Breaking

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

Tuesday, June 14, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak


Assalamualaikum!


Masakan paling best ialah asam pedas! Sebagai seorang yang berdarah campuran Melaka dan Negeri Sembilan, masakan asam pedas memang dah sinonim dengan aku sejak dari kecil lagi. Start aku makan asam pedas mak masak la, aku mula tertarik dengan lauk pedas!

Paling best kalau mak masak asam pedas ikan parang atau ikan pari. Perghhh ... dia punya kelazatan dan kemanisan isi ikan tu memang tak boleh nak cakap lah! Pakwe lalu belakang pun ko tak sedar hehehe. Tapi, aku suka kalau masak asam pedas guna satu lagi jenis ikan ni ...ikan jenahak! Haaaaa cara masak aku sempoi biasa biasa je, bahan-bahan pun ringkas sebab masa aku masak ni terlupa nak beli hehe,.

Pun begitu, rasa dia meletop! Wahhhh masuk lif tekan sendiri nampak ye Nim ... hahahaha ok la sebelum ada yang kecam aku puji makanan sendiri baik aku mulakan!




Asam Pedas Ikan Jenahak

Bahan-bahan :

ikan jenahak - aku amik bahagian perut hingga ekor
bawang merah 5 biji - ditumbuk halus
bawang putih 5 biji - ditumbuk halus
sedikit halba
3/4 cawan cili kisar - bergantung kepada tahap kepedasan cili kisar
7 batang bendi - potong kepala dan ekor
segenggam daun kesom
1 sudu gula
1/2 mangkuk air asam jawa
1 biji tomato - potong 4 (kalau suka tomato, boleh letak lebih)
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Cuci ikan sebersihnya dan toskan airnya. Panaskan periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halba dan daun kesom. Kacau dengan api sederhana

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan cili kisar dan kacau lagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa ke dalam periuk. Sukatan air dalam periuk aku hanya separuh saja. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika

3. Masukkan ikan dan bendi. Jangan kacau ikan tu, tapi kacau kuahnya sahaja. Ikan ni isi lembut, jadi kalau kita kerap kacau atau alihkan ia, nanti isinya hancur. Biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan gula dan garam. Aku tak masukkan asam keping, sebab air asam jawa tadi pun dah cukup 

5. Bila bendi dah lembut, tutupkan api. Potong tomato dan masukkan dalam kuahnya. Aku letak akhir sekali sebab takmo tomato ni hancur dalam kuah

6. Siap untuk dhidang! 


Kalau korang tengok aku tak letak serai, bunga kantan, daun limau purut ... hanya daun kesom. Sebab apa? sebab aku terlupa nak beli .... hahahaha :D

MasyaAllah memang berbaloi aku beli ikan jenahak ni, manis rasa isinya dan terasa kuah asam pedas tu bila dimakan dengan nasi panas panas ... wowwww! Nak makan untuk berbuka pun boleh, nak buat lauk untuk sahur pun syok! Orang bujang pun boleh masak ni .... sapsapsoi! haha

Selamat mencuba! ^^

Tuesday, June 14, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Pertama!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa yek. Orang lain semalam makan apa, hari ni dah update kat blog. Aku je yang tunggu seminggu baru nak update ni ha hahaha. Bukan ape, senang sekali harong je tepek gambar makanan kat sini. Senang cerita ye dop :p

Minggu pertama puasa ok la ... syukur dapat memasak untuk keluarga. Walaupun ada menyinggah di bazar ramadan tapi aku tetap memasak kat umah. Sebab kat bazar tu bukan semua makanan yang boleh buat aku telio hehehe. Kalau gi bazar, aku beli makanan yang tertentu je yang diperakui kesedapannya dan berbaloi dengan duit!

Kalau tak ... sorry ar, aku masak lagi baik!

Day 1 - Aku goreng cucoq dan meehon goreng. Manisan makan Halawa beli kat kedai Arab bulan lepas hehe.



Friday, June 10, 2016

Friday, June 10, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Spaghetti Tomyam


Assalamualaikum!


