Wanita
Thursday, June 23, 2016
Wajah Berseri Dengan Nanowhite Fresh Untuk Kulit Berminyak!
Assalamualaikum!
Sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit wajah pasti tak senang duduk kan! Kulit berminyak, kulit kering, kusam dan tidak bermaya antara masalah kulit yang memang ramai dialami oleh semua golongan tak kira wanita atau lelaki terutama sejak remaja!
Pernah tak korang mengalami masalah memilih produk yang sesuai untuk kulit wajah? Terutama untuk kulit berminyak macam aku ni. Sejak dari zaman remaja lagi, jerawat dan aku memang tak dapat dipisahkan hehe ... sehinggalah aku bertemu dengan produk Nanowhite Fresh!
Untuk yang berkulit minyak macam aku ni, kena pandai pilih produk penjagaan kulit yang sesuai. Kalau salah pilih, lagi banyak jerawat yang keluar nanti! Terus takda mood nak beraya nanti huhu ....
Tapi mujur ada rangkaian produk Nanowhite Fresh yang memang diformulasikan untuk kulit berminyak! Haaaa ni yang best dengar ni ... !
Nanowhite Fresh Untuk Kulit Berminyak
Rangkaian produk Nanowhite Fresh adalah rutin penjagaan harian untuk kulit yang lebih cerah dan segar. Ia sangat sesuai untuk kulit berminyak dan diperkaya dengan Vitamin C, Sea Algae (alga laut) dan Tea Tree Oil untuk mencerahkan tona kulit, mengurangkan bintik hitam dan jerawat sementara mengekalkan kelembapan kulit.
Sebenarnya tak susah nak jaga kulit wajah, asalkan kita tahu jenis kulit dan produk mana yang sesuai dengan kulit kita. Walaupun aku kurang mengenakan solekan pada wajah, tapi kulit tetap terdedah dengan pencemaran dan sebagainya. Jadi, untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit aku gunakan tiga produk dari Nanowhite Fresh ni!
- Nanowhite Fresh Foam Cleanser
- Nanowhite Fresh Miracle Mist
- Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector
Nanowhite Fresh Foam Cleanser aku gunakan dua kali sehari. Kulit jadi berangin dan rasa segar je. Memang sesuai sangat dah dengan namanya! hehe ...
Kemudian
aku gunakan Nanowhite Fresh Miracle Mist. Selain berfungsi untuk memberikan hidrasi (kelembapan) pada kulit sepanjang hari, ia juga memberikan keseimbangan kulit yang sekata dan mengurangkan jerawat. Lubang pori-pori pun jadi semakin mengecil ye. Muka yang banyak jerawat pun takda masalah nak gunakannya sebab ia melegakan kulit berjerawat. Korang spray je dan serta merta terasa segar di seluruh wajah. Yang bestnya, aku boleh gunakan Miracle Mist bila-bila masa walaupun ketika berada di rumah, pejabat atau keluar berjalan-jalan, so memang wajib kena ada dalam beg tangan hehe.
Sejuk je rasa muka ni! ^^
Ia juga boleh digunakan sebagai toner juga tau! Lagi satu, Miracle Mist ni sesuai digunakan walaupun selepas kita mengenakan solekan pada wajah. So, tak perlu risau ... dah makeup tu spray je pada muka. Segarrrrrrrr rasa! ^^
Last sekali, aku gunakan Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector untuk mengurangkan kesan bintik hitam, jerawat dan ia juga berfungsi mengurangkan sebum berlebihan yang boleh mengakibatkan jerawat. Picit sikit dan sapu je pada kawasan yang berjerawat ;)
Yeaaaaa! Lengkap dah penjagaan kulit wajahku, semua yang aku perlukan ada pada Nanowhite Fresh. Packaging dia pun cantik hehe. Harganya pula macam mana? InsyaAllah memang harga mampu milik!
Nanowhite Fresh Foam Cleanser 100GM- RM15.90
Nanowhite Fresh Miracle Mist 125ML - RM20.50
Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector Gel 15ML - RM18.50
So, pada korang yang mempunyai kulit berminyak mungkin boleh cuba rangkaian Nanowhite Fresh ni. Dah dekat nak raya ni takkan taknak kulit wajah korang lebih berseri dan bebas jerawat kan. Korang boleh dapatkan produk Nanowhite Fresh ni di Guardian, Watsons dan pasaraya berdekatan.
Yang ni paling best! Bila korang beli mana-mana produk Nanowhite atau Nanowhite Fresh, tolong JANGAN BUANG RESIT PEMBELIAN tau sebab ada HADIAH MENARIK menanti sempena Hari Raya ni!
So, tunggu apa lagi jom serbu Guardian atau Watsons berdekatan dan beli produk Nanowhite atau Nanowhite Fresh. Simpan resit dan sertai kontes di atas ni, mana tahu gambar kreatif korang terpilih untuk HADIAH UTAMA tu! ^^