Breaking

Monday, November 17, 2014

Monday, November 17, 2014

Paddle Pop Catat Sejarah Raikan Hari Kanak-kanak Sedunia 2014 Di Legoland!


Assalamualaikum!


Alam kanak-kanak merupakan alam terindah dalam kehidupan seseorang. Bila kita masuk ke alam dewasa, kita akan mengimpikan untuk kembali ke zaman kanak-kanak, kerana di situ ada keseronokan, imaginasi dan tenaga yang tiada batasan! Yeaa ... cakap pasal tenaga yang tiada batasan, kakak dan adik memang fit dalam kategori tu! hehehe.

Dan kerana keistimewaan dan kelebihan ini, kakak dan adik telah diberikan kesempatan untuk bersama rakan-rakan lain meraikan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia bersama Paddle Pop dengan kerjasama Legoland Malaysia baru-baru ini.




Pada hari tersebut, kanak-kanak bukan sahaja diraikan dalam majlis yang meriah tetapi mereka berpeluang mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia dalam misi "Himpunan Lukisan Terbesar oleh Kanak-kanak". Nak tahu apa yang mereka lukis pada hari tu? Stay tuned ya..! ^^

Sebelum misi penuh bersejarah itu dilakukan, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia Resort, En. Mark Germyn




En Mark Germyn berkata, "Kami sangat gembira untuk bekerjsama dengan Paddle Pop di bawah program CSR kami iaitu Merlin Magic Wand bagi meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan aktiviti menakjubkan yang berjaya memecahkan rekod ini. Kai teruja untuk memaparkan lukisan tersebut di Resort kami sebagai satu peringatan yang cantik buat kanak-kanak dan ibubapa mereka mengenai kepentingan mengimbangi pelajaran dan melakukan aktiviti luar yang menyeronokkan."




Sementara itu, Ketua Kategori Wall's Ice Cream, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata, "Hari Kanak-kanak Sedunia mengingatkan kita bahawa kita perlu mencipta peluan untuk kanak-kanak membesar secara semulajadi - dengan menyeronokkan, keterujaan, penerokaan, imaginasi dan tenaga yang tiada batasan. Saya sangat gembira apabila Wall's Paddle Pop dan LEGOLAND Malaysia Resort telah memecahkan Buku Rekod Malaysia bersama kanak-kanak ini sambil menyebarkan kesedaran mengenai " Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak" (Let kids be kids). Pemecahan rekod ini turut menjadi simbol ikrar kanak-kanak itu sendiri tentang keinginan mereka untuk menikmati waktu sedang ingin membesar dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. 'Ikrar' yang mereka berikan adalah selari dengan teras dan tunjang kepercayaan oleh jenama Paddle Pop iaitu "Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak."





Seterusnya, majlis disempurnakan dengan tandatangan dan cetakan tangan oleh dua orang kanak-kanak yang menjadi simbolik tanda ikrar kanak-kanak pada hari tersebut. 





Sepanjang aktiviti Hari Kanak-kanak Sedunia ini, lebih daripada 400 kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah anak yatim di Johor menikmati pengalaman taman tema yang menyeronokkan di LEGOLAND Malaysia Resort.





Antara mommy bloggers yang turut join memeriahkan hari tersebut. Dari kiri, kak Ayu Rafikah, Nannie Isa, iolss dan Kak Salina Johari




Sebelum masuk Legoland, semua kanak-kanak termasuk kakak dan adik diberikan peluang untuk membuat cetakan tangan sebagai tanda peringatan. Tengok ada watercolor dan brush terus teruja dua beradik ni hehe. Tak sabar nak menekap tangan atas jubin putih tu hehe. 








Kemain seronok diaorg dapat bermain ngan watercolor dan membuat cetakan tangan dengan bantuan krew yang bertugas. 




Pas buat cetakan tangan, kakak dan adik dapat aiskrim Paddle Pop pelangi sorang satu. Kemain menjilat dua orang tu hehehe. 





