Breaking

Friday, December 20, 2019

Bahaya balik kampung!


Assalamualaikum! Bila balik kampung, ingat bolehlah ganti puasa atau diet sikit-sikit. Niat tu dah ada, pelan pun dah dirangka. Tapiiiiii, bila masuk dapur mak .... semua niat dan impian itu musnah, punah-ranah, hancur berderai bagai tanah runtuh jatuh bersepai! hehehe boleh bikin lirik lagu ni :p

Begitulah dilema setiap kali balik kampung! Kat kampung ni sarapan je dah mewah dengan segala jenis kuih muih, tengahari mak masak, petang gi cari pisang goreng pulak. Malam kang sambung makan mak masak haha...lama-lama tembun aku jadinya:p



Mak pulak setiap kali kami balik, mesti akan 'potong' ayam. Kang kalau menolak, kesian pulak dengar mak bercerita, mak simpan ayam tu tunggu kau balik baru 'potong'. Adehh.. tak sampai hati pulak kan. Mak cakap itulah tujuannya pun mak bela ayam selama ni. Biar anak cucu dapat merasa makan ayam kampung setiap kali balik. 

Yang masak dirumah lain, yang dibawa balik ke KL lain! Setiap kali nak balik KL, mesti ada 'buah tangan' dari mak. Lauk kegemaran anak cucu mesti dia suh bungkus bawa balik. Itulah mak-mak ...agaknya kita semua nanti dah tua pun macam tu la kan. Anak cucu balik, mesti bagi diaorang buah tangan tak kisahlah lauk ke baju ke.



So tell me, celah mananya aku nak berdiet bila balik kampung? haha. Tak jumpa celahnyaaaaa. Rezeki yang halal jangan ditolak orang kata. Air tangan mak mana boleh tolak! Natijahnya, ayam masak lemak cili api dan asam pedas ikan pari berjaya 'dikerjakan' tak sampai setengah hari kami sampai di KL. Kakak dan adik pun dah pandai makan asam pedas ikan pari. Dulu lauk ayam je diaorang boleh telan, sekarang ikan pari pun boleh telan.

Kan ibu dah cakap, Wan masak apapun sodap! Korang dari zaman bertatih lagi Wan dah suapkan makanan ke mulut korang. Berselera korang makan masa tu. Kalau Wan masak insyaAllah korang dari kempis boleh jadi kembang la hehehe.


Love,

Hanim

5 comments:

  1. 1st time datang sini... salam ukhuwah ye.. done follow.. (balik kampung mmg bahaya.. boleh gemuk ooo) :D

    ReplyDelete
  2. Kalau mak masak, semuanya sedap. Even telur mata kerbau 😅

    ReplyDelete
  3. kampung... emak... lauk... sedap.... semua tak boleh dipisahkan!!!!
    takkan sempat diet, Nim.
    makan jer lah...

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.