Breaking

Wednesday, December 30, 2020

Wednesday, December 30, 2020

PG MALL Countdown Sales

 

Assalamualaikum! Akhir tahun datang lagi guys! Tahun 2020 bakal sampai ke penghujungnya, tapi sebelum masuk tahun baru apa kata kita shopping dulu! Biasanya, hujung-hujung tahun begini pasti banyak jualan murah di mana-mana kan? Tapi memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang masih membelenggu kita semua, maka pilihan untuk shopping yang terbaik adalah secara online.


Memandangkan masuk shopping mall adalah kurang bersesuaian buat masa sekarang dan nak mengelakkan dari berada di tempat yang sesak, maka online shopping adalah pilihan terbaik untuk membeli-belah mendapatkan apa saja barangan yang kita nak. Sebab tu platform pilihan saya adalah PG Mall.



PG Mall adalah platform e-dagang pertama sejak tahun 2017 dan merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang diiktiraf sebagai Top 3 laman web E-Dagang dalam Iprice Insight Report. Rekod yang baik ini menjadikan PG Mall platform shopping utama yang menawarkan pelbagai keistimewaan untuk semua pelanggan baru dan setia mereka.




Tentang kaedah pembayaran pula, jangan risau sebab PG Mall menyediakan kemudahan pembayaran secara e-wallet dan online banking. So semuanya mudah dihujung jari.



PG Mall Countdown Sales Bermula!


Sebagai platform online membeli-belah pilihan rakyat Malaysia, PG Mall menawarkan pelbagai pilihan produk yang terdiri daripada barangan seperti pakaian, gajet, barangan elektronik dan elektrik, makanan, minuman, kelengkapan rumah, alat-alat sukan dan banyak lagi.



Sempena PG Mall Countdown Sale yang bermula dari 25 Disember 2020 sehingga 01 Januari 2021 ini, tawaran yang tak boleh dilepaskan iaitu deals as low as  RM1 menanti semua pelanggan! Harga serendah RM1 guys... wow berbaloi sangat ni! Korang kena check-out tawaran ni ok.


Salah satu yang saya suka bila shopping di PG Mall ni, kita dapat FREE SHIPPING MIN SPEND RM30! Memang berbaloi lah kan, sebab banyak barang yang kita boleh beli untuk seisi keluarga tapi kos penghantaran percuma bila berbelanja minimum RM30.



Belilah apa saja barangan seperti produk kelengkapan rumah, barangan bayi dan kanak-kanak, produk kesihatan dan kecantikan, alat-alat sukan, perkakas elektronik atau pun pakaian, dengan pembelian minimum RM30, korang hanya perlu tebus kupon dengan kod : COUNTI untuk menikmati free shipping.




Food chopper adalah satu keperluan di dapur. Bila dah pecah, memang kena cari yang baru. Untuk PG Mall Countdown Sale, food chopper ni yang harga asalnya RM20,  dengan diskaun 63% hanya perlu bayar RM7.38 je!| https://pgmall.my/Ready-Stock-Malaysia-Enlarge-Store-300-ML-Multifunction-Mini-Kitchen-Manual-Hand-Pull-Food-Chopper-8157288732751




Beg tangan baru? Why not!😄 Pelbagai corak dan warna serta diskaun yang korang tak boleh lepas. Tak semestinya mahal, asalkan tampak mewah dan elegan | https://pgmall.my/SoKaNo-Trendz-SKN828-Premium-Elegant-European-Style-Woman-Handbag-with-Keychain-Handbeg-Wanita-Dark-Blue-Dark-blue7529833430357




Saya sedang mencari meja belajar untuk dua orang puteri saya, dan ini mungkin penyelesaiannya | https://pgmall.my/Computer-Desktop-Table-Home-Desk-Simple-Modern-Economic-Desk-Small-Table-Bedroom-Writing-Desk-Simple-Table-A939296952252779


Semua yang saya nak dan perlukan ada di PG Mall. So tunggu apa lagi guys, tawaran menarik dan berbaloi sempena PG Mall Countdown Sales ini tak patut dilepaskan begitu saja. Korang kena rebut cepat tawaran selagi masih ada! Jangan lupa tebus kupon dan nikmati diskaun hebat untuk lebih banyak jenama. Pasti hebat!


