Breaking

Tuesday, July 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Pindah Cyberjaya?

Assalamualaikum!~

Kecoh!kecohhhhh lagi pasal nak pindah. Tapi, masing-masing tak mo berharap sangat sebab dah banyak kali jadi kata nak pindah tapi akhirnya sonyap. Tapi, kali ni macam sure je akan pindah. Dah tak nampak 'jerebu' macam last time.

Dulu, bila kata nak pindah amik masa 2/3 tahun tuk bina bangunan baru atas tapak tanah baru. Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah teknikal ia tak dapat diteruskan. Tapi kali ni, 'bulan' terang sungguh...macam malam tadi hehehe.

Monday, July 22, 2013

Monday, July 22, 2013

Menakutkan!!! Pengikut Syiah Di Malaysia Mungkin Cecah Sejuta.

Assalamualaikum!~

Allahurobbi...! Kebejatan semakin meruncing. Situasi yang kita alami sekarang ini mungkin tiada yang ambil peduli. Akibatnya...ajaran sesat ini telah menular perlahan-lahan di dalam jiwa masyarakat kita. 

Kalian mungkin obses dengan k-pop, terkejar-kejar dengan muzik Barat, gaya dan cara hidup mereka. Hakikatnya, kita tidak tahu 'duri' sedang cuba untuk masuk menusuk ke dalam tubuh kita. 


Monday, July 22, 2013

Diari Ramadhan - Strike Two!

Assalamualaikum!~

Actually, banyak yang aku ngidam nak makan dalam bulan puasa ni hehehe. Dalam bulan lain tak dapek, cuma dalam bulan puasa je dapek. Apa tu??? BUBUR LAMBUK KG. BARU...Fuh!

So, Pak Jelan call...


"Hani, orang ramai laaaa...panjang giler barisan ni!"

"Alaaa abg tunggu la kejap. Memang beratur panjang tapi dia bagi cepat. Tunggu ar kejappp"

"Nanti balik nak masak lagi...tak sempat ni. Abg balik dulu arrr"

"Alaaaa...dah sampai situ dah tunggu la kejapppp. Dia bagi cepat"

"Abg balik arr....lambat lagi ni, dah la ramai orang. Abg jauh kat belakang beratur ni. Abg balik la ekkk"

Dengan mood sebal....

Saturday, July 20, 2013

Saturday, July 20, 2013

Apa Parasit Boleh Lakukan Pada Anda.

Assalamualaikum!~

Selain penyakit berisiko tinggi seperti kanser, manusia juga terdedah dengan ancaman parasit tanpa disedari. 

Kebanyakan parasit masuk melalui rongga tubuh kita, dan ada juga yang melalui kulit! Punca utama dikesan adalah disebabkan tahap kebersihan yang sangat rendah memungkin parasit ini mudah masuk ke dalam tubuh kita.

Lihat apa yang parasit boleh lakukan pada anda....


The Human Bot-Fly - Lalat akan meninggalkan larvanya pada mana-mana bahagian anggota tubuh manusia tanpa disangka atau disedari.








Hookworm - Parasit berbahaya ini boleh ditemui dalam air tercemar dan ia tidak akan memberikan apa-apa simptom sehingga pada peringkat terakhir jangkitan. Cacing parasit ini akan melekat pada dinding usus dan mula menyedut darah yang boleh mengakibatkan anemia atau kekurangan protein pada mangsa.





Guinea worm - Manusia telah lama cuba untuk mengkaji dan mencari penyelesaian bagi masalah cacing parasit ini. Panjangnya boleh mencecah sehingga beberapa kaki! Cara terbaik mengeluarkan cacing parasit ini adalah dengan menarik perlahan-lahan dari anggota badan, melilitkannya pada ranting kecil  beberapa hari sehingga keseluruhan cacing itu keluar.






Sand fly - Penghisap darah ini adalah berlainan sekali dengan parasit lain kerana ia menyebabkan jangkitan teruk pada kawasan yang digigit yang dipanggil leishmaniasis.






Round worm - Sangat mudah ditemui dalam semua jenis persekitaran yang ada di dunia ini. Mereka mempunyai bentuk parasit yang pelbagai dan jika ia tidak dikeluarkan dari tubuh mangsa, pada peringkat cyptobiosis, cacing parasit ini akan berhibernasi.




Screw worm fly - Lalat ini akan memasuki tubuh mangsa dan meninggalkan larvanya. Ulat dari larva tadi akan mebesar dengan cepat dengan memakan daging mangsa dari dalam tubuh!






Chigoe flea - Parasit jenis ini akan bertindak masuk ke dalam kulit melalui tapak kaki manusia dan seterusnya bertelur dan sedikit demi sedikit akan memakan tisu kaki mangsa.





