Breaking

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Inspirasi Buat Anak-anak Kita - Iqbal El-Assaad.

Assalamualaikum!~

Menamatkan pengajian di Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q), Iqbal El-Assaad, 20, adalah doktor berbangsa Arab yang termuda.

Beliau adalah doktor perubatan termuda yang berjaya melakar sejarah dengan menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan Weill Cornell, Qatar. Ia merupakan yang pertama dalam sejarah 10 tahun Kolej tersebut.





Semasa kecil, beliau belajar algebra dengan hanya memerhati adik beradiknya belajar. Sebelum hari lahirnya yang kelima, beliau melakukan aktiviti kegemarannya iaitu membaca buku dan menyelesaikan soalan matematik.


Siapakah atau apakah yang menjadi inspirasi kepada anda untuk melanjutkan karier dalam bidang perubatan?

Saya membuat keputusan untuk menjadi doktor bermula ketika saya berusia 12 tahun. Membesar sebagai warga Palestin yang menetap di Lebanon, saya melihat penderitaan di kalangan orang-orang saya di sana memandangkan warga Palestin di Lebanon tidak mempunyai insuran kesihatan.

Saya dan keluarga melawat khemah-khemah penempatan dan menyaksikan sendiri keadaan yang sungguh menyedihkan. Ramai ibubapa yang hanya mampu melihat anak mereka menderita tetapi tidak dapat membantu kerana kekurangan wang. Lawatan ke khemah-khemah ini menyedarkan saya bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk belajar perubatan dan cuba untuk membantu mereka. Ramai antara mereka yang tidak mampu membiayai perubatan yang mereka amat perlukan.




Apakah peranan keluarga anda dalam mendorong anda melanjutkan pelajaran di sekolah perubatan?

Saya adalah anak bongsu dalam keluarga dan ayah mula menyedari minat saya untuk belajar ketika saya berusia 2 setengah tahun. Bagi ayah saya, pendidikan adalah nombor satu - terutama bagi wanita. Dia selalu berkata bahawa walaupun lelaki yang akan mencari pekerjaan tetapi pendidikan adalah 'senjata' bagi wanita di masa hadapan. Kami membesar dengan prinsip ini dan ayah saya selalu memberi saya semangat sekiranya saya ingin mengejar impian, mereka akan selalu menyokong dan membantu saya.

Saya belajar di sekolah persendirian di Lebanon yang menggunakan kurikulum tempatan, bukan sekolah yang mempunyai silibus Amerika. Selepas membiayai sendiri pengajian selama 2 tahun, pengetua sekolah telah memberikan saya biasiswa penuh. Saya pernah melangkaui kelas dan saya selalu merupakan pelajar termuda dalam kelas.

Saya tamat sekolah tinggi ketika berusia 12 tahun dan Khaled Abany, yang pada masa itu merupakan menteri pelajaran di Lebanon, meraikan saya sebagai pelajar termuda yang berjaya menamatkan sekolah tinggi. Saya memberitahu beliau tentang cita-cita saya menjadi doktor dan beliau berjanji untuk mendapatkan biasiswa. Keesokan harinya, beliau menghubungi Sheikh Mozah ( Pengerusi Badan Pendidikan, Sains dan Pembangunan Qatar) dan beliau menjanjikan biasiswa penuh untuk belajar di WCMC-Q

Apakah cabaran menjadi pelajar termuda di kolej?

Antara cabaran sukar adalah ketika kali pertama saya sampai di Qatar. Saya merasakan tekanan kerana Badan Qatar memberikan biasiswa penuh tanpa melalui apa-apa ujian. Jadi, saya mahu membuktikan kemampuan saya mendapatkan kepercayaan orang terhadap saya.

Sistem persediaan pendidikan Lebanon menyediakan anda sebaiknya untuk melanjutkan pelajaran di kolej, jadi untuk subjek sains dan matematik saya telah diajar sebaiknya.

Saya selalu bergaul dengan pelajar yang lebih tua dari saya, jadi saya sudah biasa dan cukup matang untuk bekerja dengan mereka. Saya suka belajar dengan rakan di sekolah dan tabiat itu terbawa-bawa ke kolej. Interaksi sebegini telah banyak memperbaiki cara pemikiran saya sekaligus masyarakat tidak akan menyedari jurang perbezaan umur.


Apakah langkah anda seterusnya selepas tamat pengajian?

Saya akan memulakan karier saya di Hospital Kanak-kanak di Cleveland, Ohio. Selepas itu saya mahu memohon lanjutan dalam bidang kardiologi paediatrik, di mana ia akan mengambil masa 3 tahun. Kemudian, saya ingin pulang ke Timur Tengah dan berkhidmat untuk Qatar dan Lebanon - sebagai membalas budi Qatar. Mereka telah banyak menaja pelajaran saya sejak 6 tahun lepas. Saya juga ingin pulang ke Lebanon untuk membantu WARGA PALESTIN kerana merekalah INSPIRASI SEBENAR saya dalam mengejar cita-cita saya dan saya ingin memenuhi impian saya yang mahukan perubahan dalam kehidupan mereka.


