Breaking

Friday, June 01, 2018

Friday, June 01, 2018

GST 6% | Hari Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum! Tarikh 1 Jun 2018 telah lama dinanti-nantikan semenjak berakhirnya PRU 14. Sebab apa? Sebab hari ini adalah hari pertama tiadanya GST.

No more GST!

Dulu dah kena game bila bekas menteri kata bila gst dilaksanakan, harga barang akan turun. Akhirnya kita semua kena tipu! hehe. Harga barang bukan makin turun, makin naik ade la. Belum lagi nak kira harga minyak petrol yang tak menentu setiap minggu. Orang meniaga pun celaru jadinya, maka nak tak nak kena juga naikkan harga.


Tadi aku masuk pasaraya macam biasa beli barang untuk berbuka puasa. Alhamdulillah tiada lagi caj gst 6% pada resit. Moga harga barang terutama barangan keperluan harian tidak lagi naik mendadak seperti sebelum ni.

Love,
Hanim

Thursday, May 31, 2018

Thursday, May 31, 2018

Tabung Harapan Malaysia


Assalamualaikum! Banyak komen dan pandangan yang diberikan oleh netizen bila tertubuhnya Tabung Harapan Malaysia. Baru-baru ni PM kita, Tun Mahathir menyatakan rasa terharu dan memohon sumbangan derma pada rakyat Malaysia yang sudi dan ingin membantu bagi menghadapi krisis keberhutangan negara yang kini menjadi isu panas semenjak kerajaan baru terbentuk pada 10 Mei 2018.

Yang menyokong ramai, tak kurang juga yang meroyan tanda tak setuju. Dah nama pun derma atau sumbangan, kenapa perlu cepat melatah? Orang lain buat onar takda pulak mereka nak melatah atau pertikaikan?



Selalu kita tanya, apa sumbangan kita pada negara. Nah, inilah masanya kita berhenti bertanya dan lakukan apa yang kita perlu lakukan untuk negara tercinta. 

Kalau anda rakyat yang prihatin dan tak kisah untuk menderma dan menyumbang secara sukarela, bolehlah sumbangkan ke AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA ( cek) dan JABATAN AKAUNTAN NEGARA(online) melalui akaun:
MAYBANK 5660 1062 6452

Mungkin juga ada antara korang yang mungkin tidak bersetuju dengan aku tentang perkara ini. Itu adalah hak masing-masing untuk menerimanya. Asalkan kita jangan perlekeh usaha yang mereka cuba lakukan untuk selamatkan kewangan negara kita.

Lagi satu, jangan pi masukkan duit ke sembarangan akaun bank ya. Rujuk dulu akaun bank tu samada dari Kementerian Kewangan atau tidak. Pastikan ianya sah dari Kementerian Kewangan barulah derma.

Tapi ingat, ini derma .. sumbangan. Takda paksaan untuk kita. Nak derma dermalah seikhlas hati. Takmo derma duduk diam-diam jangan banyak bunyi dan komplen. Orang nak selamatkan kewangan negara yang sememangnya dah buruk rekodnya. Kita yang tak menyumbang apa ni jangan menunjukkan kecetekan akal mempersoalkan rasional orang yang hendak membantu.

Love,
Hanim

Monday, May 28, 2018

Monday, May 28, 2018

Apa Komen Mereka Tentang Simpul Kasih Razhani?


Assalamualaikum! Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa. Bagaimana puasa kalian sepanjang dua minggu ni? Sempurna ke tak? Yang menentukan sempurna atau tidak itu hanya Allah yang bisa tentukan betul tak. Kita ni sebagai hamba hanya perlu melaksanakan perintahNya sebaik mungkin ok.

#DoneTazkirah pagi ni hehehe....

Ok, so bercakap tentang Simpul Kasih Razhani. Sebelum masuk puasa hari tu aku ada buatkan beberapa tempahan untuk makan makan biasa pelanggan. Aku cakap kalau sudi berilah pandangan dan komen macam mana persembahan dan rasa simpul kasih kami tu. 


