Breaking

Showing posts with label Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Show all posts
Showing posts with label Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Show all posts

Thursday, May 14, 2020

Thursday, May 14, 2020

PKPB 2 | 14 Mei 2020


Assalamualaikum! Menteri Keselamatan telah mengumumkan bahawa aktiviti ziarah-menziarahi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dihadkan untuk hari pertama perayaan sahaja. 

Aktiviti merenteras negeri masih tidak dibenarkan, namun merentas daerah dibolehkan. Bagi yang ingin kepastian adakah Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dikira sebagai negeri atau daerah, jawapannya ia dikira sebagai daerah maka pergerakan antara ketiga-tiga lokasi ini dibenarkan tanpa perlu memohon kebenaran dari pihak polis.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr. Zulkifli mengumumkan kebenaran bersolat secara berjemaah di masjid-masjid dan surau terpilih dalam zon hijau Covid-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, Jumaat 15 Mei 2020, dengan bilangan jemaah minimum 3 orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.


sumber : mstar

Wednesday, May 13, 2020

Wednesday, May 13, 2020

PKPB 2 | 13 Mei 2020


Assalamualaikum! Sejak kerajaan memberikan kelonggaran PKPB, hampir kesemua sektor dan industri kembali beroperasi namun perlu mematuhi SOP dari KKM. 

Tapi ada juga yang mengambil kesempatan keluar membawa keluarga membeli belah persiapan sempena Hari Raya. Walaupun ia dibenarkan, ibubapa perlu ingat untuk tidak membawa anak-anak kecil mereka kerana selain warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak juga berisiko terdedah kepada Covid-19.

Apatah lagi sistem imunisasi badan mereka masih lemah dan pemakaian topeng muka pada anak kecil tidak sesuai kerana akan menyukarkan mereka untuk bernafas.

sumber : fb AhmadNaim

Tuesday, May 12, 2020

Tuesday, May 12, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-56


Assalamualaikum! Hari terakhir PKP Fasa ke-5 menyaksikan kes Covid-19 yang terendah direkodkan semenjak bermulanya penularan wabak itu di negara ini, iaitu sebanyak 16 kes. Tiga kes adalah dari kes import, manakala selebihnya kes tempatan.

Esok bermulanya PKP Fasa 6 sehingga 9 Jun 2020. Sementara itu, kita sentiasa kena beringat, PKPB boleh jadi PKP semula seandainya kita tidak mematuhi peraturan. Penjarakan sosial perlu dipatuhi terutama ketika berada di luar. 


sumber : MKN

Monday, May 11, 2020

Monday, May 11, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-55


Assalamualaikum! Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran membolehkan ziarah ke rumah sempena Hari Raya asalkan tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah, janganlah kita menerimanya dengan mudah. Seperti yang disarankan oleh KKM, penjarakan sosial adalah matlamat utama kita dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Justeru, KKM tidak menggalakkan pelawat datang ke rumah sempena raya ini. Dua puluh orang yang dimaksudkan adalah yang terdiri dari kalangan ahli keluarga sahaja. Bukan pelawat luar seperti jiran dan saudara mara. 

Isunya bukan nombor 20 orang, tapi isu dia adalah 20 saudara-mara. Kalau kita lihat, garis panduan KKM yang pertama adalah penjarakan sosial.Jadi nombor itu ialah relatif iaitu bergantung kepada rumah kita. Sekiranya rumah kita kecil, kita kena buat target visiting daripada keluarga kita. Yang kita katakan adalah ahli keluarga, kita bukan katakan pelawat datang ke rumah. Kita tak menggalakkan perhimpunan, kita tak menggalakkan pelawat-pelawat datang ke rumah tapi ini ialah ahli keluarga yang ada 10 orang, ada 15 orang, ada yang 20 orang. - Dr. Noor Hisham


Sunday, May 10, 2020

Sunday, May 10, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-54


Assalamualaikum! Sah PKPB akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan namun pergerakan dalam daerah yang sama dibolehkan. Bagi suami dan isteri yang tinggal berjauhan ketika PKP ini, mereka dibenarkan rentas negeri untuk pulang bertemu pasangan.