Masih tak 'lalu' nak makan nasi. Tak tahulah kenapa tekak kami ni takmo terima nasi dalam bulan puasa ni. Tambah kalau sahur huhu. Mungkin kalau balik kampung berbuka dengan mak dan abah baru ada selera kot hehe. Semalam kat opis dah plan nak masak apa untuk berbuka. Siap pesan kat cik abe turun bas sat gi nak singgah kedai nak beli barang nak masak tomyam. Sekali masa dalam LRT dapat call dari suami, "abg dah siap masak tomyam dah ..." woww bertambah sayang kalau hari-hari macam ni hahaha :p

Dalam kepala ni dah ada idea dah, tomyam tu boleh makan ngan nasi atau mee atau meehoon. Masak banyak sikit, boleh dijadikan sebagai lauk sahur jugak. Rupa-rupanya ada yang request nak makan tomyam jugak hehe ... sapa lagi kalau bukan si sulung kami la ... hehehe.

Cakap pasal anak-anak, alhamdulillah dah dua hari kakak dan adik berpuasa penuh. Walaupun hari pertama dan kedua diaorang puasa sekerat, tapi ok la tu kan. Bila diaorang berjaya puasa penuh tu, ada reward la atas usaha berpuasa tadi. Reward dia tak lain tak bukan ... gi bazar! heee. Takpe, meraikan anak-anak dengan makanan yang diaorang suka sekali sekala ... no hal la!





Tapi memasak itu WAJIB! Macam semalam, Pak Jelan sekali lagi telah menunjukkan kemahiran masterchef dia dengan menu tomyam! Aku ingat nak tomyam daging, kakak nak tomyam ayam ... last last dia masuk ayam dan daging sekali dalam tu hahaha ... senang cerita!

Haa ok cukuplah berceloteh tu Puan Hanim, moh kita kongsi resipi spaghetti tomyam air tangan cik abe semalam ^^


Spaghetti Tomyam

Bahan-bahan :

ayam - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
daging - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
1 biji bawang besar - dihiris 
5 biji bawang putih - dihiris halus
1 batang lobak merah
1 biji tomato merah
1/2 kobis cina - dipotong kecil
1 paket perencah tomyam ADABI
daun limau purut
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Panaskan periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan daun limau purut dulu sehingga keperangan sikit. Kemudian masukkan ayam dan daging yang telah dibersihkan. Kacau rata selama 10-20 minit untuk empukkan daging tu.

2. Sediakan perencah tomyam dalam mangkuk kecil, tuang ke dalam periuk dan tambahkan air ikut sukatan yang sesuai. Gaul rata sampai mendidih dan jangan berhenti.

3. Masukkan kobis cina dan lobak merah yang dipotong kecil tadi. Biarkan ia mendidih lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Last sekali, tutup api dan masukkan tomato yang dipotong ke dalam periuk. Kalau masuk awal-awal nanti tomato tu 'lunyai' sebab panas sangat.

5. Siap untuk dimakan! 




Dia tak lupa nak beli barang nak masak tomyam, tapi dia lupa nak beli meehoon/mee hehe ... tapi takpe, kita gunakan aje spaghetti yang memang dah ada kat rumah tu. Makan ngan spagehtti pun sodap! Balik rumah aku terus ke dapur rebus spaghetti. Kiranya ada gak la air tangan aku kan ngeee :D 

Resipi ni aku ikut sebiji macam yang dia buat semalam. Orang lelaki ni cara memasak dia kengkadang nampak macam mengarut je, tapi hasilnya wallahi ... manyak puas hati lah! :D 

So, hargailah suami anda yang pandai masak hehe ... rasanya lebih ramai dah lelaki yang boleh masak sekarang ni kan. Dia masak, kita kemaskan dapur, cuci pinggan buatkan air tuk dia. Yang tak berapa nak pandai tu, suh dia plak cuci pinggan kemaskan dapur .... ok tak? hehehe ...


Selamat mencuba! ^^

Thursday, June 09, 2016

Thursday, June 09, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Mudah Sambal Telur


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Dah ada idea nak masak apa untuk berbuka dan bersahur kang? Bagi yang suka lauk simple menggunakan bahan yang memang dah sedia ada di dapur, mungkin boleh cuba masak lauk ni. Anehnya, bukan aku yang masak lauk ni tapi disebabkan kesedapannya sehingga menjilat pinggan, maka rugila tak share sini hehe ....

Tak kira la sahur ke berbuka ke, aku lebih suka makan yang simple simple aje sekarang ni. Kadang-kadang sahur pun aku tak makan nasi, aku buat roti benjo je. Anyway, Pak Jelan dah lama tak masuk dapur. So hari tu, tergerak pulak dia nak memasak di dapur. Baguslah ... di bulan Ramadan yang mulia ni suami kena banyak masuk dapur tolong isteri masak sediakan makanan. Lepas tu kena tolong basuh pinggan, baru lah isteri bertambah sayang ... hikhikhik!