Thursday, May 24, 2018

Thursday, May 24, 2018

Senarai Gaji Perdana Menteri dan Menteri-menteri Lain Selepas Ditolak 10%



Assalamualaikum! Cerita pasal gaji lagi kita ye hehe. Tapi bukan nak cerita pasal penjawat awam dapat gaji, tapi nak cerita pasal gaji PM dan ahli kabinet yang lain! Tidak menjadi kelaziman untuk para menteri mengongsikan nilai pendapatan bulanan mereka sebagai menteri dan ahli kabinet, tapi dengan pimpinan kerajaan yang baru ini, semuanya dihujung jari!

So dalam sidang media kelmarin, PM ada menyatakan bahawa gaji PM ,TPM dan ahli kabinet yang lain akan dipotong sebanyak 10% berikutan melihatkan kepada keadaan kewangan dan hutang negara. Ini adalah satu langkah baru yang disambut baik oleh semua terutama rakyat.


Agong bersama barisan menteri dan ahli kabinet yang baru selepas majlis angkat sumpah

Thursday, May 24, 2018

Makan Malam Dengan Family Uncle Musa


Assalamualaikum! Masuk hari ke-8 kita berpuasa ni barulah mata tak berapa nak mengantuk rasa. Mungkin sebab aura gaji hari ni haha maka bahagia tu telah melenyapkan kemengantukan seminggu lepas. Alhamdulillah dapatlah belanja anak-anak makan untuk buka puasa kang insyaAllah.

Tak tau nak cerita apa hari ni. Nak cerita politik, kita bukan pakar sangat dalam analisis politik. Tapi kita suka baca perkembangan semasa dunia hari ini terutama yang berlaku dalam negara kita. Apapun, moga dengan adanya pimpinan baru ini segala masalah dan kemelut yang sedang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan baik. Kecam pun tak guna, menyalak apatah lagi. Tugas kita sebagai rakyat dah selesai dalam PRU14 yang lalu. Sekarang bagi laluan pada mereka yang terpilih untuk buat kerja. 

Anyway, since kita takda cerita gosip best nak dikongsi so kita share la cerita few months back dimana kami telah dijemput oleh Uncle Musa and his family untuk makan malam di Restoran Simply Ribs, TTDI. 


Monday, May 21, 2018

Monday, May 21, 2018

Juadah wajib kami bila tiba puasa!


Assalamualaikum! Dah masuk hari kelima kita berpuasa, rasanya masih tak terlambat aku ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan muslimin dan muslimat. Dan dah masuk hari kelima jugalah, mata aku masih 'lalok' sebab mengantuk hehe.

Ni pun barulah berkesempatan nak bukak blog sebab dah beberapa minggu ni aku dok sibuk dengan dunia realiti sampai takda masa nak duduk dalam dunia maya sekejap. 

Bila bercerita pasal bulan Ramadan, mesti sangat sinonim dengan satu jenis makanan ni. Dalam banyak-banyak juadah yang dijual di Pasar Ramadan atau yang dimasak sendiri, bubur lambuk adalah makanan yang akan aku hadap setiap kali ketika berbuka. Tak makan nasi takpa, asalkan ada bubur lambuk.


sumber : google

Wednesday, May 16, 2018

Wednesday, May 16, 2018

Hadiah Hari Guru | Istimewa Tapi Kelakor!


Assalamualaikum! Mira ni kuat blur berbanding kakaknya. Entah apa yang dia fikir sebenarnya hehe. Tapi keletahnya memang tak pernah tak menghiburkan! Lawak dia kadang-kadang boleh diterima, tapi kadang-kadang ada yang tak masuk di akal!

Sambutan Hari Guru biasalah anak-anak nak bagi hadiah untuk cikgu-cikgu mereka. Oklah, kita gi kedai cenderahati tengok hadiah apa yang menarik untuk bagi pada cikgu. Pilih punya pilih, sorang ambil satu. Hadiah bebas pilihlah apa saja, tapi kena hadap ibu dulu untuk 'ditapis' haha. 

