Breaking

Friday, March 22, 2019

Beyblade 'kegilaan' budak-budak sekarang!


Assalamualaikum!

Mana-mana aku pergi mesti nampak budak-budak lelaki pegang benda ni. Rupa-rupanya yang diaorang kecoh beyblade beyblade tu benda ni la ye! Sekarang ni musim beyblade, siap ada pertandingan lagi dan bukan dikalangan kanak-kanak je join. Bapa kepada kanak-kanak pun buat pertandingan beyblade yo!

Tapi benda ni kalau dibawa ke sekolah sure kena rampas kan. So, diaorang simpan kat mana? Aku sempat interview sorang budak ni, dia cakap simpan dalam beg baju. Balik sekolah, baru boleh main. Wahhh pandai ko ye!

Beyblade ni ada macam-macam jenis, macam-macam bentuk dan macam-macam nama. Budak-budak tu dah bagitau dah nama setiap satu, tapi aku memang tak boleh ingat sebab komplikated sangat nak menyebutnya haha. Lebih teruja nak tengok diaorang 'pusing' benda tu je.




Ada yang panjang, ada bulat, ada yang tarik guna tali, ada yang guna plastik. Patutla budak-budak leka dengan benda ni.

Bila kawan-kawan lain dah ada, yang takda tu memandang je. Bila dah dapat, diajaknya geng main sekali. Tapi yang buat aku terkejut kera tu, bila tanya berapa harga satu beyblade ni. Diaorang jawab DUA PULUH RINGGIT ACIK. Makkkkk aih! Duit belanjo ekau pun tak sampai dua puluh setiap hari, ni mesti minta kek ayah atau omak ni.




Hurmm begitulah orang ada anak lelaki agaknya. Permainan yang menjadi trend seperti beyblade ni memang menjadi ikutan. Pengaruh rakan pun ye jugak. Benda tu nampak seronok, padahal bagi aku konsep dia sama je macam gasing pusingnya. Dan gasing siapa yang paling lama tahan dialah menang. Tapi mungkin sebab reka bentuk dan 'kecanggihan' beyblade ni menyebabkan anak-anak terutama budak lelaki suka nak main.


Nampak gaya permainan tradisional seperti gasing sudah tidak diminati lagi budak-budak zaman sekarang. Padahal dia musing jugak macam gasing. Bezanya gasing guna tali panjang, beyblade ni ada boleh tarik guna tali atau plastik (tak tahu nak panggil apa yang kaler putih tu).

Tapi di satu sudut lain, budak-budak ni takda la leka sangat menghadap gajet. Dari diaorang mengadap gajet berjam-jam, elokla main permainan yang menggunakan pergerakan tubuh badan ye dak.

P/S: Teringat dulu budak-budak kaler gasing dengan pelbagai corak dan warna. Bila gasing tu memusing ia jadi cantik dan menarik. 

Budak 90an,
Hanim

4 comments:

  1. canggih permainan budak2 sekarang.. hehe

    ReplyDelete
  2. hehe sekali tengok mmg sama macam gasing :D tapi mmg mahal jugak la kan rm20 satu ni

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Well, Beyblade is still there in the game, and tournaments are held out there, where loads of people participate. You can challenge your friends no matter how old you are, and host a beyblade tournament. Don’t forget to practice well using your best beyblade in the world before you enter the field.

    ReplyDelete
  4. One of the coolest toys a kid could own is a toy garage. Specifically, these toys are also called toy car garages. T https://www.toyhq.co.uk/beyblade-toy/

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.