Breaking

Thursday, August 10, 2017

Thursday, August 10, 2017

Lagi testimoni Simpul Kasih Razhani


Assalamualaikum!

Alhamdulillah tempahan Simpul Kasih Razhani untuk bulan puasa dan raya lepas mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan. Cuma baru sekarang aku teringat nak kongsikan di blog huhu.

Walaupun aku buat secara kecil-kecilan bukan berskala besar macam bisnes orang lain dan cuma separuh masa, tapi syukur sangat simpul kasih ni dapat diterima dan menepati citarasa mereka.


TESTIMONI SIMPUL KASIH RAZHANI



Apa lagi yang dapat aku ucapkan selain alhamdulillah dan bersyukur atas feedback dan respon dari pelanggan. Kalau ada terkurang disana sini baik dari segi rasanya dan layanan kami, kami mohon dihalalkan ye.

Sebenarnya ada beberapa lagi testimoni dari pelanggan yang tak dapat aku nak kongsikan disini. Pasaipa? Pasai aku gatai tangan pi terdelete sebelum sempat aku screenshot ...hahaha bijak kan aku😖. So yang mana masih ada dan sempat diselamatkan je la aku share kat sini huhu. 

Terima kasih yang tak terhingga pada pelanggan-pelanggan samada yang baru atau yang repeat order ngan kami. Tempahan simpul kasih sentiasa terbuka pada yang hendak menempah, cuma kena tempah awal dan bayar awal.

Akhir sekali, majulah simpul untuk yang berkasih ...ehhh hahaha!

Tata titi tutuuuuu ....!

Wednesday, August 09, 2017

Wednesday, August 09, 2017

Jualan Puspanita


Assalamualaikum!


Lepas cuti sebulan sempena Ramadan dan cuti raya, aku kembali ke meja jualan Puspanita! Ni la dia ... kalau dah kemaruk menjual, memang payah nak lepaskan peluang yang ada depan mata hehe. Mujurlah jualan Puspanita ni hanya dibuat pada minggu pertama dan keempat setiap bulan. Means, awal dan hujung bulan time orang dah gaji.



Disebabkan aku dah selalu join jualan Puspanita kat opis ni, maka diaorang tahu port biasa aku hehe. Bukan nak demand ke ape, tapi disebabkan macam-macam benda aku jual, maka kena ada ruang yang besar dan luas untuk letak jubah, beg, makanan dan aksesori lain. 

Pernah aku try amik meja kat ruang tengah lobi, tapi macam menganggu laluan orang pulak sebab beg-beg tu kena letak atas lantai. Kalau jual makanan saje bolehlah letak atas meja kan. So, depan lif jugakla penyelesaiannya hehe.





Apa yang aku jual? Semua yang korang tengok kat atas ni la kecuali jubah dan beg atas lantai aku lupa nak amik gambar hehe. Ada yang orang punya dan ada yang aku punya. Cuma yang buat aku terkilan dengan diri sendiri, ialah tiap kali ada jualan Puspanita, simpul kasih aku mesti takda atas meja! 😢

Itulah satu-satunya produk yang aku usahakan sendiri. Bukan tak teringin, tapi tak sempat! Tempahan lain sedang menunggu, jadi aku kena dahulukan diaorang punya. Apapun syukur dengan rezeki Allah, tempahan simpul kasih Razhani tak putus walaupun dah habis raya. Terima kasih atas sokongan kawan-kawan dan customer yang repeat order ngan kami. Juga terima kasih pada cik abg yang support dan bantu menyiapkan tempahan 😍





Selain aku, rakan-rakan lain turut buka meja untuk jualan masing-masing. Lobi ni tak besar mana pun, paling banyak boleh muat 6-7 meja saja. Itu pun dah kira full house dah tu hehe.

So, sekian saja cerita pada hari ini. Moga yang membaca coretan ni ceria-ceria selalu!😉

Tuesday, August 08, 2017

Tuesday, August 08, 2017

Satu nota seribu makna


Assalamualaikum!


Satu hari ketika sedang makan, seorang lelaki datang dan meletakkan sekeping nota kecil di atas meja makan kami. Ku tenung dan baca isi kandungannya. Ternyata kita semua struggle mencari rezeki di kota besar. Tiada kisahkan rasa malu, kerana niatnya ikhlas ingin mencari sesuap nasi demi keluarga.

