Breaking

Friday, November 25, 2022

Friday, November 25, 2022

PRU15 Yang Penuh Kejutan Dan Drama!

 


Tanggal 19hb November, tiba masa untuk memilih kerajaan baru untuk negara tercinta. PRU15 menyaksikan penglibatan pengundi berumur 18 turut mengambil bahagian dalam proses pengundian setelah rang undang-undang membenarkan pengundi berumur 18 tahun untuk mengundi.


Malah, mereka tak perlu mendaftar kerana nama mereka telah automatik ada dalam sistem daftar pengundi. So boleh terus semak kawasan dan tempat pengundian secara online.


Macam biasa, kali ni kami mengundi untuk kawasan Parlimen Titiwangsa. Pagi tu balik keje, terus pegi menyerah diri di pusat pengundian sebab tengaharinya ada hal pulak. Pagi hujan renyai tapi tak menghalang dari orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab lima tahun sekali.




Proses berjalan lancar, tapi akak aku cakap masa dia tengah beratur berlaku sedikit kekecohan barangkali ada pengundi yang berdiri dalam barisan dan terpaksa menunggu lama. Bila dah terlalu ramai yang keluar serentak macam-macam hal la yang jadi kan.


Tahu tak, sampai saat beratur menunggu giliran ni aku masih bergelar pengundi 'atas pagar'. Aku tak tahu nak pilih yang mana. Nampak semua calon yang bertanding bagi kawasan Titiwangsa ni semuanya hebat-hebat. Tapi boleh ka diaorang buat kerja nanti?


Trend mengundi kali ni pun aku tengok ramai yang mengundi bukan ikut parti tapi secara individu. Means, kalau dia dari parti besar sekalipun tapi sejenis yang tak pernah tunjuk muka dan turun padang untuk bantu rakyat di kawasannya memang 'haram' la undi untuk dia. Teringat aku kat R*** H**** yang menang Titiwangsa PRU lepas tapi harammmm apa dia buat tuk kawasan. Bila dah menang, pegang jawatan menteri lagi cam hawau tak turun kawasan. PRU ni dia try kat Sepang, syukur sangat dia tak menang haha.





Diaorang juga tengok rekod-rekod lepas calon yang bertanding. Kalau yang jenis bercakap dalam Parlimen mulut cam longkang dan hanya mampu pung pang pung pang tapi keje tak jalan pun tak boleh menang gak di hati pengundi.


Ingat, pengundi sekarang makin bijak. Sebab tu PRU15 kali ni dalam sejarah tiada parti yang menang majoriti mudah. Itu menunjukkan rakyat tidak lagi bergantung pada satu parti politik semata-mata kerana kebanyakan yang ada terpalit dengan isu kluster mahkamah dan lain-lain. Aku pun nak bengang dengan isu korupsi dan salah guna kuasa oleh diaorang ni. 





Dan PRU15 kali ni menyaksikan buat kali pertama pengumuman siapa Perdana Menteri yang ke-10 terpaksa ditangguh sehingga lima hari! Bila tiada parti yang menang majoriti mudah, maka parti yang ada masing-masing nak berunding untuk kerjasama. Kejap tolak, kejap setuju, kejap bantah, kejap bersatu. Agong suh  mengadap boleh pulak mintak tangguh! Siap kena berunding majlis-majlis diraja bagai. Bila dah keluar titah ada yang tak setuju pulak! Heyyyyyy ni sapa yang derhaka sebenarnya ni ha.


Dan setelah berunding dengan majlis raja-raja, Agong akhirnya menitahkan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 buat Malaysia. Kun Faya Kun. 



sumber : sinarharian


Memang penuh kejutan dan drama dalam PRU15 ni. Masing-masing nak lepas tengkuk sendiri demi kuasa. Semua tu rakyat boleh nampak dalam lima hari proses melantik Perdana Menteri. Aku berharap sangat PM kita yang baru ni boleh memberi harapan baru dan perubahan yang lebih baik dalam kerajaan yang akan diterajuinya. 