 

Ascaris - Cacing ini membesar dengan sangat cepat dan sangat panjang! Ia akan mengambil nutrien dari makanan anda. Ia boleh keluar dari salur najis anda seperti spaghetti yang sangat panjang.







Scabies - Parasit ini menembusi kulit dan menyebabkan iritasi atau radang yang teruk pada kulit.




Kesimpulannya, sentiasalah jaga kebersihan diri dan persekitaran. Pastikan air dan makanan kita adalah bersih dan bebas dari parasit terutama jenis cacing! 

P/S: Jangan pandang rendah pada benda sekecil (parasit) ini, tengok kesannya.......



Friday, July 19, 2013

Friday, July 19, 2013

Mimpi Ngeri Dr. Delaila.

Assalamualaikum!~

Baru-baru ni rumah seorang menteri dipecah masuk. Yang terbaru, doktor disamun sehingga putus jarinya dihadapan kliniknya sendiri. Allahurobbi....ape nak jadi ni???


Dr. Delaila

PETALING JAYA (17 Julai, 2013) - Semasa Dr. Delaila berhadapan dengan penyamun diluar kliniknya selewat jam 1.20am pada hari Selasa, dia tidak menyangka akan mengharungi pembedahan selama 12 jam untuk menyambungkan semula ibu jari tangan kirinya yang putus akibat ditetak penyamun dan merawat pergelangan tangan yang patah.
Friday, July 19, 2013

Bila 'Cinta' Didusta.

Assalamualaikum!~


Bila cinta didusta...
Hati mula gelisah...
Hilang kekasih hati...
Hidup jadi merana...aaaa...


Ingat ni madah lagu cinto ko? takdo maknonyo do. Apo nak buek, dio kato naik naiklaaaa. Tapi, kalu turun lagi bertambah heran den hehe. Baru nak merasa gaji naik dah kena 'potong' ngan tarif letrik.

Friday, July 19, 2013

Diari Ramadhan - Rembau Most Wanted Yo!

Assalamualaikum!~

Mood rajin datang layiiiiiii! Kali ni resepi istimewo dari rombau. Den mombosar dongan masakan rombau. Tapi, maso kocik-kocik dolu den tak beghapo gomar makan masakan kampung ni. Yang den tau...ayam...ayam...ayam!

Bilo den dah bosar panjang, dah pandai makan podeh sikit-sikit baghu den tau, masakan nogoghi sombilan memang sodap moncongkam tokak dibueknyo! hehehe. Paling den suko masak lomak tompoyak pucuk ubi ngan potai! Laki den lalu blakang den tak sodar hehe.

Thursday, July 18, 2013

Thursday, July 18, 2013

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

Assalamualaikum!~


KLIK BANNER untuk join
Fuh! mengancam hadiah dia hehe. 

Dari firasat dan naluri seorang wanita, rasa-rasanya nilai bagi duit syiling di atas berjumlah RM115.50. Harap-harap boleh jadi jawapan terhampir setelah dibundar nanti ekekeke.

Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.MyMedia-SiberGempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.ComYanty.MyFizaFantagiroSecretOfShailaBanKami.Net,Aynoranur.ComAimaBabyComelLongoi.ComSilenceBlogz.ComKacangBoy.ComCikKiwi,BeritaKakiKhairul AsrolKanvasDakwat.ComWoww.MyKopiLekatMoneyClub2u,PencuriMovie.ComBlogFyna.ComPena.MyBoniKacak.ComFizGraphic.ComKisahEmasPutih.Comdan BulanPurnama.Net

P/S: Moh join..(^_^)

Thursday, July 18, 2013

FELDA Dapat Duit Raya.

Assalamualaikum!~

Bahasa budak-budak sekarang...suke lettew! hehehe. Untung ye jadi orang FELDA, duit raya tiap2 tahun dapat, rumah dapat, kemudahan dapat. 'Nyawa' tu beb, kalu tak dibagi acaner plak ye dop?


Thursday, July 18, 2013

Diari Ramadhan - Strike One!

Assalamualaikum!~

Berapa lama dah aku ngidam nak makan kari? Mewahnya dulu kalu time beli roti jala,kuah tu dibungkus sekali ngan daging berketul2 didalamnya. La ni, aku cuma jumpa daun kari je dalam kuah roti jala tu hehe. Roti jala dah sedap kuah plak kari 'bodoh' je..tak puas la bro!

Nak capaikan hajat, maka aku nekad memasak petang semalam. Sempat jugak aku terjah kedai Zam merembat apa yang patut untuk masak kari daging.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.