Breaking

Showing posts with label Covid-19 Diary. Show all posts
Showing posts with label Covid-19 Diary. Show all posts

Friday, May 22, 2020

Friday, May 22, 2020

PKPB 2 | 22 Mei 2020


Assalamualaikum! Hari ini kes baru Covid-19 meningkat sedikit dengan 78 kes dicatatkan berbanding 63 kes yang sembuh. Walaupun kerajaan membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi pada hari raya pertama, tapi nasihat KKM pada orang ramai untuk sentiasa membuat penjarakan sosial dan elakkan dari bersalaman dan bersentuhan harus dipatuhi semua.

Larangan kebenaran merentas negeri telah berkuatkuasa semalam, maka tiada lagi kebenaran diberikan hatta kepada suami isteri yang duduk jauh. Beribu kenderaan diarah berpatah balik dan ada yang dikompaun, namun tetap berdegil untuk meneruskan perjalanan.

Paling menarik, semalam tiga orang penunggang basikal yang cuba merentas negeri dari Ampang ke Jelebu turut dikompaun dan diarah berpatah balik. Mereka bertiga gagal mengemukakan sebab munasabah dan tiada kebenaran dari polis untuk merentas negeri. Kalau kereta pun tak dibenarkan, basikal apatah lagi!


Thursday, May 21, 2020

Thursday, May 21, 2020

PKPB 2 | 21 Mei 2020


Assalamualaikum! Bila kebenaran merentas negeri dibenarkan untuk kategori tertentu saja, habis semua pakat pulun nak balik kampung. 

Makin dilarang, makin dibagi amaran dan nasihat makin galak masing-masing nak langgar peraturan. Sanggup beratur di balai polis nak minta surat pelepasan sebab nak beraya di kampung. Celah bedah mana yang diaorg tak faham ni??? 

Nah, bermula hari ini kebenaran rentas negeri ditarik balik dan mereka yang mahu pulang ke kampung diarahkan berpatah balik. 


Thursday, May 21, 2020

Rezeki Covid-19


Assalamualaikum! Memang tak dinafikan bila bermulanya PKP 18 Mac yang lalu, ramai peniaga buntu dan risau memikirkan macam mana la nak survive kalau kedai tak dapat dibuka dan perniagaan tak dapat beroperasi macam biasa.

Kalau pembeli risau mana nak cari barang kalau semua kedai tutup, penjual pun risau bagaimana nak jana pendapatan kalau tak dapat berniaga. Pendek kata, memang kehadiran Covid-19 ni lebih menyusahkan dari menyenangkan. Segala jenis perniagaan terbantut dan terjejas.

Bila kerajaan mengarahkan semua kedai dan jenis perniagaan ditutup dalam tempoh PKP 1 hingga PKP 4, para peniaga mula mencari alternatif lain dengan 'buka' kedai mereka secara atas talian atau online. Dan, ternyata pulangannya sungguh lumayan!


Aku sebagai pemerhati dan pembeli juga tidak ketinggalan 'memeriahkan' live video yang dibuat oleh para peniaga di Facebook. Macam-macam jenis produk yang mereka jual. Dari tudung bawal, kain pasang, kain pelikat, baju kelawar, gajet, barang permainan, barang bundle, kasut, blouse muslimah, baju kurung, baju melayu dan banyak lagi.

Lagipun, hari raya bakal menjelang dan peniaga mengambil peluang ini untuk cari pelanggan di alam maya mempromosikan produk masing-masing dengan kreativiti tersendiri. 