Terbaru, PKPD telah dilaksanakan di PJ Old Town membabitkan tiga zon. PKPD ini dibuat susulan kes positif Covid-19 yang dicatatkan di kawasan tersebut telah mencapai sebanyak 26 kes. Seramai 2900 penghuni yang terlibat dan proses saringan akan mengambil masa lebih kurang 10 hari.



Sunday, May 10, 2020

PKPD | PJ OLD TOWN Kena Lockdown!


Assalamualaikum! Terkejut aku bila cik abg bagitau pagi ni yang PJ Old Town kena lockdown. Dah la dekat ngan opis dan sekolah anak. 

Tapi kes baru Covid-19 di Pasar Basah Old Town dah naik sampai 27, maka tak hairanlah PKPD dilaksanakan di sekitar kawasan tu.

Saturday, May 09, 2020

Friday, May 08, 2020

Friday, May 08, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-52


Assalamualaikum! Tak sabar nak tunggu pengumuman PM samada kita akan kena sambung PKP ke tidak selepas 12 Mei ni. Ada yang berpendapat PKP akan dan patut disambung. Apapun keputusannya, semua bergantung kepada perkembangan kes Covid-19 setiap hari, dan setakat ini kita berjaya mengawal penularan wabak virus bila kes baru hari ini masih dua digit.

Tapi orang kita memang agak payah nak amalkan norma baru bila berada di tempat awam. Kalau ada yang ikut pun, hanya dua tiga kerat je. Pakai mask memang semua pakai, tapi bersesak bersentuh berkerumun di satu tempat itu masih juga terjadi walaupun dah banyak kali disuruh jaga jarak sosial.


sumber : FB Dr. Hisham

Thursday, May 07, 2020

Thursday, May 07, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-51


Assalamualaikum! Tak sampai seminggu PKPB dilaksanakan dah ada Kluster Pusat Membeli Belah. Dari 436 yang disaring 10 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 79 lagi masih menunggu keputusan.

Dari 10 yang positif tu, 9 adalah pengawal keselamatan warga Nepal yang bertugas di pusat membeli-belah dan duduk menyewa rumah yang sama di Cheras. Hurmm..

sumber : malaysiakini

Wednesday, May 06, 2020

Wednesday, May 06, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-50


Assalamualaikum! Pekerja asing buat hal lagi. Dikuarantin pun bagi masalah, walhal kita jaga elok dah kebajikan diaorang. Macam Dr. Hisham cakap dalam sidang media, semua pekerja asing walaupun tiada dokumen perjalanan atau permit, tetap kita akan saring untuk pastikan mereka negatif Covid-19. 

Bukan tu je, kita bekalkan mereka tempat dan makanan sepanjang dikuarantin. Bukan disaring sekali tapi tiga kali! Tu kalau gi hospital swasta, satu swab kena beratus ringgit tau. 


sumber : malaysiagazette

Tuesday, May 05, 2020

Tuesday, May 05, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-49



Assalamualaikum! Semalam KP Kesihatan ada buat pengumuman tentang pemberian cuti rehat kepada petugas kesihatan selepas lima bulan bertugas tanpa henti sejak penularan wabak Covid-19.


MasyaAllah...lima bulan! Satu tempoh yang cukup lama namun mereka kuat bertahan walaupun diduga pelbagai kerenah dan cabaran. Penat jangan cakapla. Kita yang dah terkurung di rumah  selama sebulan lebih ni pun dah jiwa kacau dek kebosanan.


sumber : HM

Monday, May 04, 2020

Monday, May 04, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-48


Assalamualaikum! Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi kebenaran kepada sektor ekonomi dan industri untuk memulakan operasi mengikut SOP. Seperti yang dijangka, orang ramai mula keluar bagi memenuhi tuntutan kerja. 

