Breaking

Thursday, May 04, 2023

Thursday, May 04, 2023

Suka Duka Ramadan 2023

 

Jujur aku cakap Ramadan tahun ini aku diduga dengan ujian tak henti-henti. Tapi lepas semuanya selesai dan keadaan kembali normal, aku baru sedar yang aku tak cukup bersyukur dengan ujian yang Allah bagi ni. Maha Benar bila Allah berfirman terlalu sedikit dari mereka yang bersyukur. 


Dalam kedukaan masih ada nikmat yang Allah berikan padaku. Walaupun tahun ni aku dah ditakdirkan beraya di pejabat tapi alhamdulillah dapat menyambut awal Ramadan bersama mak. Dua hari yang sangat bermakna walaupun masa sangat cepat berlalu. Selama dua hari tu jugak aku penuhkan meja dengan makanan bazar. Apa yang mak teringin nak makan aku belikan.


Yang dukanya, disebabkan aku tak dapat cuti raya tahun ni maka aku tak dapat nak masak-masak dengan mak pada hari mantai seperti sebelum ni. Dengan kata lain mak kena masak sorang😭Mujurlah mak memahami situasi kerja aku yang tak menentu ni. Aku cakap mak jangan masak kalau tak larat. Tunggu anim balik baru kita masak sama-sama.




Balik dari kampung, beberapa hari lepas tu kereta aku buat hal pulak. Tak boleh start enjin pulak dohhhh! Dah la dia buat hal time aku nak pergi amik anak sekolah. Terpaksa aku tempah Grab dari KL ke PJ! Terbang lagi tiga ratus untuk bateri baru. Terima kasih kat adik Grab yang tolong dari awal sampai akhir. 

Kalau ikutkan hati memang sedih sebab duit tu nak guna tuk benda lain, tapi lega juga sebab masa bateri kereta buat hal aku masih ada duit lagi dalam simpanan. 



Tapi peristiwa yang ni paling dahsyat pernah aku alami selama aku hidup. Biasanya aku yang last kunci pintu. Tapi hari tu aku gi buang sampah, pastu terus masuk kereta. So anak aku la yang kuncikan pintu. Sampai sekolah dah bersalam cium segala si anak pun masuk ke dalam sekolah.


Yang aku pun drive balik ke rumah dengan senang hati. Dalam kepala dah terbayang plan nak sambung buat popia simpul, nak baring2 rehat sebelum keluar balik tengaharinya amik anak. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.

Dimatikan enjin dan nak amik kunci dalam kereta. Aikk mana kunci ni? Habis satu kereta aku selongkar. Tapi kunci tak berjumpa. Rupa2nya si anak terbawak pergi sekolah. Lupa nak letak dalam kereta sebelum keluar kereta. Kunci spare dalam rumah!

Maka berpishang la aku kena 'sidai' di luar rumah selama lebih 4 jam😂 Nak marah pun tak guna. Nak gelak pun ada tapi aku lebih kepada termenung main telefon selama empat jam tu haha.




Antara kenangan manis aku di tahun 2023 ni, impian untuk memiliki sebuah air fryer tercapai bila aku menang cabutan dalam satu kontes di fb. Memang aku tak jangka boleh dapat sebenarnya, sebab yang join kontes ni ramai ye. Tapi mata tu dah melekat kat kotak air fryer😂 Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Tapi lepas tu aku diuji lagi. Dalam bulan Ramadan jugak aku kena maki dan difitnah ketika bertugas. Bayangkan kau diherdik dan ditengking dalam telefon sehingga kau terpaksa menjauhkan gagang telefon dari telinga. Aku pun tak tahu la dari mana datangnya kesabaran aku malam tu😂 Dah la aku tak habis cakap lagi dia terus letak gagang. Aku call balik nak cakap ngan dia tapi orang lain angkat. Ingat aku tak berani call balik ke. Aku tanya nama dia sapa, tak berani pulak dia bagitau.