Wednesday, May 20, 2020

Wednesday, May 20, 2020

PKPB 2 | 20 Mei 2020


Assalamualaikum! Berita baik untuk team produksi dan para artis tanahair yang menantikan jawapan pasti tentang kebenaran untuk menjalankan penggambaran dalam tempoh PKPB ini. Hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri memberikan kebenaran kepada syarikat produksi untuk membuat penggambaran drama atau filem bersyarat, iaitu mengikut peraturan seperti yang ditetapkan :


  • Perbincangan dan ujibakat dijalankan secara atas talian (online)
  • Sediakan rekod perjalanan untuk semua krew dan artis yang terlibat 4 minggu sebelum penggambaran bermula
  • Memastikan tidak lebih dari 20 orang berada di lokasi penggambaran
  • Syarikat produksi perlu melantik penyelia yang bertanggungjawab memastikan SOP dipatuhi di semua peringkat 
  • Bufet tidak dibenarkan, dan makanan perlu dibungkus satu-satu
  • Penata rias atau makeup artist perlu memakai face-shield ketika menyolek artis dan kerap cuci tangan sebelum dan selepas menata rias

sumber : MalaysiaKini

Tuesday, May 19, 2020

Tuesday, May 19, 2020

PKPB 2 | 19 Mei 2020


Assalamualaikum! Semakin menghampiri musim perayaan, semakin ramai yang melanggar peraturan. Hari ni saja berapa ribu kenderaan yang cuba melintasi sempadan negeri untuk pulang ke kampung.

Samada mereka tak faham atau buat-buat tak faham. Barangkali mereka fikir tak mungkin mereka akan ditangkap bila merentas negeri beramai-ramai. 

Dan kalau mereka 'terlepas' dari sekatan polis sekalipun, jangan cepat sangat tersenyum lebar ye. Nantikan 'kunjungan' polis ke setiap rumah pada hari raya nanti.

sumber : malaysiakini

Monday, May 18, 2020

Monday, May 18, 2020

PKPB 2 | 18 Mei 2020


Assalamualaikum! Tempoh PKPB yang berkuatkuasa sekarang membolehkan rakyat Malaysia yang perlu keluar bekerja menjalankan tanggungjawab masing-masing. Tapi, ia bukanlah alasan dan peluang kita untuk pulang ke kampung halaman.

Lebih seribu lebih kereta yang ditahan dan disuruh berpatah balik kerana melanggar peraturan merentas negeri tanpa alasan yang kukuh. 

Sunday, May 17, 2020

Sunday, May 17, 2020

PKPB 2 | 17 Mei 2020


Assalamualaikum! Dua berita menarik hari ini. Pertama, satu kajian baru yang dibuat oleh China mengatakan virus telah ditemui dalam air mani bekas pesakit Covid-19, boleh meningkatkan kebarangkalian jangkitan Covid-19 melalui hubungan seks.

Kajian tersebut dijalankan ke atas 38 orang pesakit Covid-19 dan mendapati 6 daripadanya mempunyai air mani positif Covid-19. Daripada 6 pesakit tersebut, 4 daripadanya masih dijangkiti Covid-19 sementara dua lagi telah sembuh.


sumber : webmd

Saturday, May 16, 2020

Saturday, May 16, 2020

PKPB 2 | 16 Mei 2020


Assalamualaikum! Dalam sidang medianya, World Health Organisation (WHO) mengeluarkan amaran dan peringatan bahawa virus Covid-19 yang kini sedang 'menyerang' dunia tidak akan hilang dan kita perlu hidup dengan hakikat tersebut.

Semakin banyak negara yang telah melonggarkan sekatan perintah berkurung namun langkah ini tidak dapat menghentikan pandemik Covid-19. Sekurang-kurangnya, selagi vaksin masih tidak ditemui.

Friday, May 15, 2020

Friday, May 15, 2020

PKPB 2 | 15 Mei 2020


Assalamualaikum! Kaedah norma baru yang dipraktikkan oleh hampir kesemua premis perniagaan bila pelanggan ingin masuk ke kedai antaranya ialah pelanggan perlu menulis nama, no. telefon dan suhu badan pada buku catatan yang telah disediakan.

