Cara Mendapatkan Kulit Lembap Berseri Dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Assalamualaikum! Nak mengekalkan kulit yang sihat dan berseri bukanlah sesuatu yang mudah bagi orang yang mempunyai kulit bermasalah seperti aku. Kulit kering sangat pun tak elok, berminyak sangat pun tak sihat.
Kalau dulu, aku tak berapa cakna bab penjagaan kulit ni. Namun, bila dah semakin dewasa baru aku sedar betapa pentingnya kita jaga kulit seawal usia muda. Sebab tu, kita kena praktikkan lima langkah mudah penjagaan kulit. Buat yang asas je pun dah ok.
Moisturizer atau krim pelembap muka merupakan salah satu tips untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan sihat. Takda pelembap muka memang kering habis kulit dan pori-pori akan jadi lebih besar. Sentuh kulit pun jadi kasar dan kesat. Sangat tak best kan!
Di pasaran ada pelbagai jenis pelembap muka yang boleh kita gunakan mengikut kesesuaian jenis kulit. Seperti kelazimannya, aku akan pilih produk yang mengandungi free-chemical dan selamat digunakan dan pilihan aku adalah Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang telah terbukti Paraben-Free, Sulfate-Free dan Alcohol-Free.
Fungsi Krim Pelembap
Bila kulit terdedah lama dibawah cahaya matahari, ia akan hilang kelembapan dan hidrasi menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar. Fungsi Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini mencerahkan dan melembapkan kulit wajah. Ianya jenis water drop based cream atau berasaskan air yang meresap cepat apabila disapu pada kulit. Selain itu, ia berfungsi untuk :
- melembapkan dan menghidrat kulit
- mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit
- membaiki kulit kemerahan dan kulit rosak kesan dari sunburn
- mengurangkan pori pada wajah
- memperbaiki dan mencerahkan tona kulit tidak sekata, merawat hiperpigmentasi
- Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori, tidak menyebabkan jerawat
- Membaiki kekeringan & kulit rosak akibat sunburn
- Memastikan kelembapan meresap ke dalam lapisan kulit dalam
- Memberikan tona kulit cerah, kawalan minyak, membersihkan dan menganjalkan kulit wajah
- Memberi kesan pencerahan dan kelembapan
- Mengurangkan liang pori wajah dan boleh mengawal kulit berminyak