Breaking

Friday, May 31, 2013

Friday, May 31, 2013

Ia Besar dan.....PINK!

Assalamualaikum!~

Anda penggemar PINK

Pernah tengok haiwan berwarna PINK? (bukan guna spray atau celup)

Haaaa kalau belum pernah, mai sini Kenit nak habaq story betoi pasai penemuan seekor haiwan yang unik dan...PINK! (^_^)


Pergunungan Kaputar, New South Wales, Australia.

Thursday, May 30, 2013

Thursday, May 30, 2013

"Allah duduk kat mana?"


Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Bilakah kali pertama anak anda bertanya tentang TUHAN? Apakah jawapan yang anda berikan pada mereka?

Kenit tak pasti samada ibubapa di luar sana juga menghadapi persoalan yang sama dengan anak-anak mereka, tapi yang pasti anak-anak sekarang ni lebih advance dan cerdik dari kita dulu hehehe. Banyak nau soalnya heeee.....

Wednesday, May 29, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Inspirasi Buat Anak-anak Kita - Iqbal El-Assaad.

Assalamualaikum!~

Menamatkan pengajian di Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q), Iqbal El-Assaad, 20, adalah doktor berbangsa Arab yang termuda.

Beliau adalah doktor perubatan termuda yang berjaya melakar sejarah dengan menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan Weill Cornell, Qatar. Ia merupakan yang pertama dalam sejarah 10 tahun Kolej tersebut.





Semasa kecil, beliau belajar algebra dengan hanya memerhati adik beradiknya belajar. Sebelum hari lahirnya yang kelima, beliau melakukan aktiviti kegemarannya iaitu membaca buku dan menyelesaikan soalan matematik.


Siapakah atau apakah yang menjadi inspirasi kepada anda untuk melanjutkan karier dalam bidang perubatan?

Saya membuat keputusan untuk menjadi doktor bermula ketika saya berusia 12 tahun. Membesar sebagai warga Palestin yang menetap di Lebanon, saya melihat penderitaan di kalangan orang-orang saya di sana memandangkan warga Palestin di Lebanon tidak mempunyai insuran kesihatan.

Saya dan keluarga melawat khemah-khemah penempatan dan menyaksikan sendiri keadaan yang sungguh menyedihkan. Ramai ibubapa yang hanya mampu melihat anak mereka menderita tetapi tidak dapat membantu kerana kekurangan wang. Lawatan ke khemah-khemah ini menyedarkan saya bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya untuk belajar perubatan dan cuba untuk membantu mereka. Ramai antara mereka yang tidak mampu membiayai perubatan yang mereka amat perlukan.




Apakah peranan keluarga anda dalam mendorong anda melanjutkan pelajaran di sekolah perubatan?

Saya adalah anak bongsu dalam keluarga dan ayah mula menyedari minat saya untuk belajar ketika saya berusia 2 setengah tahun. Bagi ayah saya, pendidikan adalah nombor satu - terutama bagi wanita. Dia selalu berkata bahawa walaupun lelaki yang akan mencari pekerjaan tetapi pendidikan adalah 'senjata' bagi wanita di masa hadapan. Kami membesar dengan prinsip ini dan ayah saya selalu memberi saya semangat sekiranya saya ingin mengejar impian, mereka akan selalu menyokong dan membantu saya.

Saya belajar di sekolah persendirian di Lebanon yang menggunakan kurikulum tempatan, bukan sekolah yang mempunyai silibus Amerika. Selepas membiayai sendiri pengajian selama 2 tahun, pengetua sekolah telah memberikan saya biasiswa penuh. Saya pernah melangkaui kelas dan saya selalu merupakan pelajar termuda dalam kelas.

Saya tamat sekolah tinggi ketika berusia 12 tahun dan Khaled Abany, yang pada masa itu merupakan menteri pelajaran di Lebanon, meraikan saya sebagai pelajar termuda yang berjaya menamatkan sekolah tinggi. Saya memberitahu beliau tentang cita-cita saya menjadi doktor dan beliau berjanji untuk mendapatkan biasiswa. Keesokan harinya, beliau menghubungi Sheikh Mozah ( Pengerusi Badan Pendidikan, Sains dan Pembangunan Qatar) dan beliau menjanjikan biasiswa penuh untuk belajar di WCMC-Q

Apakah cabaran menjadi pelajar termuda di kolej?

Antara cabaran sukar adalah ketika kali pertama saya sampai di Qatar. Saya merasakan tekanan kerana Badan Qatar memberikan biasiswa penuh tanpa melalui apa-apa ujian. Jadi, saya mahu membuktikan kemampuan saya mendapatkan kepercayaan orang terhadap saya.

Sistem persediaan pendidikan Lebanon menyediakan anda sebaiknya untuk melanjutkan pelajaran di kolej, jadi untuk subjek sains dan matematik saya telah diajar sebaiknya.

Saya selalu bergaul dengan pelajar yang lebih tua dari saya, jadi saya sudah biasa dan cukup matang untuk bekerja dengan mereka. Saya suka belajar dengan rakan di sekolah dan tabiat itu terbawa-bawa ke kolej. Interaksi sebegini telah banyak memperbaiki cara pemikiran saya sekaligus masyarakat tidak akan menyedari jurang perbezaan umur.


Apakah langkah anda seterusnya selepas tamat pengajian?