Langkah ini bagi memudahkan pengesanan kebolehjangkitan Covid-19 kepada pelanggan yang keluar masuk sekiranya ada pesakit yang didapati positif Covid-19 telah berkunjung ke kedai yang sama.

sumber : FB Dr. Rizin Kusop

Thursday, May 14, 2020

Thursday, May 14, 2020

PKPB 2 | 14 Mei 2020


Assalamualaikum! Menteri Keselamatan telah mengumumkan bahawa aktiviti ziarah-menziarahi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dihadkan untuk hari pertama perayaan sahaja. 

Aktiviti merenteras negeri masih tidak dibenarkan, namun merentas daerah dibolehkan. Bagi yang ingin kepastian adakah Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dikira sebagai negeri atau daerah, jawapannya ia dikira sebagai daerah maka pergerakan antara ketiga-tiga lokasi ini dibenarkan tanpa perlu memohon kebenaran dari pihak polis.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr. Zulkifli mengumumkan kebenaran bersolat secara berjemaah di masjid-masjid dan surau terpilih dalam zon hijau Covid-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, Jumaat 15 Mei 2020, dengan bilangan jemaah minimum 3 orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.


sumber : mstar

Wednesday, May 13, 2020

Wednesday, May 13, 2020

PKPB 2 | 13 Mei 2020


Assalamualaikum! Sejak kerajaan memberikan kelonggaran PKPB, hampir kesemua sektor dan industri kembali beroperasi namun perlu mematuhi SOP dari KKM. 

Tapi ada juga yang mengambil kesempatan keluar membawa keluarga membeli belah persiapan sempena Hari Raya. Walaupun ia dibenarkan, ibubapa perlu ingat untuk tidak membawa anak-anak kecil mereka kerana selain warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak juga berisiko terdedah kepada Covid-19.

Apatah lagi sistem imunisasi badan mereka masih lemah dan pemakaian topeng muka pada anak kecil tidak sesuai kerana akan menyukarkan mereka untuk bernafas.

sumber : fb AhmadNaim

Tuesday, May 12, 2020

Tuesday, May 12, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-56


Assalamualaikum! Hari terakhir PKP Fasa ke-5 menyaksikan kes Covid-19 yang terendah direkodkan semenjak bermulanya penularan wabak itu di negara ini, iaitu sebanyak 16 kes. Tiga kes adalah dari kes import, manakala selebihnya kes tempatan.

Esok bermulanya PKP Fasa 6 sehingga 9 Jun 2020. Sementara itu, kita sentiasa kena beringat, PKPB boleh jadi PKP semula seandainya kita tidak mematuhi peraturan. Penjarakan sosial perlu dipatuhi terutama ketika berada di luar. 


sumber : MKN

Monday, May 11, 2020

Monday, May 11, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-55


Assalamualaikum! Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran membolehkan ziarah ke rumah sempena Hari Raya asalkan tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah, janganlah kita menerimanya dengan mudah. Seperti yang disarankan oleh KKM, penjarakan sosial adalah matlamat utama kita dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Justeru, KKM tidak menggalakkan pelawat datang ke rumah sempena raya ini. Dua puluh orang yang dimaksudkan adalah yang terdiri dari kalangan ahli keluarga sahaja. Bukan pelawat luar seperti jiran dan saudara mara. 

Isunya bukan nombor 20 orang, tapi isu dia adalah 20 saudara-mara. Kalau kita lihat, garis panduan KKM yang pertama adalah penjarakan sosial.Jadi nombor itu ialah relatif iaitu bergantung kepada rumah kita. Sekiranya rumah kita kecil, kita kena buat target visiting daripada keluarga kita. Yang kita katakan adalah ahli keluarga, kita bukan katakan pelawat datang ke rumah. Kita tak menggalakkan perhimpunan, kita tak menggalakkan pelawat-pelawat datang ke rumah tapi ini ialah ahli keluarga yang ada 10 orang, ada 15 orang, ada yang 20 orang. - Dr. Noor Hisham


Sunday, May 10, 2020

Sunday, May 10, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-54


Assalamualaikum! Sah PKPB akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan namun pergerakan dalam daerah yang sama dibolehkan. Bagi suami dan isteri yang tinggal berjauhan ketika PKP ini, mereka dibenarkan rentas negeri untuk pulang bertemu pasangan.

