Breaking

Monday, June 13, 2016

Monday, June 13, 2016

Cabaran Peringkat Kebangsaan Paddle Pop Young Builders Award 2016 - Pengumuman Pemenang


Assalamualaikum!


Beberapa bulan yang lalu, aku ada kongsikan tentang pertandingan Reka, Bina & Menang yang diterajui oleh Paddle Pop di satu majlis pelancarannya di Kuala Lumpur. Acara tahunan yang telah masuk tahun ke-4 dan mendapat sokongan padu dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah pun sampai ke peringkat akhir dan pertandingan tersebut telah diadakan di sebuah hotel baru-baru ini.

Untuk pengetahuan korang, program Paddle Pop "Young Builders Award 2016" ini berjaya menarik hampir 1000 penyertaan, satu peningkatan yang besar berbanding dengan hanya 250 penyertaan pada tahun lalu. 




Untuk menyaksikan sendiri tahap kekreatifan adik-adik kita mereka dan membina seni binaan bertemakan Atlantos : Membaik Pulih Kota Harapan Atlantos , aku dijemput ke majlis cabaran peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 5hb Jun lepas.

Sebanyak 20 buah sekolah yang telah disenarai pendek berkumpul disini selama 3 hari bagi merealisasikan impian masing-masing dalam penentuan juara "Young Builders Award 2016" yang pastinya menjanjikan hadiah lumayan dan menarik untuk peserta, di samping bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar di kalangan murid-murid sekolah.



Ketika aku sampai, sesi pengadilan sedang berlangsung di dalam dewan ini. Kelihatan murid-murid sekolah setia duduk di meja masing-masing bersama binaan 'Kota Atlantos' hasil imaginasi dan kreativiti kumpulan masing-masing.

Aku dimaklumkan terdapat sekolah yang menghantar lebih dari satu penyertaan, menunjukkan betapa mereka komited dan bersungguh-sungguh menyertai cabaran ini. Bersemangat adik-adik kita ni! ^^

Pertandingan Paddle Pop "Young Builders Award 2016" dibuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Sekolah-sekolah digalakkan untuk menghantar penyertaan mereka yang disertakan dengan lakaran karya seni 3D yang dibuat menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik, batang aiskrim Paddle Pop, penyedut minuman dan lain-lain mengikut tema yang diberikan. 

Dah bersedia nak tengok hasil binaan 'Kota Atlantos' adik-adik kita yang kreatif dan berwarna warni ni? Jom, aku kongsikan antara beberapa binaan replika 3D yang dihasilkan! ^^












Kreatif kan! Aku sempat menemuramah sendiri beberapa orang peserta tentang binaan yang mereka hasilkan. Setiap replika yang dibina mempunyai cerita dan mesej tentang bagaimana mereka mahu menyelamatkan Kota Atlantos.

Persembahan juga diambil kira oleh pengadil dan setiap peserta perlu menceritakan idea mereka dan bagaimana ia berfungsi. Fuhhh .... jenuh gak nak jawab tu hehe ;)



Barisan pengadil sedang bertanyakan soalan pada peserta


Lebih kurang jam 12 tengahari, kesemua peserta mengambil tempat duduk di hadapan pentas untuk menunggu keputusan pasukan manakah yang akan bergelar juara dan membawa pulang hadiah lumayan untuk Paddle Pop "Young Builders Award 2016".