Dalam tempoh PKP yang kita telah lalui dan sedang lalui sekarang, pemandangan orang beratur itu telah menjadi salah satu norma baru dalam kehidupan. Kenapa aku cakap norma baru? sebab kaedah beratur tidak berapa digunapakai dalam kehidupan biasa kita sebelum ini. Kalau ada pun beratur ketika di sekolah dulu.

Antara pemandangan orang beratur yang kita telah lihat ialah beratur ketika mengambil duit BPN di bank, PATI beratur untuk dibawa ke depo imigresen, beratur ketika hendak masuk ke pasaraya dan lain-lain.



Sunday, May 03, 2020

Sunday, May 03, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-47


Assalamualaikum! Hari ini kes baru naik lagi tinggi berbanding semalam. Menjelang PKPB yang dikuatkuasakan esok, peningkatan kes ini dilihat agak membimbangkan. Dari 122 kes, 52 kes adalah kes import manakala 70 adalah kes tempatan. Seperti kata Dr. Hisham, virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu warga emas, bayi dan kanak-kanak serta mereka yang mempunyai penyakit kronik lebih mudah terdedah dengan risiko jangkitan.

Warga emas dinasihatkan supaya kekal duduk di dalam rumah dan elakkan dari keluar sekiranya tiada tujuan yang penting dan jelas. Elakkan 3C ini :

  • Crowded space - kawasan yang sesak
  • Confined space - tempat yang terkurung
  • Close conversation - perbualan/percakapan pada jarak yang dekat

Kluster Pasentran, Kluster Sendayan, Kluster Selayang, Kluster Gereja Kuching, Kluster Petugas Kesihatan Kuching semuanya merekodkan pertambahan kes baru Covid-19 hari ini.

Lebih membimbangkan, telah wujud kluster baru ketika ini iaitu, Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur yang mencatatkan kes Covid-19 sebanyak 28 kes. Siasatan masih dijalankan.


                         sumber : SH

Saturday, May 02, 2020

Saturday, May 02, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-46


Assalamualaikum! Buat pertama kalinya dalam tempoh 16 hari kes baru Covid-19 hari ni catat sebanyak 105 kes. Dari 105 kes tu 94 adalah kes tempatan manakala hanya 11 kes import.

Kes baru hari ini didapati dari tempoh PKP 1,2&3 sebelum ini. Namun ini jelas menunjukkan bahawa kita masih belum bebas dari Covid-19. Penularan wabak dikalangan rakyat masih boleh berlaku.

Friday, May 01, 2020

Friday, May 01, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-45


Assalamualaikum! Tak tahu nak respon macam mana dengan pengumuman PM harini. Rata-rata mempunyai pendapat berbeza dalam kelonggaran yang diumumkan. Kita dah masuk fasa ke-4 PKP dan betul kes baru kita konsisten dua digit sejak minggu lepas.

Ramai kan yang dah tahu bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor akan beroperasi semula tapi dengan SOP yang ditentukan oleh KKM.

Walaupun bukan semua sektor tapi kelonggaran ini diberikan berikutan kita telah rugi RM63 billion sepanjang PKP dilaksanakan. Ekonomi negara perlu dijana semula dan beberapa sektor perlu beroperasi.


Thursday, April 30, 2020

Thursday, April 30, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-44


Assalamualaikum! Hari ke-44 PKP, ni kalau dalam berpantang dah boleh 'merdeka' dah ni haha. Boleh makan macam biasa dan keluar rumah. Tapi sayang, kita semua perlu 'berpantang' keluar rumah untuk dua minggu lagi. Kelmarin kerajaan beri kebenaran boleh keluar dua orang sekali. Dalam isu ni banyak pendapat berbeza, ada yang setuju ada yang tidak setuju. Yang memerlukan keluar dua orang sekali atas sebab-sebab munsabah dan keperluan mendesak boleh je diterima.

Tapi ada juga yang tidak setuju kerana menjadikan keadaan sesak dalam pasaraya/kedai dan sebagainya. Apapun, kedua-duanya ada asas dan perlu dipertimbangkan. So, nak selamatkan diri kalau nampak tempat tu ramai orang jangan lah masuk. Larilah pergi tempat lain.