Klik >JOM SHOPPING dan daftar sekarang untuk pengalaman membeli-belah yang menakjubkan bersama PG Mall. Dan korang pasti akan kembali shopping disini.


Website : www.pgmall.my

Facebook : www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram : www.instagram.com/pgmall.my/

Telegrams : https://t.me/pgmallofficial001


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #yes #yearendsale2020 #freeshipping

Sunday, December 06, 2020

Sunday, December 06, 2020

7 Makanan Barat Menyelerakan Yang Ada Di kawasan Sekitar

 

Assalamualaikum! Bandar besar seperti Kuala Lumpur bukan sahaja dikenali sebagai bandar metropolitan yang maju tapi juga terkenal dengan pelbagai jenis variasi makanan dari tempatan mahupun antarabangsa. Sebagai warga KL yang telah menetap disini lebih 20 tahun, aku tidak perlu pergi jauh untuk menikmati hidangan makanan Barat kerana semua yang sedap ada di Kuala Lumpur.


Memang terdapat banyak restoran makanan Barat di Kuala Lumpur, tapi nak cari yang sedap dan kena dengan tekak kita serta harga berpatutan tidak mudah. Tambah sekarang, kita tidak digalakkan untuk keluar rumah kecuali ada tujuan penting. 


1. Cafe Hashtag Lapar



Salah satu pilihan hidangan Western yang boleh korang cuba ialah dari Cafe Hashtag Lapar yang terletak di Taman Maluri ini. Antara hidangan makanan Barat yang available disini ialah seperti Chicken Chop, Chicken Grill, Lamb Chop, Sirloin Steak dan pelbagai jenis burger dan sandwish. 

Mereka juga ada menyediakan hidangan Mixed Grill dan Mixed Platter, so korang juga boleh order secara kombo. Memang sesuai sangat dengan namanya, #Lapar so bila korang lapar ingat Cafe Hashtag Lapar!

Alamat : No. 123-G, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur

.
2. Restoran Pak Ya 




Kalau korang dekat dengan area Keramat atau Setiawangsa, korang boleh cuba sajian makanan Barat dari Restoran Pak Ya ni. Segala jenis makanan Western ada dijual disini, dari Chicken Chop sampai la ke Pasta. 

Yang menariknya, mereka juga ada hidangan nasi yang digabungkan dengan makanan Barat seperti Lamb Chop Rice, Fish & Rice, Chicken Chop Rice dan banyak lagi! So kalau korang nak nasi campur Western, inilah tempatnya!

Alamat : Jalan AU 1a/4d, AU1 54200 Kuala Lumpur, Selangor.

3. Overloaded Western KL


Ada satu restoran di Setiawangsa yang menyediakan hidangan makanan Barat yang menyelerakan! Di Overloaded Western KL, korang boleh cuba pelbagai jenis menu pasta dan meatballs dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, mereka juga ada menjual pemanis mulut dan kek yang mampu menambat hati dan selera korang. Pendek kata, lepas makan main course bolehlah try kek moist coklat diaorang pula. Jadi, kalau korang berada di sekitarnya jangan lepaskan peluang mencuba ya!


Alamat : No.1, Jalan 37/56, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur


4. Abento Burger Pandan Indah



Apa yang menarik di Abento Burger Pandan Indah ni? Well, ada menu yang mungkin korang tertarik nak cuba disini. Nampak macam hidangan burger yang biasa je kan. Sebenarnya, diaorang ada menu burger yang jarang-jarang kita boleh dapat di tempat lain. 