Pastu diaorang pilih pembalut dan kad ucapan sorang satu.

Thursday, May 10, 2018

Thursday, May 10, 2018

PRU14 | Sehari selepas 9 Mei


Assalamualaikum! How does it feel to breathe air after the May 9th? We still breathe the same air but I admit the air after the May 9th is more fresher!

Syukur alhamdulillah seluruh rakyat Malaysia tak tido malam tadi kerana menantikan keputusan rasmi PRU14. Dari jam 5pm dah tercongok depan tv dan handphone untuk mengetahui status undi di tempat masing-masing.


Wednesday, May 09, 2018

Wednesday, May 09, 2018

#PRU14 | Mengundi kali kedua!


Assalamualaikum! Berdebor rasa menunggu keputusan #PRU14 malam ni. Macam-macam ramalan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang siapakah yang akan membentuk kerajaan pada 10hb Mei ini.

Sebagai rakyat Malaysia, aku seperti orang lain telah menunaikan tanggungjawab tengahari tadi. Panjang betul orang beratur, tapi demi Malaysia tercinta dan kerana tanggungjawab kami sebagai pengundi yang akan menentukan masa depan negara tercinta, barisan panjang pun kami redah! hehe.


Cuaca cerah baik punya. Panas jangan cakapla tapi benda lima tahun sekali mana boleh tak buat kan.

Sunday, May 06, 2018

Sunday, May 06, 2018

Wujudkan Baiti Jannati Untuk Golongan Miskin Bandar


Assalamualaikum! Istilah Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku memang ramai yang dah tahu kan? Semua orang juga ingin merasai aura Baiti Jannati dalam kehidupan mereka, samada dengan ibubapa atau dengan pasangan hidup masing-masing. 

Dan itu membuatkan aku terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Baiti Jannati? Ada orang berpendapat Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku maksudnya mempunyai sebuah rumah yang selesa didiami oleh sebuah keluarga.

Ada pula yang berpandangan Rumahku Syurgaku ni bila kita pandang wajah ibu kita, ayah kita, anak-anak kita, pasangan hidup kita itulah yang sentiasa membuat kita rasa bahagia dan disayangi.

Tapi kalau kita rangkumkan kedua-duanya sekali, pasti pengertiannya lebih tepat dan mendalam kan? 😉



Wednesday, May 02, 2018

Wednesday, May 02, 2018

Kelas Aneka Cheese Cake


Assalamualaikum! Tiga kelas yang aku ambil untuk tahun ni di bawah Puspanita Kebangsaan semuanya tentang kek! Memula kelas Chocolate Cheese Lava Cake, pastu kelas Dekorasi Kek, minggu lepas aku gi kelas Aneka Cheese Cake pulak.

Tidak seperti dua kelas sebelum ni, kelas Aneka Cheese Cake ni dibuat di Kolej Komuniti Selayang dan merupakan kunjungan pertama aku disana. 

Sama juga dengan sebelum ni, aku juga takda pengetahuan tentang kek apatah lagi cheese cake. Tapi bila dah masuk kelas ni ...ohhhh senang jugak nak membuatnya ye hehe. Cuma bahan yang digunakan berkualiti dan mahal, patutlah cheese cake boleh cecah RM15 sebekas!

Monday, April 30, 2018

Monday, April 30, 2018

Peluang Miliki Rumah Mampu Milik Dengan RUMAWIP



Assalamualaikum! Memiliki rumah pertama sendiri adalah impian bagi setiap orang terutama warga kota yang tinggal dan bekerja di bandar. Namun, faktor kos sara hidup yang tinggi menyebabkan komitmen untuk memiliki rumah sendiri di bandar terbatas. Selain itu kos pemilikan tanah dan kos penyediaan infrastruktur turut mempengaruhi keperluan untuk memiliki rumah terutama kepada warga kota yang bergaji kecil.

Demi memastikan warga kota di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat mengecapi impian memiliki rumah pertama sendiri, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mewujudkan satu program inisiatif iaitu Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) bagi merealisasikan impian ini.