Sambal Telur

Bahan-bahan :

2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
2 biji telur
cili kisar (agak-agakla banyak mana korang nak)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Caranya :

1. Mula-mula tumbuk bawang kecil dan putih bersama dalam lesung batu. Pastu masukkan cili kisar dan golek lesung tu bersama dengan bawang yang ditumbuk tadi.

2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Masukkan campuran cili kisar dan bawang yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak. Gaulkan ia dalam api sederhana.

3. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau perlahan-lahan bersama dengan sambal tadi. Jangan kacau laju sangat, nanti telur tu jadi tak 'cantik' pulak. 

4. Letak air asam jawa sikit dan garam secukup rasa. Kacau untuk beberapa ketika dan kemudian padamkan api. Siap untuk dhidang!

Alhamdulillah .... marveles sambal telur ni! Boleh tahan air tangan suami ye :D Menambah-nambah makan ngan nasi putih panas panas. Nak lagi sedap boleh tambah kentang. Boleh juga cicah dengan murtabak ke atau cucuq udang ke atau sapu kat roti macam tu je! Mudah sangat, korang boleh masak pagi nak sahur tu jugak hehe. 

Selamat mencuba! ^^

Monday, June 06, 2016

Monday, June 06, 2016

Ramadan Kareem


Assalamualaikum!


Alhamdulillah hari ni hari pertama umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Syukur kita masih diberikan kesempatan untuk melalui Ramadhan pertama bersama yang tersayang. Beberapa hari sebelumnya, banyak berita sedih pemergian insan-insan tersayang ke rahmatullah, samada yang memang aku kenali atau sekadar kenalan di fb.

Yang terbaru, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ikon Islam yang cukup dihormati dan disegani dalam dunia boxing ... Muhammad Ali. Semoga Allah merahmati roh-roh mereka, al fatihah ...



Dan aku juga tidak terkecuali dari diuji seminggu sebelum berpuasa. Dengan kereta yang masih belum 'pulih' sepenuhnya, satu demi satu kerosakannya. Anak-anak pula sedikit kecewa kerana tak berkesempatan lagi nak balik kampung bertemu atok dan wan mereka. 

Hurmm ...

Sebab tu, sedaya upaya aku berusaha untuk memastikan mereka berdua tidak bosan duduk di rumah. Kebetulan cuti sekolah ni, aku try bawa diaorang pergi event sambil jenjalan tenangkan fikiran. Takkan asyik nak terperap je dalam rumah ... ibu ni kalau terperap mula la nak tido je kan hehehe ...

Dan semalam, aku bawa lagi diaorang gi event .. tapi dekat je la kat KL. Naik bas dan LRT je pun .. so takda masalah lah bab tu hehe ...




Bulan Ramadhan ni, kakak dan adik kena berpuasa tau. Belajar berpuasa setakat mana yang boleh. Kakak dah ada pengalaman berpuasa tahun tahun lepas, insyaAllah takda masalah. Mira pertama kali nak belajar puasa penuh, tapi kalau tak penuh pun takpala dik ... yang penting cukupkan dulu solat 5 waktu tu ...

Selamat menyambut Ramadan al mubarak buat semua umat Islam dari kami sekeluarga. Moga kita diberikan kesempatan untuk merasa nikmat Ramadan dan menambah pahala sebanyak yang boleh! InsyaAllah ...kita boleh! ;)


Friday, May 06, 2016

Friday, May 06, 2016

Hafal Niat Puasa Ramadhan Dengan Cara Menyanyi


Assalamualaikum!


Ingat lagi tak lagu niat puasa di bulan Ramadhan dari kumpulan nasyid tersohor Raihan tu? Tu la satu-satunya kumpulan nasyid yang paling aku suka dan gemar hampir semua lagunya. Terkesan dan masih ingat sampai sekarang tau. Kebanyakan lagu-lagu nasyid kumpulan Raihan santai dan mudah diikuti hatta kanak-kanak sekalipun! 

Salah satunya ...lagu niat puasa ni la :)



Tuesday, July 14, 2015

Tuesday, July 14, 2015

Sebelum Balik Kampung ....


Assalamualaikum!