Yang masih berbalah dan tak berpuas hati dengan titah Agong tu bawak2lah belajar bersabar dan menerima takdir. Kalau dengan abah dulu yang jadi PM tanpa bertanding pru tu pun kita boleh terima, takkan yang ni terang-terang menang (walaupun bukan majoriti) kita tak boleh terima.


Kita sebagai rakyat tetap punya kuasa. Tengok dulu bagaimana beliau mentadbir negara, mengembalikan kepercayaan rakyat dan pelabur asing terhadap kerajaan, mengekalkan kedaulatan agama dan bahasa serta melawan rasuah dan kleptokrasi. 


Tahniah PM ke-10!

Tuesday, November 01, 2022

Tuesday, November 01, 2022

Entah Siapa Yang Salah Ku Tak Tahu

 

Rutin amik kakak dan adik dari sekolah setiap hari dah jadi rutin harian aku. Means aku lah mama supir diaorang tak kira hari aku keje atau off.  Sejak 'kete kebal' aku tak boleh gerak, hanya Exora ni la 'kaki' yang kami ada untuk bergerak ke mana-mana lebih-lebih lagi untuk hantar kakak dan adik ke sekolah yang sejauh 15km tu.


Takda sapa yang mintak jadi begini. Lebih-lebih lagi awal bulan yang masih jauh lagi nak menjengah ke minggu gaji. Tapi kalau dah ditakdirkan begitu maka begitulah kejadiannya. Tayar bocor dalam perjalanan balik! Bukan sebiji tayar tapi dua biji sekali bocor. Tersadai aku dan anak beranak di tepi jalan tengahari tu. Suami tolong callkan towing truck dan kereta dibawa ke bengkel tayar berdekatan.





Termenung aku kejap di situ. Berapa pulak nak kena ni. Tapi syukur sangat anak-anak tak cedera. Mulala telinga aku ni terngiang-ngiang bait lagu "entah siapa yang salah ku tak tahu". Biasa orang share video pendek kat FB memang ada la diselit lagu ni hehe.


Tayar depan dan belakang yang bocor. Try tanya untuk tayar second-hand, tapi tauke kata,"ada sebiji saja". Hmmm.... nak tak nak kena amik tayar baru. Kang tak balik pulak aku anak beranak. 





Mujur juga rim tayar masih elok. Kalau bengkok mau 'terbang' lagi duit di awal bulan ni. Kadang-kadang kita dah beringat, dah alert, kalau boleh nak elak benda-benda macam ni dari berlaku. Tapi apalah daya. Nak kata aku trauma itu tak jugak. Esoknya aku still kena drive macam biasa hantar anak-anak pergi dan balik sekolah.


Bila anak-anak memerlukan dan bergantung pada kau untuk pergi dan balik sekolah, memang tak sempat nak rasa traumanya. Kena kuatkan jiwa cekalkan hati pegang stereng tu. Begitulah aku rasa ....


Wednesday, October 26, 2022

Wednesday, October 26, 2022

Kenapa Kena Pakai Sunscreen? Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Untuk Perlindungan Kulit Dari Sinar UV

 

Assalamualaikum. Rutin penjagaan kulit asas ada lima langkah yang kita kena ikut. Antaranya ialah, pencuci muka, exfoliator (proses pengelupasan sel kulit mati), pemakaian toner, pemakaian moisturizer (pelembap) dan sunscreen. Kalau tak boleh ikut semua, kita boleh buat yang tiga, iaitu pencuci muka, moisturizer dan sunscreen.


Untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik, bukan saja bergantung kepada empat langkah di atas semata-mata. Tak guna beli produk muka mahal-mahal tapi muka tak pakai sunscreen. Lebih-lebih lagi, cuaca sekarang yang panas dan kering menjadikan kulit muka lebih mudah terdedah kepada sinaran UV yang merbahaya.