Alhamdulillah pada hari tersebut, sebanyak 725 jubin telah berjaya dihimpunkan sekaligus memecahkan rekod himpunan lukisan terbesar yang berukuran 12.27 meter x 7.53 meter. Catatan ini memecahkan rekod terdahulu iaitu 9.75 meter x 5.48 meter.





Bergambar dengan maskot Paddle Pop. Cer tengok ape adik buat ....!





Haaaa hahaha memang suka ngusik budak ni tau! Dia punye 'geram' kat Paddle Pop tu sampai ekor pun nak ditariknya. Yang Paddle Pop tu dok sibuk bergambar ngan pengunjung lain hahaha. 




Yeaaaa! jom masuk Legoland! ^^


Sunday, November 16, 2014

Sunday, November 16, 2014

Nasi Ayam Sedap Dan Murah!


Assalamualaikum!

Malam tadi sampai umah dekat kul 12 tghmalam. First time anak-anak balik lewat malam semalam huhu. Penat berkinja di Legoland tak habih lagi ... rasa macam nak extent semalam lagi haha! Kakak dan adik pun dah lupa Isninnya ada sekolah lagi huhu.




Petang ni pun ada satu event lagi. Tapi sebelum tu kita isi perut dulu ye hehe. Nak tahu mana boleh dapat nasi ayam yang murah dan sedap??? Dah la sedap, nasinya boleh tahan banyak pulak tu! Puas makan sepinggan ...!

Friday, November 14, 2014

Friday, November 14, 2014

Pertama Kali Tidur Tanpa Ibu Disisi


Assalamualaikum!



Haa..hamik ko sorang satu katil. Sorang atas sorang bawah. Takda nak berebut macam sebelum² ni. Takda lagi soalan tanya sapa tido sebelah ibu. Memula kakak tak setuju tido atas katil double-decker ni, nak jugak tido sebelah ibu ... mujurlah aku terer memujuk baru dia ok hehehehe.

Tapi rasanya untuk satu malam je la ..itu pun sebab duk kat hotel. Malam sok start balik berebut nak tido sebelah ibu huhu.
Friday, November 14, 2014

Tertinggal Bas!


Assalamualaikum!




Adeh.. Tertinggal bas pulakkkkk! Sikit lagi nak dpt kejar dah..!

Ya Allah permudahkanlah urusan kami ya Allah..permudahkanlah kesulitan kami ...

Aaminn.




Thursday, November 13, 2014

Thursday, November 13, 2014

Magnum Nak Bagi Aiskrim FREE!!


Assalamualaikum!


sumber : google


Wahhhh! hou sek arrr ...! Aiskrim FREE ..?? Magnum?? Bukan magnum 4D tu ye ...haipppp! hehe. Bila? Jumaat ni a.k.a esok!

Magnum Kuala Lumpur akan berada di Mid Valley pada pukul 10 pagi untuk memberikan ais krim percuma kepada pengunjung. 
Thursday, November 13, 2014

Sampai Bila Nak Berebut?


Assalamualaikum!




Agak-agak anak korang macam ni jugak ke? Aku tengok anak-anak abang aku takda pulak pesen gini walhal no.1 ngan no.2 jarak umur setahun je and lebih kecil dari kakak dan adik ...! Tapi takda pulak aku tengok diaorg berebut macam kakak dan adik huhu.

Wednesday, November 12, 2014

Wednesday, November 12, 2014

Love is Art by WaniMira


Assaalamualaikum!


Siap kemas beg sekolah, masukkan baju day-care dan sediakan apa yang patut. Nak tengok tv takda cerita yang best. Sejak duk KL ni cerita tv9 je la yang boleh ngadap sikit-sikit pun. Yang lain tu tak 'mesra alam' sangat la hehe.

Budak-budak ni asyik komplen bosan la buuu ....! Haishhh malam-malam gini la kita patut rehat-rehatkan diri dan tido awal. Esok nak bangkit sebelum Subuh nak merempit lagi kat jalanraya. 

Tapi dah nama pun budak-budak mana reti penat ..! 



Tuesday, November 11, 2014

Tuesday, November 11, 2014

Save Bajet Makan Kat Sini!