Last-last aku jumpa pengarah terus. Aku ceritakan dari A sampai Z. Rupanya dia terkenal dengan reputasi suka maki hamun orang, aku je yang baru tau😂 Ingatkan aku mangsa pertama, rupanya ramai lagi yang dah kena ngan dia. Nokharommmm punya perangai. Aku cerita biar ada rekod, walaupun sampai ke hari ni aku tak tahu samada tindakan dah diambil atau tiada.




Tempahan popia simpul tahun ni alhamdulillah syukur seadanya. Tahun 2021 aku tak buat sebab masih bersedih atas pemergian arwah abah dan langsung takda mood. Tahun 2022 aku start buat balik atas permintaan pelanggan yang biasa beli dengan aku. Tapi terlalu banyak sampai aku kepenatan dan terkejar-kejar nak siapkan.

So tahun ni aku plan nak amik sedikit sahaja dan oleh sebab itu aku senyap tak iklankan dimana-mana. Pelanggan tanya baru aku jawab. So yang mana tahu, tahulah. Tapi aku jadi serba salah bila ramai yang nak order aku terpaksa tolak. Jadi sedihla sebab diaorang nak sangat tapi aku tak dapat tunaikan. Aku hanya mampu minta maaf bila jadi camni.

Walaupun tempahan tak banyak, tapi cabaran nak menyiapkannya cukup tinggi. Ikan payah nak jumpa. Kulit popia habis dimana-mana. Ye la, bulan Ramadan memang dua barang ni terlajak laris! Berhari-hari aku nunggu stok ikan tapi yang sampai semuanya besar jari tengah. 

Namun, akhirnya semua dapat disiapkan ikut jadual. Alhamdulillah ...

Bila dikenang balik semua yang terjadi ni dan hikmah disebaliknya, aku tetap bersyukur masih dikurniakan rezeki dan peluang untuk menikmat hari raya dan hari-hari seterusnya. Terima kasih ya Allah diatas segala ujian dan nikmat yang Engkau berikan, moga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi ujianMu di masa akan datang...aamiinn!


Monday, May 01, 2023

Monday, May 01, 2023

Tahun Ni Tak Ada Biskut Raya

 

Aku nekad tahun ni taknak buat biskut raya. Bukan sebab harga barangan kuih naik mendadak je, tapi sebab tahun ni aku tak cukup masa nak biskut raya. Dengan kata lain, aku tak dapat cuti raya. 


Jadi, kalau takda biskut raya biskut apa yang nak dihidang pada tetamu nanti? Takkan nak biar meja kosong tanpa kudap-kudapan kan. Nak beli kat supermarket pun tak berbaloi, sebab kebanyakan biskut raya yang aku pernah beli mesti rasanya tawar atau terlebih tepung! Makanya, tahun ni aku nak buat kelainan sikit. 


Ini kali pertama tercetusnya idea nak jadikan kek lapis sarawak sebagai 'biskut raya' di pagi lebaran. Bila aku congak balik perbelanjaan buat sendiri biskut raya dan beli kek lapis, jumlahnya tetap sama! So, kenapa nak peningkan kepala, penatkan badan menguli di dapur. Beli je la kek lapis tu!




Sebenarnya, sebelum Ramadan tiba lagi aku dah survey beberapa seller kek lapis sarawak secara online. Kat shopee pun aku pernah beli, tapi sayang bila makan rasanya bukan asli kek lapis sarawak tapi rasa macam kek span.


Cari punya cari, akhirnya aku dapat satu seller kek lapis sarawak di Kelantan. Review dan feedback dari pelanggan rata-ratanya amat memuaskan. Tapi aku was-was nak beli, takut terkena macam kat shopee tu. Nak beli ni bukan sikit ye, aku plan nak beli untuk mak jugak. Dan anak-anak aku memang suka kek lapis so boleh buat makan untuk berbuka nanti.