Kenapa kena pakai sunscreen?

Tahukah korang bahawa kulit adalah organ terbesar di tubuh kita? Ia paling mudah terdedah dengan pelbagai risiko seperti kecederaan, alahan, masalah kulit, penyakit berkaitan kulit dan lain-lain. 


Biasanya, bahagian kulit yang paling mudah terdedah pada sinaran UV ialah bahagian muka. Sebab itu kita perlu guna krim pelindung muka atau sunscreen setiap hari untuk memastikan kulit :


  • Mengurangkan risiko sunburn - Jika kulit terdedah pada cahaya matahari untuk tempoh yang lama tanpa sunscreen, ia akan menyebabkan risiko penyakit kulit, penuaan sebelum usia dan masalah kulit lain


  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan - Kulit yang terdedah tanpa sunscreen akan merosakkan sel kulit, kolagen dan elastik. Lama-kelamaan, tona kulit yang tak sekata, kedut-kedut kecil dan garisan halus akan jelas kelihatan

  • Mengurangkan kesan tona kulit tidak sekata -  Perubahan tona kulit ini akan muncul kemudian dan menyebabkan tompok-tompok coklat atau sedikit gelap dari warna kulit asal. Sudah pasti kehadiran tompok-tompok ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada kulit

  • Mengurangkan inflamasi kulit - Kulit yang terdedah kepada sinar UV akan menyebabkan kemerahan dan radang pada kulit.  Penggunaan sunscreen setiap hari dapat mengurangkan risiko ini dan melindungi kulit terutama kulit sensitif.


    Tapi kan macam mana nak tahu sunscreen itu sesuai untuk kulit kita? Macam mana nak pilih? Mana kita nak tahu sunscreen tu betul-betul melindungi kulit kita bila berada di luar? Haaa nanti aku jelaskan dengan lebih terperinci.


    First, kita kena tahu apa itu sunscreen dan fungsinya. Secara ringkasnya, sunscreen ialah krim pelindung muka yang bertindak melindungi kulit dari sunburn, pigmentasi dan bintik-bintik hitam serta menapis sinaran UV dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.


    Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

    Kelebihan Aloe Vera Sunscreen ini antaranya ialah :


    • Sun Protection (Perlindungan kulit dari sinar UV)
    • Moisture Skin (Kelembapan kulit)
    • Calming Skin (Menenangkan kulit)

    Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature mengandungi aloe vera dan ekstrak seperti Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark dan Ekstrak Orkid yang menenangkan iritasi kulit. So bila pakai sunscreen, kulit tak rasa tegang dan keras. Aloe Vera Sunscreen ini juga mengandungi Sodium HyaluronicGlycerin dan Allantoin yang bertindak memberi kelembapan dan mencerahkan tona kulit.  Lagi satu, sunscreen ini juga boleh digunakan sebagai makeup-base tau. So sebelum apply makeup, kita boleh sapu sunscreen dulu.


    Aku guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni bukan kerana ia produk dari Korea semata-mata. Tapi kerana sunscreen ini mengandungi SPF50+ PA+++. Haaa nak tahu apa maksudnya? SPF maksudnya perlindungan kulit dari sinar UVB yang boleh menyebabkan sunburn, manakala PA+++ bermaksud perlindungan dari sinar UVA (sinaran UV harian). 


    Kulit Berminyak Best Guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen


    Ramai sangka pakai sunscreen akan menyebabkan kulit jadi lebih berminyak. Kebanyakan produk sunscreen di pasaran memang begitu, malah ada yang menjadikan kulit muka bercapuk putih dan melekit, tapi aloe vera sunscreen ini berbeza. Ianya tidak berminyak dan teksturnya lembut serta tidak melekit. Bila sapu dimuka, terasa lembap, cepat meresap ke dalam kulit dan terasa lembut. Yang bestnya, ia mudah sebati dengan kulit dan tak tinggalkan kesan white cast




    Ia juga boleh mencerahkan tona kulit secara semulajadi. So bila pakai muka tak jadi 'lebam' dan bercapuk putih. Aloe vera sunscreen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif sebab kandungannya yang semulajadi dan tidak membahayakan kulit. So tak payah risau ye.


    Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, kalau nak pilih produk muka kena pilih yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, jadi memang tak salah aku pilih Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni sebab ia Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free. Pendek kata, selamat digunakan.



    Cara guna sunscreen dengan betul :

    1. Cuci muka dan lap bersih
    2. Sapukan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature pada seluruh wajah
    3. Krim sunscreen cepat meresap ke dalam kulit tidak meninggalkan white cast
    4. Kulit jadi lembap dan lembut serta tona kulit jadi cerah dan tidak berminyak
    5. Pakai sunscreen sebaiknya 2 kali sehari. Pagi sekali, tengahari sekali.



    Nak lebih yakin samada Aloe Vera Sunscreen ni berminyak ke tak, kita test menggunakan oil absorbent paper yang biasa kita guna untuk lap muka bila berpeluh atau berminyak. Tekstur krim sunscreen ni bila sapu lembut je tapi langsung tak melekit di oil absorbent paper atau di jari.


    Bila disapu rata sehingga sebati dan dibiarkan beberapa ketika, tiada kelihatan langsung kesan berminyak pada oil absorbent paper menunjukkan sunscreen ini tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit dan sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.




    Krim Aloe Vera Sunscreen ini tidak berwarna bila disapu ke kulit dan tidak meninggalkan kesan comot berwarna putih bila dibersihkan dengan tisu.


    Bila picit krim sunscreen di tangan, korang akan nampak warna seakan-akan light green (Aloe Vera), tapi bila disapu rata ia akan jadi tak berwarna sekaligus memberikan warna natural (semulajadi) pada kulit wajah.




    So sekarang aku memang tak tinggal rutin pakai sunscreen. Hari-hari mesti apply aloe vera sunscreen sebelum keluar rumah. Even, duduk di rumah pun aku apply jugak. Kemana-mana pergi pun aku akan pastikan sunscreen ini ada dalam beg. Tak susah pun nak bawa sebab ia berbentuk tube dan penutupnya "twist-lock", tak mudah bocor.










    Memang sesuai sangat digunakan untuk semua peringkat umur. Aku juga rekomen kat anak-anak aku sebab mereka aktif dengan aktiviti di sekolah setiap hari, jadi perlu apply sunscreen untuk perlindungan kulit yang optimum. So kalau korang sedang mencari sunscreen yang sesuai, aku juga nak rekomen korang untuk gunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen.





    Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :





    Selamat mencuba!


    Friday, October 21, 2022

    Friday, October 21, 2022

    Kali Pertama Ke Ekspo Kucing 2022

     

    Bersawang habis blog bulan ni! Mana pergi semangat tu entah. Nak kata hilang, takda sebab. Mungkin terlampau sibuk dengan hidup sekarang sejak aku amik balik jawatan mama supir haha. Tapi syukur sangat kehidupan kini sedikit berubah. Tapi penatnya yarabbi! Badan dah tua la katakan.


    So moh le kite citer pasal ekspo kucing yang aku pergi awal bulan Oktober aritu. Memang aku dah lama sangat target nak bawa anak-anak pergi sini. Since kali pertama kami pergi sini, memang aku tak tahu apa nak expect atau nak kena bawa apa. Tapi yang aku tahu aku nak pergi sana tengok barang-barang kucing dan survey harga kibble.



    Ekspo Kucing yang berlangsung selama 3 hari ni diadakan di MARTRADE dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Kami dapat pergi pada hari terakhir ekspo, memang dah dapat agak akan lebih meriah dan padat dengan orang yang pergi pada saat-saat akhir. Tapi syukur kami pergi pagi dan tak perlu bersesak beratur nak beli tiket.