Inisiatif bermula pada pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri yang menyedari tentang keperluan kerajaan menyediakan perumahan selesa dan mampu milik kerana ia merupakan keperluan asas rakyat. 

Thursday, April 26, 2018

Thursday, April 26, 2018

Kelas Dekorasi Kek


Assalamualaikum!


Saat-saat yang kuidamkan telah pun tiba! Sebelum sampai kelas ni, termenung kejap apela yang cikgu tu nak ajar kitaorang nanti yek. Dah la buat kek tak reti (aku le tu), ni nak ajar deko kek pulak. Seumur hidup pun tak pernah pegang piping bag tu lagi haha. Tapi takpela ... tu la sebabnya kita join kelas ni kan. Nak ambil pengalaman dan belajar benda baru.

Aku suka sangat dengan kek! Suka tengok kek-kek yang designnya cantik dan comel. Macam mana diaorang buat bunga, macam mana diaorang buat tulisan, macam mana jadi daun ... semua aku nak tahu! Dah tua-tua gini pun tahap curiosity tu ada lagi kan hahaha!

Dan lagi satu ... aku teringin sebenarnya. Teringin nak menghasilkan kek sendiri. Aku kagum dengan orang yang pandai buat kek ni. Kagum dari jauh je la hehe. Betapa halusnya seni tangan diaorang nak membentuk atas kek tu. Kalau aku buat, dari normal boleh dapat 'Parkinson' tetiba sebab nak lalukan piping bag buat bentuk atas kek tu bukan mudah ye! hehe. 

Dah la kita ni suka makan kek, terutama yang buttercream .. tu yang gigih nak belajar jugak!


Wednesday, April 25, 2018

Wednesday, April 25, 2018

Dua kali datang lambat!


Assalamualaikum!


Dua hari berturut-turut masuk sekolah lambat! Tapi bukan saje suka-suka nak masuk lambat, ada sebab dan musabab yang munsabah dan boleh diterima akal. Bak kata orang, kalau cikgu suruh buat surat tunjuk sebab kenapa lambat pun ibu boleh bagitau tanpa was-was sebab apa lambat.

Kita keluar awal dah, sampai di tempat kejadian sebelum pukul 7 pagi tapi bila sampai depan pintu penjara Pudu, kereta dah bergerak 'semput'. Rupanya sebab kerja-kerja penurapan jalan di jalan yang kami lalu. Tapi laluan sebelah je dia tutup, maka masih boleh lalu lagi la semalam.

Hari pertama

Monday, April 23, 2018

Monday, April 23, 2018

Kelas Kek Coklat Cheese Lava


Assalamualaikum!


Memang lama dah teringin nak masuk kelas memasak atau membaking ni. Dari tahun lepas lagi, cuma rezeki tu datang tahun ni. Alhamdulillah, aku berkesempatan mengikuti kelas pertama membuat kek coklat cheese lava atau omputih kata Chocolate Cheese Lava Cake.


Dalam fikiran aku dah tentulah terbayang chocolate cheese lava cake yang biasa kami order kat Dominos tu hahaha, tapi rupanya yang ni lain. Sedap dan keknya lembut!

Thursday, April 19, 2018

Thursday, April 19, 2018

Sukan Tahunan Sekolah


Assalamualaikum!


Dua program sekolah ni pasti akan dapat sambutan luar biasa dari ibubapa setiap tahun. Pertama, Hari Anugerah Cemerlang. Kedua, Sukan Tahunan Sekolah. Tapi ada satu program yang bilamana cikgu jemput ibubapa datang, mesti sambutannya sangat mendukacitakan ..... iaitu mesyuarat PIBG! 😁

Anyway, sukan sekolah diaorang jatuh pada hari Ahad yang lepas. Memang eksaited terutama Mira yang tak sabar nak lari dalam acara 100m. Acara lain pun dia ada masuk juga seperti lompat tinggi. Ibu macam tak percaya je anak ibu ni boleh melompat tinggi haha. 




Tuesday, April 17, 2018

Tuesday, April 17, 2018

PRU14 | Semak Lokasi Mengundi


Assalamualaikum!