Saya akan memulakan karier saya di Hospital Kanak-kanak di Cleveland, Ohio. Selepas itu saya mahu memohon lanjutan dalam bidang kardiologi paediatrik, di mana ia akan mengambil masa 3 tahun. Kemudian, saya ingin pulang ke Timur Tengah dan berkhidmat untuk Qatar dan Lebanon - sebagai membalas budi Qatar. Mereka telah banyak menaja pelajaran saya sejak 6 tahun lepas. Saya juga ingin pulang ke Lebanon untuk membantu WARGA PALESTIN kerana merekalah INSPIRASI SEBENAR saya dalam mengejar cita-cita saya dan saya ingin memenuhi impian saya yang mahukan perubahan dalam kehidupan mereka.


Mengapa paediatrik?

Saya tidak boleh mengatakannya secara khusus, tapi saya menyukainya. Pada tahun ketiga saya di kolej, saya merasakan saya suka dapat membantu anak-anak kecil. Saya juga menyaksikan betapa susah payahnya kanak-kanak Palestin yang tinggal di khemah-khemah penempatan di Lebanon dan ini menjadi sebahagian tujuan saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang peadiatrik.


Adakah anda berminat melakukan penyelidikan?

Sudah tentu saya berminat melakukan penyelidikan. Saya pernah membuat penyelidikan semasa musim panas tahun ke 2 dan saya jatuh cinta dengannya. Saya sukakan idea yang mengkaji dan menemui sesuatu yang baru.

Saya berharap saya boleh menyertai mana-mana pusat akademik kesihatan dimana saya boleh merawat pesakit dan bekerja dalam bidang penyelidikan.


Apakah nasihat anda kepada anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan?

Hanya satu nasihat saya kepada pelajar...supaya belajar bersungguh-sungguh dan gunakan peluang yang ada di Qatar. Belajar di universiti bertaraf dunia di Timur Tengah merupakan mimpi jadi kenyataan bagi saya. Ini merupakan tahap terpenting dalam hidup mereka dan mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.



P/S: Kadang-kadang kesusahan dan penderitaan orang lain pun boleh menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Tidak semestinya pangkat dan duit.....

Wednesday, May 29, 2013

Bila TV Dah Tak Laku...

Assalamualaikum!~

Lately, memang begitulah....terutama bila start cuti sekolah minggu lepas.

Minat my Pearls terhadap TV semakin berkurang...which is super good! Hanya kartun terpilih menjadi santapan mata di waktu petang setelah pulang dari taska...UPIN IPIN hehehe.

Sebelah malamnya, dihabiskan dengan aktiviti meriuhkan blok pangsapuri 4 tingkat ekekee. Kejap teriak, kejap ketawa, kejap gaduh kejap baik.

So, dua malam lepas Wani said,


"ibuuuu...boringlaaaaa jom la main ngan kakak ngan adik...."

Tuesday, May 28, 2013

Tuesday, May 28, 2013

Teruskan Rajukmu Kenit.

Assalamualaikum!~

Baru-baru ni, break-pump kete Kenit 'merajuk' so, minggu lepas Kenit drive betul-betul macam pemandu berhemah. Tak berani nak 'cucuk angin' kete orang ekeke.

Lepas repair gedebak gedebuk dekat seratus lebeh gak la, akhirnya masalah sudah selesai alhamdulillah....

Monday, May 27, 2013

Monday, May 27, 2013

13 Rekabentuk Rumah Inspirasi Alam Semulajadi.

Assalamualaikum!~

Kita semua memerlukan sesuatu/seseorang yang boleh dijadikan sebagai inspirasi. Mak, abah, adik beradik, best friend, sepupu, anak-anak, suami, isteri malah SEKUTU/SETERU juga boleh menjadi inspirasi untuk diri kita lebih maju kehadapan.

Tidak ketinggalan juga dalam merekebentuk rumah idaman. Ada yang menjadikan alam semulajadi sebagai inspirasi bukan sahaja supaya ia kelihatan menarik dan unik malah luar biasa bagi penggemarnya. Soal selesa atau tidak terpulang kepada mata yang memandangnya, yang pasti ada beberapa rekabentuk yang Kenit suka juga (^_^). 

Jom terjah!~
Monday, May 27, 2013

Lokasi Penuh AES - Lampu Isyarat & Had Laju.

Assalamualaikum!~


Kecoh di FB mengatakan penguatkuasaan AES di beberapa negeri telah bermula (atau pun dah lama mula?). Hari tu Kenit tengok ramai yang ucap 'TAHNIAH' di FB kepada rakyat Kedah di atas penguatkuasaan AES di beberapa kawasan di negeri itu.

Sunday, May 26, 2013

Sunday, May 26, 2013

Barakallah Big Boh!

Assalamualaikum!~

Angin bayu bertiup beberapa bulan sebelum ni di FB mengatakan akan ada orang baru dalam keluarga UAI. Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini menjadi detik terindah buat UAI sekeluarga dengan kehadiran 'bunga' yang bakal mewarnakan lagi hidup berkeluarga UAI.

Siapa yang tak mahu dipimpin oleh ulama yang tersohor ini. Semoga Allah memberkati UAI dan isteri-isteri beliau. Di sebalik kata-kata sindiran dan sinis terhadap UAI yang memilih anak dara sebagai jodoh beliau, ketahuilah wahai yang berkenaan (yang menyindir), bahawa JODOH ITU MILIK ALLAH. Dia yang tentukan...bukan UAI.

Maka, sebagai hamba Allah s.w.t kita semua perlu redha dengan setiap qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk kita. Harapan kami anak-anak murid UAI yang di kejauhan ini, agar UAI dapat meneruskan perjuangan beliau menyampaikan dakwah untuk anak-anak muda.


TAHNIAH USTAZ AZHAR IDRUS... SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU SELALU
 (^_^)

UAI bersama isteri ke-3nya, Izyan di meja makan beradab.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.