Nak tahu apa hadiahnya? ;)

Tempat Pertama 
 -wang tunai RM6,000 bagi setiap pasukan 
-percutian keluarga selama 3 hari 2 malam di LEGOLAND Malaysia Resort beserta
baucar perjalanan bernilai RM500
-tiket masuk kombo dan penginapan di hotel
-sijil kecemerlangan

Tempat Kedua & Ketiga
-wang tunai RM2,000 bagi setiap pasukan
-2 tiket masuk kombo LEGOLAND Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan


Sebelum tu, pengumuman untuk 3 kategori pasukan diumumkan iaitu untuk kategori :
  • Kerjasama Pasukan Terbaik - SK Bandar Teknologi
  • Pasukan Paling Ceria - SK Precint 14 Putrajaya
  • Pasukan Paling Bijaksana - SK Alam Shah 






Dan tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua yang ada disitu...pengumuman bagi tempat ketiga dan tempat kedua untuk pertandingan Reka, Bina & Menang Paddle Pop dimenangi oleh ....



Tempat Ketiga - pasukan SK Bukit Rokan Utara



Tempat Kedua - SK Luyang

Dan, penentuan bagi juara Paddle Pop "Young Builders Award 2016" jatuh kepadaaaaaa ......

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Pasukan SK JAWI!!! 
TAHNIAHHHHHHHH!



Tahniah dan syabas pada adik-adik yang berjaya, dan tahniah juga pada kesemua peserta kali ini atas kerjasama jitu pasukan masing-masing sehingga berjaya menampilkan rekaan replika yang cukup berwarna warni dan kreatif!

Semoga Paddle Pop akan meneruskan penganjuran program sebegini untuk tahun akan datang bagi menarik lebih ramai lagi murid-murid sekolah menyertai sambil belajar untuk mencintai alam sekitar kita. Syabas dan tahniah!




Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.paddlepop.com.my

Friday, June 10, 2016

Friday, June 10, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Spaghetti Tomyam


Assalamualaikum!


Masih tak 'lalu' nak makan nasi. Tak tahulah kenapa tekak kami ni takmo terima nasi dalam bulan puasa ni. Tambah kalau sahur huhu. Mungkin kalau balik kampung berbuka dengan mak dan abah baru ada selera kot hehe. Semalam kat opis dah plan nak masak apa untuk berbuka. Siap pesan kat cik abe turun bas sat gi nak singgah kedai nak beli barang nak masak tomyam. Sekali masa dalam LRT dapat call dari suami, "abg dah siap masak tomyam dah ..." woww bertambah sayang kalau hari-hari macam ni hahaha :p

Dalam kepala ni dah ada idea dah, tomyam tu boleh makan ngan nasi atau mee atau meehoon. Masak banyak sikit, boleh dijadikan sebagai lauk sahur jugak. Rupa-rupanya ada yang request nak makan tomyam jugak hehe ... sapa lagi kalau bukan si sulung kami la ... hehehe.

Cakap pasal anak-anak, alhamdulillah dah dua hari kakak dan adik berpuasa penuh. Walaupun hari pertama dan kedua diaorang puasa sekerat, tapi ok la tu kan. Bila diaorang berjaya puasa penuh tu, ada reward la atas usaha berpuasa tadi. Reward dia tak lain tak bukan ... gi bazar! heee. Takpe, meraikan anak-anak dengan makanan yang diaorang suka sekali sekala ... no hal la!





Tapi memasak itu WAJIB! Macam semalam, Pak Jelan sekali lagi telah menunjukkan kemahiran masterchef dia dengan menu tomyam! Aku ingat nak tomyam daging, kakak nak tomyam ayam ... last last dia masuk ayam dan daging sekali dalam tu hahaha ... senang cerita!

Haa ok cukuplah berceloteh tu Puan Hanim, moh kita kongsi resipi spaghetti tomyam air tangan cik abe semalam ^^


Spaghetti Tomyam

Bahan-bahan :

ayam - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
daging - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
1 biji bawang besar - dihiris 
5 biji bawang putih - dihiris halus
1 batang lobak merah
1 biji tomato merah
1/2 kobis cina - dipotong kecil
1 paket perencah tomyam ADABI
daun limau purut
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Panaskan periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan daun limau purut dulu sehingga keperangan sikit. Kemudian masukkan ayam dan daging yang telah dibersihkan. Kacau rata selama 10-20 minit untuk empukkan daging tu.

