Parenting & Tips
Monday, July 23, 2018
Nasihat Dr. Amalina untuk ibubapa termasuk aku!
Assalamualaikum! Sejauh mana korang percaya suplimen baik untuk anak-anak kita? Mungkin ada yang berpendapat suplimen itu perlu untuk memastikan anak-anak dapat nutrien yang diperlukan untuk mereka lebih mudah belajar di sekolah.
Aku juga pernah berfikiran begitu, sebab apa saja yang baik untuk anak pasti kita sebagai ibubapa takkan berfikir dua kali. Tapi dengan lambakan makanan tambahan dan suplimen di pasaran yang bermacam-macam jenis membuatkan aku rasa macam ...hurmm betul ke diaorang ni?
sumber : IG story dramalinabakri
Baru-baru ni, viral tentang perkongsian dari Dr. Amalina di IG storiesnya berkenaan isu suplimen untuk kanak-kanak. Aduhh ... terkono den! Dr. Amalina dah kasi pecah rahsia hehe. Aku pun ada bagi suplimen jugak kat anak-anak tapi hanya Scott Emulsion tu je la dulu. Itupun masa diaorang umur 5-6 tahun sebab nak elakkan dari jangkitan selsema dan kuatkan imunisasi badan. Sekarang diaorang makan je nasi lauk pauk ibu dia masak.
Tambah pula selera makan masing-masing dah bertambah, cuma bab sayur-sayuran dan buah-buahan tu sedikit memilih. Tapi kira ok la diaorang makan sikit berbanding dulu huhu.
Dr. Amalina Pernah Dipelawa Jadi Duta Suplimen
Pengakuan Dr. Amalina sendiri di IG storiesnya, memang tak menghairankan lah. Beliau merupakan pelajar SPM paling cemerlang seluruh Malaysia beberapa tahun lalu, masa tu pulak segala macam jenis produk suplimen ni memang dah berlambak di pasaran.
Tapi bukan bayaran yang menjadi ukuran. Apa guna tipu orang dengan testimoni yang tak betul? Sekarang ni pun bukan setakat produk suplimen, produk kecantikan dan kosmetik pun banyak menipu! Tu pun ada lagi orang dok percaya dan beli .... kerana testimoni lah!
sumber : IG story dramalinabakri
Terima kasih Dr. Amalina atas perkongsian dan peringatan ini.Kita bagi la anak-anak kita makanan yang sihat dan dari sumber organik atau asli. Bukan dalam bentuk pil ke ape ke yang menjanjikan bulan dan bintang. Kalau dah dia pun malas belajar ... bagi air rebusan buku teks tu pun belum tentu dia boleh hafal semua! hehe.
Love,
Hanim