Story Kenit
Friday, February 12, 2016
Godaan Mee Tomyam!
Assalamualaikum!
Kalau kena time gaji, memang sedap makan tengahari kat AmCorp! Port makan kitaorang tak lain tak bukan ... Kafe Sri Suria! Tambah hari Jumaat, time rehat kan 2 jam setengah, memang sedap layan tekak makan tengahari kat sana haha. Terbayang-bayang je mee kari dia .... perghhhh!
Sedap ke mee kari kat situ? Sedap la bebbbb ... tak percaya try la makan sekali kat situ! Aku dah pernah review sekali kat SINI dan sejak tu aku 'jatuh cinta' terus! Tak pernah aku cakap tak best .... setiap kali pergi mesti balik perut kenyang punye lah hehehe!
Tapi, minggu lepas aku tukar selera pekena makanan lain pulak. Asyik mee kari je ... kita test la menu lain sedap ke idok kan hehe. Sebelum ni aku dah pernah try kuey tiow goreng dia dan memang sedaaappp! Kali ni, aku nak try mee tomyam pulak!