Semakin hampir PRU ni, semakin banyak pula isu tentang hal mengundi terutamanya tempat membuang undi. Ramai juga yang mengeluh kerana permohonan mereka untuk bertukar tempat mengundi masih belum diluluskan. 

Tak kurang juga dengan persoalan orang kita yang belum pernah daftar mengundi tapi namanya sudah ada sebagai pengundi beserta lokasi tempat membuang undi huhu.

Korang dah semak lokasi mengundi ke belum? Kalau belum jom kita semak!



Friday, April 13, 2018

Friday, April 13, 2018

Keputusan peperiksaan Hazwani mengejutkan kami!


Assalamualaikum!


Sungguh!! Bukan aku je tergamam, ayahnya pun terdiam bila ditunjukkan keputusan ujian sekolah agama Hazwani petang semalam. Memang tak percaya tapi itulah kebenarannya. Bukan tak yakin dengan anak sendiri, tapi takkan la aku nak menipu pulak. Perasaan pada ketika itu macam tak percaya bila tengok buku laporan dia.

Walaupun ini baru peringkat Ujian tapi dah cukup membanggakan kami berdua! Apatah lagi Hazwani dah darjah 5 dan bakal menduduk Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun ini membuatkan jadual belajarnya semakin padat dan ketat. Dengan ujian sekolah rendahnya, dengan sukannya, dengan ujian sekolah agamanya memang setiap hari ada je aktivitinya.


Wednesday, April 11, 2018

Wednesday, April 11, 2018

PRU 14 | Tarikh PRU Dipersoal, Akhirnya 9 Mei Diumum Sebagai Cuti Kelepasan Am


Assalamualaikum!


Kuasa di tangan andaaaaaa! Tu la dia penangan suara rakyat di media sosial! Majoriti ramai yang mempersoalkan tarikh PRU ke 14 dari hari ia diumumkan sehinggalah ke hari ini hehe. Perghh .. power suara korang yek! Apapun, barangkali kerana rungutan dan keluhan yang banyak dan berpanjangan inilah, maka hari ini Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan pengumuman rasmi bahawa tarikh 9 Mei 2018 adalah Hari Cuti Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Pilihanraya Umum Ke 14!

Yeayyy!


Tuesday, April 10, 2018

Tuesday, April 10, 2018

Ramai Mengeluh Tarikh Mengundi PRU 14 Jatuh Pada 9 Mei 2018


Assalamualaikum!


Berita tentang tarikh Pilihanraya Umum ke 14 telah pun tersebar dengan pantas, dan secara rasminya tarikh PRU 14 jatuh pada 9hb Mei 2018. Maksudnya, lebih kurang sebulan dari sekarang rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi akan menjalankan kewajipan untuk membuang undi untuk memilih kerajaan baru yang akan mentadbir negara tercinta. 

Seperti yang dijangkakan, berita pengumuman tarikh rasmi PRU tidak berapa diterima dengan baik oleh kebanyakan orang kita. Bukan semua orang boleh ambil cuti serentak pada tarikh tersebut yang merupakan hari bekerja (pertengahan minggu), apatah lagi jika mereka perlu pulang ke kampung halaman yang jauh semata-mata untuk mengundi.

Apapun, tarikh telah dikeluarkan maka yang mengundi jauh kena rancang cuti dan perjalanan supaya tak stres. Tapi tengok dari luahan kawan-kawan lain di fb, memang ramai yang tak puas hati sekarang ni hehe.




Tuesday, April 10, 2018

Akhirnya Mira Menang!


Assalamualaikum!


Setelah berminggu-minggu dia kemurungan, akhirnya berjaya juga Mira menang hadiah! hehe. Agak teruk juga nak pujuk dan meyakinkan dia tau bila tiap kali racing dia kalah. Kita nak main racing hanya untuk suka-suka, tak semestinya kena menang baru tidur lena hehe. Tapi, opkoslah naluri nak menang tu tetap ada dalam diri anak-anak kita kan.