Mengapa paediatrik?

Saya tidak boleh mengatakannya secara khusus, tapi saya menyukainya. Pada tahun ketiga saya di kolej, saya merasakan saya suka dapat membantu anak-anak kecil. Saya juga menyaksikan betapa susah payahnya kanak-kanak Palestin yang tinggal di khemah-khemah penempatan di Lebanon dan ini menjadi sebahagian tujuan saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang peadiatrik.


Adakah anda berminat melakukan penyelidikan?

Sudah tentu saya berminat melakukan penyelidikan. Saya pernah membuat penyelidikan semasa musim panas tahun ke 2 dan saya jatuh cinta dengannya. Saya sukakan idea yang mengkaji dan menemui sesuatu yang baru.

Saya berharap saya boleh menyertai mana-mana pusat akademik kesihatan dimana saya boleh merawat pesakit dan bekerja dalam bidang penyelidikan.


Apakah nasihat anda kepada anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan?

Hanya satu nasihat saya kepada pelajar...supaya belajar bersungguh-sungguh dan gunakan peluang yang ada di Qatar. Belajar di universiti bertaraf dunia di Timur Tengah merupakan mimpi jadi kenyataan bagi saya. Ini merupakan tahap terpenting dalam hidup mereka dan mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.



P/S: Kadang-kadang kesusahan dan penderitaan orang lain pun boleh menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Tidak semestinya pangkat dan duit.....

Wednesday, May 15, 2013

Wednesday, May 15, 2013

Kronologi Nakbah Palestin 1948

Assalamualaikum!~

Sempena Hari Memperingati Nakbah Palestin hari ini 15hb Mei, Kenit nak share info mengenai sejarah peristwa nakbah yang menjadi titik hitam dalam kehidupan rakyat Palestin khususnya dan seluruh umat Islam  secara amnya.




Sebelum ini Kenit tak pernah didedahkan dengan cerita mengenai Hari Nakbah Palestin ini. Di sekolah, tiada juga diselitkan mengenainya dalam subjek Pendidikan Islam. Apatah lagi, di televisyen sukar sekali kita hendak mengetahui tentang sejarah-sejarah yang berlaku di negara lain.

Namun, syukur kepada Allah, Kenit masih lagi dikurniakan kesempatan di usia yang sedang menginjak ke 30-an ini diberikan peluang dan ilmu untuk mengenal sejarah Nakbah Palestin melalui media alternatif ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, kita sama-sama dapat mendidik anak cucu kita tentang sejarah ini. Barulah kita menjadi semakin celik sejarah bukannya buta sejarah..ke guaner?hehehe.

Bermulanya sejarah Nakbah ini dipahatkan kepada beberapa kronologi:


KRONOLOGI NAKBAH (1)

FIRST ZIONIST CONGRESS
Persidangan Zionis Antarabangsa Pertama

Idea penubuhan negara khas Yahudi telah dipelopori oleh Theodor Herzl, seorang warga hungary yang merupakan pengasas fahaman Neo-Zionisme. Idea tersebut telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada tahun 1896.

Theodor Herzl berjaya menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) dan membuat persidangan pertama pada 29-31 Ogos 1897 di Basel, Switzerland. Pada hari kedua persidangan suatu kata putus telah dicapai :

"Zionisme bertujuan untuk menubuhkan rumah orang-orang Yahudi di Palestin yang dijamin di bawah undang-undang awam."

Maka bermulalah langkah gerakan Zionis dalam usaha membentuk sebuah Negara Yahudi di Palestin.





Theodor Herzl pernah menulis dalam diarinya bertarikh 1 September 1897 :

“At Basel I founded the Jewish State. If I said this out loud today I would be greeted by universal laughter. In five years perhaps, and certainly in fifty years, everyone will perceive it.”


KRONOLOGI NAKBAH (2)

CUBAAN MEMBELI TANAH PALESTIN DARI KHALIFAH
Rundingan antara Theodor Herzl dan Sultan Abdul Hamid II

Pada tahun 1901 Theodor Herzl telah menghantar seorang wakil bernama Lewinsky kepada Sultan Abdul Hamid II untuk mendesak baginda menjual tanah Palestin, namun telah ditolak secara keras oleh baginda. Sultan Abdul Hamid II berkata :

"Aku tidak akan menjual walau seinci dari tanah ini (Palestin), kerana tanah ini bukan milikku tetapi milik umat Islam, mereka telah membayar tanah ini dengan darah mereka, dan kami akan menebus tanah ini dengan darah kami."





Theodor Herzl sekali lagi cuba berunding dengan pergi sendiri menghadap sultan pada tahun 1902, dengan melakukan beberapa tawaran iaitu :

1. Memberi 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk menjaga pemerintah dengan biaya 120 juta frank.
4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
5. Membangun Universiti Uthmaniyyah di Palestin.

Tawaran itu turut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II dengan jawapan :

"Jika engkau mahu membeli Palestin, ketahuilah harganya adalah seluruh darah umat Islam."