Terbaru, PKPD telah dilaksanakan di PJ Old Town membabitkan tiga zon. PKPD ini dibuat susulan kes positif Covid-19 yang dicatatkan di kawasan tersebut telah mencapai sebanyak 26 kes. Seramai 2900 penghuni yang terlibat dan proses saringan akan mengambil masa lebih kurang 10 hari.



Sunday, May 10, 2020

PKPD | PJ OLD TOWN Kena Lockdown!


Assalamualaikum! Terkejut aku bila cik abg bagitau pagi ni yang PJ Old Town kena lockdown. Dah la dekat ngan opis dan sekolah anak. 

Tapi kes baru Covid-19 di Pasar Basah Old Town dah naik sampai 27, maka tak hairanlah PKPD dilaksanakan di sekitar kawasan tu.

Saturday, May 09, 2020

Friday, May 08, 2020

Friday, May 08, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-52


Assalamualaikum! Tak sabar nak tunggu pengumuman PM samada kita akan kena sambung PKP ke tidak selepas 12 Mei ni. Ada yang berpendapat PKP akan dan patut disambung. Apapun keputusannya, semua bergantung kepada perkembangan kes Covid-19 setiap hari, dan setakat ini kita berjaya mengawal penularan wabak virus bila kes baru hari ini masih dua digit.

Tapi orang kita memang agak payah nak amalkan norma baru bila berada di tempat awam. Kalau ada yang ikut pun, hanya dua tiga kerat je. Pakai mask memang semua pakai, tapi bersesak bersentuh berkerumun di satu tempat itu masih juga terjadi walaupun dah banyak kali disuruh jaga jarak sosial.


sumber : FB Dr. Hisham

Thursday, May 07, 2020

Thursday, May 07, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-51


Assalamualaikum! Tak sampai seminggu PKPB dilaksanakan dah ada Kluster Pusat Membeli Belah. Dari 436 yang disaring 10 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 79 lagi masih menunggu keputusan.

Dari 10 yang positif tu, 9 adalah pengawal keselamatan warga Nepal yang bertugas di pusat membeli-belah dan duduk menyewa rumah yang sama di Cheras. Hurmm..

sumber : malaysiakini

Wednesday, May 06, 2020

Wednesday, May 06, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-50


Assalamualaikum! Pekerja asing buat hal lagi. Dikuarantin pun bagi masalah, walhal kita jaga elok dah kebajikan diaorang. Macam Dr. Hisham cakap dalam sidang media, semua pekerja asing walaupun tiada dokumen perjalanan atau permit, tetap kita akan saring untuk pastikan mereka negatif Covid-19. 

Bukan tu je, kita bekalkan mereka tempat dan makanan sepanjang dikuarantin. Bukan disaring sekali tapi tiga kali! Tu kalau gi hospital swasta, satu swab kena beratus ringgit tau. 


sumber : malaysiagazette

Wednesday, May 06, 2020

Kalau aku boleh ulang balik UPSR ...


Assalamualaikum! Cita-cita aku dulu nak jadi cikgu. Teringin nak mengajar anak murid dalam kelas. Subjek yang aku suka ialah Matematik, walaupun dulu aku selalu gagal atau dapat markah cukup-cukup makan je kertas Matematik SPM peperiksaan awal dan akhir tahun huhu. Tapi dari kegagalan tu lah akhirnya aku berjaya dapat A2 untuk Matematik SPM 2000. Bila dapat A terus jatuh cinta dengan subjek ni. Baru sedar Matematik ni senang je janji kita fahamkan soalan. Tak faham soalan yang aku asyik gagal tu huhu.

Tapi sehebat-hebat aku merancang, rupanya tiada 'jodoh' aku dalam bidang perguruan. Rezeki aku dalam bidang meteorologi namun bila dah ada anak ni aku dapat kejar semula cita-cita aku nak jadi guru, walaupun hanya sekadar guru di rumah :).

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.