Breaking

Thursday, April 02, 2020

CoVID-19 | Hari ke-16 PKP


Assalamualaikum! Dari semalam, rakyat Malaysia berpusu-pusu masuk laman web LHDN dan i-Lestari. Aku berpusu-pusu nak tebus 1GB internet percuma tapi line bizi yakmat. Berapa kali try masuk asyik loading pastu kuar notification 'try again later'. 

So pagi ni aku try lagi sekali dan alhamdulillah dapat juga tebus 1GB internet percuma tu.




Anyway, harini dapat khabar gembira dari LHDN. Sama seperti golongan B40 yang lain, diharap bantuan ini dapat meringankan kesulitan yang dihadapi. Dah dapat duit nanti kena berjimat juga, beli barang ikut skala keperluan bukan membazir.

Petang tadi kami anak beranak lepak tengok tv. Sambil-sambil borak tu tetiba kakak meluah, "rindunya nak pakai selipar...". Aku tak tahu nak gelak ke nak nangis.

Sedih pun ada dengar dia cakap macam tu. Bayangkanla dari hari pertama PKP mana diaorang keluar rumah. Sekadar sidai baju pastu masuk dalam balik. Beli kasut baru kat Shopee tapi masih belum sempat pakai sampai ke harini.


Tapi apakan daya ibu, dengan keadaan sekarang tempat paling selamat untuk kakak dan adik ialah dirumah. Lepas PKP ni berakhir, kita semua akan keluar sedut oksigen segar.

Buat masa sekarang, biarlah ibu sorang keluar rumah mencari rezeki. Janji anak-anak ibu dalam keadaan sihat selalu.

#StayAthome #KitaJagaKita #RestrictionMovementOrder


Love,

Hanim

1 comment:

  1. alhamdulillah. dpt bpn.
    aida tak dpt :( t20 yg tak brape nak t20 lah sgt.
    nak merayu pun mcm takut. karang byk plak soalan lhdn :) ha ha ha...

    ReplyDelete

Post a comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.