Dah puas hati, aku terus wassap seller ni order 30 paket kek lapis untuk 10 jenis perisa. Memang kerja gila! Tak pernah lagi aku order kek lapis sebanyak ni. Maklumla, kek lapis ni kalau beli kat luar 1 biji tu dah berapa belas kan. Kat shopee pun ada yang sampai dua puluh ringgit. Letak perkataan 'premium' terus kayangan harga dia huhu.


Lagi banyak order, lagi murah dapat harga untuk 1 paket kek lapis ni. Nak jual balik pun boleh, nak makan sendiri pun boleh. Aku nak bagi mak 10 paket, 10 paket lagi untuk berbuka dan moreh, 10 paket lagi untuk raya. Cun tak!




Dua minggu sebelum raya, kek lapis pun sampai. Memang aku puas hati dengan packaging dia, cuma kecewa sikit la sebab dia janji nak bagi reja kek, tapi bila aku cari dalam kotak takda pun. Wassap dia tanya, katanya staf dia lupa nak masukkan. Takdop rezeki ....!


Tapi semua perisa yang aku nak ada depan mata. Itu pun dah cukup. Tahun ni pun aku tak beli maruku, cukup dengan popia simpul yang aku buat sendiri dan kek lapis ni atas meja mak. 



Macam biasa la, bila dah sampai kek lapis kita kasi bukak beberapa perisa untuk test sedap ke tak. Alhamdulillah inilah baru betul kek lapis sarawak! Bukan kek span. Memang cukup manis dan lemaknya. Banyak yang aku pilih ada cheese ... oreo cheese, coklat cheese, strawberry cheese, velvet cheese, dan dah tentu perisa lejen masam manis wajib ada. 


Selesai misi kudap-kudapan di pagi lebaran. Walaupun aku tak dapat buat biskut raya, tapi kek raya tetap mesti ada atas meja mak. Mak pun suka. Tetamu yang datang pun suka dengan kek lapis kami. Tapi sayang kek lapis ni hanya dapat 'bertahan' sampai raya ketiga je haha. Ingatkan 10 paket tu cukup la, rupanya tak cukup huhu. Memang tak rugi kali ni aku keluar duit!

Friday, April 14, 2023

Friday, April 14, 2023

Air Fryer - Rezeki Ramadan 1444H

 

Dalam banyak-banyak gajet dapur, aku teringin nau nak ada air fryer atau pressure cooker. Sekarang ni aku masak nasi pun guna api atas dapur. Bukan tak nak beli rice cooker tapi dah dua kali beli, dua kali rosaknya. Last-last lagi elok masak nasi cara manual.


Aku suka tengok video orang memasak guna air fryer, pressure cooker atau TM6. Walaupun hanya mampu tengok pun jadi la. Mula pasang angan-angan kalau dapat salah satu ni nanti nak try masak la hehe. Terasa indahnya hidup kalau masak sup tulang 15 minit je. Selama ni kalau masak atas dapur, tak lari 2 jam sebab nak bagi daging empuk dan lembut.




Aku kan suka masuk kontes, tapi takda la aktif sangat. Kadang-kadang tu sekadar support seller. Hujung tahun lepas aku menang hadiah juga dari seller yang sama. Yang tu memang tak sangka! Tapi kali ni Allah Maha Mendengar dan makbulkan impianku yang satu ni.

Aku bukan sekadar masuk 'kosong' je, aku biasa membeli juga dengan seller ni. Sambil-sambil tu dia buat kontes untuk pengongsi bertuah. Pemenang boleh pilih samada nak hadiah berupa barangan elektrik atau pun tunai seratus ringgit. Aku dok aim kat air fryer tu je haha!