2. Sediakan perencah tomyam dalam mangkuk kecil, tuang ke dalam periuk dan tambahkan air ikut sukatan yang sesuai. Gaul rata sampai mendidih dan jangan berhenti.

3. Masukkan kobis cina dan lobak merah yang dipotong kecil tadi. Biarkan ia mendidih lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Last sekali, tutup api dan masukkan tomato yang dipotong ke dalam periuk. Kalau masuk awal-awal nanti tomato tu 'lunyai' sebab panas sangat.

5. Siap untuk dimakan! 




Dia tak lupa nak beli barang nak masak tomyam, tapi dia lupa nak beli meehoon/mee hehe ... tapi takpe, kita gunakan aje spaghetti yang memang dah ada kat rumah tu. Makan ngan spagehtti pun sodap! Balik rumah aku terus ke dapur rebus spaghetti. Kiranya ada gak la air tangan aku kan ngeee :D 

Resipi ni aku ikut sebiji macam yang dia buat semalam. Orang lelaki ni cara memasak dia kengkadang nampak macam mengarut je, tapi hasilnya wallahi ... manyak puas hati lah! :D 

So, hargailah suami anda yang pandai masak hehe ... rasanya lebih ramai dah lelaki yang boleh masak sekarang ni kan. Dia masak, kita kemaskan dapur, cuci pinggan buatkan air tuk dia. Yang tak berapa nak pandai tu, suh dia plak cuci pinggan kemaskan dapur .... ok tak? hehehe ...


Selamat mencuba! ^^

Thursday, June 09, 2016

Thursday, June 09, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Mudah Sambal Telur


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Dah ada idea nak masak apa untuk berbuka dan bersahur kang? Bagi yang suka lauk simple menggunakan bahan yang memang dah sedia ada di dapur, mungkin boleh cuba masak lauk ni. Anehnya, bukan aku yang masak lauk ni tapi disebabkan kesedapannya sehingga menjilat pinggan, maka rugila tak share sini hehe ....

Tak kira la sahur ke berbuka ke, aku lebih suka makan yang simple simple aje sekarang ni. Kadang-kadang sahur pun aku tak makan nasi, aku buat roti benjo je. Anyway, Pak Jelan dah lama tak masuk dapur. So hari tu, tergerak pulak dia nak memasak di dapur. Baguslah ... di bulan Ramadan yang mulia ni suami kena banyak masuk dapur tolong isteri masak sediakan makanan. Lepas tu kena tolong basuh pinggan, baru lah isteri bertambah sayang ... hikhikhik!




Sambal Telur

Bahan-bahan :

2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
2 biji telur
cili kisar (agak-agakla banyak mana korang nak)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Caranya :

1. Mula-mula tumbuk bawang kecil dan putih bersama dalam lesung batu. Pastu masukkan cili kisar dan golek lesung tu bersama dengan bawang yang ditumbuk tadi.

2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Masukkan campuran cili kisar dan bawang yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak. Gaulkan ia dalam api sederhana.

3. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau perlahan-lahan bersama dengan sambal tadi. Jangan kacau laju sangat, nanti telur tu jadi tak 'cantik' pulak. 

4. Letak air asam jawa sikit dan garam secukup rasa. Kacau untuk beberapa ketika dan kemudian padamkan api. Siap untuk dhidang!

Alhamdulillah .... marveles sambal telur ni! Boleh tahan air tangan suami ye :D Menambah-nambah makan ngan nasi putih panas panas. Nak lagi sedap boleh tambah kentang. Boleh juga cicah dengan murtabak ke atau cucuq udang ke atau sapu kat roti macam tu je! Mudah sangat, korang boleh masak pagi nak sahur tu jugak hehe. 

Selamat mencuba! ^^

Thursday, June 09, 2016

Takda kesedaran sivik punya orang!


Assalamualaikum!


