Cerita My Pearls
Friday, September 23, 2016
Hanya kerana seekor kucing ....
Assalamualaikum!
Sekelip mata je dia berubah! Dari seorang kakak yang garang macam guru displin berubah jadi seorang yang penyayang dan lemah lembut. Dari seorang yang 'keras' ketika bercakap terus berubah jadi seorang yang tenang dan pendiam. Hanya kerana seekor kucing ...
Dia akan duduk disitu takkan bergerak kemana-mana bila ada kucing manja datang minta dibelai. Takkan dihirau adiknya yang ajak dia berlari-lari main. Tengoklah anak kucing tu .. lena elok dalam dakapan kakak. Urut kepala sikit dah lentok hehe. Teringin nak simpan seekor katanya, tapi kami cakap tunggu kakak darjah 6, kalau rajin kemas rumah baru bagi dia bela.
mendodoi 'anak' kesayangan