Alhamdulillah ...akhirnya setel juga tempahan simpul kasih mengikut jadual! Rezeki di bulan Ramadhan untuk kak ipaqku hehe. Tempahan dibuat seminggu sebelum puasa lagi, tapi bila dok ngantar simpul kasih yang dah siap ... mesti ada tempahan terselit selit di celahnya huhu ...
Tuesday, July 14, 2015

Gelagat Budak Kecik


Assalamualaikum!




Sabtu lepas kami 'berkampung' di Subang. Tempahan simpul kasih perlu disiapkan segera sebab hari Isnin dah kena hantar pada pelanggan! Sementara nak menunggu waktu berbuka puasa, aku dok pulun la simpul kasih tu sengsorang sambil perhatikan dua beradik ni.

Si kakak memang dah lama nampak papan karom tu ... tapi teragak-agak nak tanya kat aku, sebab dah tentu jawapannya ...TIDAK! Tapi bila ayahnya izinkan, kemain laju dia ngan adiknya keluarkan huhu. Malas nak bebel banyak ... aku biarkan aje la. 

Monday, July 13, 2015

Monday, July 13, 2015

Buka Puasa Hari Ke 25


Assalamualaikum!




Cuti hujung minggu bermaksud masa untuk masuk ke dapur! hehe. Naik kembang tekak asyik membeli di bazar. Moh le kita masak pulak ye cik abengggg ...!

Durian ... dah lamaaaaaaa sangat aku mengidam nak makan durian! Sekali masa gi berbuka puasa kat rumah kak ipar, dia bagi aku beberapa ulas durian Batu Kurau ni. Mana mari? ... Batu Kurau mari! Tengokkan pada rupanya ...mak aihh pucat lesi! Tapi bila masuk dalam mulut ....fuh fuh fuh! sedap la baq hangg! haha. Puas laki bini makan tengah malam tadi hehe.

Saturday, July 11, 2015

Saturday, July 11, 2015

Buka Puasa Hari Ke 24


Assalamualaikum!


Teringin...teringin pulak tekak ni nak makan asam pedas ikan tenggiri. Pastu terbayang² pulak sayur sawi cina masak ngan tofu ...perghh!!

Nak balik Melaka lambat lagi, memang boleh bikin meleleh ailio kalau berterusan terkenang² macam ni! Lalu semalam aku singgah sat kat kedai Zam untuk misi cari ikan tenggiri.

Cari punya cari alangkah hampanya ... ikan tenggiri lembik yang aku tengok ada dalam bekas tu. Jam dah dekat nak kul 7 tak sempat la nak berkejar ke kedai lain dah.

Akhirnya ikan kembung la yang aku pilih. Jadikla...dari takda langsung! Asam pedas ikan kembung ...yang penting aku mesti masak asam pedas ikan kembung untuk buka puasa! Huhu....


Asam pedas ikan kembung


Sawi Cina tumis air - letak tepung jagung , tofu dan cendawan


Alhamdulillah... 

Thursday, July 09, 2015

Thursday, July 09, 2015

Buka Puasa Hari Ke 21


Assalamualaikum!


Buat pertama kalinya aku rasa bahagia semalam sebab ... kami tak jejak kaki langsung ke bazar ramadhan ... haha. Sampai rumah dalam pukul 6.15pm .. lebih awal dari biasa walaupun Federal trafik sesak luar biasa!

Pak Jelan tanya nak gi bazar ke tidak, aku dengan tegas menjawab 'tidak' ... takmo gi bazar! Nak masak pulak ..! Kembang tekak asyik membeli je. Makin menipis dompet dah ...ni nak balik kampung lagi ni ... kang melopong masing-masing tak lepas nak bayar tol hehe.


Tuesday, July 07, 2015

Tuesday, July 07, 2015

Projek Biskut Raya 2015 : Orange Shortbread


Assalamualaikum!


Ok ... ada kesilapan berlaku sebenarnya! Sebenarnya aku bukan nak buat biskut Orange Shortbread ... tak terlintas langsung pun nak buat! Tapiiiiiiiii .... bak kata pepatah, apa yang kita inginkan tak selalunya kita dapat. Dan, kadang-kadang kita perlu belajar menerima sesuatu yang baru dalam kehidupan ini .... mana tahu yang baru itu barangkali lebih baik untuk kita ....