Walaupun hadiah mantap belaka, tapi peluang nak menang tu agak tipis gak sebab yang join kontes pun ramai. So, aku hanya mampu berdoa dan tenung je air fryer tu hehe. Tak tau nak digambarkan perasaan bila nama aku yang naik! Menggigil jari nak menaip masa tu. Ya Allah ... sesungguhnya Kau mendengar isi hatiku. Terima kasih tunaikan hajatku ini. Sungguh ini semua rezeki anak-anak dan aku tumpang saja.



Syukur alhamdulillah hadiah air fryer pun dah sampai dengan selamat. Tapi belum masa nak guna lagi sebab sekarang aku dok sibuk menyimpul popia hehe. Tapi dah mula sikit-sikit tengok resepi guna air fryer ni kat fb. Moga lepas ni seorang Hanim lebih rajin memasak ye haha.


Monday, April 10, 2023

Monday, April 10, 2023

Bila Kau Susah Siapa Yang Tolong?

 

Pernah tak kita berada dalam satu situasi kesusahan yang bila kita perlukan pertolongan dari orang terdekat tapi dia takda? atau dia tak dapat bantu? atau dia jauh dari tempat tu? Dan dalam keadaan macam tu, kita takda banyak pilihan melainkan untuk minta bantuan dari orang lain.


Kereta aku ni memang banyak kali 'merajuk'nya.  'Merajuk'nya tu berlaku sikit-sikit tapi setiap bulan haha. Kiranya, 'dia' tau la gaji keluar bila😂. Bulan lepas dia 'merajuk' tak boleh start. Dah la time tu, aku nak keluar pergi amik anak-anak balik sekolah. 


Bayangkanla tinggal kat KL, sekolah kat PJ😂. Orang tanya kenapa tak tukar sekolah kat KL je, aku malas dah nak naik PPD amik borang isi borang naik turun bangunan ni semua. Lagipun aku masih keje kat PJ dan diaorang pun dah terbiasa sekolah di sana darii tadika lagi, kawan-kawan pun ramai jadi aku kata hadap je la sampai korang habis sekolah.




Dalam banyak-banyak hari, hari yang suami takda disisi la dia buat hal. Boleh pulak enjin takmo hidup. Aikk takkan bateri kong kot. Dah banyak kali pulas kunci tak boleh jugak. Terpaksa minta bantuan jiran pinjamkan bateri kereta untuk jump-start. 

Tetap tak hidup jugak! Alamakkkkk .... anak-anak dah nunggu kat sekolah ni. Jiran cakap ni masalah alternator kot. Aduhhhh takkan nak kena panggil pomen pulak time-time gini. Tak boleh jadi ni, aku terus booking grab pergi sekolah kakak dulu. Biarlah kereta tu kat situ dulu. Suami balik kang baru boleh tengok apa nak buat.

Dalam perjalanan, adik grab ni tanya nak pergi mana. Aku cakap nak gi amik anak sekolah. Mak aiii jauhnya sampai ke PJ. Ye la dik, diaorang dah sekolah sana dari kecik lagi. Tapi hari ni kereta akak tak boleh start, tu yang akak naik grab ni nak gi amik diaorang.

Dah sampai sekolah kakak, aku gi sekolah adik pulak. Pastu patah balik ke KL. Tiba-tiba adik grab tu cakap, takpe nanti dah sampai kita gi tengok kereta akak apa yang rosak. Eh budak ni biar betul. Eh takpe ke macam ni dik? Ni dah petang nanti jem pulak adik nak balik buka puasa lagi. Takpe, saya pun bekas pomen dulu boleh saya tolong apa yang patut. Ishh tak susahkan adik ke. Takde kak, lagipun akak customer terakhir saya arini.

Aku diam. Nak menolak kang orang dah offer nak tolong. Lambat lagi nak tunggu suami balik. Kot la kena pergi kedai beli barang ke ape, kedai dah tutup pulak nanti. Esok pagi nak guna lagi kereta tu. Aku pun setuju.

