Breaking

Friday, August 30, 2013

Friday, August 30, 2013

Merdeka Bagiku...

Assalamualaikum!~

Indahnya merdeka
Kurniaan Allah Yang Maha Esa
Indahnya merdeka
Jika iman tidak dicela.
Indahnya merdeka
NikmatNya disyukuri dan tidak pula bermegah.

Merdeka bagiku....
Jangan bercakap tentang keamanan..
Seandainya hati masih tidak tenang..
Hanya mampu merenung potret berdarah penuh keinsafan..

Merdeka bagiku...
Bukan sekadar mengibar jalur gemilang..
Tidak hanya menggantungnya di pagar...
Ikrarnya suci hakikatnya 'jalang'...
Jika masih mengagung golongan ingkar...

Merdeka bagiku...
Bukan sekadar menonton di padang...
Kereta kebal berarak megah...
Jasad berani memangku senjata..
Berjalan segak disorak rakyatnya...

Merdeka bagiku...
Janganlah hanya menanti keramatnya..
Laungannya gebang hakikatnya lemah..
Berkumpul tanpa ada batasnya...
Kerana semangat cintanya dia...

Merdeka bagiku...
Bukan sekadar menghafal sejarah..
Jika di hati berkubang darah..
Dendamnya masih tak sudah-sudah..

Merdeka bagiku...
Jangan hanya liriknya tentang kebebasan..
Jika lagunya masih kebaratan..

Merdeka bagiku....
Bukan seperti yang di atas.

Nukilan hati :  Kenit Cinonet

P/S: Mohon sahabat titipkan doa buat saudara kita yang dizalimi di Mesir, Syria, Palestine, Chechnya dan negara Islam bergolak. Sesungguhnya, segala isi alam ini milik Allah jua. Janganlah sampai kita melupakan mereka hanya kerna nikmat sementara. 

Friday, August 30, 2013

Blogger Jutawan Ditangkap Bersama Pelacur.

Assalamualaikum!~

Pihak berkuasa China telah menahan seorang mikroblogger terkenal Chinese-American, Charles Xue selepas terbabit dalam pelacuran baru-baru ini. Charles , 60, dan seorang wanita berusia 22 tahun bernama Zhang disyaki terlibat dalam pelacuran ditahan dalam satu serbuan oleh polis Beijing pada petang Jumaat.

Charles Xue

Thursday, August 29, 2013

Thursday, August 29, 2013

Misteri Kandungan McDonald's Chicken McNuggets.

Assalamualaikum!~

Adakah anda salah seorang peminat tegar McDonalds?? Well, do you know even the westerners pun tak menggemari makanan fast-food seperti ini. Kenit?? Kenit dah hampir 3 tahun boikot McDonalds. Bila keluar makan dengan my brother-in-law's family they won't take us to the McDonalds. Instead, they will take us to nasi Arab (lagi sodap!) muahahaha.

So, that's private matter. 

Anyway, this morning i found an article posted in Facebook by a friend that really intrigues me to share this information with you all who reads this. Even it's not happening in Malaysia (i guess or hopefully) but i hope you guys take this seriously.


Wednesday, August 28, 2013

Wednesday, August 28, 2013

Ni Ghupernye Keje Deme!

Assalamualaikum!~

Banyak kali dah aku perasan bebudak ni kalau pegang handphone aku mesti tersengih sengsorang. Senget sana senget sini. Ingatkan diaorg tengok kartun ka atau video dalam tu. Bila aku check balik...ghuper2nye ini keje diaorg!


Dah ko kenapa kakak? herot berot muka...
sakit mata ke aper??
Wednesday, August 28, 2013

10 Khasiat Serai Yang Perlu Anda Ketahui.

Assalamualaikum!~


Serai...
Tumbuhan hebat lama diwarisi
Masakan enak hati tertambat
Mewangi harum menambah seri
Khasiat banyak badan sihat.

Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 



Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. 

Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 


1. Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

2. Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

3. Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

4. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

5. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

6. Agen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

7. Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.


8. Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.


9. Mengubati infkesi (jangkitan) kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.


10. Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.


sumber: yahoo

P/S: Subhanallah banyaknya khasiat yang boleh kita peroleh dari serai. Bukan saja ia sebagai penyedap masakan tapi juga bagus untuk kesihatan. Tiadalah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tuesday, August 27, 2013

Tuesday, August 27, 2013

Kena Bayar 'Tol' Jugak Ke?

Assalamualaikum!~

Gatalnya tangan tak boleh tahan.
Tabiat lama semenjak kecil. 
Nikmatnya gentel bagai sumpahan.
Sanggup 'gaduh' dengan si kecil.


Tuesday, August 27, 2013

Waghih Datang Menyorah.

Assalamualaikum!~

Manusio mati meninggalkan namo, kalu binatang mati?? Ekau caghi la jawapan sendiri eh, maleh den nak jawabkan. Ponek den tak ilang layi dek kerano momburu impian geng yang borani pocah masuk umah den kelmarin. Apo??? Ekau tak tengok beghito ko? Bukan tengok kek tibiiiiii...tengok kek {SINI}.

Beriyo bonar wartawan tu soal ko den. Macam-macam dio tanyo hehe. Dah kalau ari-ari 'dio' buek tak boto dalam umah den, mau tak paneh! Den pulak kono sapu sampah-sampah 'dio'..banyakkkkkk cantek!!!

Monday, August 26, 2013

Monday, August 26, 2013

GengTi Pecah Masuk Rumah Tumpas.

Assalamualaikum!~

GengTi Pecah Masuk Rumah Tumpas.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri telah berjaya menumpaskan geng pecah rumah yang dikenali dengan gelaran GengTi di rumah mereka pada waktu subuh tadi. GengTi tersebut yang telah 'mengganas' sejak 2 minggu yang lalu dipercayai masuk dari celah kipas sedut angin di dapur rumah pasangan berkenaan.

Saturday, August 24, 2013

Saturday, August 24, 2013

Jamuan Raya Open House Opis.

Assalamualaikum!~

Memang dalam bulan raye ni makannnn je la kejenya. Baru rasa nak kurus dan slim hehe. Tapi rezeki yang halal jangan ditolak, musuh jangan gatal dicarik! Dah dua tahun Kenit berjamuan raya kat opis ni. Opis Kenit ni memang kuat buat makan-makan. Stress woi (stresss la sangatttttt) asyik ngadap nombor dan kod kat pc je ari-ari. Nak kurangkan stress buatla makan-makan selalu macam kami ye muahaha.

Jamuan raya ni 2 in 1. Satu sebagai open house opis dan satu lagi adalah untuk meraikan perpisahan dua orang pegawai yang bakal berpindah keluar dari HQ. Tu pasal la makanannya...umang aiiii!



beruntung opis ada geng mak dara ni tau hehehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.