Theodor Herzl meneruskan usaha jahatnya itu dengan membuat rundingan dengan pelbagai pihak, antaranya adalah raja German, satu-satunya rakan pakatan Kerajaan Uthmaniyyah, yahudi Zionis ini juga berjaya menghasut pemimpin-pemimpin dalaman Uthmaniyyah sehingga berlakunya penggulingan khilafah secara sempurna pada 1924.



KRONOLOGI NAKBAH (3)

DEKLARASI BALFOUR 1917
Sokongan British terhadap Zionis

Deklarasi Balfour merupakan sebuah surat bertarikh 2 November 1917 daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis British dan Ireland.





Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat "simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi."

Deklarasi ini kemudiannya disiarkan secara umum pada 9 November 1917 dan menjadi kenyataan rasmi dasar kerajaan British menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin.

Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.



KRONOLOGI NAKBAH (4)

Holocaust dan Kedatangan Yahudi ke Palestin.

Apa itu Holocaust?

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada Perang Dunia Kedua. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya.






Penghijrahan beramai ramai Yahudi ke Palestin.

Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Seterusnya menjadikan perubahan demografi buat tanah Palestin di mana pada asalnya seramai 55 000 orang yahudi meningkat mendadak kepada 646 000 orang yahudi pada tahun 1948.

Akhirnya, kebanyakan dari pendatang Yahudi adalah di perlukan untuk berkhidmat menjadi tentera tentera underground seperti Haganah, Irgun dan Stern yang di tugaskan untuk memusnahkan kampung kampung penduduk asal Palestin bagi memudahkan laluan untuk membina sebuah Negara Israel.


KRONOLOGI NAKBAH (5)

PENUBUHAN NEGARA HARAM ISRAEL
Bantuan sistematik dari British dan PBB

Penubuhan sebuah negara untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan 'ketetapan 181' yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Akhirnya pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel dan secara rasminya pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah diisytiharkan. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.

Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800 000 ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Inilah yang disebut sebagai Nakbah atau Malapetaka Palestin.
Selamat memperingati ulangtahun Nakbah ke-65.




Wednesday, May 15, 2013

Memperingati Hari Nakbah

Assalamualaikum!~

Masih ingatkah kita pada saudara kita di Palestin? Tak banyak yang kita tahu kalau dengan hanya bergantung pada berita di media perdana sahaja. Masih banyak lagi info-info yang boleh kita perolehi melalui media alternatif.

Hakikatnya, saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan di negara2 yang sedang bergolak berjuang setiap hari demi mempertahankan tanahair mereka dari Zionis laknatullah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang Islam dan sesungguhnya jannah menanti para-para syuhada'.

Tahukah anda hari ini 15hb Mei  adalah Hari Memperingati Nakbah Palestin? Kalau tak tahu, jom Kenit kongsikan ringkasan info mengenai Hari Nakbah ini. 


Apakah Hari Nakbah?


  • Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar, manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.



  • 15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
  • Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
  • Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Di bawah ni, Kenit selitkan juga kronologi ringkas Hari Nakbah untuk kita selami bagaimana sejarah penindasan Yahudi bermula dan siapa sebenarnya Zionis laknatullah ini.




Untuk sebarang info atau update berkenaan dengan saudara-saudara kita di Palestin, anda bolehlah LIKE facebook HALUAN Palestin  dan Baarakna Haw Lahu.

Apa yang terjadi dalam kronologi Nakbah Palestin?


#pray4MH370

Thursday, December 06, 2012

Thursday, December 06, 2012

Saya Cemburu...

Morning glory everyoneeeee!~ Akak cemburu...memey akak kuat cemburu. Tapi dik nonnnn, ni bukan cemburu pasai suami nak kawen lain, atau orang lain dapat beg tangan LV hehehe. Ni cemburu lain....

                              



Ader satu nikmat yang belum pasti lagi kita mungkin akan menikmatinya. Opkos sumer orang inginkan nikmat tersebut, even orang kafir juga mahukannya. Pagi ni akak terbaca satu artikel di HM tentang serangan di Gaza bulan lepas. Sangat menyedihkan apabila ada ibu yang kehilangan anak di depan mata dan tak mampu nak buat apa-apa.

Ada pula yang hancur kakinya dibedil oleh bom dan roket Zionis laknatullah itu. Tapi, ader satu petikan yang membuat akak turut merasa cemburu..!

" Ada rakan saya yang mati syahid. Saya cemburu mereka bakal menjadi ahli syurga kerana berjuang untuk Islam."

CEMBURU TAK??? Kalu korang tak cemburu, then something somewhere must be wrong in your head la.

Itu adalah kata-kata dari seorang penduduk Palestin yang ditembak dari belakang ketika Zionis memusnahkan bangunan balai polis di Gaza City bulan lepas. Alhamdullillah dia terselamat walaupun kini tak boleh bergerak.

P/S :Niat akak jugak nak mati syahid..walaupun memikirkan mati itu saja pun dah cukup menggerunkan hati ini.





Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.