Aku bukakan hud depan dan dia mula cek. Bila last akak tukar bateri kereta ni? Rasanya tahun lepas. Dia goyang bateri tu sikit dan dapat nampak level air dalam bateri dah sampai garisan 'mati'. Memang kong terus la ceritanya!

Oohh kak ni bateri dah kong ni. Tengok sini (sambil tunjuk kat level air bateri). Biasanya kalau kereta tak boleh start, pomen akan cek bateri dulu. Kemudian baru cek starter dan lain-lain. Nampak gaya kena tukar bateri ni. Jom kita gi kedai spare-part.



Akhirnya 'terbang' juga tiga ratus aku kat bateri. Mujurlah ada duit sikit dalam simpanan. Adik grab tu lah yang tolong pasangkan balik dan jump-start untuk hidupkan enjin. Alhamdulillah bernyawa balik kereta aku huhu.


Lega sikit rasa bila dengar enjin kereta dihidupkan walaupun termenung jap tengok baki duit dalam beg hahaha. Tapi syukur sangat-sangat di waktu-waktu macam ni masih ada duit untuk kegunaan kecemasan. Mujur aku tak beli yang bukan-bukan. Dok peda peda duit, rupanya ada benda nak jadi huhu.


Kepada adik grab tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sanggup cek, sanggup angkut bateri pergi kedai, pasang balik dan tolong peridupkan enjin. Aku nak bagi upah ditolaknya. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik adik grab ni. 


Baru aku teringat tadi masa kereta tak boleh start, aku dok berdoa dalam hati ya Allah permudahkanlah urusanku dan anak-anakku ya Allah. Sungguh Allah makbulkan dengan kehadiran adik grab ni😭 Terima kasih ya Allah ....

Saturday, April 08, 2023

Saturday, April 08, 2023

Makan Di Dominos Sempena Birthday My Pearls

 

Walaupun tahun ni takda surprise , takda belon, takda hadiah kejutan tapi masih bersyukur dapat sambut birthday anak-anak di luar. Kali ni diaorang request makan di Dominos. Oleh kerana, hari tu (23 Mac) hari istimewa buat diaorang, maka lets go!


Jadila dapat merasa surprise brithday tahun lepas. Diaorang ni sejenis pemalu kalau di tempat orang ramai. So tahun ni kita just keluar dan makan. Hadiah pun dah dapat hehe. 




Kalau ditenung, besar panjang jugak anak-anak aku ni. Nampak la perbezaan dari tahun lepas dengan tahun ni. Baju seluar aku pun banyak yang dah jadi hak milik diaorang. Kalau aku tersalah beli saiz, memang dapat kat diaorang la.

Kek pun tak nak kek besar macam tahun-tahun sebelum ni sebab selera masing-masing tak sama. Takkan nak beli dua kek, kang dah tentu kek tu tak habis sebab diaorang makan sikit je. So, aku belikan sliced cake. Sorang nak black forest sorang lagi nak red velvet..




Dah masuk peringkat remaja, banyak yang aku kena belajar dari diaorang. Perangai masing-masing tak sama. Membebel tu masih tetap jadi rutin aku seharian. Masing-masing nak tarik perhatian aku dengan cara mereka sendiri. Masa kecik tak banyak ragam, ni dah remaja lain pulak peélnya kan haha.

Tapi aku faham la jiwa remaja. Aku pun pernah melaluinya. Salah tetap kena tegur dan perbetulkan. Kena banyak bersabar dan tahu macam mana nak tackle jiwa remaja diaorang. 


To my precious pearls, happy birthday semoga kakak dan adik dipanjangkan umur, dikurniakan rezeki dan nikmat yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, akal yang baik, budi pekerti dan menjadi muslimah-muslimah yang baik di dunia dan di akhirat...aamiiinn aamiinnn.


Last but not least, tahniah buat kakak sebab dapat masuk kelas aliran sains seperti yang dihajatkan. Berdebar-debar dia menunggu keputusan. Asyik suruh aku doakan dia dapat kelas tu. Ibu mana yang tak doakan untuk anaknya kan. Katanya kalau dapat nak puasa nazar nanti. Congratulations baby!