Di sini, mereka ada menu Burger Unta dan Burger Rusa! Haa kalau korang ada kenalan yang mengidam nak makan daging rusa atau daging unta, inilah tempatnya! Nak yang ada cheese pun boleh, dan yang paling best sekali ...harganya memang sangat berpatutan!


Alamat : Jalan Pandan Indah 1/25, Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur (Hadapan Hameed Maju)


5. Franky Fresh


Teringin nak makan hidangan roti sosej ala-ala macam dalam filem America? Yang dalam filem tu dagingnya tak halal. Tapi di Franky Fresh korang boleh nikmati hidangan makanan Barat yang halal lagi menyelerakan. Daging sosej yang besar dan berjus adalah dari daging yang diimport dari Australia bersama ramuan herba dan rempah ratus yang diapit dengan roti besar.


Antara menu yang korang boleh cuba ialah The OG Frank, Cheesy Bomb dan Meaty Mayhem. Peminat daging serta sosej mesti wajib cuba hidangan ini dan nikmati kepuasannya!


Alamat : 213/26, Jalan Ampang, Batu 4½ Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Kuala Lumpur.


6. Cafe Pizza Sampan


Dah bosan makan pizza bulat? Apa kata korang cuba kelainan pula kali ini dengan pizza berbentuk sampan! Ya, inilah namanya kreativiti. Hidangan Western yang unik ini telah mendapat review yang cukup memuaskan dari pelanggan. Pendek kata, sampan pizza ni wajib untuk mereka yang mahu mencubanya pertama kali.


Korang boleh pilih samada mahu Pizza Sampan Original Chicken, Original Beef, Original Lamb, Chicken Cream, Chicken BBQ atau Smokey Beef. Mereka juga ada set Western dan set Pasta yang sedap dan lazat. So, kalau korang berada dekat dengan kawasan Pandan Jaya, bolehlah mencubanya.


Alamat : 24, Jalan Pandan 3/6a, Pandan Jaya 55100 Kuala Lumpur.


7. Grellas (Wangsa Maju)



Jika ada yang teringin nak makan lamb chop, boleh mencuba hidangan ini dari Grellas yang mementingkan presentation makanan yang kemas dan menyelerakan. Yang pastinya korang akan dapat hidangan lengkap yang sihat iaitu kombinasi sayur dan daging dalam satu pinggan.


Selain itu, mereka juga ada KiloMeater Super Sandwich iaitu kombinasi 3 jenis daging, lembu, kambing dan ayam dalam satu sandwich. Menarik kan! Jangan lupa mencubanya dan rasakan kelainan rasa dan kepuasan.


Alamat : 21, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Jadi yang mana satu pilihan hati? Yang penting, semuanya dihujung jari tidak perlu keluar rumah, hanya pilih dan tunggu foodpanda bawa makanan korang sampai depan pintu. Untuk itu, aku lebih suka menggunakan aplikasi delivery foodpanda untuk cari western food near me yang dekat dengan rumah.


Bila ada servis perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan seperti foodpanda, lebih mudah untuk kita buat pilihan dan lebih selamat. Inilah cara paling mudah dan selesa untuk semua tidak kira berada dimana.

Monday, November 16, 2020

Monday, November 16, 2020

6 Tempat Makan Menu Barat Sebenar Di Kuala Lumpur

 

Berada di Kuala Lumpur? Sedang mencari menu makanan barat yang sebenar di

area KL ini? Ia bukanlah satu kerja yang susah kerana restoran atau tempat

makan di kawasan Kuala Lumpur ini sememangnya sangat-sangat banyak.

Sebut saja nak makan apa, dari menu makanan melayu asli, makanan cina,

india dan barat, semuanya ada dengan pelbagai jenis pilihan. 


Jika kebetulan sedang berada di Kuala Lumpur dan datang kerana urusan kerja

dan sebagainya, masih belum biasa dengan keadaan di sini, tidak tahu tempat

makan mana yang okay, di sini akan dikongsikan enam tempat makan barat

sebenar di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba. Sesekali cuba makanan barat

okay juga kan? 