Sasaran aku nak sampai ke LRT Dato' Keramat jam 4.30pm atau sebelumnya. Tapi tu mustahil la sebab dari Taman Jaya ke Dato' Keramat pun amik masa hampir 30 minit jugak. Tapi aku tetap nak cuba, mana tahu driver bas tu baik hati boleh tunggu seminit dua lagi ke. Turun dari LRT dalam jam 4.32pm, hati dah tak 'sedap' macam dah kena tinggal bas je ni. Dah dua kali aku terkena macam ni. Hari pertama pun keluar opis awal, masuk LRT 4.05pm tapi tak jadi! Semalam aku try jalan lebih pantas lagi, masuk LRT jam 4.04pm ... sampai Dato' Keramat jam 4.31pm. Harapanku setinggi gunung ....

Tapi kena tinggal bas jugakkkkkk! T_T

Dari hentian bas aku nampak 'bontot' bas tu, eh boleh lagi ni kalau nak kejar. Jalan situ sesak ngan kereta ... agak-agak aku boleh kejar la kot. Aku mula berjalan... kemudian berlari lari anak ... kemudian kontrol cun jalan balik hahahaha .... tapi bas dah mula bergerak. Ahhhhh! macam tau je aku nak kejar dia!

Dipendekkan cerita, aku tak sempat la nak kejar bas tu. Akhirnya menapakla aku kat hentian bas depan sebuah kedai gunting rambut kat Dato' Keramat tu. Kecewa betul aku tak dapat kejar bas tu ...! Terpaksala aku tunggu bas seterusnya, dan dijangka sampai umah jam 5.30pm pulak! Haihhh .... 

Dengan kaki yang lenguh dan nafas tercungap, aku mengambil tempat duduk. Berdenyut-denyut kaki dek kerana terlampau 'menekan' otot ketika berjalan laju tadi. Bukan taknak berlari, tapi kang habislah sisi keayuan muslimah aku 'tercalar' ... muahahaha :p


Wednesday, June 08, 2016

Wednesday, June 08, 2016

Tips Persediaan Ibubapa Sebelum Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam


Assalamualaikum!


Ramai ibubapa beranggapan kalau bawa anak kecil naik bas atau keretapi memang leceh! Tambah kalau bawa 2-3 orang anak sekali .. fuh memang tak pergi kemana-mana la jawabnya kan! Mana nak pegang tangan, mana nak tengokkan anak, mana nak pilih barang lagi ... pendek kata kalau bawa anak kecil ni memang kena ada ibu dan bapa sekali! Ibu saje atau bapa saje memang tak jadi .... kadang-kadang ibubapa ada sekali pun anak-anak habis bersepah lari sana sini kan hahaha :p

Aku pun pernah mengalami benda yang sama dulu! Tak dinafikan memang mula-mula nak latih diaorang biasakan diri dengan pengangkutan awam ni, banyak benda yang tak terduga berlaku. Aku ingat lagi first trip kitaorang ke KLCC ... mencabar fizikal dan mental sungguh! :p



First time naik bas. Tahun 2012 :)

Start kami pindah KL la baru aku perkenalkan pengangkutan awam ni pada anak-anak. Time ni umur kakak 5 tahun dan adik 3 tahun. Memang tengah lasak la orang kata ... walaupun pempuan! Tapi sebab diaorang teruja sangat tiap kali tengok bas lalu depan mata, akhirnya aku beranikan diri amik langkah pertama!

Anak-anak aku memang teruja giler bila pertama kali dapat naik bas. Kesian ....duduk Kuantan tak pernah naik bas haha .. :p tapi diaorang tau seronok je. Bahaya sekeliling diaorang tak tahu, maka ibubapa la kena bersedia dengan segala kemungkinan. Tambah kita naik bas yang penuh dengan orang ramai, memang kena berjaga-jaga selalu.