Anyway, alhamdulillah Kedah dah diumum sebagai zon hijau hari ni. Nampaknya ada perkembangan positif setiap hari. Cuma setiap hari ada je kes baru dan hari ni catat 2 kematian. Moga lebih banyak lagi tempat tiada kes baru Covid-19 dan diisytihar zon hijau.


Wednesday, April 29, 2020

Wednesday, April 29, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-43


Assalamualaikum! Mulai hari ini, setiap isi rumah boleh keluar dua orang sekali untuk pergi beli barang. Bermaksud dua orang dari satu rumah boleh keluar untuk beli barang keperluan. Tapi jarak pergerakan masih dalam lingkungan bawah 10km.

Anyway, walaupun ada penurunan kes sepanjang minggu ni dan mencatat bawah 100 tapi kita tak boleh senyum lagi. Walaupun angka turun ke dua digit tapi kes baru masih lagi dicatatkan bermaksud ada lagi orang di luar sana yang berkemungkinan positif Covid-19. Apatah lagi Dr. Hisham mengesahkan tadi ada 30 strain baru dari virus Covid-19 yang telah dikesan!

sumber : thevocket.com

Tuesday, April 28, 2020

Tuesday, April 28, 2020

CoVID-19 | Hari ke-42 PKP


Assalamualaikum! Hari ini hari terakhir fasa ke-3 PKP. Kes baru Covid-19 hari ini pun terus mencatat penurunan dan banyak tempat sudah diumumkan sebagai zon hijau. Tapi ia bukan bermakna kita sudah berjaya melawan Covid-19 sepenuhnya dan bukan juga bermakna kita boleh keluar melakukan aktiviti seharian seperti biasa.

Selagi vaksin Covid-19 tidak dihasilkan, selagi itulah kita tidak boleh menjamin bahawa kita telah menang melawan Covid-19. Hatta kalau kita sudah pulih sepenuhnya pun, negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Singapore masih dalam tempoh PKP dan melanjutkan PKP sehingga bulan Jun.

Semalam dua lagi pasar basah di PJ diarah tutup sebab ada peniaga disitu disahkan positif Covid-19. Satu kat pasar Taman Megah SS24 dan satu lagi pasar Jalan Othman (PJ Old Town).


Monday, April 27, 2020

Monday, April 27, 2020

CoVID-19 | Hari ke-41 PKP


Assalamualaikum! Sepanjang tempoh PKP ni, macam-macam ragam macam-macam pesen perangai baik dari warga asing mahupun dari orang tempatan yang dibongkarkan.

Yang ingkar PKP satu hal. Yang menghina frontliners satu hal. Yang minta layanan 'first class' dari kerajaan satu hal jugak. Yang demand nak lebih pun isu tak setel lagi. Tup tup aku terbaca pasal seorang pesakit Covid-19 warga emas yang sepatutnya dah discharge dua hari lepas tapi meninggal dunia di hospital.

Yang buat aku sedih tu arwah dah disahkan negatif Covid-19 selepas buat ujian swab. Pihak hospital call waris untuk datang ambil arwah tapi.... Allahuakbar 😭😭😭😭😭😭😭


sumber : fb

Sunday, April 26, 2020

Sunday, April 26, 2020

CoVID-19 | Hari ke-40 PKP


Assalamualaikum! Sayu Ramadan kali ini terasa sungguh bila masjid-masjid dan surau-surau ditutup. 

Bila tengok gambar yang dikongsikan di IG Dr. Zaharuddin ni lagi bertambah sayu dan sedih. Selalunya setiap tahun dalam bulan Ramadan kita dapat tengok para jemaah mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah, namun tahun ini Kaabah sepi tanpa ibadah tawaf.

Pun begitu, solat terawih berjemaah dibuat disitu dengan jemaah yang sedikit. Macam Dr. Zaharuddin cakap, barangkali mereka yang dibenarkan solat disitu mungkin telah disaring terlebih dahulu.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.