    Bayaran lima ringgit sorang, memang ok la sangat kan. Dapat gelang masuk dan buku baucar untuk tebus pelbagai barang kucing. Aku dah tak sabar nak 'ukur jalan' dalam dewan tu hehe. Anak-anak cakap mama ni terlebih eksaited sangat padahal bukan shopping barang aku atau diaorang pun. Eh mesti le eksaited, ni first time kot! Sayang anak-anak bulus macam ni la, kan aku dah cakap kalau dah sayang memang sayang sungguh!




    Ekspo kucing tapi bukan ada pameran kucing saja kat ekspo ni. Ada juga pameran burung, reptilia dan haiwan berbulu lain seperti arnab, hamster dan kambing. Pendek kata, yang datang ni bukan saja pencinta kucing tapi pencinta haiwan.


    Booth makanan kucing pelbagai jenama memenuhi setiap ruang dewan. Berpinau mata aku pergi ke setiap booth. Rupa-rupanya, buku baucar yang dapat free tadi boleh digunakan untuk tuntut hadiah dari setiap booth. Maklumla, first time datang tengok orang dok pegang buku baucar beratur tunggu nak dapatkan free gift. 


    Sambil-sambil tu kami singgah kat booth pameran haiwan dan mencuba beberapa aktiviti seperti beri makan arnab dan pegang ular!









    Nak jugak tu bergambar dengan haiwan haha. Dapatla bergambar dengan burung kakak tua, ular dan arnab. Ular tu memang aku tak tau dari mana datangnya keberanian nak sentuh dia! Inilah kali pertama aku pegang ular, tak sangka kulit dia licin dan lembut haha.


    Aku kalau nampak arnab mulala nak jadi macam budak-budak jugak. Teringin nak masuk 'kandang' bagi diaorang makan haha. Bayaran cuma lima ringgit pastu kau akan diberi sebatang lobak merah (kerat 20), masuk dalam dan bolehlah 'bermanja' dengan arnab sambil bagi makan haha.







    Penat berjalan dalam dewan, kami singgah food truck kat luar dewan ekspo untuk mengisi perut yang lapar. Lepas makan sambung lagi masuk dalam. Anak-anak dah mula mengeluh penat. Relaks la! Mama tak habis jalan lagi ni haha. Dari pukul 10 sampai pukul 2 petang aku keluar masuk dalam.


    Dah cukup tebus free gift dan beli kibble untuk 'majikan-majikan' di rumah, so moh le kita balik hehe. Alhamdulillah misi tercapai nak datang ekspo ni. Memang puas hati sangat dengan aturcara event ni, walaupun ramai sangat orang tapi masih mudah dapat parking kereta. Cuma kat pintu masuk tu kadang-kadang 'berlaga' dengan troli bawa barang yang keluar masuk. Bukti jualan laris la kan!


    Thank you suami dan anak-anak temankan mama jalan-jalan kat ekspo kucing ni. Looking forward to the next event kalau diizinkan :).

    Sunday, September 18, 2022

    Sunday, September 18, 2022

    Ikhtiar Untuk Milla Sembuh

     

    Bila vet sahkan Milla menghidap penyakit yang tiada ubatnya, hati mamacat mana yang tak luluh. Sedih, buntu memikirkan kalau takda ubat macam mana Milla nak sihat macam dulu? Adakah nyawa Milla semakin menghampiri pengakhirannya??


    Allahuakbar .... mama tak bersedia nak kehilangan Milla :'(.


    Walaupun tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Milla, tapi vet syorkan untuk mama beri Milla makan immune booster iaitu DMG untuk meningkatkan sistem imun badan Milla melawan penyakit dan virus. Mesti bagi setiap hari tanpa gagal dan perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat Milla.