Wednesday, March 08, 2023

Wednesday, March 08, 2023

Susahke Jaga Anak Perempuan?

 


Kadang-kadang bila aku tengok balik gambar-gambar lama kakak dan adik masa kecik dulu dan gambar-gambar diaorang sekarang, hati tu rasa rindu nak kembali ke zaman diaorang baby dan kanak-kanak sebelum masuk tadika. Tambah kalau diaorang buat perangai remaja yang menyakitkan hati lagi aku rasa macam nak beranak lagi sorang haha.


Pada aku la, jaga baby lagi senang dari jaga seorang remaja. Masa diaorang kecik, jarang nak buat perangai. Makan tak memilih. Aku masak bubur atau nasi letak sayur elok je diaorang makan. Tak perlu bersyarah tentang pentingnya makan buah dan sayur. Aku masak ikan ke, udang ke, sotong ke diaorang hanya perlu nganga mulut dan makan haha.



Tapi bila dah masuk sekolah, dah masuk remaja masing-masing ada selera ikut tekak sendiri. Sorang makan pedas, sorang tak boleh. Sorang nak goreng, sorang nak berkuah. Sorang nak masak lemak, sorang nak kari haha. Tapi sekarang si kakak dah banyak beralah ngan adiknya. Syukurlah...kalau tak pening aku nak masak ayam dua jenis!


Sekarang ni, diaorang dok 'gila' ke ramen atau ramyeon. Ikut selera kpop katanya...chaitt! Kadang-kadang aku membebel juga kalau aku masak ayam bercili atau sambal diaorang kata pedas mama! Tapi kalau telan ramen kat family mart tu muka jadi merah, bibir jadi tebal takpe pulak. So sekarang, aku masak tak kuasa nak ikut diaorang dah. Tak makan lapar la korang haha.




Tapi hati seorang mak tu ... marah kejap je bebel kejap je. Kang nak masak, mulut tu still tanya,"nak masak ape ye?" hahaha. Of course diaorang la yang potong bawang masak nasi segala. Aku masak je. Itupun aku panggil sorang2 aku ajar masak. Ingat tak ingat tu tak tau le, tapi asalkan diaorang tengok.


Tu dari segi makan. Bab berpakaian pun boleh tahan diaorang ni. Aku faham sebab aku pun pernah jadi remaja. Keinginan untuk bergaya dan melawa tu akan datang bila kau masuk remaja. Itu normal la. Bezanya aku dulu lambat. Form 1 masih pakai suar pendek berlari di padang main rounders lagi hehe. Tapi sebab diaorang baligh awal dari sekolah rendah, maka bab berpakaian tu memang dijaga dan dikawal. 


Tapi bestnya ada anak perempuan ni, kita boleh selalu tukar-tukar pendapat dan idea tentang baju apa yang sesuai dipakai. Kalau baju aku ketat atau sendat, diaorang la yang dulu akan tegur perlu tukar atau tak. Kalau diaorang pakai pelik-pelik aku pulak akan suruh tukar haha. Kadang-kadang aku pulak yang memberontak sebab baju aku pakai tu dah lawa di mata, tapi diaorang tengok ni bukan style seorang mak nak masuk usia 40an hahaha. Ya begitulah ... dah tua pun ada hati nak memberontak haha tapi aku faham itulah juga yang diaorang rasa bila kita tak setuju dengan pilihan diaorang.




Oleh sebab itu, aku tak boleh sentiasa berkeras dengan diaorang. Kena pandai berdiplomasi. Tapi bukan semua benda boleh diringan-ringankan. Ada masa tegas, aku tegas. Kalau perlu marah, aku marah. Ada masa kelakar, aku gelak. Ada masa aku konpius .. ni anak perempuan ke atau makhluk dari Marikh?? haha. Ya Allah .... macam la aku ni bukan perempuan! Ye tapi aku sendiri pun sukar nak faham diaorang terutama remaja ni. 


