Breaking

Thursday, July 18, 2013

Thursday, July 18, 2013

Diari Ramadhan - Strike One!

Assalamualaikum!~

Berapa lama dah aku ngidam nak makan kari? Mewahnya dulu kalu time beli roti jala,kuah tu dibungkus sekali ngan daging berketul2 didalamnya. La ni, aku cuma jumpa daun kari je dalam kuah roti jala tu hehe. Roti jala dah sedap kuah plak kari 'bodoh' je..tak puas la bro!

Nak capaikan hajat, maka aku nekad memasak petang semalam. Sempat jugak aku terjah kedai Zam merembat apa yang patut untuk masak kari daging.

Wednesday, July 17, 2013

Wednesday, July 17, 2013

Kenapa Marah?

Assaalamualaikum!~

Lately, bebudak ni emo. Kakak usik adik sikit adik nangis. Adik cubit kakak sikit kakak nangis. Mungkinkah budak nak ubah tahun macam ni gamaknya? Mungkin....macam masa diaorg kecik-kecik dulu. Asal berganti bulan je, pe'el jadi lain.



Wednesday, July 17, 2013

Tahukah Anda Tentang Kurma?

Assalamualaikum!~

Kurma? sinonim dengan bulan ramadhan. Kurma import dari Timur Tengah dari pelbagai jenis, bentuk dan rasa menjadi hidangan wajib bagi umat Islam dikala berbuka puasa. Bak kata Nabi s.a.w, rumah yang tiada buah kurma umpama tiada makanan.

Tahukah anda?




• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

sumber :fb

Tuesday, July 16, 2013

Tuesday, July 16, 2013

Diari Ramadhan - Standby

Assalamualaikum!~

Tahun kedua aku berpuasa di KL. Memang tiap kali bulan Ramadhan semuanya sesak. Masjid sesak, surau sesak, bazar Ramadhan sesak, poket sesak (hehe), nafas sesak (sebab banyak sangat sedut asap kete), tapi yang takkan pernah ilang sesaknya....Federal Highway!

Lenguh segala sendi dan tulang temulang aku menekan clutch, minyak, brek, clutch, minyak, brek! Tersengguk-sengguk kete kebalku di tengah-tengah Hiway tidak berbayar itu setiap hari. Memang bulan ni takdapatla nak racing lelaju gamaknya huhu.


Sessssaakkkkk sungguhla semalam! Semua kete statik kat tempat
masing-masing. Tu yang aku berani snap tu hehe.
Tuesday, July 16, 2013

Bonus Dapat Ke Tak?

Assalamualaikum!~

Dua tiga hari lepas, kecoh kat facebook orang dok post mengatakan kerajaan akan bagi bonus setengah bulan gaji pada hari raya 9hb Ogos depan. Bila aku belek kalendar cinonet aku ni, 9hb Ogos tu jatuh pada hari raya kedua! Apekejadahnya dia nak bagi bonus masa hari raya haha! Tekono...tekono....

Bonus 9hb Ogos yang dimaksudkan mungkin untuk tahun lepas kot. Sebab tak pernah berlaku dalam sejarah lagi kerajaan bagi bonus masa hari raya. Yang ada sebelum hari raya ader la. Kalau bagi setengah sebelum raya, setengah lagi pas raya pun ok gak kan hehehehehehe (^^,)

Monday, July 15, 2013

Monday, July 15, 2013

Rawat Kulit Dengan Siput.

Assalamualaikum!~

Menjelikkan??Memualkan??Menggelikan?? Hanya satu jawapan untuk semua soalan tadi...YA! Tapi, tidak bagi orang Jepun. Orang Jepun ni memang suka buat eksperimen ke atas diri mereka. Habis semua kaedah dia nak cuba dulu, dia nak rasa dulu.

Orang Jepun memang obses ngan kecantikan. Well, kat sini pun obses jugak tapi takdala sampai nak letak sibut babi yang berlendir itu di atas muka dan membiarkan ia mengengsot perlahan-lahan di atas kulit anda! Eeeuuuwwww....hey hey, nak cantik ke dak?? hehe (^_^)

Sunday, July 14, 2013

Sunday, July 14, 2013

Diari Ramadhan - Tak Puasa

Assalamualaikum!~


Bukan akuuuu tapi bebudak ni haaaa. Pagi-pagi dah bantai biskut marie. Tghari aku gorengkan nasi goreng telur kicap kegemaran diaorg. Pas makan minum susu. Pas tu berdengkur sampai ke petang. Ooopss yang berdengkur tu aku, bukan bebudak tu huhu.

Petang dah bangun mula la masing-masing tuntut nak pergi bazaar ramadhan. Thanks to ayah yang berjanji kalau bebudak tu tido tghari, petang nanti boleh gi bazaar ramadhan. Haaaaaaa ujan lebat petang semalam, nak tak nak kena gi ar. Budak-budak ni kalau tuntut janji memang champion!

Roti jala peberetku, tapi tinggal ni je la huhu.
Sunday, July 14, 2013

How Useful Coca Cola Is!

Assalamualaikum!~

Amazing amazing!  Before this, people said Coca Cola not good! Coca Cola can damage your inner organ! Coca Cola is Jewish's DIRTY plan! Coca Cola this....Coca Cola thatttttt!

Nowadays, people also drink Coca Cola when they break their fast. How do you feel when that gassy water passing through your esofagus and into your stomach after almost 12 hours fasting?



Saturday, July 13, 2013

Saturday, July 13, 2013

Arnab 'Frankestein'

Assalamualaikum!~

Arnab adalah seekor haiwan yang sangat comel dan mempunyai bulu yang super gebus! Arnab juga merupakan haiwan kedua terbijak selepas sang Kancil hehehe. Tetapi, arnab yang ini adalah yang pertama kali lain dari yang lain!

MANKATO, Minn - Video milik seorang pelajar kolej telah menggemparkan ratusan ribu warga internet apabila dia merakam seekor arnab yang mempunyai 'tumor' dibadannya dan menamakannya sebagai "Frankestein"

Gunnar Boettcher, 20, pelajar di Kolej Gustavus Adolphus di St. peter, dan adiknya mengambil gambar dan merakam video arnab unik ini, yang kelihatan seperti ada ketumbuhan membesar di atas kepalanya, pada 26 Jun yang lalu.

Friday, July 12, 2013

Friday, July 12, 2013

Pelanduk Dua Serupa @ Pelanduk Takda Rupa?

Assalamualaikum!~

Hurmmmmm~
Aku dalam dilema...dalam diam selalu bertanya...
tentang siapakah diriku sebenarnya.
Di mana saja aku pergi, pasti soalan sama datang menyapa.
Namun, ini saja yang bisa ku katakan,
Mungkinkah pelanduk dua serupa.

Hurmmmmm~
korang pernah kene tak macam ni?
Pegi situ orang cakap muker korang macam si polan,
lari sini orang cakap muker korang macam si polin,
lompat sinun orang kater korang serupa si polon (mujur tak polong ngeh3x).
Kenit tak fahamla, adakah muker Kenit ni muka copy paste?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.