    Mula-mula beli kat vet 10ml. Tapi vet kata kat Shopee ada jual, so aku beli terus yang 120ml. Harga?? Mahal lagi dari harga kibble 10kg! Tapi demi Milla, aku pejamkan mata beli jugak.



    DMG ada 2 jenama di pasaran, Vetri dan Biovet. Mana2 pun boleh tapi vet ni rekomen Vetri la. Alhamdulillah dah sampai pun dah setiap hari 1ml Milla. Syukurlah jugak dia jenis yang senang telan ubat. Mula-mula je 'drama' sikit, bila sampai di mulut dia elok menjilat hehe.




    Setakat ni, Milla menunjukkan kesan positif. Dia masih berselera makan dan minum, aktif dan tidak menyendiri macam dulu. Bengkak gusi pun dah tiada cuma benjol di tekak tu masih boleh dirasa dengan tangan. Membuang pun takda masalah.


    Moga Milla sentiasa bertenaga dan sihat. Mama akan berusaha sedaya yang boleh untuk buat Milla selesa.


    Thursday, September 01, 2022

    Thursday, September 01, 2022

    My Lucky Number 7!

     

    Cakap dah insaf. Tak nak amik kucing dah. Cukup dah 6 ekor tu. Tak nak bawak balik dah. Biar Dino jadi bongsu. Tapiiiiii dah namanya rezeki yang telah ditakdirkan. Maka, muncul lah kelibat nombor tujuh!


    Bukan aku yang bawak balik. Ni en, suami yang punya keje. Kisahnya lebih kurang sama dengan Mochi. Ditinggalkan ibu. Kiranya Mochi dan dia satu ibu. Ibunya galak beranak, bila dah melahirkan dia cuma jaga sekejap kemudian galak cari jantan balik. Kesian anaknya ni, en. suami tak sampai hati nak tinggalkan dia disana.


    Balik dari sekolah, adik tunjuk anak kucing dalam dakapan. Dah ceritanya macam tu, tak sampai hati la pulak nak tolak. Bela je la. 




    Macam biasa la, kalau ada kucing baru dalam rumah yang lain akan kembang kuncup hidungnya nak tahu siapa gerangan yang baru sampai tu. Dalam enam ekor tu, hanya Dino je yang 'meraikan' kedatangan anak kucing ni haha. Siap pakej raging lagi! Sikit pun Dino tak hiss atau marah atau cakar anak kucing tu.


    Yang lain habis berterabur lari menyorok atau hiss bila anak kucing melintas di depan haha. Lantak kan. Biar diaorang kenal mengenal satu sama lain. Aku jenis tak kurung kucing lama-lama sebab nak diaorang cepat mesra. Dalam 2-3 hari masing-masing dah boleh terima anak kucing ni.



    Abg Dino ajak main2

    Syukur yang lain dah boleh terima si Bennie. Tapi tu la yang peliknye si Bennie ni, dia makan memang cemerlang, cuma bab minum air/susu tu memang gagal! Nak kata dia tak reti jilat, elok je dia jilat wetfood haha. Aku kena bagi air/susu guna syringe baru dia minum. Tapi kencing berak elok pulak tu. Dia pun dah pandai membuang dalam litter box macam kakak2 dan abg2 dia.


    Bulan depan boleh dah start bawak gi vet untuk vaksin pertama dia. Bennie jangan nakal2 ye. Mama sayang Bennie! Nah mama belanja video Bennie kena raging ngan abg Dino :p.






    Monday, August 22, 2022

    Monday, August 22, 2022

    Jangan Sembarangan Klik Link Kalau Nak Akaun Bank Selamat

     

    Assalamualaikum. Berat mata membaca berat lagi bahu yang memikul. Dah viral satu Malaysia tentang perkongsian luahan Dr. Rafidah di fb beliau baru-baru ni pasal kehilangan duit dalam akaun bank 'sotong'. Bukan sikit-sikit hilang pulak tu, 13K!  