Haaaa hok aloh ...apa yang aku merapu di atas tu?? hahaha. Okla ok la takmo merapu banyak sangat, nak tahu cerita penuh terjah SINI. Inilah biskut raya yang telah tinggal separuh balang setakat hari ini! Sapa punya keje? .... suspek utama ialah kakak! hehehe. Dia punya selera kat biskut raya, boleh bikin aku risau ...takut-takut time raya nanti biskut raya kat umah ni habis licin dikerjakannya! Alasannya ....ibu punye biskut oren ni sedapppp! Ooohhh ..kemain puji kita ye ...ibu dah habis 'kembang' dah ni kak ...tak larat nak tukar seluar dah muahahaha!




ORANGE SHORTBREAD

BAHAN-BAHAN

200gm butter (i is guna buttercup)
100gm gula kastor
30gm nestum kisar
30gm tepung kastard
1 sudu air sejuk (peti sejuk)
2 sudu bijan
40gm tepung jagung
260gm tepung gandum (yang telah diayak)
1 sudu perasa oren (i is guna star brand)

HIASAN

kelapa parut halus
manik berwarna warni
1 ketul coklat putih

CARA-CARA

1. Putar butter bersama gula kastor sehingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, nestum dan bijan. Kemudian masukkan air sejuk dan perasa oren dan putar lagi. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan menjadi doh.

2. Dengan menggunakan acuan yang sesuai, terap doh tadi dan susun dalam dulang pembakar sehingga siap kesemuanya. Sementara tu, panaskan oven dahulu untuk 5-10 minit.

3. Dulang pembakar dimasukkan dalam oven dan suhu disetkan pada 145°C selama 25 minit. Setelah masak, keluarkan dulang pembakar dan biarkan ia sejuk sekejap.

4. Di dapur, panaskan coklat putih dalam periuk sehingga cair. Cara nak buat,isi air dalam periuk/kuali dan letakkan periuk lain dalam air mendidih tu. Masukkan coklat dalam periuk dan kacau coklat tu sampai ia cair. Kemudian tutupkan apinya. Sediakan berus lukis (yang baru la) untuk sapu coklat pada biskut.

5. Campurkan kelapa parut dan manik berwarna warni dalam satu mangkuk, gaulkan ia rata. Ambil berus dan celup dalam coklat putih, sapukan di atas biskut tadi. Kemudian tekan biskut tu dalam campuran kelapa parut dan manik. Ulang prosesnya sehingga siap. Jika coklat putih dibiarkan mengeras, ia perlu dicairkan semula untuk memudahkan proses sapuan.

6. Biskut siap dan sedia untuk disimpan dalam bekas kuih atau dimakan.




Seronok juga bila anak-anak turut membantu di dapur. Tambah bila diaorang tengok biskut tu cantik pulak tu, memang automatik sukarela nak buat sama. Masuk dalam mulut pun sukarela jugak la jadiknya ....muahaha!


SELAMAT MENCUBA! ^^



Monday, July 06, 2015

Monday, July 06, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Tart Nenas Gulung


Assalamualaikum!


Pagi raya tak lengkap kalau takda kuih tart nenas kan. Selain biskut Dahlia & Semperit, tart nenas juga merupakan juadah wajib yang mesti ada di setiap rumah setiap kali hari raya. 

Tart nenas dah melalui pelbagai revolusi, dari pelbagai warna menarik ke penambahan perasa. Dulu mak mak kita guna inti nenas je tapi sekarang ni dah ada blueberry tart la .... raspberry tart la. Namun, aku tetap setia dengan tart nenas sebab yang asli dan asal itulah yang terbaik!hehe

So, tahun ni aku buat tart nenas jugak. Memula aku buat dulu, ia agak mengundang sedikit stress sebab tangan kita ni dah la tak berapa nak lentok, kadang-kadang bunga tu jadi pecah-pecah pulak. Tapi, bak kata pepatah 'latihan membawa kepada kesempurnaan' kan hehe. Satu adunan aku dapat dalam 112 biji tart nenas ...alhamdulillah 


Friday, July 03, 2015

Friday, July 03, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Almond London


Assalamualaikum!


Nak membuatnya pun tak sukar sebab hanya perlu gentel, bakar kemudian celup dalam coklat cair dan siap untuk dingapp! hehe. Istimewanya Almond London ini, ia menggunakan kacang badam yang dipanggang. Memang kalau siapa suka kombinasi kacang badam dan coklat, inilah biskut raya yang tepat untuk raya anda! ngeeee :D

Secara peribadi, Almond London adalah kegemaran aku juga. Tambah kalau kita buat sendiri boleh celup berapa tebal coklat kita nak hehe. Jom la kita try resepinya pulak! ^^


Thursday, July 02, 2015

Thursday, July 02, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Marmar Carrie


Assalaualaikum!