Assalamualaikum!

Tengahari tadi gi lunch ngan Pak Jelan. Dulu aku ada cakap dia jarang nak makan kat carpark bawah tu. Tekak dia lebih sesuai ngan warung Pak Yop atau food court kat Seksyen 8 tu. Tapi tenghari tadi tetiba dia ajak aku gi makan kat carpark.

Hurmm ok ...

Gerai mana sedap?

Mana-mana pun boleh. Nak makan ape? Nasi kandar ada nasi padang ada nasi ayam bakar ada nasi berlauk ada.

Dah macam aku pulak yang meniaga kat situ.

Masuk pintu pertama, tengok orang kemain ramai beratur kat booth nasi kandar, pastu meja makan takda yang kosong. Kami gi masuk pintu kedua pulak. Kat situ lebih tenang, banyak meja kosong dan tak ramai orang.
Tuesday, November 11, 2014

Surprise Untuk Mereka!


Assalamualaikum!




Minggu lepas dah belanja mereka makan. Walaupun plan asalnya nak bawak mereka gi jenjalan dan makan tapi gara-gara kaki aku termasuk dalam lubang, makanya plan nak gi jenjalan terpaksa kensel! 

Malam tu kami bawa diaorg gi makan yong tau fu. Lama dah diaorg nak gi makan sini, tapi aku katakan pas exam baru leh pegi. Gerai yong tau fu ni memang terkenal di Desa Pandan. Banyak dah aku citer dalam blog ni. Memang antara tempat feveret kami anak beranak lepaking dan makaning hehe.

Monday, November 10, 2014

Monday, November 10, 2014

Nak Jadi Chef Ke?


Assalamualaikum!




Ginila pesen anak dara aku bila 'buat kerja dapur'. Dapat tudung periuk, bekas ngan alas motong memang dia tak pandang benda lain lagi dah. Kakak dia pun dia tak heran .... sampai orang tu terpaksa layan game sengsorang hehehe.

Monday, November 10, 2014

Panjang Lebar!


Assalamualaikum!




Dulu saiz 29 ....

Lepas 8 tahun dan melalui 2 proses kelahiran kini ada 'anjakan paradigma' sikit pada saiz pinggang ni hehe. Aahh...! beza cuma beberapa inci je ponnnn!

Sunday, November 09, 2014

Sunday, November 09, 2014

Gelagat Dua Beradik


Assalamualaikum!


Dua hari ni cuaca tak berapa nak ok sangat. Hari Sabtu, ujan dari tghari sampai ke senja! Kejap renyai ..kejap lebat. Hari Ahad, Pak Jelan pulak ada hal ... kena gi opis. Sampai ke petang kami terperuk dalam umah. But, tghari tu gi kedai ade gak la singgah taman permainan bawa budak-budak ni kejap.

Plan nak bawak diaorg gi jenjalan seperti yang dirancang tak jadi ... kesian kakak dan adik. Tambah pulak kaki aku sakit gara-gara termasuk dalam lubang time nak berjalan ke gerai yong tau foo semalam, masih terasa sakitnya sampai hari ni. Nak pijak pun sakit ....! Hari tu jatuh ligamen kena, kali ni jatuh tulang yang kena. Sakit wooooo ...!


Saturday, November 08, 2014

Saturday, November 08, 2014

Rezeki Anak-anak


Assalamualaikum!


Walaupun baru hampir 3 tahun berblogging dan hanya bergelar blogger separuh masa, aku sangat bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ini aku ditemukan dengan ramai kenalan dan rakan yang sangat membantu aku mengharungi dunia maya ini.

Buat duit dengan blog? Takda sapa dapat nafikan lagi kebenaran itu. Walaupun pada permulaan blogging dulu aku tak terfikir semua tu, cuma harap akan ada orang datang blog aku dan baca apa aku tulis je hehe. 

Tapi tak sangka di usia blog yang baru nak masuk 3 tahun ni, Allah tetapkan rezeki aku di sini. Syukur alhamdulillah .... :)


Friday, November 07, 2014

Friday, November 07, 2014

Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah


Assalamualaikum!