Banyak masa aku cuba untuk faham dan layankan kepala diaorang. Tapi aku selalu ingatkan diri sendiri dan diaorang yang dalam hidup ni tak semua benda kita akan dapat bila kita beria mintak. Apa jua yang kita buat kena ada batas dan kena sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Contoh, macam keluar dengan kawan. Bukan tak boleh, tapi sebagai mak tipula kalau aku cakap aku tak risau setiap kali diaorang keluar dengan kawan-kawan.


Sebab tu, bila aku cuti aku akan ajak diaorang keluar jalan-jalan sekitar KL. Benda ni memang aku dah amalkan dari sejak diaorang kecik lagi. Memang kami bertiga akan keluar pergi jalan-jalan naik bas dan train sekitar KL. Tapi bila diaorang dah remaja ni, perasaan nak keluar dengan kawan-kawan tu mula ada. 


Pernah juga aku ikut diaorang keluar dengan kawan-kawan. Macam aku cakap tadi lah, aku faham keinginan remaja yang nak keluar berseronok dengan kawan-kawan. Tapi perasaan risau tu tetap ada. Jadi, nak memuaskan hati semua maka aku akan ikut sekali. Nak pergi mana mama ikut je dari belakang, asalkan ada orang dewasa temankan. 




Tapi sebolehnya, kami akan keluar bertiga. Nak shopping, nak jalan-jalan biarlah dengan aku je. Ayahnya 'lemah' sikit bab berjalan ni haha. Ayahnya tak berapa gemar pergi tempat orang ramai, tapi aku ok je haha. Ke mana pun diaorang nak pergi, asalkan dekat dan boleh naik public transport aku ikutkan aje. 


Kadang-kadang badan ni penat sebab bekerja. Balik rumah rasa nak tido sepanjang hari. Tapi bila anak ajak pergi jalan-jalan di taman, otak akan cuba 'memujuk' badan untuk bangun dan pergi dengan diaorang. Bukan sebab ikut kehendak anak semata-mata, tapi memikirkan diaorang masih mahu ajak aku keluar dan luangkan masa bersama. Itu yang aku cuba nak kekalkan sampai diaorang dah dewasa dan bekerja besok. Aku lebih suka diaorang pilih aku untuk pergi jalan-jalan berbanding kawan-kawan. Dan aku mahu momen dengan diaorang tu kekal sampai bila-bila.




Disebabkan diaorang juga la, aku belajar sikit-sikit pasal penjagaan kulit ni. Ya jangan tak tau ye haha. Yang mintak ibu belikan sunscreen ialah kakak. Kalau dia tak mintak, memang aku tak belikan haha. Disebabkan dia jugak la aku pakai sunscreen, kalau tak asyik beli cleanser je. Muka kakak pernah gelap sekejap sebab aktif main bola jaring di sekolah. Dah la muka tak pakai sunscreen masa tu, dari cerah jadi coklat gelap sampai naik belang kat pipi. 


Lepas tu muka dia naik jerawat pasir. Guna cleanser saja tak jalan. Mulala dia nak moisturizer la, mask la, toner la, lip balm la minyak wangi la. Aku dah pening! Seumur hidup dari start keje sampai sekarang aku takde beli barang tu semua haha. Tapi bila tau penting barang-barang tu, baru aku beli dan guna. Pastu adik dia pun timbul jerawat pasir, langsung tambah stok hehe.


Sekarang lagi buat aku pening, diaorang dah ada set lipstick, lip tint, mascara, eyeliner segala tok nek makeup! Aku still pakai sunscreen dan moisturizer je. Lip balm aku malas nak tenyeh haha. Tapi ada masa diri ni nak melawa juga, so aku pinjam je lipstick diaorang hahaha. Barang makeup kebanyakan guna duit diaorang kumpul sendiri. Aku support bab skincare je. Itupun dah pening diknon!