Tahun 2015 merupakan titik permulaan untuk aku buat biskut raya setelah 4 tahun 'berehat'. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak buat biskut raya sendiri, tak mo bergantung pada biskut tunjuk tunjuk ni. Walaupun itu memang perancangannya .. tapi masa akan datang kita takkan tahu kan huhu.

Masa aku buat biskut ni, mak sempat bercerita time dia dulu kalau nak belajar buat biskut ni takda orang nak ajar. Yang tak sudi nak share ilmu pun ada, sanggup buat sorok-sorok, so mak belajar buat kuih dulu pun melalui pemerhatian sendiri. Balik rumah salin semula bahan dan resepi tadi kemudian baru try buat sendiri. Kiranya zaman kita ni lebih beruntung sebab senang sangat nak dapatkan resepi, tinggal lagi rajin ngan tak rajin je nak buat kan hehe. 



Wednesday, July 01, 2015

Wednesday, July 01, 2015

Buka Puasa Hari Ke 10 & 11


Assalamalaikum!


Minggu lepas kami balik kampung dengan dua sebab utama. Pertamanya, nak berbuka ngan mak dan kedua nak buat kuih hehe. Selalunya kami berbuka takda nasi, tapi balik kampung aritu, mak masak special sikit untuk anak bongsunya ni hehe.

Elehhh ...dah tua bangka pun still nak guna terma bongsu ke kak long! Eh suka hati iolss lerrrrrrr ...hahaa :D


Wednesday, July 01, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Part 2


Assalamualaikum!


Duapulohpatjam telah berlalu ...dan dua jenis biskut raya telah siap! Tinggal lagi kurang duapulohpatjam je lagi dan aku kena berkejar untuk siapkan dua jenis lagi huhu. Penat memang penat tak boleh nak kata laaaa weh! haha. 

Bagi yang terlepas sila terjah Part 1 dulu hehe. Malam tu sebelum nak mula menggentel Almond London, aku sempat terbongkang kejap atas sofa dek kerana keletihan melampau! hehe. Ye la ..buat keje tanpa henti, hanya berhenti untuk solat kemudian sambung. Bazar Ramadhan pun Pak Jelan yang pergi sorang, masak mak yang masak hehe ...tapi mak dah bagi green light supaya aku teruskan jugak buat kuih ...so kita teruskan je bebeh! hehe. 


Tuesday, June 30, 2015

Tuesday, June 30, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Part 1


Assalamualaikum!


Anak-anak punya pasal ... bajet ciput punya pasal ... bonus punya pasal dan untuk kepuasan sendiri punya pasal jugak, maka aku nekad nak buat biskut raya sendiri tahun ini! Tak mampu dah aku nak beli biskut tunjuk tunjuk ni. Duit bonus aritu dapat ... aku salurkan sebahagiannya untuk beli bahan-bahan buat biskut raya.

Maka, menujulah kami pulang ke kampung halaman terchenta minggu lepas hehe. Barang-barang buat kuih semua aku tinggalkan di kampung hasil dari perpindahan aku dari Kuantan ke KL 4 tahun lepas. Kat KL takda tempat nak letak ... so, kat kampung la letaknya huhu. 


Monday, June 29, 2015

Monday, June 29, 2015

Semangat Ramadhan & Raya!


Assalamualaikum!


Setelah lebih 4 tahun 'pencen' dari membuat kuih raya, tahun ini aku nekad mahu menyambung semula 'legasi' itu. Niat dipasang kemas, agar tidak jadi seperti angan-angan mat jenin. Aku tak mahu 'harta'ku itu dipandang sepi tanpa digunakan sebaiknya. Ilmu dah ada, barang di depan mata ..... why nottttt??? hehe 



My precious no.1.....

Friday, June 26, 2015

Friday, June 26, 2015

Wanita Hamil/Menyusu Perlukah Qadha Puasa?



Assalamualaikum!


sekadar gambar hiasan


Setiap kali timbul bulan Ramadhan, persoalan inilah yang paling popular yang sering diajukan oleh kaum-kaum ibu terutamanya. Keliru .... seandainya ibu-ibu hamil atau menyusu anak yang tidak mampu berpuasa di bulan Ramadhan, perlukah ganti puasa Ramadhannya? Perlu fidyah jugak ke? Ada kata tak perlu ... ada kata perlu. 

Nah! ini jawapan yang sebenarnya ....


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.