Tips Persediaan Ibubapa Sebelum Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam

1. Yakin pada diri sendiri & anak - ibubapa kena yakin dan konfiden mereka boleh handle anak bila di dalam bas atau keretapi (lrt, komuter, monorel etc.). Dalam erti kata lain .. mesti mau 'hati kering' hahaha. Ada ibubapa yang tak konfiden mereka boleh kawal anak bila di dalam bas. Ye la, orang ramai lepas tu kena selalu pegang tangan anak dan pastikan diaorang tak berlari atau berjalan ketika kenderaan bergerak. Ikut pengalaman aku sendiri, kakak dan adik memang ada perangai suka berjalan dalam bas ketika bas bergerak haha. Ape aku buat? kena selalu pesan berpesan sebelum naik bas dan ketika duduk di dalam bas. Lama-lama diaorang ok la ...

2. Study lokasi yang hendak dilawati - Yang ni memang aku buat sokmo! Tambah kalau lokasi tu aku tak pernah sampai lagi, maka memang kena pastikan dulu ada bas atau train sampai di situ atau berhampiran kawasan tu. Kalau bawa anak-anak, kena pastikan diaorang tak penat jalan jauh. Baru budak-budak selesa nak ikut kita berjalan. Budak-budak kan cepat penat, bila penat mula la buat perangai nanti huhu. 

3. Briefing awal mana kita nak pergi -  Aku selalu amalkan ni, malam sebelum nak pergi mana-mana tu aku akan panggil dua beradik tu dan briefing diaorang kemana kita nak pergi dan naik apa untuk ke sana. Dengan cara ini, aku dan mereka akan lebih bersedia untuk memulakan perjalanan nanti. 

4. Sediakan barangan keperluan - Pastikan ubat seperti minyak gamat, vicks, air minuman etc. dah siap sedia dalam beg. In case dalam perjalanan, anak sakit perut atau luka, ubat dah ada. Tak perlu nak singgah kedai banyak kali, sebab ini akan melambatkan perjalanan kita nanti. Kalau nak beli pun, beli yang perlu sahaja. 

5. Boleh kawal anak - yang ni memang ramai ibubapa mengeluh payah sikit, sebab tu tak ramai yang suka bawa anak jenjalan naik bas, train atau teksi. Sebenarnya, bagi aku Kita kenal anak kita macam mana kan, so kita boleh kenal pasti kawasan mana yang kita boleh elakkan sewaktu di sana dan jauhi bahaya yang mungkin ada. 

6. Cari tempat yang ada kemudahan asas - aku selalu pastikan tempat tu ada bilik solat/bilik rehat dan tandas. Kalau dalam shopping mall tak jadi masalah kot. Senang kalau kita nak singgah solat, anak-anak boleh berehat sambil menunggu. 

Macam aku cakap tadi, memang mencabar kalau bawa anak-anak gi jenjalan dengan pengangkutan awam ni. Tapi, sebagai penduduk di kota yang besar memang kita tak boleh nafikan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Nak tak nak, itulah pilihan pengangkutan yang kita ada terutama di waktu-waktu kecemasan. Kalau aku tak biasakan diaorang dari sekarang, bila lagi? Anak-anak kita juga mungkin akan menggunakan pengangkutan awam satu hari nanti samada ke sekolah atau ke pejabat. Takkan la selamanya nak naik kereta je kan ... parok la weh hehehe ;p

Sekian saje tips dari saya. Ni melalui pengalaman sendiri tau, ada pengalaman baru boleh cerita hehe ...


Monday, June 06, 2016

Monday, June 06, 2016

Ramadan Kareem


Assalamualaikum!


Alhamdulillah hari ni hari pertama umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Syukur kita masih diberikan kesempatan untuk melalui Ramadhan pertama bersama yang tersayang. Beberapa hari sebelumnya, banyak berita sedih pemergian insan-insan tersayang ke rahmatullah, samada yang memang aku kenali atau sekadar kenalan di fb.

