Powered by Blogger.

Friday, November 22, 2019

Hazwani Dari Darjah Satu Sampai Darjah Enam


Assalamualaikum! Tahun ni adalah tahun terakhir kakak di sekolah rendah. Allahuakbar... begitu cepat masa enam tahun berlalu. Masih teringat di kala menghantar kakak ke sekolah di hari pertama persekolahan dia tahun 2014!

Ni yang rasa nak throwback gambar-gambar lama ni, masa Hazwani baru nak melangkah ke alam darjah satu. Sungguh comel, sungguh kecik, sungguh putih dia masa tu hehehe. 


2014

Darjah 1

Hari pertama sekolah

Adoiii masa ni kakak memang sempoi. Tudung senget benget dia tak heran haha. Awning kembang tepi mata pun tak kisah! Yang penting beg sekolah mesti baru hehehe. Itulah beg sekolah pilihan kakak. Tema princess dan beroda. Masa tu trend beg seret lagi. Tapi ibu tak bagi seret, ibu suruh kakak pakai macam beg biasa hehe.

Sebelum letak buku pun beg tu dah berat. dah letak buku lagi berat tak tertanggung kat bahu. Akhirnya ibu kata seret je la huhu. Hari pertama kakak takda masalah menangis di sekolah. Kakak jenis 'hati kering' hehe semangat berkobar dia lain macam. Alhamdulillah ...

2015

Darjah 2

\

Hahahaha ibu kalau tangkap gambar anak-anak suka candid. Tak kisahla time diaorang tido ke, tengah mengunyah ke, tengah menguap ke. Yang atas tu masa kakak di Darjah 2. Boleh pulak ibu tangkap gambar time awak makan aiskrim hehe. Yang pasti awak memang kanak-kanak riang ria ribena, happy memanjang!

Yang bawah tu time kereta kita rosak dan 'tersadai' di stesen minyak Shell. Masa tu dugaan hidup hebat sungguh tapi alhamdulillah syukur sangat dapat anak-anak yang memahami. Tengok je la, apapun yang jadi diaorang tetap ceria bermain tepi longkang haha. 

2016

Darjah 3


Darjah 3 dan kakak masih tak kisah tudungnya terkebelakang atau kembang di tepi haha. Kitaorang tengok balik gambar-gambar lama kakak tergelak saja! Mana taknya, tudung tu tak pernah 'duduk diam'. Tapi masa ni kakak tak pandang lagi tu semua haha. Masa ni begnya pun dah berubah wajah. Takda dah beg beroda. Nak backpack pulak. Berbunga-bunga hati kakak bila dilantik jadi pengawas. 

Tahun ni juga adiknya masuk darjah 1. Mira pun comel lagi masa ni hehe. Haishhh ibu rindu sungguh masa awak berdua masih baby. 


2017

Darjah 4


Kakak semakin meninggi bila masuk Darjah 4. Tengok la kat belakang tu, kalau adik tak menyakat kakak sapa lagi nak sakat kan hehe. Cepat tumbesaran dia, kain pengawas tu hanya boleh pakai sampai bulan 8 je! Lepas tu jadi singkat sampai buku lali. Terpaksa suruh kakak bersabar tunggu lagi 3 bulan je nak cuti sekolah huhu. 

Bukan saja semakin meninggi, masa ni kakak dah mula aktif main bola jaring di sekolah. Bila aktif faham-faham je la kulit dari cerah jadi coklat cair ehehe.


2018

Darjah 5

Kakak nampak montel sedikit masa ni. Barangkali selera makan kakak mula bercambah dengan baik hehe. Kakak dah pandai cakna pasal tudungnya. Kalau nampak senget dibetulkannya. Kejap nak tudung satu lapis, kejap nak tudung dua lapis. Darjah 5 kakak terlibat dengan UPKK, jadi masa ni memang serius sikit belajarnya.

Kakak aktif main bola jaring. Tahun ni juga la kakak mula mengadu matanya rabun tak nampak apa cikgu tulis di depan. Nampaknya, ada juga sorang mengikut ibu rabun huhu. 



2019
Darjah 6

Ibu tak perasan pulak tali leher awak tu senget! Tapi yang pasti tudung kakak dah tak kembang di tepi macam dulu hehe. Selagi tak on-point awning tudung tu, selagi tu kakak tak keluar dari bilik! Dia punya cerewet tu boleh bikin kita pening juga kadang-kadang. Ibu awak ni setakat senget sikit awning tudung tak da hal! Tapi kakak tudung tu mesti bulat! hahaha.

Masa ni kakak tak suka sangat bergambar. Kalau ibu suruh senyum nak tangkap gambar tu kang, dia tutup muka ngan tangan. Lepas kita membebel cakap nak buat kenangan, baru dia ok hehe. Tapi akhir-akhir ni, hobi kakak memang bergambar la haha. Walaupun dia tak post sangat ke media sosial tapi dalam handphone kita ni ada je gambar selfie dia tu huh.

So, itulah gambar throwback kakak dari Darjah Satu sampai Darjah Enam yang ibu simpan. Dan untuk setiap satu gambar itu ada cerita tentang hari pertama persekolahan 😍.

DARJAH 1

DARJAH 2

DARJAH 3

DARJAH 4

DARJAH 5

DARJAH 6

Kiranya, bukan setakat ada gambar throwback je, tapi entri throwback juga! Syukur alhamdulillah ibu dapat menikmati hari-hari pertama persekolahan selama enam tahun di sekolah rendah bersama dengan kakak. 

Lepas ni get ready untuk cerita kakak di Tingkatan 1 ye!😉

Love,

Ibu

7 comments:

  1. Ya Allah bestnya throwback cerita anak2..Rindu anak2 masa diaorang baby kan...Semoga kakak menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah...

    ReplyDelete
  2. Semoga membesar dengan sihat & semakin berjaya kakak :D

    ReplyDelete
  3. cepat masa berlalu. Waah macam ibu tak sabar nak dengar cerita baru kakak Form 1 nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn tup tup dia dah habis sekolah rendah. Macam tak percaya nak masuk sekolah menengah pulak :)

      Delete
  4. wah.
    suka la entri gini, anim.
    mcm nak tiru lah hi hi hi...
    nak kena korek album lelama ni.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.