Exam kakak dah habis ..! So sekarang ibu nak check result akhir tahun kakak. Hari tu ada dia bawak balik kertas-kertas soalan sekali ngan markahnya. Tak tau la memang semua budak macam ni ke, tapi kalau kita tanya dia boleh buat ke dak, dia akan bagi jawapan cliche, boleh je bu ... 

Bukan tak konfiden dengan kebijaksanaan anak sendiri, tapi stress jugak bila dia jawab gitu setiap kali ditanya hahaha. Nak jugak kita tau ape soalannya, susah ke tidak, boleh jawab ke tidak. Kita ni punyer la susah payah bagi tips kat dia camna nak jawab soalan (hahaha). 

Hari pertama dia exam, ayahnya siap bagi tips lagi nanti kakak jawab soalan, kakak jawab muka surat yang belakang sekali tau. Biasanya jawapan ada kat muka surat belakang baru senang nak buat muka surat depan 

Haaa hahahaha zaman ayah sekolah dulu memang biasa buat gitu ye :p

Ok ok jom check SINI.

Thursday, November 06, 2014

Thursday, November 06, 2014

Cendol Perisa Seluar Dalam!


Assalamualaikum!


Cendol ....! Antara manisan paling sedap dan paling digemari pelancong luar. Paling sedap cendol yang dijual di gerai-gerai kecil tepi jalan dan tepi bus-stop. Teringat lagi aku masa Form 5, pi makan cendol pas habis kelas tuisyen kat Jalan Majestik tu. 

Duk sedap menghirup cendol tetiba mata aku terpandang ke 'benda' warna kelabu hitam sedang berlari-lari anak main sorok-sorok bawah meja! Taubat lepas tu aku tak pi dahhhhhhhh ....! haha

sumber : google

Wednesday, November 05, 2014

Wednesday, November 05, 2014

Pembuli


Assalamualaikum!


Rakaman video pelajar dibuli dah jadi viral kat media sosial. Aku tak sanggup nak tengok sampai habis ... kesian tengok budak-budak tu kena sepak terajang. Aku tengok budak #singlethitam ngan geng dia hentam junior-junior tu pun dah menggigil tangan ni. Takleh bayangkan kalau yang disepak terajang tu anak aku ...! Sampai lubang cacing aku korek ko keluar!

Sesetengah orang cakap ragging session ni sebahagian dari proses 'ice-breaking' di sekolah bagi pelajar baru. Budak baru a.k.a junior wajib kena ragging ngan senior. Apa pekdahnya aku pun tak tau! 

Pukul memukul sepak terajang anak orang tak tentu hala! Eeeeeeeeiiiiiii ....! Perluke benda tu semua?? hantar Simpang Renggam terus kang ..haaaa!

Hakikatnya benda (buli pelajar) ni memang berlaku di kebanyakan sekolah. Bezanya dulu takda media sosial nak sharing benda ni. Tapi sekarang ... nah semuanya terbongkar! Nak salahkan siapa??


sumber : google
Wednesday, November 05, 2014

Majlis Pelancaran KL Kids Festival!


Assalamualaikum!





School holidays are cominggggg! Yessszaaa .... mesti anak-anak  kita dah tak sabar nak bercuti panjang kan! Apa plan korang tuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ni? Gi bercuti? gi jenjalan? balik kampung??

Wait seminit ...! Sebelum korang nak bawa balik kampung, meh sini aku nak kongsikan satu program menarik untuk anak-anak kita pada bulan Disember ni. Budak-budak mesti suka ni ...! Biasa tengok dalam tv je kan, tapi kali ni mereka akan datang menemui korang di sini KL, Malaysia!




Baru-baru ni aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran KL Kids Festival bertempat di The School by Jaya One di PJ. Pelancaran disempurnakan oleh YB P. Kamalanathan P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan sebagai tanda sokongan ke atas festival khusus untuk kanak-kanak yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.