Yang terbaru, kita dikejutkan dengan pemergian seorang ikon Islam yang cukup dihormati dan disegani dalam dunia boxing ... Muhammad Ali. Semoga Allah merahmati roh-roh mereka, al fatihah ...



Dan aku juga tidak terkecuali dari diuji seminggu sebelum berpuasa. Dengan kereta yang masih belum 'pulih' sepenuhnya, satu demi satu kerosakannya. Anak-anak pula sedikit kecewa kerana tak berkesempatan lagi nak balik kampung bertemu atok dan wan mereka. 

Hurmm ...

Sebab tu, sedaya upaya aku berusaha untuk memastikan mereka berdua tidak bosan duduk di rumah. Kebetulan cuti sekolah ni, aku try bawa diaorang pergi event sambil jenjalan tenangkan fikiran. Takkan asyik nak terperap je dalam rumah ... ibu ni kalau terperap mula la nak tido je kan hehehe ...

Dan semalam, aku bawa lagi diaorang gi event .. tapi dekat je la kat KL. Naik bas dan LRT je pun .. so takda masalah lah bab tu hehe ...




Bulan Ramadhan ni, kakak dan adik kena berpuasa tau. Belajar berpuasa setakat mana yang boleh. Kakak dah ada pengalaman berpuasa tahun tahun lepas, insyaAllah takda masalah. Mira pertama kali nak belajar puasa penuh, tapi kalau tak penuh pun takpala dik ... yang penting cukupkan dulu solat 5 waktu tu ...

Selamat menyambut Ramadan al mubarak buat semua umat Islam dari kami sekeluarga. Moga kita diberikan kesempatan untuk merasa nikmat Ramadan dan menambah pahala sebanyak yang boleh! InsyaAllah ...kita boleh! ;)


Friday, June 03, 2016

Friday, June 03, 2016

Jadi ke projek buat biskut raya tahun ni?


Assalamualaikum!


Memang itulah azam aku tahun ini! Kalau boleh aku nak teruskan projek biskut raya aku seperti tahun lepas. Ya Allah ... puas giler buat biskut raya dengan tangan sendiri kot! Penat macam mana pun, lenguh macam mana pun .. bila ko tengok biskut-biskut raya yang ko buat tersusun cantik dalam balang atas meja di pagi raya, hilang terus penat tu! :D

Bukan takda orang dok menjual biskut raya kat opis ni. Bukan takda kawan-kawan promot biskut raya yang pelbagai jenis. Memang aku akui tergoda jugak tengok macam-macam jenis, macam-macam bentuk, macam-macam warna ada hehe .. siap kan aje duitnya, boleh saje!


Wednesday, June 01, 2016

Wednesday, June 01, 2016

Outing 3 Beranak!


Assalamualaikum!

Cuti sekolah dah bermula, kalau ikutkan perancangan awal memang nak balik kampung. Tapi akibat beberapa perkara yang tak boleh dielakkan berlaku di saat-saat terakhir, aku pasrah je la. Kebetulan minggu tu aku ada event kat Sunway Pyramid, so inilah masa yang aku ada untuk luangkan dengan kakak dan adik ...

Start awal tahun kami semua sibuk. Yang tua sibuk ngan kerja hakiki, yang muda sibuk dengan sekolah dan aktiviti. Tahun ni pun aku tak banyak join event. Terpaksa tolak jemputan walaupun dalam hati meronta-ronta nak pergi ... haha! Memilih pun ye jugak, sebab aku takmo 'tamak' kaut semua macam tahun-tahun lepas. Mana nak kejar kerja, mana nak kejar anak-anak, mana nak kejar kerja rumah ... so memang kena 'berkorban' la bab ni huhu. Tapi kalau kena dengan tarikh, masa dan lokasi yang ada pengangkutan awam ... aku tak menolak!