Sebab tu kalau ayah diaorang nampak diaorang pakai gincu bila nak keluar rumah gi jenjalan (tapi tak pekat pun) ayah diaorang akan tegur. Sebab pada ayahnya, diaorang masih budak lagi tak perlu nak bergincu. Tapi lelaki mana nak faham orang pempuan tak kira peringkat umur, bila datang keinginan nak melawa tu walaupun calit sedikit gincu pun dah ok. Bukan sebab nak menunjuk pada orang lelaki, tapi sebab dia ingin nampak cantik dan kemas dan tak pucat. Dia ingin melawa untuk dirinya sendiri. 


Sebab tu aku bagitau ayahnya, normal kalau seorang remaja tu nak melawa dan bergaya. Aku pun sama gak dulu, ada keinginan tu. Jangan halang terus kemahuan anak, pimpin dia tunjuk dia kesederhanaan itu lebih baik. Bukan bangkang terus. Masih ada batas. Kadang-kadang aku pulak yang mintak diaorang pakaikan gincu haha.


Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak remaja, aku bukan sekadar nak jadi ibu diaorang, tapi sebagai kawan, guru, teman, tempat meluahkan perasaan, pendamping, pemberi nasihat, kaunselor dan apa saja yang diaorang perlukan. Walaupun masih tak sempurna, tapi aku akan tetap beri kasih sayang dan perhatian yang adil pada diaorang. Moga anak-anak ibu membesar menjadi wanita yang kuat, solehah dan berani menyahut cabaran dalam pelajaran dan kehidupan .... aamiiinnn!


SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA TERHEBAT!

Saturday, March 04, 2023

Saturday, March 04, 2023

Seekor Je Kena Vaksin

 

Asalnya temujanji untuk Dino dan Mochi bulan ni terima vaksin tahunan seperti yang telah dijadualkan dalam buku kesihatan. Sebagai 'bibik' terhormat, aku kena sentiasa alert dengan tarikh-tarikh temujanji vaksin untuk ketujuh-tujuh 'majikan' di rumah. Terutama sekali bila ambik anak kucing baru, wajib bawak pergi vaksin untuk tiga bulan pertama.


Kalau terlepas tarikh tiga bulan ni, memang 'hangus' jadual lengkap vaksin pastu kena ulang balik vaksin pertama. Dengan duit-duit sekali hangus weh! So, jangan buat pasal. Bila tiba tarikh vaksin tahunan pastikan kita bawak majikan kita ikut tarikh. Kalau terlepas 1 atau 2 hari tu takpela. Asalkan jangan lepas dari 6 bulan dari tarikh akhir vaksin.


Tapi lain yang dirancang, lain jadinya. Mochi dan Dino sepatutnya kena vaksin serentak, tapi hari tu hanya Dino yang terima vaksin. Sebelum vet cucuk vaksin, diaorang akan cek mata, telinga, gigi, gusi dan montot kucing. Dino lulus ujian tu, tapi Mochi terkandas!




Cek punya cek, Mochi ada masalah kesihatan rupanya. Nanti aku ceritakan lain hari ye. Dipendekkan cerita, Mochi kena datang balik nanti lepas betul-betul sihat. Dia takde tunjuk apa-apa simptom pun. Makan minum semua ok, takda masalah. Aktif main macam biasa. Jadi aku tak nampak apa masalah dia masa tu.

Ternyata, bila vet tunjuk sendiri baru aku perasan. Ye la, majikan ramai sangat kan. Mochi pulak sejenis introvert hehe. Tapi Mochi la yang paling senang manja. Kita usap je badan dia, sekejap je dia dah manja purr purr.

So, nanti kena datang bawak Mochi balik ke vet semula untuk vaksin. Cepat sihat ya Mochiku!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.