“The festival is especially dedicated to kids so that they can have fun during the school holidays while participating in interactive workshops that cover both arts, performance, dance as well as science and technology. The festival is the first of its kind in Malaysia and we are happy to support it.”




Untuk pengetahuan korang, KL Kids Festival ini bakal diadakan selama 3 hari bermula 5 hingga 7 Disember ini, bertujuan mendedahkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di samping mendidik sambil menghiburkan mereka yang hadir.

Festival ini juga boleh memberi inspirasi dan menyerlahkan bakat anak-anak kita dalam pelbagai bidang yang mereka minati di sini. Kesemua aktiviti dan workshops bakal berlangsung di MARTRADE Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur dari 10am hingga 8pm selama 3 hari!





For your information juga, KL Kids Festival in dianjurkan oleh Mojo Live dan Universal Music Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Berucap di majlis tersebut, Pengarah Urusannya, Encik Aylwin Santiago berkata, “We are truly excited about organizing this kid-centric extravaganza. The three days are going to be packed with fun-filled activities and so many attractions to suit kids from ages 3 and up. There will be over 30 separate shows, performances, activities and workshops. We are bringing entertaining acts like GO! GO! GO! from the United Kingdom and Pororo, the Little Penguin from Korea and much more. No kid will go home bored!”

Selesai ucapan, kami dihidangkan dengan tayangan video pendek pelancaran KL Kids Festival dan seterusnya upacara perasmian. 




Menariknya di majlis tersebut, turut hadir ialah ahli silap mata Moudini yang menunjukkan skill magicnya sebagai simbolik kepada pelancaran majlis. YB Kamalanathan kena bakar kain (or kertas) dan Moudini akan buat something magical! hehe.




See see! terbakar dah ...! haha. YB ilek je aku tengok ... tapi dalam hati berdebar sapa tau kan haha.





Bila Moudini tutup bekas tu dengan penutup pastu buka balik, kuar la jambangan bunga cam kat atas tu hehe. Pastu dalam bunga tu ada pulak burung kaler hijau! hahaha. Tersengih YB :)





Yeaaaaa! dah rasmi ..! Eh apa Ning Baizura buat kat situ? Haaa Ning Baizura telah dilantik menjadi duta untuk KL Kids Festival ni tau. Kat majlis tu juga, aku jumpa Sharifah Sofea dan anak-anaknya tapi tak sempat nak bergambar pasal dah lambat dan tak sampai hati nak ganggu dia huhu.





Waahhhh! menarik kan! macam-macam aktiviti menarik untuk anak-anak kita selama 3 hari tu. Learn and have fun at the same time! ^^

So mana nak dapatkan tiket KL Kids Festival ni? Mudah je ...!

Melalui Groupon Malaysia :

a) one-day pass
  • RM40 per child (untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 15 tahun)
  • RM24 per adult

b) two-day pass
  • RM60 per child
  • RM30 per adult


Melalui Pintu Masuk
  • RM60 per child
  • RM40 per adult


Pakej School Trip
  • RM1000 for 40 kids & 4 adults
  • Belian tiket secara pukal juga boleh dibuat untuk syarikat korporat yang ingin sponsor golongan anak-anak kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi :

Athi : 012-2518649 atau 
Kim : 012-2980555 atau 


Tapiiii special offer ni akan tamat pada tengahmalam 4 Disember ini, so hurry up and get your tickets now at special price ok! ^^ 







Sebelum balik ......




Hahaha sapa lagi cute?? Tak dapat bergambar ngan selebriti pun takpe, janji dapat jumpa pororo! haha. Kemain muncung pororo tu...rasa nak cabut kepala dia bawa balik tunjuk kat anak-anak hehe. Kakak dan adik memang suka ngan kartun Pororo ni tau. Sorry ye anak-anak ... pororo yang nak bergambar ngan ibu ekekeke :p

Jangan lupa layari laman Facebook www.facebook.com/KLKidsFestival dan follow mereka di Instagram @KLKidsFestival.

Tiket-tiket boleh didapati di  http://gr.pn/KLKidsFestival.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.