PKP kita keluar la ye. Namun, memandangkan setiap hari ada je kes baru dilaporkan dengan kluster baru yang sedang menanti untuk 'meletop' dan pertambahan PKPD di kawasan banyak positif CoVID-19, aku yakin PKP akan dilanjutkan.

Anyway, semalam yang annoying. Annoying sebab apa? Haa netizen ni cepat betul 'tangkap' orang bersalah ye. Ada dua kes annoying yang berlaku semalam.

First, kes #136 yang balik dari Korea dan menyebabkan kluster jemaah tabligh masjid Sri Petaling. Habis semua jemaah tabligh dipersalahkan gara-gara budak ni. Tapi dia tak mengaku dia puncanya, padahal KKM yang kuarkan dulu stetmen tu.

Lagi satu alasan dia tak nak dikuarantin. Tantrum?? Tension?? Ko rase????

Monday, April 06, 2020

Monday, April 06, 2020

CoVID-19 | Hari ke-20 PKP


Assalamualaikum! Jangan menipu! jangan merahsiakan! Disebabkan seorang, habis semua oramg disekeliling mereka turut positf CoVID-19.

Semalam Dato' Dr. Noor Hisham maklumkan ada dua kes yang telah dikesan menerbitkan dua kluster baru. Salah satunya, dari kes #1580 yang baru pulang dari Itali, telah menyebabkan lima kematian sekeluarga dan berpuluh lagi didapati positif. Puncanya? kes #1580 tidak melakukan self-quarantine selepas pulang dari Itali dan pergi kerja seperti biasa.


Sunday, April 05, 2020

Sunday, April 05, 2020

CoVID-19 | Hari ke-19 PKP

Assalamualaikum! Beberapa harini ramai yang mengeluh pasal duit dalam akaun CIMB kena 'sedut' tanpa pengetahuan tuan punya akaun. Ada yang mengatakan ia berpunca dari transaksi 'direct debit' melalui kad debit yang telah dibuat oleh pelanggan.

Aku tak berapa tahu sangat transaksi jenis yang macam ni. Apapun, harap kekalutan ini dapat diselesaikan dengan segera. Dah la sekarang semua orang nak pakai duit, bila kena tolak automatik tanpa diberitahu, mengamuk la orang kan.

sumber : google

Saturday, April 04, 2020

Saturday, April 04, 2020

CoVID-19 | Hari ke-18 PKP


Assalamualaikum! Ustaz/ustazah selalu cakap, dalam setiap musibah itu ada hikmah. Disebalik kegawatan yang kita sedang alami sekarang akibat wabak CoVID-19, masih ada keindahan akhlak insan yang bisa kita lihat di sekeliling kita. 

Tak perlu pergi jauh ke negara lain, di sini di negara tercinta kita masih ada insan-insan yang sejak terjadinya PKP ini telah menunjukkan sifat kasih sayang dan kecaknaan yang begitu mulia dan tinggi pada insan-insan yang terjejas teruk dan kini tiada sumber pendapatan.

Walaupun ada cakap-cakap tidak enak di media sosial tentang insan-insan yang sedia menyumbang ini, tapi mereka tetap jalan terus. Malulah kamu wahai manusia-manusia yang hanya tahu melalak tapi kaki dan tangan itu sedikit pun tidak tergerak untuk buat kebaikan untuk bantu orang lain yang memerlukan di luar sana.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.