Maka, untuk usaha tanpa jemu setiap minggu akhirnya membuahkan hasil. Mira berjaya menduduki tempat podium kedua sekaligus menjadi naib johan untuk racing hotwheels minggu lepas. Alhamdulillah ... tahniah anak ibu!


Kereta Mira yang warna ungu

Thursday, April 05, 2018

Thursday, April 05, 2018

Bela Kucing Tapi Takda Adab


Assalamualaikum!


Dari sehari ke sehari aku menghadapi masalah ni. Bukan sekali dua terkena macam ni, tapi masih juga tak berkesudahan. Hari ni nak kena membebel jugak la sikit bab kucing ni. Aku takda masalah dengan kucing, malah aku pernah bela kucing dulu. Tapi aku ada masalah dengan tuan punya kucing! 

Aku tak faham dengan diaorang ni, orang nak bela kucing ko nak bela kucing. Tapi bab kebersihan, bab kebajikan kucing ko tak pandai. Nak membela kucing tak salah, asalkan kita sebagai pemilik kucing tahu adab-adabnya sebab kita ni hidup berjiran. Kalau ko duduk rumah banglo atau teres, tak jadi masalah nak bela kucing. Tapi bila ko duduk di apartmen, di kawasan flat maka ko kena peka sikitla kucing ko 'membuang' kat mana!


Tuesday, April 03, 2018

Friday, March 30, 2018

Friday, March 30, 2018

BR1M "Dalam Proses" Dah "Lulus"!


Assalamualaikum!


Ramai yang mengeluh kenapa status BR1M mereka masih "Dalam Proses" walaupun tempoh pembayaran BR1M dah lama berlalu. Memang ramai sangat yang berharap dengan BR1M ni kan, tambah orang tua yang duduk di kampung terpaksa berulang-alik ke bank cek akaun hampir setiap hari.

Pembayaran BR1M tahun ini dilakukan secara berperingkat dan bukan serentak seperti sebelum ni. Pada yang boleh akses di laman web mesti frust juga kalau status tu masih cakap dalam proses, tapi mengikut kawan aku yang dah cek BR1M, status "Dalam Proses" tu dah pun jadi "Lulus" petang semalam!


Tuesday, March 27, 2018

Tuesday, March 27, 2018

Wangian Losyen ENCHANTEUR, Yang Mana Satu Pilihanku?

Assalamualaikum!


Masalah kulit kering dan kasar bukan sahaja dialami oleh golongan surirumah, tapi ia juga dialami oleh wanita berkerjaya seperti aku. 

Bekerja lapan jam sehari di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan kulit tangan dan badan kering dan kasar. 

Bayangkan la kalau sehari aku terlupa pakai losyen, memang ketara rasa kekasaran kulitku ini huhu.



Sebab itu, amat penting untuk ada losyen dalam beg aku. Bila dah sapu losyen, baru rasa yakin nak salam dengan orang. I mean salam dengan suami tercinta dan anak-anak waktu pergi sekolah ye hehe. 

Tertinggal minyak wangi takpe, jangan tertinggal losyen!

Ok dalam banyak-banyak losyen, yang mana satu aku suka? Dah tentu kriteria pilihan aku adalah jenis losyen yang tidak melekitcepat menyerapmelembutkan kulitwangi serta memberi dan  mengekalkan hidrasi pada kulit sepanjang hari sebab aku banyak habiskan masa di pejabat. 


LOSYEN ENCHANTEUR 24H MOIST


So, untuk losyen badan aku memang sukakan wangian losyen Enchanteur 24H Moist. Sekarang ni losyen badan Enchanteur ada 3 variasi baru iaitu CharmingRomantic dan Alluring bagi memastikan kulit sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

Kandungan air mawarekstrak bunga lili putih dan minyak zaiton asli menjadikan kulit kita lebih bermaya dan sihat jika disapu selalu. Lagi satu, rangkaian losyen Enchanteur ni base dia air, so kulit tak rasa melekit atau berminyak.


