Breaking

Thursday, April 23, 2020

Thursday, April 23, 2020

'Mahal'nya Ustaz Ebit Lew


Assalamualaikum! Macam-macam hal la. Orang kita ni memang busuk hati tak habis-habis. Baik orang biasa, baik ustaz, baik PU atau apa saja la label syok sendiri yang diaorang ada. Sana sini berdegang canang dosa orang macam diri tu maksum sangat ye bhai!

Lagi kau kecam, lagi hebat kau dapat kecaman balik. Orang time macam sekarang ni nak tengok, nak rasa aura positif dan baik je. Aura dengki busuk hati mengecam orang lain buat orang menyampah meluat orang tak suka tau dak. Ustaz sama ustaz pulak tu! Heyyy bengong berganda-ganda. Kami yang orang biasa pun geleng kepala dengar. 

Besar sangat ke dosa UEL pada orang yang mengecam dia tu? Kalau kau tak boleh setuju atau support apa dia buat, kau senyap boleh tak. Yang menderma tak bising, kau yang tak menyumbang satu sen pulak yang nak canang haram halal orang.


sumber : fb UEL

Wednesday, April 22, 2020

Wednesday, April 22, 2020

CoVID-19 | Hari ke-36 PKP


Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah Perlis dah diumumkan sebagai zon hijau hari ini. Semalam Pasar Besar Selayang dikenakan PKPD selepas mencatat kes Covid-19. Tentera telah dikerahkan pasang kawat duri keliling kawasan sama seperti di Royal Mansion dan Malay Mansion. 

First, kena ingat satu benda. Kad UNCHR tu hanya terpakai di pintu imigresen je, bukan lesen untuk dapat hak keistimewaan di negara ini. 

sumber : fb KMNH
Wednesday, April 22, 2020

Motivasi bekerja ketika PKP


Assalamualaikum! Kalau kau dah ada satu habit mengunyah ketika bekerja, memang susah nak hilangkan, betul tak hehe. Dia ada dua, tak berhenti bercakap dan tak berhenti mengunyah haha. Takyah cakap orang lain la, diri ni pun kuat mengunyah jugak.

Lalu macam mana nak kurus? macam mana nak hilang buncit di perut ni? paha pun dah takda 'social distancing' ni hahaha! Asyik mengunyah je, tapi itulah terapi kebosanan ketika bekerja. Ngadap komputer berjam-jam memang boleh buat kita lapar. Nak berborak pun orang opis hour semua work from home je time PKP ni.


Tuesday, April 21, 2020

Tuesday, April 21, 2020

CoVID-19 | Hari ke-35 PKP


Assalamualaikum! Saat kita diulit lena, dunia telah melakar sejarah buat pertama kalinya. Pagi ini, harga minyak US jatuh dibawah paras $0 iaitu dalam kira-kira -$37 setong. Negatif ok..negatif!

Tak pernah terjadi dalam sejarah dunia harga minyak boleh jatuh ke paras negatif. Adakah harga minyak dunia jatuh itu satu benda yang baik? Adakah harga minyak kita turun itu satu perkara yang positif? Aku nak terangkan secara teknikal pun aku tak tahu, tapi korang boleh rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220325031409601&id=1043785278 untuk bagi fahamkan keadaan sekarang.

sumber : astroawani

Tuesday, April 21, 2020

Adakah PKP penyebabnya?



Assalamualaikum! Dah masuk PKP fasa ke-3, moga semuanya sihat dan baik-baik belaka. Moga sihat fizikal, mental dan rohani. Luar dan dalam. Ye la time PKP ni memang sesuatu yang sukar untuk semua orang. Tak boleh keluar, tak boleh berkumpul, tak boleh melakukan urusan seperti biasa macam dulu.

Jujur, aku mengaku aku juga terkesan dengan PKP. Fasa pertama dan kedua aku ok lagi, tapi masuk fasa ketiga seperti terumbang-ambing sedikit. Nak kata stres terkurung, takda yang berubah sangat pun. Aku kena juga keluar pergi bekerja.

Nak kata tak cukup makan, alhamdulillah walaupun tak mewah tapi barang asas dapur cukup. Cuma hati tu rindu nak balik kampung. Rindu nak naik bas macam dulu. Rindu nak bawa mak pergi Family Store beli barang. Mujurlah bulan awal bulan Mac aritu aku sempat balik jenguk mak dan abah, kalau tak lagi tak stabil emosi aku ni.


Monday, April 20, 2020

Monday, April 20, 2020

CoVID-19 | Hari ke-34 PKP


Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah kes baru Covid-19 dalam tiga hari berturut-turut ni ada penurunan. Perkembangan yang cukup memberangsangkan walaupun kita belum boleh lagi menarik nafas lega.

Dr. Hisham cakap walaupun tiada lagi kes baru dan PKP ditamatkan, kita tetap perlu hidup dengan 'New Normal' iaitu tiada bersalaman, tidak berkumpul secara beramai-ramai dan jaga penjarakan sosial sehingga vaksin Covid-19 berjaya dihasilkan.

sumber : malaysiagazette
Monday, April 20, 2020

Pancake PKP


Assalamualaikum! Amboiii tak pernah pernah aku buat pancake, tahun ni aku buat. Untuk siapa? untuk anak-anak tersayang la. Tekak nak makan pancake katanye. Omak kau dah la tak berapa pro tapi demi nak memenuhi hajat anak-anak omak ni buat jugak lah. 

Jadi tak jadi, belakang kira. Janji buat dulu.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.