Monday, May 30, 2016

Monday, May 30, 2016

Raikan Cuti Sekolah Bersama "Finding Dory" di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Nak tahu tak, selepas tayangan filem "Finding Nemo" lebih sedekad lalu, akhirnya filem sekuel "Finding Dory" bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi! Dan sempena meraikan cuti sekolah ini, Sunway Pyramid telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak bagi memeriahkan suasana sementara menantikan tayangannya Jun ini.




Ahad lepas, aku berpeluang membawa Wani & Mira ke LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid untuk mencuba beberapa permainan yang menarik lagi menyeronokkan di sini! Lagi pun diaorang dah lama tak join aktiviti sebegini sebab sibuk dengan sekolah dan sebagainya. Jadi, bila ada masa memang inilah yang mereka nanti-nantikan! hehe ...

Ok, mula-mula korang kena bawa anak-anak mendaftar di kaunter (lihat gambar di bawah). Disinilah anak korang akan diberi sekeping kad yang akan dicop bila mereka selesai melakukan 3 aktiviti kesemuanya. Kat kaunter ni jugak korang kena pulangkan semula kad yang telah dicop untuk menebus hadiah. Nak tahu hadiah apa tu? Jommmm baca lagi ... ;)



Kaunter pendaftaran dan penebusan hadiah

Dah dapat kad, jom kita mulakan 'pengembaraan' dalam dunia "Dory" :)

Memula, Wani & Mira masuk underwater maze! Permainan dia senang je, cari "Dory" di celah-celah 'batu karang' hehe ...




pintu masuk underwater maze


Tak sampai 2 minit masuk, diaorang dah dapat 2 ekor 'Dory' haha! :p




Ok, aktiviti yang ni best sebab boleh 'memancing' hehe ...




khusyuk dua beradik ni memancing hehe ...:p


Last but not least, aktiviti paling diaorang suka ... mewarna! yeaaaaa ;)







Ramai kanak-kanak yang join mewarna hari tu. Ibubapa pun turut sama bagi sokongan kat anak masing-masing hehe. Macam-macam gelagat diaorang ni, tapi seronok sebab aktiviti santai je, lepas tu dah siap mewarna, boleh dapatkan cop terakhir.



Yeaaaa! inilah hadiah yang kakak dan adik dapat, "Finding Dory" sticker book setiap seorang! Adik memang cukup suka dapat pelekat-pelekat yang comel macam ni hehe :D

Beginilah kemeriahan suasana di Blue Atrium LG2 Blue Concourse pada hari tu. Cantik dan penuh dengan hiasan warna warni seperti di dalam dunia air yang penuh fantasi!






Selain boleh bawa anak-anak join aktiviti di sini, ibubapa juga boleh membeli belah barangan Disney "Finding Dory" dengan tawaran harga hebat! Semua barangan yang dijual bertemakan "Finding Dory" ... comel tau! Jom 'cuci mata' hehe :D











So, tunggu apa lagi! Jom meriahkan ruang legar Blue Atrium LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 27 Mei sehingga 19 Jun 2016 ini. Korang juga boleh join aktiviti yang sama di Ground Floor Main Atrium, Sunway Putra Mall bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2016.

Juga jangan lupa saksikan tayangan filem sekuel "Finding Dory" yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2016. Jom tengok sedikit sedutan filem ini yang sempat aku rakamkan ;)




Kepada adik-adik semua, selamat bercuti ya! Penuhi cuti sekolah ini dengan aktiviti yang best dan bermanfaat bersama keluarga. Juga jangan lupa ajak ibu ayah pergi tengok filem "Finding Dory" ye hehe ;)




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Sunway Pyramid Facebookwww.facebook.com/sunwaypyramid
Sunway Putra Mall Facebook – www.facebook.com/sunway_putramall
Instagram – @Sunway_Pyramid / @ Sunway_Putramall
Twitter - @Sunway_Pyramid

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.