LOSYEN ENCHANTEUR SATIN SMOOTH & LOSYEN ENCHANTEUR RADIANT WHITE



Untuk losyen Enchanteur Satin Smooth ni, kombinasi Aloe Vera dan Olive Butter memberikan sapuan yang halus dan memastikan kelembapan. Kalau korang nak tahu, haruman Stunning yang terbaru ni dihasilkan daripada 3 bahan iaitu Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds. Terasa lembut dan nyaman bila sapu di lengan. Baunya pun wangi dan menenangkan.

Dan yang terakhir, losyen Enchanteur Radiant White dengan tiga variasi iaitu CharmingAlluring dan Romantic. Tapi yang aku punya ni Alluring, dirumus khas dengan Vitamin C dan Licorice Extract menjadikan kulit lebih ringan dan lembap sambil dilindungi oleh sinar UV. Harumannya terasa seperti kulit kita dibelai dengan sempurna!

So, dalam banyak-banyak pilihan losyen Enchanteur yang menawan ni yang mana satu agaknya yang menjadi pilihanku? Kesemuanya ada fungsi tersendiri dan mempunyai haruman yang menggoda. Tapi dah tentulah aku pilih rangkaian Losyen Enchanteur 24H Moist, sebab amat praktikal untuk kegunaan di pejabat. Harumannya yang wangi dan tak 'over', cepat menyerap ke dalam kulit dan tahan lembap sepanjang hari.

Kalau korang belum cuba losyen Enchanteur, bolehlah dapatkannya hari ni pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol besar 220ml di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. 

Sebarang maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, boleh layari www.enchanteur.com.my atau www.facebook.com/EnchanteurMY

Monday, March 26, 2018

Monday, March 26, 2018

Happy Birthday My Princesses!


Assalamualaikum!


Seminggu lebih 'bercuti' dari blog, terus jem kepala otak ni! Nikmat cuti sempena cuti sekolah aritu membuatkan kemalasan yang berganda-ganda hahaha! Cukup-cukuplah malas awak tu Nim, kasi update satu cerita hari ni ok!

Bulan Mac bulan yang istimewa buat kami sekeluarga, awal bulan aritu anniversary kami. Dan pada 23 Mac yang lalu, birthday dua orang puteri kami. Alhamdulillah masing-masing dah menginjak satu tahun. Mana ibu pergi kalau diaorang tengok anak-anak ibu, mesti kuar soalan "besar dah Mira tu Nim ... taknak bagi dia adik lagi ke?" Aduhaiii ...tak tahu macam mano den nak jawab hehehe, rezeki anak ni siapa pun takkan menolak apatah lagi kalau kita dah lama mengharap. Tapi aku senang je, we go with the flow ... insyaAllah doa-doakan yek!


selfie senyap-senyap dua beradik

Tuesday, March 13, 2018

Tuesday, March 13, 2018

AWAS Jika Terima Mesej Menang Nombor Celcom!


Assalamualaikum!


Musim menipu tak pernah habis. Ade je cara nak pau duit rakyat marhaen seperti kita. Berhati-hatilah wahai kawan-kawan. Ini semua mainan doniaaaa!

Jangan cepat melompat sangat kalau dapat mesej macam ni ye. Selidik dulu apa yang tak kena kalau tiba-tiba kita diumum sebagai pemenang. Dah la bahasa kelaut, ada hati nak nipu ... pooorahhhhh!


Monday, March 12, 2018

Monday, March 12, 2018

Kakak menang apa tu?


Assalamualaikum!


Buat julung-julung kalinya, ada juga yang menang hadiah akhirnya! Dah berminggu-minggu diaorang masuk race, asyik kalah je hehe tapi malam tu rezeki buat kakak walaupun hanya tempat ketiga.

Boleh dikatakan setiap Sabtu kitaorg akan berkampung di PJ untuk TTKC sebab diaorang ada bukak jualan dan pameran kereta hotwheels disana. Untuk memeriahkan lagi suasana, diaorang adakan racing untuk dua kategori, kanak-kanak dan dewasa. 


Tahniah kakak! Kesian yang tudung biru tu hahaha

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.