#1 - Burger & Taco



Burger & Taco boleh dikatakan sudah agak terkenal untuk warga kota raya Kuala

Lumpur kerana restoran ini boleh dianggap sebagai salah satu restoran yang

mampu menyediakan menu makanan barat yang sedap. 


Burger & Taco adalah jawapannya turut memilih daging yang 100% adalah daging

lembu Australia sebagai patty dalam hidangkan yang mereka sajikan. Setiap patty

ini bersifat in the house made kerana pihak Burger & Taco membuatnya sendiri

khas dengan kepakaran yang mereka ada. 



Tidak hanya itu, Burger & Taco turut memberikan promosi khusus untuk para

pelanggan yang mahu mencuba menu mereka di sini. Sebagai contoh, boleh

dikatakan saban hari Burger & Taco ini memberikan promosi dengan harga bawah

RM19 dari jam 12 tengahari hingga 3 petang. Jika terasa tidak mahu makan

burger, jangan risau kerana di sini turut ada pelbagai jenis pilihan menu yang

lain untuk di cuba. 


Alamat: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya,

Selangor


#2 - Lepaking



Lepaking, namanya saja sudah mampu mengambarkan bagaimana keadaan

restoran ini. Pastinya agak kasual dan santai untuk berada dalam masa yang

lama sambil makan-makan. Ternyata nama yang dipilih benar-benar sesuai

dengan konsep yang dibawa. 


Di Lepaking ini ia tidak hanya mempunyai suasana makan yang hipster malah

makanannya juga turut digunakan konsep yang sama. Tak hairanlah kenapa

ramai pelanggan sering datang ke sini, lagi-lagi untuk golongan anak muda. 


Lepaking menyajikan banyak pilihan menu makanan lagi-lagi untuk makanan

citarasa barat. Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman untuk

dipilih bersesuaian dengan citarasa masing-masing.                        


Di sini, pemiliknya turut mementingkan keselesaan pelanggan untuk tahap yang

berikutnya dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas dan

surau yang bersih dan selesa. 



Tidak lupa juga, hidangan ala western yang disajikan, sebagai contoh lamb chop,

pasta, chicken chop, sizzling dan lain-lain lagi, semuanya dalam lingkungan harga

yang agak murah dan berbaloi. Jika terasa mahu makan nasi juga boleh cuba

menu nasi ayam penyet yang juga agak popular di sini. 


Jika mahu makanan yang ala snek, Lepaking ada menawarkan menu Vietnam

spring roll dan juga corn dog cheese. Sekali makan pasti kenyang dan besar

kemungkinan akan terasa untuk kembali makan lagi di sini.


Alamat: 3 1/2, Lot 8099, Jalan Gombak, Kampung Sungai Merali, 53000

Kuala Lumpur


#3 - Zazi’s Kitchen


Mahu makan dalam suasana yang agak sunyi dan tenang untuk lari sebentar dari

hiruk pikuk kota? Atau mungkin juga mahu lepaskan tekanan kerja yang ada

supaya diri kembali terasa aman. Apa kata kali ini cuba untuk nikmati hidangan

di Zazi’s Kitchen. 


Zazi’s Kitchen merupakan sebuah kafe dengan konsep hipster dalam suasana

tenang dan santai di bawah cahaya lampu yang suram. Ini kalau datang makan

dengan pasangan sudah tentu akan bertukar kepada suasana makan yang

romantik. Tentu-tentunya isteri akan suka. 




Untuk makanannya pula, Zazi’s Kitchen menawarkan pelbagai jenis menu

makanan barat yang tidak kurang enaknya. Jika terasa mahu makan makanan

menu tempatan juga ada di sini. Jangan risau.  


Antara masakan yang boleh dicuba adalah seperti black pepper beef steak yang

sememangnya sudah mendapat banyak reaksi positif dari para pelanggan sebelum

ini. Untuk menu tempatan pula ada pilihan seperti daging tetel asam pedas,

salad set asam pedas ikan pari, nasi lemak kukus dan banyak lagi. 