Macam-macam cara digunakan demi rezeki yang halal. Sekecil-kecil usaha, sekecil-kecil modal digunakan sebaik mungkin. 




Bagiku, menjual begini lebih baik dari meminta-minta. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk memajukan diri walaupun secara kecil-kecilan. Yang salahnya ialah bila kita langsung tidak berusaha untuk mengubah nasib sendiri dan hanya mengharapkan belas ihsan dari orang lain.

Monday, August 07, 2017

Monday, August 07, 2017

10 Tips Kesejahteraan Di Tempat Kerja


Assalamualaikum!


Jika anda bekerja di pejabat, mungkin anda tidak akan dapat lari dari situasi ini. Letih ... tiada mood ... tiada semangat...monday blues dan banyak lagi! Kadang-kadang bangun pagi, terasa seperti nak teruskan cuti dan tidak mahu ke pejabat. 

Bila di pejabat, bertambah murung sebab tengok lambakan kertas kerja di atas meja seperti tidak pernah habis! Kerja dan kerja ... dan akhirnya anda stres! Tak tahu bagaimana nak enjoykan diri ketika bekerja? Mungkin 10 tips kesejahteraan di tempat kerja ini boleh mengubah mood anda di pejabat 😉




10 Tips Kesejahteraan Di Tempat Kerja

1. JAUHI SNEK YANG TIDAK SIHAT 
Seperti coklat dan keropok. Sebaliknya, tukarkan ia kepada snek sihat seperti buah-buahan segar

2. MINUM BANYAK AIR PUTIH
Selain air putih, buah-buahan seperti oren, anggur, tembiai dan epal berupaya menjadikan anda kekal hidrasi

3. LAKUKAN SENAMAN RINGAN
Atau regangan mudah untuk meredakan ketegangan otot tubuh badan

4. ELAKKAN DIRI DARI SIBUK DENGAN SESUATU KERJA DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG
Ambil mini-breaks selama 2 minit untuk bangun dan bergerak dari tempat duduk

5. JAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN RAKAN SEKERJA
Bertegur sapa, bergurau dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain

6. PANDAI SEIMBANGKAN MASA DIANTARA KERJAYA DAN KEHIDUPAN
Jadikan masa anda di rumah adalah untuk bersantai bersama keluarga dan rakan

7. RANCANG JADUAL HARIAN DENGAN BERKESAN
Perancangan kerja yang teratur akan membuatkan hari anda berjalan dengan lebih lancar dan seterusnya mengurangkan stres

8. AMALKAN TEKNIK MINDFULNESS
Lapangkan fikiran atau meditasi bagi mengurangkan stres dan meningkatkan fokus dan produktiviti kerja anda

9. PERGI BERCUTI
Percutian membantu mengisi 'bateri' anda dengan menghilangkan stres dan mengelakkan fikiran anda daripada memikirkan soal kerja

10. SELF-AWARENESS
Berikan komitmen sepenuhnya terhadap kerja anda tapi pada masa yang sama tahu bila masanya diri anda perlukan rehat

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda berasa lebih selesa dan yakin ketika di pejabat sepanjang hari 😉.





Friday, August 04, 2017

Friday, August 04, 2017

Makin menaik atau makin menurun?


Assalamualaikum!


Ohoiiii apa dah jadi ...apa dah jadi... berat badan ko sudah menaik! Apeeeee dah jadiiiiii ....(lagu S.M Salim)! Mentang-mentang orang cakap ko makan banyak badan still maintain, ko bantai habis makan ye Nim! Sekarang tengok apa dah jadi Nim! Ko yakin sangat ko akan kurus selamanya ke??? Sekali buat checkup ... tuddiaaaaaa punya naik! 😣




Tahun lepas punya kenaikan hanya 1kg, tapi tahun ni ko balun habis kuih raya, lauk pauk, kerepek, lelemak dan isi ayam kambing lembu kerbau .. terus mendadak naik 4kg!! 

Dengan ketinggian yang masih mampu dikekalkan, kegumukan ku ini masih mampu disembunyikan dari perhatian umum 😂, alhamdulillah syukurrr! Kolesterol, darah tinggi dan lain-lain juga masih dalam keadaan normal dan terkawal. 

So Nim, teruskan makan tapi berjaga-jagalah ... sebab baju kurung ko banyak yang kena masuk plastik hitam niiiii! 😋

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.