    Yang menyedihkan lagi tu, pemindahan duit dalam akaun bank beliau dibuat tanpa menggunakan sebarang TAC, macam yang selalu kita dapat tu kalau nak transfer duit ke akaun lain. Aku pun pelik jugak, macam mana duit boleh berpindah tanpa dapat TAC?? Selalunya, kita dengar kes akaun kena hack bila kita dapat TAC walaupun tak login akaun pun masa tu. Penggodam akan mesej kita dan mintak TAC kononnya tersilap tekan.


    Tapi sekarang diaorang punya jahat dah naik the next level nampak gaya. Lebih rakus dan ganas. Dalam kes Dr. ni, langsung tak mintak TAC alih-alih duit lesap dalam akaun! Allahuakbar .... 13K bukan sikit kak long. Itu pun Dr. kata dah redha. Kalau orang biasa macam kita ni?? Penat lelah orang, keringat dan kudrat empat tulang semua kat situ :'(.




    Balik pada cerita tadi. Umum memang dah tahu kalau duit dalam akaun lesap, bank takkan semudah itu nak ganti balik pada pemegang akaun. Kalau baca komen-komen, rata-ratanya memang cakap bank takkan bayar balik. Kira burn. Disalahkan kita pulak sebab tekan link yang bukan-bukan di media sosial. Bagi aku, kalau bank dah tahu dan dapat detect link tu tak selamat kenapa bank tak sekat? Mereka tentu dah tahu itu adalah phishing web kan? Yang orang ramai persoalkan sekarang adalah tahap keselamatan akaun bank tu yang membolehkan pemindahan duit secara banyak dalam satu hari boleh terjadi tanpa apa-apa syak wasangka.


    Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan bank lain, kalau ada pemindahan duit secara banyak dan meragukan, pihak bank sendiri akan call pemegang akaun tersebut untuk buat pengesahan. Bagi aku, itu adalah satu effort yang baik dari pihak bank. Kita yang tengah buat kerja tak tahu apa-apa, dalam masa yang sama duit dalam bank lesap! Sedih weiiiiii!


    Bila kita daftar online banking kat handphone, maknanya, kita percaya tahap keselamatan sistem apps yang menjaga duit kita. Bila dah jadi macam ni dan bank tak nak bertanggungjawab atas alasan kita yang tekan link dulu, jadi bunyinya bank macam nak 'lepas tangan'. Save at your own risk!


    So pengajaran yang boleh kita amik, berhati-hati ketika melayari sosial media. Jangan klik sembarangan link yang meragukan. Buang sikit curiosity tu. Jangan percaya bulat-bulat apa yang ada di fb, ig, tiktok, twitter dan sebagainya. Takda sapa yang akan tolong kita kalau duit dalam akaun dah lesap, apatah lagi bank.


    Lagi satu yang kita kena selalu alert dan beringat, kalau buat fpx payment jangan terburu-buru. Layout laman web bank mesti mintak username dahulu. Lepas tu akan keluar gambar security yang minta kita sahkan. Lepas tu baru dia minta password. 


    sumber : fb Johan Mohamed

     

    Macam yang kat atas ni, kita boleh nampak dia mintak username dan password serentak! Itulah tandanya korang sedang menghampiri lubang scammer. Cepat-cepatla keluar dari situ. Kalau korang pergi isi jugak kemudian dia keluar error, suh isi semula itulah maksudnya akaun korang berjaya digodam menggunakan keylogger. Lepas tu duit dalam akaun pun wassalam.


    Online banking pun dah tak selamat sekarang. Abis takkan nak delete semua apps bank dan buat urusan di kaunter je lepas ni? Bank-in duit pun guna CDM? Naya pak karim lagutuuuu! Benda semua hujung jari dah sekarang. Tapi inilah risikonya bila tahap sistem sekuriti online banking teruk. 


    Haramjadah 'toyol' siber!

    Disclaimer

    If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


    All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.