Alamat: 53, Jalan SG 3/1, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor


#4 - Pak Uda Kitchen & Grill 


Berbeza dengan restoran yang telah dikongsikan di atas, Pak Uda Kitchen & Grill

agak berbeza kerana menu di sini disajikan mengikut nama artis Hollywood yang

popular di tahun sekitar 70an sehingga 90an. Nama selebriti ini digunakan supaya

bersesuaian dengan konsep restorannya yang agak klasik tetapi tetap ada elemen

moden di dalamnya. 



Antara nama menu yang agak menarik di sini adalah seperti Madonna Cheesy

Chicken Chop dan juga Bon Jovi Salmon Fish. Nama yang cukup unik bukan?

Sekaligus membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa untuk

sajian tersebut. 


Di sini cukup sesuai untuk makan bersama pasangan mahupun untuk datang

makan bersama keluarga yang terdekat. Dahulu sebelum kita diuji dengan virus

COVID-19 ini, ramai juga yang datang ke restoran Pak Uda Kitchen & Grill ini

untuk menyambut hari istimewa seperti ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan

sebagainya di sini. Harganya juga sangat berpatutan sekali. 


Alamat: No. 13-G, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves


#5 - The Rack Boutique Café


Makanan barat rata-rata mementingkan soal rasa, persembahan makanan dan

juga suasana dekorasi restoran. Ini kerana peminat makanan barat ini selalunya

ingin makan dalam suasana yang cozy dan selesa. Ada mood gitu. 


Menyedari akan hal itu, The Rack Boutique Café turut mementingkan perkara yang

sama. Di sini, hidangan ala-ala Barat fushion telah diperkenalkan supaya dapat

memikat selera peminat makanan di luar sana. Terdapat banyak juga pilihan

hidangan barat yang popular seperti chicken chop, pasta dan steak yang

disediakan dengan resepi rahsia mereka sendiri.



Antara menu yang paling mendapat perhatian di sini adalah seperti Talam Ramen,

Monster Platter dan Cheesy Chicken Korean dan banyak lagi. Minuman di sini

turut di bawa dalam gaya ala hipster dan ada pelbagai pilihan minuman seperti

coffee dan juga chocolate blended


Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor



#6 - Code : Black Espresso


Suka minum kopi? Suka juga aroma kopi yang menawan hati? Jika suka bolehlah

cuba nikmati minuman kopi di Code : Black Espresso. Di sini tidak hanya ada

minuman kopi semata-mata malah ada juga pelbagai jenis pastry yang enak-enak

belaka. 



Bayangkan gabungan aroma kopi dan juga pastry yang wangi dan menyelerakan.

Sekali melangkah ke dalam kafe ini terasa aman dan tenteram dengan aroma

yang ada. Suasana kafenya juga cukup menarik dengan warna hitam-kelabu. 




Antara minuman yang sering menjadi pilihan pelanggan di sini adalah seperti

Espresso dan juga Latte. Manakala hidangan pastry yang popular pula adalah

seperti Burnt Cheesecake, Tiramisu dan juga Cinnamon Roll. 


Alamat: B-G-9, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Selayang – Kepong Highway,

Prima Selayang


Nak menu makanan barat yang sedap dan tidak mengecewakan sebagaimana

yang telah dikongsikan di atas? Tak ada masalah, boleh saja. Walaubagaimanapun,

jika terasa tak ada masa atau mungkin kurang sihat, ada baiknya terus saja duduk

di rumah dan elakkan dari berada di tempat awam. 



Rasa teringin untuk makan itu boleh dipenuhi dengan bantuan Foodpanda yang

menawarkan pelbagai pilihan western food near me untuk dibuat pesanan. 


Dengan adanya servis pesanan dan penghantaran oleh Foodpanda begini,

dengan mudah keinginan untuk makan makanan barat dapat dipenuhi walaupun

sama sekali tidak melangkah keluar mana-mana sama sekali. 


Tidak kisahlah jika ada berada di kawasan mana sekalipun, walau termasuk

dengan kawasan Cybercjaya sekali, memang ada pelbagai restoran yang

menyajikan makanan barat yang best-best untuk anda cuba. 

Thursday, November 05, 2020

Thursday, November 05, 2020

5 November dalam ingatanku

 

Assalamualaikum...


Tarikh istimewa untuk insan teristimewa. Namun, insan itu telah tiada. Aku hanya mampu menatap wajahnya dalam gambar dan membayangkan kenangan bersama. 


Ya Allah ... andai rindu itu dapat berkata-kata pasti ia akan menangis sekuatnya. Bukan kerana tak redha tapi kerana rindu yang teramat pada arwah. 


Abah ... 

Tak pernah sekali Anim lupakan abah.

Sungguh Anim redha, tapi Anim terlampau rindu.

Membayangkan abah je dah mampu menitiskan airmata.

Apatah lagi melihat gambar-gambar ketika kita sekeluarga keluar makan bersama.

Mana mungkin Anim tak sedih.


Maafkan di atas kekurangan Anim menjaga abah selama ini.

Namun, abah sentiasa dalam titipan doa Anim.

Hanya mak lah tempat Anim bermanja.

Hanya mak yang Anim ada.

Hanya mak sajalah yang tinggal untuk mendoakan kami semua.


Sunday, September 20, 2020

Sunday, September 20, 2020

Dah sebulan abah ....

 

Assalamualaikum...


Dah sebulan abah pergi meninggalkan kami. Terasa seakan abah masih bersama kami. Takda satu hari pun anim tak rindu pada abah. Takda satu hari pun anim tak ingat pada abah. Abah sentiasa dalam doa anim. 


Terlalu banyak untuk diluahkan ... tapi akhirnya anim mampu diam. Dengan siapa lagi anim nak bercerita...meluahkan...mengadu selain pada Allah. Abah lah tempat anim berkongsi cerita. Abah pun akan berkongsi cerita abah ngan anim.


Setiap kali tiba hari gaji, abah lah orang pertama anim akan wassap bagitau duit untuk abah dan mak dah masuk. Bulan ni dengan siapa anim nak mesej bagitau duit dah masuk ....😭.


Anim kena kuat demi mak. Mak kuat abah ... mak cukup tenang. Anim tak tau kalau mak menangis di belakang kami kerana rindukan abah. Siapalah yang tak rindukan abah. Anim rindu suara abah ....


Thursday, September 17, 2020

Thursday, September 17, 2020

Ujian paling hebat...perginya abah buat selama-lamanya.

 

Assalamualaikum ...


Tahun ini tahun paling getir buatku. Ujian kehilangan insan tersayang sangat melukakan walaupun hati sudah redha. Tiga kali berturut-turut aku mengalaminya dalam satu tahun. Kali kedua ibu mertuaku pada bulan enam. Dan kini ... ayahandaku yang dikasihi telah pergi kembali kepada Maha Pencipta.


Allahuakbar ... sungguh aku rindu pada abah. Aku tak mampu menahan kerinduan ini kerana terlampau sayang padanya. Namun, Allah lebih sayangkan abah ... dan aku redha dan cuba untuk hidup dengan hakikat bahawa abah dah 'pergi' takkan kembali.


Sungguh aku redha ya Allah...kerana perginya abah dalam keadaan yang baik, amalan yang baik, hari yang baik dan dipermudahkan dari awal sampai akhir. 


Namun tak dapatku halang airmata rindu ini dari terus mengalir bila teringatkan abah. Membayangkan arwah pun aku dah bergenang air mata ... sebak ... rindu yang teramat. Terkenang segala pengorbanan dan keringat abah membesarkan memanjakan anak-anak. Bersusah payah demi kesenangan hidup anak-anak dan cucu-cucu.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.